Pages

Memaparkan catatan dengan label Resdung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resdung. Papar semua catatan

Rabu, 21 Januari 2015

#KelasOnline - Alfalfa Complex Untuk Resdung Dan Alergik By Master Fizah Sahin

Kelas Online
Alfalfa Complex Untuk Resdung Dan Alergik
by Master Fizah Sahin
20 Januari 2015
9.00 malam Hingga 10.00 malam


Malam tadi diberi kesempatan untuk bentangkan Slot bertajuk "ALFALFA UNTUK RESDUNG & ALERGIK" walaupun ilmu tak cukup didada, try juga untuk sampaikan pada master-master lain dalam KELAS ONLINE "COACH LEAD RAUDHAH". Moga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaat bersama....

Tajuk kita hari ni "ALFALFA UNTUK RESDUNG & ALERGIK/ALAHAN"


Resdung & Alergik adalah 1 perkara yang berbeza, tapi yang kita tahu cara rawatannya sama sahaja, semua berkait rapat dengan ALFALFA COMPLEX.

Secara umum jom kita ketahui apa kelebihan ALFALFA COMPLEX ini secara menyeluruh???
Sapa tahu fungsi ALFALFA COMPLEX??


RESDUNG atau seduan (sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat, apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung atau hama yang boleh terus merebak ke dalam tubuh pesakit.

APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)?
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut.

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.


ALERGIK / ALAHAN

Keadaan dimana seseorang menjadi sangat rentan/sensitif terhadap bendasing yang belum tentu menimbulkan gangguan pada orang lain. Dapat disebabkan oleh faktor keturunan. Reaksi alergik timbul setelah beberapa kali terdedah kepada alergen (bahan penyebab alergik).


GEJALA RESDUNG & ALERGIK/ALAHAN



JENIS RESDUNG
~ Ada 2 jenis
#Akut
#Kronik



JENIS ALERGIK / ALAHAN

SIAPA TAHU PRODUK SHAKLEE YANG MEMBANTU MENCEGAH RESDUNG/ALERGIK?

Produk Shaklee yang membantu mencegah RESDUNG/ALERGIK :-

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Jom kita bercerita pasal ALFALFA COMPLEX >>

À L F À L F À   C O M P L E X  merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa Shaklee mengandungi 300mg.


Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :
🍀Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

🍀Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

🍀Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

🍀Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

🍀Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

🍀Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

🍀Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan


Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee :
🍀Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.
🍀Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
🍀Memberi kelegaan semasa period.
🍀Membantu Merawat arthitis
🍀Membantu Merawat athma
🍀Mencuci usus bagi membuang toksik
🍀Membantu membuang angin dalam badan
🍀Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
🍀Meneutralkan asid dalam badan
🍀Membantu masalah keputihan pada wanita.
🍀Membesar dan menegangkan payudara.
🍀Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
🍀Memulihkan urat selepas bersalin.
🍀Milk booster
🍀Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
🍀Meningkatkan stamina lelaki
 🍀Membantu Melegakan masalah sembelit

#Tapi kita perlu tahu..
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..


Pencerahan penyakit SLE >>
Sekadar Gambar Hiasan


Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah :-
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus :-
#Discoid Lupus Erythematous (DLE)

Hanya melibatkan kulit
Jarang merebak ke organ lain

#Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Boleh merebak ke organ lain
Boleh mengakibatkan kematian

Statistik:-
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.


Berikut adalah fungsi-fungsi Vitamin tersebut terhadap RESDUNG & ALERGIK/ALAHAN

ALFALFA   COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..


B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress


VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.


SELAIN ITU, TAHUKAH ANDA, NUTRIFERON JUGA MEMBANTU MENCEGAH RESDUNG/ALERGIK

Fungsi NUTRIFERON

- Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan terutamanya jika anda bekerja dalam persekitaran yang berhabuk, jerebu dan tidak sihat.
-Sangat digalakkan bagi mereka yang telah mengalami jangkitan kuman dan mempunyai simptom resdung yang agak berat.

