Pages

Memaparkan catatan dengan label OmegaGuard. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OmegaGuard. Papar semua catatan

Ahad, 9 April 2017

Kisah Nunul Dengan Omega Guard


Ainul ni kalau dia batuk.. mama dah risau dah.. risau dia semput jekan!

Korang tau ke... kesan Ainul ni makan omega... apa yg berlaku. 

Ainul akan berak..  cirit tau.... kalau dilihat kat najis dia, seperti ada lendir. Lendir tu mcm kahak. Kahak yg dikeluarkan melalui najis . Budak kan... bukan tau nak buang kahak dengan sendiri. Melalui pembuangan air besar je la kahak tu dikeluarkan .

Jadi... 

Ainul akan berasa lega... batuk2 pun berkurangan. 

omega ni bertindak... dengan cairkan kahak yg ada.. dan  berikan kelegaan untuk mereka bernafas. Tau jela ...kahak yg banyak akan menyukarkan mereka utk bernafas !

Cadangan Set Darah Tinggi Serta Testimoni



[ CADANGAN SET DARAH TINGGI ]

Bagi yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi akibat kadar kolestrol yang tinggi dan darah yang pekat, dicadangkan mengambil Omega Guard dan Garlic Complex. Antara fungsi kedua dua suplement ini adalah :

OMEGA GUARD
■Menghapuskan kolestrol jahat dalam darah
■Melancarkan peredaran darah
■Membersihkan salur darah dari plak kolestrol/lemak
■Mengelakkan Obesiti

GARLIC COMPLEX
■Menghalang strok
■Menguatkan sistem pertahanan tubuh
■Menghalang penyakit berkaitan jantung
■Mengeluarkan logam toksik dalam tubuh seperti kadmium,plumbum dan merkuri yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

http://Www.wasap.my/60125032978

Cadangan Set Kurus Mengikut Bajet Anda


Jom mama sharekan secara ringkas Set Kurus mengikut bajet anda. Sekiranya anda mempunyai bajet yang sedikit anda boleh memilih LECITHIN + HERBALAX. Fungsi 2 suplemen ni adalah membantu MEMBAKAR SERTA MEMBUANG LEMAK yang ada. Sekiranya bajet anda berlebihan boleh lah membeli seperti yang mama sarankan😊.


Ini adalah Suplemen Set Kurus yang kami sarankan

⤵⤵⤵⤵⤵

Cadangan Set Kurus
- omega guard
- herba lax
- lecithin
- cinch tea
- herbal blend

✔Boleh sesuaikan dengan bajet anda... nak tau set bajet jimat boleh pm ye ☺


Selain itu anda haruslah tahu apa fungsi setiap Suplemen ini. BAKAR+BUANG+DETOX+BINA sangat penting utk turun kan berat badan... jom ketahui apa itu BAKAR+BUANG+DETOX+BINA....

BAKAR DAN BUANG

Lecithin/Omega Guard + Herblax /Alfalfa
**Lecithin atau Omega memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan.

**Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan.
Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.

DETOX

Kenapa Detox itu penting?
-----------------------
Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.

BINA

Kenapa Protein penting?
-------------------------
Protein penting untuk pelihara otot dalam badan.
Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran  lemak.


http://Www.wasap.my/60125032978

Sabtu, 8 April 2017

Prenatal Set ( Set Kehamilan Shaklee )

Set kehamilan shaklee



Apa yang ada di dalam Set Kehamilan Shaklee. ?

Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:

✔Vitalea
✔B Complex
✔Vitamin C
✔Ostematrix

 Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:

📌Vitalea - 4 Bulan
📌B Complex - 4 Bulan
📌Vitamin C - 3-6 Bulan
📌Ostematrix - 1 Bulan
📌Omega Guard - 3 Bulan
📌Protein(Energy Soy Protein) - 1 1/2 Bulan


ESP - Energy Soy Protein
👶 Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.


Multivitamin(Vita-lea) 
👶 mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.


B Complex
👶Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.


Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) 
👶 Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.


Omega -3(Omega Guard) 
👶 Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.


Kalsium(Ostematrix) 
👶Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Cik Nunul Dengan Omega Guard Shaklee



Jom baca⤵⤵⤵

Kisah anak buah dengan Omega Guard.....

