Pages

Memaparkan catatan dengan label Testimoni Ekzema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Testimoni Ekzema. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2014

#ShakleeEffect - Kenali Penyakit EKZEMA Dan Penyembuhannya Dengan Produk Shaklee



“Comelnya baby ni…eh tapi kenapa ada merah-merah kat pipi dia?” soal saya kepada jiran yang baru sahaja pulang mengambil anaknya dari rumah pengasuh.

“Oh ni kena ekzema, tu yang merah-merah tu”, jawab jiran saya.

Ekzema, hmm.. penyakit kulit pada bayi. Nak kena google ni untuk cari maklumat. Mana tahu boleh bantu dia. Selepas google dan browsing, saya terjumpa artikel kesihatan mengenai penyakit ekzema ini. Mari baca untuk tambah ilmu kesihatan. Penting ye lebih-lebih jika anda ada anak kecil.



Penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.

Bagi ekzema pada tahap ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.

Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti deman alergi dan asma.

Faktor Berlakunya Penyakit Ekzema

Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.

Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

“Trend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, di mana peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan,” menurut Dr. Steven Chow, perunding kanan dermatologi merangkap presiden Persekutuan Majlis Pengamal-pengamal Perubatan Swasta Malaysia atau Federation of Private Medical Practitioners Association of Malaysia (FPMPAM)

“Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa,” tambahnya.

Menurut Dr. Chow lagi, kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Kemungkinan ia juga berlaku di Malaysia.

“Dengan mengenal pasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan.

Perunding dermatologi Dr. Mardziah Alias pula berkata, penggunaan sabun dan bahan cuci kasar merupakan penyebab biasa ekzemakerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.

“Dengan menggunakan pelembap, mereka boleh menghalang kulit daripada menjadi kering sementara ia meningkatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit terhadap faktor-faktor penyebab ekzema.

“Yang terbaik adalah krim yang mempunyai dwi-fungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen antikeradangan untuk melegakan kulit.

Apakah petua untuk menjaga kulit ini?

Hadkan penggunaan

Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan

Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya

Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi

Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.

Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.

Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Losen

Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.

Menggaru

Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Berpeluh

Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

Tekanan

Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas

Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.


Jom rawat EKZEMA dengan Produk Shaklee:-

RAWATAN DALAMAN




#Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba. Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.

#Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.

#Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.

#Nutriferon - Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka, Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah.


****************************************


RAWATAN LUARAN


#Herbal Blend - Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
Nota - tidak sesuai bagi eczema berair.

#Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema. 
Nota - tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.

#Vitamin E - Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut.


Testimoni Ekzema 




Kredit ; Kesihatan Info



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...