SET RESDUNG UNTUK KANAK-KANAK
1) ALFALFA COMPLEX
2) MEAL SHAKES
3) OMEGA GUARD
4) CHEWABLE VITA-C PLUS





Ahad, 7 Disember 2014

#KelasOnline - Resdung Bukan Perkara Biasa By Master Sue Hasan

Kelas Online
Resdung Bukan Perkara Biasa
By Master Sue Hasan
6 Dis 2014
9.00 - 10.00 malam


Tajuk yg Master Sue Hasan kongsikan cukup-cukup menakutkan sungguh. " RESDUNG BUKAN PERKARA BIASA" rupanya Resdung ni semua orang ada, cuma ada yg teruk ada jugak yg biasa-biasa je ikut kita le pandai kawal ataupun tidak. Sekiranya kita tak jaga boleh mengakibatkan barah sehingga meyebabkan kematian. Sanggup ke kita...............................bersedia kah kita???



DEFINISI RESDUNG:

ISTILAH TRADISIONAL
- Kerengsaan hidung yang menyebabkan hidung dan rongga-rongga lain gatal

ISTILAH SAINTIFIK
- Virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit, ia mengalirkan darah kotoryang menjadi punca kepada kerosakkan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kerosakkan organ dalaman tertentu.


Ramai orang lebih suka biarkan je, diaorang akan anggap yang resdung ni alahan BIASA je pun.........

Kalau sebut resdung mungkin setengah orang tak ras a takut sangat kan......... rasa macam biasa je........ cuba kalau kita cakap VIRUS KANSER agak-agaknya apa diaorang akan rasa? 



TANDA-TANDA SESEORANG MENGALAMI RESDUNG...



PUNCA -PUNCA RESDUNG

Alahan makanan , habuk dan kutuStruktur hidung yang tak normal (bengkok)Menyelam dalam air sungai, kolam yang tercemarKerosakkan @ sakit gigi atas bahagian gusi


KOMPLIKASI ANDAI IA DI BIARKAN:

Mengakibatkan buta (jangkita nanah di sekeliling kawasan mata)Jangkitan otak (meningitis)Sakit tekak kronikTonsil, jangkitan telinga terutama bg kanak-kanakJangkitan tulang mukaSelsema biasa yang melarat



BAGAIMANA VITAMIN C DAN THE GANG (ALFALFA, B COMPLEX) BANTU DALAM MENGAWAL, MENCEGAH ATAU MERAWAT RESDUNG?






VITAMIN C


 Mengandungi anti-oksidan y baik & tinggi dlm meningkatkan antibodi serta daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit. 
Kandungan vitamin C yg mampu melindungi sel tubuh daripada pencemaran,mengurangkan gejala alergi,membunuh bakteria & bertindak sebagai antibiotik yg tak berbahaya.
 Mempercepatkan pemulihan tisu tubuh 
Memastikan proses pemulihan metabolisme dlm tubuh berfungsi dgn baik & sempurna



 B COMPLEX


Kandungan vitamin B6 dlm B Complex berperanan penting utk memulihara selaput lendir agar kekal sihat & membantu penghasilan antibodi badan.
Bertindak sebagai anti stress
Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon & penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka
Membantu dlm membina protin dlm tubuh.



ALFALFA COMPLEX


Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung
Agen detoksifikasi,sebagai pencuci darah menyingkirkan toksin
Kaya dengan klorofil yang membantu mengurangkan sakit resdung, keradangan disebabkan resdung, eczema, allergy dan selesema



SEDIKIT PERKONGSIAN

 Pengambilan vitamin C secara konsisten mampu merawat atau mengawal pnyakit resdung kronik tanpa membuat rawatan resdung. Dos pengambilan sehari mampu memgawal masalah resdung. Diawal pengambilan disarankan ambil 2 biji sehari pada waktu pagi dan malam......

Alhamdulilah... harap sedikit perkongsian ni dapat sedarkan anda resdung ni bukan alahan biasa... tetapi sekiranya di biarkan boleh menjadi kanser.



Sabtu, 24 Mei 2014

CADANGAN SET UNTUK RESDUNG SHAKLEE

SET RESDUNG SHAKLEE

Apa itu RESDUNG Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
TANDA-TANDA RESDUNG
- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG
1 . ALAHAN - Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.
- Apabila kawan-kawan mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.. Kawan-kawan yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..

PETUA MENCEGAH RESDUNG
1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab

2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang

3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.

4) Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.

5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga amalkan sup panas.

6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan

7) Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)
Dibawah ada petua untuk resdung yang boleh kawan-kawan amalkan. Amalkan petua ini
Jika kawan-kawan ingin lebih mudah...cubalah Set Vitamin Shaklee yang terdiri daripada
1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX - Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri - Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
 * Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX - B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan - Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh - Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati - Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C - Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin - Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh - Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol - Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih) - Meningkatkan pertumbuhan tisu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...