Ainul ni kalau dia batuk.. mama dah risau dah.. risau dia semput jekan!
Korang tau ke... kesan Ainul ni makan omega... apa yg berlaku.
Ainul akan berak..  cirit tau.... kalau dilihat kat najis dia, seperti ada lendir. Lendir tu mcm kahak. Kahak yg dikeluarkan melalui najis . Budak kan... bukan tau nak buang kahak dengan sendiri. Melalui pembuangan air besar je la kahak tu dikeluarkan .

Jadi...

Ainul akan berasa lega... batuk2 pun berkurangan.
omega ni bertindak... dengan cairkan kahak yg ada.. dan  berikan kelegaan untuk mereka bernafas. Tau jela ...kahak yg banyak akan menyukarkan mereka utk bernafas !
Ibu Bapa.... 

Jom cairkan kahak dengan Omega Guard

Rabu, 15 Mac 2017

Ostematrix dan Omega Guard Untuk Emak Tersayang


Semalam tengah kerja dapat wasap dari no yang tak dikenali. Dia tanya kan Ostematrix dan Omega Guard. Dia tanya ada stok tak. Nak segera utk emaknya. Alhamdulillah... mujurlah ada simpan stok di rumah... tapi habis kerja baru boleh Cod.

1 kelemahan diri ini tak simpan stok dalam kereta sebab konon2 nak jaga kualiti suplemen tu.. takut tertinggal dalam kereta nanti rosak le, cair le, keras le.... hahaha....sengal kan....

Tapi disebabkan cust urgent...terpaksa lah balik rumah nun jauh 30 minit dari tempat kerja lepas tu cod ke kuarters balai polis teluk intan.

Alhamdulillah.....tanggungjawab dah dilaksanakan... harap cust puas hatilah ye.... sapa sapa nak cari suplemen produk shaklee boleh le calling akak ye😍

Jumaat, 10 Mac 2017

SLIP DISC Boleh Dirawat Dengan Shaklee



Testimoni dari Customer Shaklee... Dulu sebelum kenal Shaklee beribu ribu habis untuk merawat penyakit SLIP DISC....
1 masa try untuk mencuba Shaklee... Dengan pengambilan VIVIX, OMEGA GUARD, OSTEMETRIX... Alhamdulillah... dengan belanja RM600.00 sahaja SLIP DISC berkurangan... Syukur Alhamdulillah...
Orang cakap... kita kena iktiar dahulu... InshaAllah... dengan kuasa Allah penyakir kita mampu dirawat...

Rabu, 15 Februari 2017

Februari Yang Gojes

Bestnya kalau setiap bulan promosi macam ni kan..... best sangat sangat... order masuk... cust pon suke... rasa tak menang tangan nak promosi.... suke sangat sangat.

Apa yang bestnya....???
Promosi yang sangat panas

Ostematrix beli 6 percuma 1
Ostematrix beli 2 diskaun 5%
Lecithin beli 1 percuma 1
Alfalfa beli 1 percuma 1

Call whatsapp inbox penuh jee...cust bertanya dan buat pembelian.... betul betul hangat... 

Anda mencari produk shaklee????? Boleh  wasap terus ke saya 0125032978
ap 

Sabtu, 14 Februari 2015

Set Kurus Power Terbaik Dari Shaklee


♥ⓛⓞⓥⓔ♥☜ SLIMMING SET POWER ☞♥ⓛⓞⓥⓔ♥
⇒ Slimming Set Power Shaklee Yang Sangat Berkesan Untuk Hilangkan Buncit Dan Gemuk
⇒ Ramai yang nak kurus tetapi tak semua berjaya. Jangan risau dengan Slimming Set Power Shaklee anda pasti boleh kurus dengan cepat dan berkesan.
⇒ Kehebatan Slimming Set Power Shaklee ialah dapat menghilangkan buncit dan gemuk dengan berkesan.
.
KEHEBATAN SLIMMING SET POWER SHAKLEE YANG TAK PERLU ANDA RAGUI LAGI!!
.
√ Langsing dalam tempoh 2 minggu.
.
√ Ingin kurus tanpa bersenam dan berlapar?
.
√ Hapuskan selulit dan lemak di pinggang.
.
√ Kurangkan saiz pinggang dalam beberapa cm dalam tempoh yang singkat.
.
√ Turunkan berat badan.
.
√ Dijamin tanpa kesan sampingan.
.
√ Slimming Set Produk Terhebat Era Ini!



