Pages

Memaparkan catatan dengan label Diet Protein Tinggi Rendah Karbohidrat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet Protein Tinggi Rendah Karbohidrat. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Mei 2014

Diet Protein Tinggi Rendah Karbohidrat



Diet Protein Tinggi Rendah Karbohidrat

Diet protein tinggi rendah karbohidrat menjadi sangat popular sejak promosi besar-besaran oleh program Diet Atkins. Diet ini sangat popular kerana tidak melibatkan pengiraan kalori, dan banyak makanan kegemaran ramai dibenarkan dalam program ini. Di samping itu, Diet Atkins adalah diet tinggi protein, ini bermakna berat badan yang hilang semasa diet tidak akan menyebabkan kehilangan jisim otot, memandangkan protein adalah nutrien utama yang diperlukan untuk mengekalkan otot yang sihat. Diet ini pada dasarnya menghapuskan karbohidrat, gula atau makanan yang terurai menjadi gula.

Kita tidak akan berbincang mengenai Diet Atkins di sini, namun kami akan berikan asas diet tinggi protein rendah karbohidrat. Pertama mari kita mengenal pasti karbohidrat. Gula, termasuk gula halus, gula pasir, gula perang, atau apa-apa jenis gula yang boleh anda fikirkan adalah karbohidrat utama yang perlu anda hapuskan. Semua jenis pasta dikira sebagai karbohidrat, bermaksud semua mi dan produk spageti mesti dihapuskan. Semua jenis kanji, seperti beras putih, kentang dan kentang goreng, perlu dihapuskan. Bijirin kebanyakannya karbohidrat dan harus dielakkan sepenuhnya semasa fasa diet. Disebabkan kegilaan rendah-karbo, terdapat banyak pilihan soda, susu, ais krim dan roti rendah-karbo di pasaran. Jika anda mengambil produk ini, walaupun ianya jenis rendah-karbo, pastikan hanya untuk sekali-sekala sahaja dan secara sederhana. Jika tidak, makanan yang disebutkan di atas perlu dihapuskan sama sekali sekiranya bukan jenis rendah-karbo. Berhati-hati dengan makanan yang mengandungi gula tersembunyi, seperti daging hiris, sos BBQ, sos tomato, sos salad, sirap batuk, dan jus buah-buahan. Sesuatu yang nampak pelik, dalam diet ini buah-buahan dan jus buah-buahan perlu dihapuskan semasa dalam fasa penurunan berat badan kerana ia hampir karbohidrat tulen. Apa-apa jua yang dibuat dengan tepung perlu dihapuskan semasa fasa penurunan berat badan, seperti yang disebut awal-awal tadi, ia mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Jadi apa yang anda boleh makan? Berita baik, anda boleh makan semua daging, ikan, ayam dan makanan laut, kecuali daging yang diproses seperti daging hiris salai atau masin yang tinggi kandungan gula. Tinggalkan roti dan ambil daging dan salad. Telur sangat mesra rendah-karbo, tetapi jangan ambil mayonis atau sos salad kecuali jika ia jenis rendah-karbo. Apa-apa jenis sayur-sayuran adalah baik, tetapi ingat tomato sebenarnya buah-buahan, dan anda ingin menghadkan pengambilannya sekurang-kurangnya semasa fasa penurunan berat badan. Pilih beras perang sebagai pengganti kanji anda, kerana ia rendah karbohidrat berbanding nasi putih atau kentang. Keju sangat baik jika diambil dalam jumlah yang terhad, kerana ia makanan tinggi protein rendah karbohidrat. Mentega dan krim pun boleh dimakan, tetapi harus dalam jumlah yang terhad. Karbohidrat kompleks yang baik adalah serat, kerana ia tidak terurai menjadi gula, dan membantu badan dalam penghapusan. Di samping itu serat mudah membuat anda rasa kenyang tanpa menambah kalori yang ketara justeru perjuangan melawan rasa lapar dapat dimenangi dengan jayanya.

Akhir sekali, pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan auns gelas air sehari sebagai tambahan kepada minuman lain yang anda minum. Dehidrasi kerap menyamar sebagai kelaparan dan menyebabkan makan secara berlebihan. Sudah tentu, senaman adalah bahagian yang perlu dan penting dalam pelan diet anda.

Apabila anda berjaya menurunkan berat badan ke tahap yang anda inginkan, fasa mengurangkan berat badan bagi diet anda sudah berakhir. Anda perlu ingat yang anda membuat perubahan gaya hidup, tidak lagi mengambil diet fad atau ke pesta makan-minum. Ini bermakna anda tidak akan kembali kepada tabiat lama makan. Sebaliknya anda akan memperkenalkan makanan tertentu ke dalam diet anda secara sederhana. Sebagai contoh, anda boleh menambah beberapa keping daging salai seminggu sekali. Anda boleh menikmati apa-apa jenis pencuci mulut dalam kuantiti yang sederhana. Adalah lebih baik untuk mengelakkan minuman ringan sama sekali, atau memilih jenis rendah-karbo selama-lamanya. Jika anda memperkenalkan makanan sarat karbohidrat yang lain, pasti anda berbuat demikian hanya untuk sekali makan dan dalam kuantiti yang sedikit. Mengurangkan karbohidrat akan menjadi gaya hidup bagi anda apabila anda mengikuti program ini, yang berkemungkinan besar akan meningkatkan tahap tenaga keseluruhan anda dan membantu anda menjaga berat badan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...