Pages

Memaparkan catatan dengan label Testimoni Vitamin E. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Testimoni Vitamin E. Papar semua catatan

Khamis, 6 April 2017

Set Kecantikan Shaklee Yang Pasti Kulit Jadi Flawless


Fungsi setiap vitamin yang dicadangkan dalam Set Kecantikan Shaklee:


B-Complex

Bersifat anti stress dan membantu melindungi kulit dari pancaran matahari. Salah satu punca kulit kusam adalah terlalu banyak terdedah pada matahari. Lebih B-Complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana B-Complex berfungsi sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak. B-Complex juga membantu melancarkan perjalanan darah untuk kesan kulit lebih muda dan glowing/berseri.


Vitamin E Complex

1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit muka dan seluruh tubuh dari dalam. Vitamin E juga dapat menghilangkan parut dan jeragat dari dalam struktur kulit, bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Sustained Release Vita C Plus

Vitamin C dapat membantu proses pembaikan tisu (bekas² jerawat & parut) dan mencerahkan kulit. Ia juga merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit secara semulajadi, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit. Vitamin C amat terkenal dan sebati sebagai regim kecantikan sejak dahulu lagi. Pengambilan Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menghalang pembentukan pigmentasi yang merupakan penyebab utama kepada jeragat pada kulit.


Energizing Soy Protein (ESP)

Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut. ESP mengandungi asid amino yang penting untuk membina kuku, otot, rambut, kulit dan lain-lain. Ia merangsang pembentukan semual sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan kulit yang cerah dan kepejalan otot, mengurangkan pigmentasi dan mengurangkan kesan parut. Pengambilan ESP yang kerap adalah kunci kepada awet muda.



Ahad, 2 April 2017

Testimoni Kulit Lembut Dam Flawless Dengan Vitamin E



Vitamin E Complex Shaklee
------------------------

Terkenal sebagai vitamin cantik. Vitamin E bagus untuk mereka yang inginkan kulit lebih cantik, lebih licin, dan awet muda sentiasa.

Bersifat anti-penuaan, ia dapat mengurangkan garisan halus, tanda penuaan pada wajah

Membantu memudarkan/mengurangkan parut dan masalah jerawat

Memperbaiki peredaran darah lalu menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat

Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

Membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat.

Mengawal pengeluaran sebum minyak pada wajah ( bagus untuk kulit berminyak)


Yg ni salah satu testimoni VITAMIN E, KULIT LEMBUT, FLAWLESS 

Sabtu, 1 April 2017

Vitamin Cantik


Raya nak dekat.... patutle orang tak berhenti henti tanya pasal Suplemen Sekawan ni....

Akak... ada vitamin E & C tak?? Saya nak cantik raya nanti.... WOW

Rata rata ada SET SKINCARE sendiri. Tapi still cari vitamin E & C! Nak tahu kenapa???? Ni semua gara depa nak perbaiki yg kat dalam dulu. Nak bagi perbaiki penuaan kulit dulu. Insha Allah... bila kulit dalam cantik... kulit yang luar akan nampak GLOWING GLOWING...


Banyak kelebihan VITAMIN E & C ni. Bukan sahaja untuk KULIT CANTIK tapi.... jom klik
⤵⤵⤵⤵⤵

Isnin, 13 Mac 2017

Vitamin E Selalu Dikaitkan Dengan Kecantikan


Vitamin E???!
Oh ya... ramai yang tak tahu bahawa Vitamin E boleh membantu kita merawat kulit wajah yang bermasalah. Sebelum merawat luaran.. haruslah kita merawat dalaman untuk mendapatkan kulit yang cantik dan lembut seakan bayi...

VITAMIN E....
✔Merupakan antioksidan yang kuat. Ia bertindakbalas terhadap bahan kimia yang reaktif yang boleh menyebabkan kerosakan kulit. 

✔Berkemampuan menyerap tenaga dari sinar ultraviolet (UV). Sangat2lah penting dalam melindungi kulit dari radikal bebas yang dihasilkan dari sinar UV.