Atasi Sembelit Cegah Buasir


SEMBELIT?? Terlampau MENERAN??? Ini boleh menyebabkan terjadinya BUASIR!! Sebelum terjadinya BUASIR, kita seharusnya atasi masalah SEMBELIT!
.
Jom ketahui Suplemen Untuk Atasi Sembelit & Rawat Buasir. 👇👇👇
OsteMatrix*Omega Guard*Zinc Complex. .
.
Kelebihan Setiap Suplemen. .
⇒ OSTEMATRIX
√ membantu mengurangkan sembelit.
√ melancarkan pembuangan air besar. .
√ memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur. .
.
⇒ OMEGA GUARD
√ baik untuk sendi / otot. .
√ melegakan semasa proses pembuangan air besar yang amat perit. .
√ membantu mengecutkan otot yang bengkak tersebut. .
.
⇒ ZINC COMPLEX
√ disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yg amat perit.
√ membantu menyembuhkan luka di dalam bahagian dubur dengan lebih cepat.


Rabu, 21 Januari 2015

#KelasOnline - Alfalfa Complex Untuk Resdung Dan Alergik By Master Fizah Sahin

Kelas Online
Alfalfa Complex Untuk Resdung Dan Alergik
by Master Fizah Sahin
20 Januari 2015
9.00 malam Hingga 10.00 malam


Malam tadi diberi kesempatan untuk bentangkan Slot bertajuk "ALFALFA UNTUK RESDUNG & ALERGIK" walaupun ilmu tak cukup didada, try juga untuk sampaikan pada master-master lain dalam KELAS ONLINE "COACH LEAD RAUDHAH". Moga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaat bersama....

Tajuk kita hari ni "ALFALFA UNTUK RESDUNG & ALERGIK/ALAHAN"


Resdung & Alergik adalah 1 perkara yang berbeza, tapi yang kita tahu cara rawatannya sama sahaja, semua berkait rapat dengan ALFALFA COMPLEX.

Secara umum jom kita ketahui apa kelebihan ALFALFA COMPLEX ini secara menyeluruh???
Sapa tahu fungsi ALFALFA COMPLEX??


RESDUNG atau seduan (sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat, apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung atau hama yang boleh terus merebak ke dalam tubuh pesakit.

APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)?
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut.

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.


ALERGIK / ALAHAN

Keadaan dimana seseorang menjadi sangat rentan/sensitif terhadap bendasing yang belum tentu menimbulkan gangguan pada orang lain. Dapat disebabkan oleh faktor keturunan. Reaksi alergik timbul setelah beberapa kali terdedah kepada alergen (bahan penyebab alergik).


GEJALA RESDUNG & ALERGIK/ALAHAN



JENIS RESDUNG
~ Ada 2 jenis
#Akut
#Kronik



JENIS ALERGIK / ALAHAN

SIAPA TAHU PRODUK SHAKLEE YANG MEMBANTU MENCEGAH RESDUNG/ALERGIK?

Produk Shaklee yang membantu mencegah RESDUNG/ALERGIK :-

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Jom kita bercerita pasal ALFALFA COMPLEX >>

À L F À L F À   C O M P L E X  merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa Shaklee mengandungi 300mg.


Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :
🍀Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

🍀Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

🍀Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

🍀Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

🍀Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

🍀Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

🍀Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan


Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee :
🍀Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.
🍀Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
🍀Memberi kelegaan semasa period.
🍀Membantu Merawat arthitis
🍀Membantu Merawat athma
🍀Mencuci usus bagi membuang toksik
🍀Membantu membuang angin dalam badan
🍀Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
🍀Meneutralkan asid dalam badan
🍀Membantu masalah keputihan pada wanita.
🍀Membesar dan menegangkan payudara.
🍀Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
🍀Memulihkan urat selepas bersalin.
🍀Milk booster
🍀Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
🍀Meningkatkan stamina lelaki
 🍀Membantu Melegakan masalah sembelit

#Tapi kita perlu tahu..
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..


