Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan

Isnin, 18 September 2017

Sambutan Penutup Kemerdekaan Ke 60


Tetiba mama rasa anak mama dah besar. Wah... duduk pon ada gaya. Thanks adam goh sebab tak hampakan mama. Mama memang teringin nak lihat adam gayakan baju yg mama jahit. Mama bukanle pakar jahit. Tapi seronok bila dapat hasilkan baju bendera dari tangan mama sendiri😂. 


Siap kena ugut ngan mama supaya adam pakai baju Merdeka. Ehehehe... "mama... adam tak nak pakai baju merdeka. Adam nak pakai baju sekolah" 

"Adam kalau tak pakai baju merdeka, cikgu tak bagi masuk kelas...hahaha...." dalam nangis adam terus setuju nak pakai baju bendera. Jahatkan mama😂


Ni rupanye muka adam... walau tak senyum..sekurangnya adam ada keyakinan...



Saguhati pon ok pe. Janji adam jangan meragam kat perhimpunan😅. Bagi mama Adam dah buat yg terbaik...hihihi




Nilah rupanye adik adik yang masuk Pakaian Beragam😉.

Pertandingan Basikal Berhias

Puan haslinda. Datang dengan memakai shawl bendera malaysia. Wah...menarim perhatian cikgu cikgu dan staf. Terbaiklah kak linda😉.



Kejutan mengejut... bila kak linda dapat hadiah yg tak terduga. Dia dapat hadiah utk pakaian beragam wakil staf dan guru😚


Majlis potong kek Merdeka

Gambar guru guru staf dan juga murid. Maaf gambar mama tak de..sebab mama tukang ambil gambar...

Tamat sudah Majlis Penutupan Merdeka ke 60 SK  Selabak.

Isnin, 11 September 2017

Baju Merdeka Adam


  Alhamdulillah siap juga baju Merdeka utk Adam Goh pakai 18hb September 2017 nanti untuk penutupan hari Merdeka dan juga Sambutan Hari 1 Malaysia. Semoga pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Ni mama semangat memujuk Adam untuk pakai baju merdeka walau adam ckp... Adam tak nak pakai le mama...tapi semasa mama jahit sibuk pula Adam tanya...dah siap ke mama... alahai anak.

Ahad, 3 September 2017

Baju Merdeka Untuk Kak Ngah Dan Nazih

Tahun ni syok bila kita dapat siapkan   BAJU KEMERDEKAAN  untuk anak buah dan juga anak kawan... alhamdulillah...slow slow ye.. insha Allah 1 hari boleh jahit baju n seluar denga  cantik n awesome😂


Nak sangat kain askar. Itu je yg ada😂

😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...