✔Secara semulajadinya vitamin E ni dah memang ada pada lapisan kulit kita yakni lapisan epidermis (lapisan kulit paling atas) ia mempengaruhi penghasilan sebum (bahan berminyak dari liang roma)..

➡ Kalau untuk produk kosmetik, untuk kulit kering mesti akan disertakan dengan vitamin E. Dengan vitamin E kulit kita akan menjadi lebih lembut, tidak terlalu berminyak dan tidak kering. Vitamin E ni boleh juga disapu terus pada kulit atau dibuat masker.

Dah abes citer pasal bestnya Vitamin E untuk Kulit Yang Cantik... jom kita lihat TESTIMONI nya⤵

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Sabtu, 11 Mac 2017

Istimewanya Vitamin E Shaklee


Apakah keistimewaan Vita E Complex Shaklee?
Vita E Complex Shaklee adalah istimewa dan berbeza daripada vitamin E lain yang terdapat di dalam pasaran kerana:
✔Mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) yang asli daripada minyak sayuran (minyak soya organik dan minyak biji gandum)
✔Mengandungi 10mcg selenium dalam setiap kapsul yang melengkapkan fungsi Vitamin E
✔Mengandungi 400IU vitamin E semulajadi dalam setiap kapsul
✔Diestrak khas dengan aktif secara fisiologi
✔Digabungkan dengan 8 jenis vitamin tambahan
Vita E Complex Shaklee adalah HALAL, mendapat sijil pengesahan dari KKM,tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Jumaat, 10 Mac 2017

Risiko Kurangnya Vitamin E Shaklee



Apakah risiko yang bakal dialami jika kekurangan Vitamin E?
Antara kesan yang akan berlaku apabila seseorang itu kekurangan vitamin E didalam tubuh badan adalah:
🔗Risiko sel darah merah terbelah/pecah
🔗Mengalami kesulitan ketika berjalan
🔗Mungkin mengalami masalah gugur rambut
🔗Perubahan degenerative dalam sistem saraf dan otot
🔗Tona warna tidak sekata pada kulit
🔗Mudah mengalami keradangan
🔗Anemia
🔗Gangguan penglihatan

Khamis, 18 Jun 2015

Cantik Dan Kurus Di Hari Raya

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mari Fza share kan Produk yg membantu anda untuk KURUS & CANTIK #RAYA nanti!! beli sekarang untuk rasakan kesannya dibulan SYAWAL nanti!! Jangan lambat tahu! nanti rugi...sebab takut tak sempat nak rawar mana yg patut!!



jika anda alami masalah dibawa.. tak salah untuk anda mencuba!!

.

☆kulit kusam

☆tona kulit tak sekata

☆jerawat

☆jeragat

☆masalah berat berlebihan

☆selulit



Jom ketahui kelebihan setiap suplemen

.

V I T A M I N C 500mg (180 kapsul)

*untuk rawat kulit berjerawat, kulit bermasalah, resdung, penyakit SKURVI, bantu kulit jadi lebih sihat & cerah

*mengurangkan simptom alergik

*untuk kanak-kanak atau dewasa yang mudah kena selsema/demam, sembelit, kurang selera makan, kanak-kanak ADHD

*menguatkan tulang , gigi & gusi, otot & salur darah supaya sihat

*anti-oksidan semulajadi

*mengekalkan integriti sel

.

V I T A M I N    E (120 kapsul)

*untuk kulit berjerawat, resdung, ekzema, kulit kusam,

*menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit

*mengurangkan risiko jantung

*menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan

*anti-oksidan

*untuk bagi luka cepat sembuh

*hilangkan parut & stretch mark

*membantu kesuburan lelaki & wanita

*memekatkan air mani lelaki serta memperbanyakkan pengeluaran sperma

Nota : Vitamin E tidak digalakkan diambil bersama Alfalfa

.

B C O M P L E X (120 kapsul)

*kawal stress, migrain, kemurungan, letih, lesu

*meningkatkan fungsi otak

*bantu pencernaan, tingkatkan stamina, kawal kolestrol

*menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga & replikasi DNA yang sihat

*sangat sesuai juga kepada pelajar, pekerja, ibu hamil, ibu menyusu & ibu berpantang

.