Pencerahan penyakit SLE >>
Sekadar Gambar Hiasan


Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah :-
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus :-
#Discoid Lupus Erythematous (DLE)

Hanya melibatkan kulit
Jarang merebak ke organ lain

#Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Boleh merebak ke organ lain
Boleh mengakibatkan kematian

Statistik:-
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.


Berikut adalah fungsi-fungsi Vitamin tersebut terhadap RESDUNG & ALERGIK/ALAHAN

ALFALFA   COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..


B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress


VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.


SELAIN ITU, TAHUKAH ANDA, NUTRIFERON JUGA MEMBANTU MENCEGAH RESDUNG/ALERGIK

Fungsi NUTRIFERON

- Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan terutamanya jika anda bekerja dalam persekitaran yang berhabuk, jerebu dan tidak sihat.
-Sangat digalakkan bagi mereka yang telah mengalami jangkitan kuman dan mempunyai simptom resdung yang agak berat.

SET RESDUNG UNTUK KANAK-KANAK
1) ALFALFA COMPLEX
2) MEAL SHAKES
3) OMEGA GUARD
4) CHEWABLE VITA-C PLUS





Sabtu, 10 Januari 2015

Kehebatan DUNIA BLOG


Petang semalam hantar barang untuk Customer Shaklee ke Giant Teluk Intan, 
Yang bestnya Customer ni tak pernah pon jumpa. 
Tak kenal pon.
So gatal mulut lah bertanya pada Customer ni,

Saya : Adik guna nama kat Facebook apa ye??
           Akak cari nama Adik kat Facebook tak jumpa lah.
Cust  : Saya tak ada Facebook lah akak
           Saya taip Shaklee kat Google, Saya jumpa Blog akak, tu yang saya Order 
           Dengan Akak. 
>> Ya Allah, macam kecil je dunia ni kan. Alhamdulillah, Rezeki Allah nak bagi.


Ni nak promote juga SET KURUS SHAKLEE yang Customer tu order semalam. Ni memang Produk Kurus yang Superb POWER!!! 

>> Jom baca kelebihan Shaklee ni hingga boleh bantu fza untuk kurus selepas bersalin.


Klik Gambar Untuk Detail Lebih Lanjut Macam Mana Saya Boleh Kurus Lepas Salin


H E R B L A X   (120 kapsul)

-melegakan sembelit
-meningkatkan kesihatan sistem penghadaman & usus
-membantu menyahtoksinkan badan
-membantu dalam menurunkan berat badan / mengempiskan perut
-menghilangkan jeragat
-mengurangkan bau badan



L E C I T H I N   (180 kapsul)

-untuk kurangkan berat badan (memecahkan lemak)
-menurunkan paras kolestrol dalam serum
-kencing manis, darah tinggi, jantung (lancaran edaran darah di pembuluh darah)
-lubang payudara tersumbat (susu tidak keluar)
-bantu masalah lupa (terutama lepas bersalin)
-mengekalkan fungsi optimum otak


O M E G A   G U A R D   (90 kapsul)

-untuk menurunkan berat badan
-untuk ibu hamil (membina sel otak bayi)
-menggalakkan perkembangan minda untuk dewasa & kanak-kanak
-meningkatkan sistem imun & menolong penyembuhan 
-atasi masalah jeragat
-kesihatan prostat lelaki
-meningkatkan daya seksual & pertumbuhan organ
-baik untuk kolestrol tinggi, sakit sendi, batuk berkahak yang berterusan
-strok
-kuatkan antibodi kanak-kanak (asma, demam & selesema)


A L F A L F A   (330/700 kapsul)

Suplemen yang wajib untuk wanita dan lelaki kerana alfalfa merupakan 1001 khasiat.
Ia juga dikenali sebagai RAJA TUMBUHAN kerana terkenal dgn khasiat dan mineralnya yg tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dgn PROTEIN, ASID AMINO, KLOROFIL, SERAT, 15 ZAT GALIAN, 10 VITAMIN, 8 ENZIM & FITOKIMIA.

10 biji alfalfa = segelas susu

Kelebihan Alfalfa:
-Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
-Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
-Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
-Membantu membuang angin dalam badan.
-Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
-Melegakan sakit sendi dan belakang
-Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
-Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
-Memberi kelegaan semasa haid
-Merawat arthitis
-Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema
-Mencuci usus bagi membuang toksik
-Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
-Meneutralkan asid dalam badan
-Merawat masalah keputihan pada wanita
-Membesar dan menegangkan payudara
-Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
-Memulihkan urat selepas bersalin
-Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
-Meningkatkan stamina seorang suami
-Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit)




Ahad, 28 Disember 2014

Spotting Atau Pendarahan Ringan Ketika Kehamilan



Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?
Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj.Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit.
Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat. 

Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Namun kadangkala pendarahan juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mendapatkan pemeriksaan doktor. 
Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil? Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ia biasanya berlaku sekitar waktu anda biasanya datang haid dan berlangsung selama satu atau dua hari. Anda mungkin hanya menyedarinya ketika membuang air kecil.

Walaupun pakar-pakar tidak pasti apakah puncanya, namun ia mungkin disebabkan oleh:
Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Anda mungkin mengalaminya lebih daripada sekali. Pelekatan telur yang telah disenyawakanpada lapisan uterus anda menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Ini lebih jarang berlaku berbanding pendarahan penebusan.


Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?
Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
  • Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks
  • Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
  • Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
  • Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.

Apakah punca yang lebih serius yang mengakibatkan pendarahan semasa kehamilan?
Malangnya, pendarahan pada awal kehamilan mungkin merupakan tanda keguguran atau kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Dalam kedua-dua kes ini, anda juga biasanya akan mengalami sakit perut dan kekejangan.


Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan daripada keguguran beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku. Malah, sesetengah wanita mengalami keguguran sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil dan menganggap mereka hanya datang haid.

Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.

Punca pendarahan yang lebih jarang berlaku ialah kehamilan molar. Ia menjejaskan kira-kira satu dalam 700 kehamilan. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera. 

Kemungkinan juga pukulan kepada perut, contohnya jika anda terjatuh, menyebabkan pendarahan. 
Apa yang harus saya lakukan jika saya mengalami pendarahan semasa hamil?Hubungi doktor atau hospital , walaupun sekiranya pendarahan itu akhirnya berhenti sendiri. Anda masih perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor anda mungkin memeriksa bahagian dalam faraj, atau dia mungkin menasihatkan anda supaya membuat imbasan ultrasound. Imbasan boleh mengetepikan kehamilan di luar rahim dan memeriksa keadaan bayi. 

Doktor anda mungkin mahu membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencinganda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resusanda juga mungkin akan dijalankan.
Adakah bayi saya akan selamat?Kemungkinan besar bayi anda dalam keadaan selamat kerana pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat meneruskan kehamilan dengan sihat.

Jika pendarahan itu menandakan keguguran, anda akan turut mengalami kekejangan perut, dan pendarahan itu biasanya akan menjadi lebih teruk. Pendarahan ringan atau spotting biasanya berhenti sendiri. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita hamil yang mendapatkan bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan mereka.

Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, bincanglah dengan doktor anda, walaupun jika pendarahan itu berhenti. Ini untuk memastikan tiada simptom-simptom lain yang mungkin menunjukkan sebarang masalah.

Cuba berfikir dengan positif. Spotting atau pendarahan ringan biasanya hanyalah satu misteri yang tidak membahayakan yang boleh anda lupakan sahaja.

Anda tidak keseorangan! Berbuallah dengan ibu-ibu lain mengenai kebimbangan anda semasa hamil dalam forum Kehamilan kami hari ini.

Artikel Penuh Dari BabyCenter


Anda boleh mencuba PRODUK SHAKLEE SET KEHAMILAN yang boleh membantu anda dan kandungan hingga selamat bersalin. InshaAllah...

 Info lanjut Kehamilan Dengan Shaklee
Untuk Info Lanjut Pasal Kehamilan Dengan Shaklee boleh Klik Gambar Diatas.

Sekiranya PENDARAHAN berlaku, Fza tahu, para ibu tentu STRESS kan?? Jom tangani Stress anda dengan B-COMPLEX Shaklee


Kenapa B Complex penting untuk ibu hamil, BF dan pantang?

Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.


Elakkan KELAHIRAN BAYI PRA-MATANG. Jom dapatkan OMEGA GUARD yang kaya dengan minyak ikan.


Mengapa mengambil Omega-3 penting terutamanya semasa mengandung?