E S P (850g)

*untuk tenaga (menahan lapar)

*mencegah penyakit jantung, kulit bermasalah

* Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit

*Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan

*Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu & ton warna kulit yang sekata

*menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku & otot

*untuk penyakit kencing manis, anemia, berat badan yang berlebihan, kolestrol

*bagus untuk ibu hamil, menyusu, berpantang

*bagus untuk mereka yang sedang pulih dari penyakit



Sabtu, 14 Februari 2015

#Testimoni - Koleksi Testimoni Kulit Cantik Cerah

Testimoni (1)
Cantik tak kak ton?? Jangan jeles ye kawan2 bila lihat orang lain #CANTIK. #TestimoniEsp.. perubahan yang POSITIF bila wajah kelihatan cerah hanya KONSISTEN dengan ESP...



Testimoni (2)

Kulit Cantik Cerah dengan Vitamin E & C




Khamis, 25 Disember 2014

Bilangan Sperma Pengaruhi Peluang Untuk Hamil

Soalan
Saya sudah berumah tangga selama 1 tahun dan selama setahun ini kami hanya berjumpa dua minggu sekali kerana bertugas di negeri yang berlainan. Saya memohon kepada pihak doktor untuk memberi nasihat dan pandangan untuk membolehkan kami mendapat zuriat memandangkan usia saya menjangkau 38 tahun. Adakah kekerapan hubungan seks dan kedudukan selepas hubungan seks juga mempengaruhi masalah ini?



Jawapan

Banyak proses yang perlu dilalui sebelum doktor dapat memastikan rawatan yang terbaik. Pada peringkat awal, kesihatan anda berdua akan diperiksa untuk memastikan adalah baik.

Hubungan seks yang normal ialah dua hingga tiga kali seminggu. Pun begitu, kejayaan untuk hamil bergantung kepada proses pengovulan (proses bertelur), hubungan seks sewaktu subur, bilangan dan pergerakan sperma (benih suami) yang normal, tiada penyumbatan pada salur Fallopio dan juga persekitaran rahim yang normal.

Sewaktu wanita berada di peringkat subur dan melakukan hubungan seks, maka sperma akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat, sperma ini akan dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid. Hal ini dapat memelihara sperma daripada lendiran mukus semula jadi.

Antara faktor yang mempengaruhi sama ada sperma itu berjaya sampai kepada ovum termasuklah kebolehannya untuk berenang dan pergerakan rerambut halus (silia) yang terdapat pada salur Fallopio. Pergerakan silia ini akan membantu sperma untuk sampai kepada ovum.

Secara purata, sebanyak tiga milimeter (ml) air mani atau semen yang akan diejakulasi ke dalam faraj. Terdapat 60 juta sperma dalam satu ml air mani. Ini bermakna hampir 200 juta sperma akan memasuki faraj semasa proses ejakulasi berlaku tetapi hanya satu sperma yang diperlukan untuk proses persenyawaan. Sekiranya bilangan sperma di bawah aras 20 juta per ml, maka peluang untuk hamil ialah rendah.

Sperma dapat hidup dalam mukus (lendir) pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam. Justeru, hubungan seks hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan di dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan, maka penting untuk sperma berada di luar ampula untuk menunggu masa bersenyawa dengan ovum. Ini bermakna waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks ialah sebelum proses pengeluaran ovum atau pengovulan. Bagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai bermula pada hari ke-11 hingga ke-16. Jika hubungan seks berlaku setelah proses pengovulan, peluang untuk hamil rendah.


Kitaran haid 28Hari

Hubungan seks yang kerap bukan pada waktu yang tepat tidak mencukupi. Hubungan seks amatlah penting dilakukan pada waktu subur. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitar haid yang sebelumnya, melalui carta suhu, atau melihat perubahan kelikatan mukus (lendir) pangkal rahim. Sperma perlu berada di dalam salur Fallopio pada waktu subur.

Dengan mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya pada hari ke-11 daripada kitaran haid bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing.

Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa melakukan hubungan seks selama dua hingga tiga hari,

tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi melalui hubungan seks dengan lebih kerap.

Terdapat dua sebab pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama. Pertama, risiko terlepas waktu pengovulan dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Oleh itu, penting untuk mengagak masa pengovulan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya. Turut diberikan perhatian ialah kehadiran sperma yang subur dan bersedia untuk bersenyawa sebaik-baik sahaja ovum dikeluarkan.

Wanita tidak perlu baring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur Fallopio dan bersenyawa dengan ovum. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung pada posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita.

Oleh itu, wanita tidak perlu untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Menurut petua orang tua, dengan meletakan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki selepas selesai melakukan hubungan boleh membantu dalam proses persenyawaan sebenarnya kurang tepat.

Anda berdua perlu bersegera berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan ujian bagi mendapatkan zuriat. Selain itu anda bolehlah mencuba cadangan Set Kesuburan  Ini.... InshaAllah




Petikan Artikel dari Utusan Online - Kesihatan





Sabtu, 20 Disember 2014

Fungsi SELENIUM dalam VITAMIN E Shaklee

Apa itu SELENIUM?? Jom kita huraikan...

Selenium, iaitu salah satu mineral yang ada dalam kandungan Vitamin E Complex Shaklee.

Selenium merupakan salah satu mineral yang tergolong pada unsur surih tetapi mineral ini terdapat dimana-mana di seluruh jaringan tubuh seperti tulang, otot, dan darah.





Selenium merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang sifatnya sangat tidak stabil, memiliki satu electron atau lebih yang tidak berpasangan, menimbulkan penyakit jantung, rematik, katarak, kanser dan lain-lain. Radikal bebas secara terus menerus terbentuk melalui proses dari dalam tubuh seperti peristiwa metabolisme sel normal, peradangan, kekurangan gizi dan juga dari luar tubuh seperti pencemaran , sinar matahari, asap rokok, dan sebagainya.

Selenium merupakan mineral yang berfungsi sebagai antioksidan dalam tubuh. Selenium tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh, tetapi diperoleh dari makanan sehari-hari, yang terdapat dalam ikan, padi-padian, daging, dan sayur yaitu brokoli.

Jadi, fungsi selenium sangat penting bagi tubuh, antara lain:

  • Melawan radikal bebas, tubuh secara alami memiliki kemampuan untuk melawan radikal bebas yang merosak sel dan menimbulkan berbagai penyakit. Di dalam tubuh selenium bekerja sama dengan vitamin E sehingga berfungsi sebagai antioksidan.
  • Meningkatkan kekebalan tubuh, kerana selenium bekerja memperbaiki system imuniti (kekebalan tubuh ) dan fungsi kelenjar tiroid. Dari hasil penelitian selenium dapat mencegah kanser seperti kanser paru-paru, prostat, colorectal termasuk kanker kulit akibat paparan sinar matahari. Jadi selenium bermanfaat sekali untuk meningkatkan fungsi kekebalan tubuh.
  • Mempertahankan elastisiti (keanjalan) kulit bersama vitamin E, karena itu bila kadar selenium berkurang maka tubuh akan mengalami penuaan dini yaitu sel yang rosak sebelum waktunya.
  • Kita di cadangkan mengambil 55 mikrogram selenium setiap hari. Selenium adalah nutrien penting yang menawarkan fungsi antioksidan, yang membantu meningkatkan sistem imun. Dijumpai di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan menyerap dan ia tidak berkurangan apabila diproses. Ini adalah mineral penting dalam tubuh manusia kerana ia membantu kedua-dua sistem imun dan operasi tiroid kelenjar. Macamana nak cukupkan sumber selenium dalam diet harian??


Anda boleh pilih makanan yang kaya dengan Selenium seperti Brokoli, Tiram, Buah Tembikai, Bawang putih, dan bayam.


Kena masaklah dulu kan?? Kalau masak dengan suhu panas yang tinggi atau "over-cook", agak-agak ada lagi tak selenium yang tertinggal dalam sayur-sayur tu untuk kita makan. Kalau ada, berapa percent???

Pilih cara yang paling mudah iaitu dengan mengambil Vitamin E Complex with Selenium & Grape Seed Extract Shaklee yang mengandungi 10mg SELENIUM SEMULAJADI


Vitamin E Shaklee dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d- alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E( alpha, beta, delta, gamma)





Kalau nak tahu juga, gabungan selenium dan Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutama pada pergerakan sperma.






Jumaat, 5 Disember 2014

#KelasOnline - Vitamin Kecantikan By Master Azah

Kelas Online
VITAMIN KECANTIKAN
By MASTER AZAH
04 DISEMBER 2014
9.00 - 10.00 malam



KEPERLUAN VITAMIN C KEPADA KULIT



Mencerahkan kulit
Membantu kulit jadi lembut, elakkan kedutan dan sebagainya
Tumit kaki menjadi cantik
Menghalang penuaan


- Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiaso ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


- Penghasilan kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang meghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan

- Penyembuhan luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk mengantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan cepat. Luka yang lambat sembuh adalah kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.


- Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindak balas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine Dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma ( masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut 

- Memperbaiki tekstur kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baikdan vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukkan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan  tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.



☞Vitamin C sangat lah diperlukan untuk kulit. Telan sebiji pun dah cukup sebab sebiji Vitamin C bersamaan 7 1/2 biji buah limau. ataupun korang sanggup nak telan 7 biji buah limau setiap hari?





KEPERLUAN VITAMIN E KEPADA KULIT




Membantu mengurangkan parut

Meningkatkan ketahanan sel kulit
Membantu kulit lebih gebu
Mengatasi masalah jerawat dan kulit kering
Memperbaiki struktur asas kulit
Anti penuaan




Selenium dalam Vitamin E untuk apa?

Ini kerana Vitamin E tanpa selenium adalah tidak sempurna, selenium membantu penyerapan Vitamin E dengan cepat dan berkesan.




KEPENTINGAN GRAPE  SEED DALAM VITAMIN E?





BAGAIMANA NAK BUAT MASKER MUKA DENGAN VITAMIN C DAN VITAMIN E



TESTIMONI VIT C DAN VIT E








Ahad, 6 Julai 2014

Vitamin E Sebagai Vitamin Cinta dan Testimoni Vitamin E Untuk Kulit Muka Berlubang

Vitamin E sebagai Vitamin Cinta Khusus Untuk Suami Isteri

Hah???? Vitamin Cinta... bestnya...NAK KULIT CANTIK, GEBU, SEGALA PARUT HILANG, KULIT GLOWING2.... masa ni le... kalu orang tanya... jwab je ni semua berpunca dari Vitamin E... oppppssss...tadi cite pasal Vitamin Cinta sekarang dah Vitamin E pula... Vitamin E atau Vitamin Cinta sama je... selain utk KULIT MUKA CANTIK... ia juga utk hubungan intim SuamiIsteri... Keterangan ada kat gambar tu ye.... SILA BACA...PASTU ORDER TERUS...

Mencari supplemen utk merawat kerosakan dimuka anda??

Dengan Vitamin E Shaklee, lubang pori besar, jeragat,jerawat, parut chicken pox, In Shaa Allah... semua nya kan pudar..

120 kapsul.. telan 1 biji 1 hari... boleh tahan 4 bulan... memang menjimatkan.. tambah 1x.. beli dengan harga promosi...

Testimoni Vitamin E



Ahad, 8 Jun 2014

Testimoni - Cadangan Set Kurus & Kecantikan








Semuanya Bermula dengan SHAKLEE... Kenal Shaklee... Amalkan Shaklee.. tak pernah menyesal... nak tahu rahsianya... boleh pm/whatsapp saya...

Mummy Adam Mukhriz Goh Cahaya Mata yg Cun Melecun... Anda jgn lihat je... cuba lakukan perubahan... dah KURUS mesti HAPPY kan... Raya nak dekat dah... mesti nak tampil menarik pada Hari Raya nanti...


#Cadangan Set Kurus - Lecithin & Herb-lax

#Cadangan Set Kecantikan - Vitamin E & Esp



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...