Kajian menunjukkan, Omega-3 adalah penting bagi perkembangn otak bayi dan visual awal bayi. Walau bagaimanapun, diet orang Malaysia sangat kurang dengan omega 3 ini. Lebih memburukkan keadaaan, selalunya disebabkan pengurangan pengambilan omega-3 oleh ibu-ibu hamil, kandungan omega 3 yang perlu disalurkan kepada bayi adalah tidak mencukupi.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa menambah EPA dan DHA untuk diet wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan visual dan kognitif bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Kajian juga menunjukkan, pengambilan EPA dan DHA dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia dan boleh meningkatkan berat badan ketika lahir. Sebaliknya, kekurangan Omega-3 boleh meningkatkan risiko ibu untuk kemurungan. Ini mungkin menjelaskan mengapa kecelaruan mood selepas bersalin boleh menjadi lebih teruk dan mula lebih awal dengan kehamilan berikutnya.


Adakah ia selamat untuk mengambil Minyak Ikan semasa mengandung?

Minyak ikan dalam bentuk kapsul adalah selamat untuk diambil semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) boleh mengandungi toksin alam sekitar seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh dihapuskan semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses penapisan lanjutan.




Sabtu, 27 Disember 2014

Tekanan (Stress) Semasa Mengandung Boleh Pengaruhi Bayi



Tekanan semasa mengandung pengaruhi bayi....

Di antaranya ialah jangan membunuh binatang, jangan menegur sesuatu yang ganjil sekiranya terserempak di jalanan kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan terjadi terhadap bayi.

Memang kita akui, terdapat banyak variasi di dalam persekitaran perinatal yang boleh menyebabkan perubahan kepada perkembangan bayi.

Contohnya, ibu yang mendapat infeksi rubela pada trimester pertama (iaitu 10 minggu pertama) boleh menyebabkan penyakit jantung kongenital pada bayi.

Ibu yang ketagih arak akan menyebabkan anak mengalami rencatan akal, bantut pembesaran, kecacatan anggota, jantung berlubang dan kecacatan kraniofasial. Gejala ini dikenali sebagai sindrom alkohol-fetal.

Sejauh manakah benarnya dakwaan orang tua-tua dahulu sukar untuk kita buktikan.


Persoalan yang ingin saya timbulkan pada minggu ini, adakah tekanan (stress) yang dialami oleh ibu semasa mengandung mempunyai kaitan dengan perkembangan emosi kanak-kanak?

Tekanan (stress) mempunyai banyak dimensi pengertian. Salah satu daripadanya mendefinasikan tekanan (stress) sebagai sebarang bentuk kesedaran psikofisiologikal yang boleh meletihkan sistem tubuh badan sehingga membawa kepada tidak berfungsi dan berpenyakit.

Ia mungkin berbentuk fizikal seperti penyakit mental seperti risau, gelisah dan spiritual seperti perasaan berdosa dan bersalah. Umum mengetahui bahawa tekanan (stress) menjadi begitu negatif sekiranya ia melepasi paras keupayaan seseorang menanganinya. Ia menjadi positif sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dan meningkatkan kekuatan mekanisme adaptasi.

Seperti yang saya telah bincangkan pada minggu-minggu terdahulu, banyak perhatian para doktor ditumpukan kepada kelainan-kelainan mental yang berlaku selepas bersalin daripada melihat kepada masalah-masalah semasa mengandung yang mungkin memberi kesan semasa bayi.

Ini kerana pengetahuan kita tentang sejauh mana kemudaratan yang ditimbulkan sebelum bersalin sehingga memberi kesan ke peringkat bayi sangat terbatas.

Kebanyakan daripada pengetahuan yang ada adalah berkaitan dengan perkara-perkara fizikal sahaja seperti kelahiran tidak cukup bulan dan sebagainya. Pengetahuan yang berkaitan dengan kesan emosi ke atas bayi sangat terbatas dan berkurangan.

Kajian saintifik menunjukkan bukti bahawa bayi memperlihatkan tindak balas kepada bunyi-bunyian sekurang-kurangnya pada minggu ke-20 kandungan. (Hepper & Shahidullah: The development of fetal hearing. dalam Fetal & Materal Medicine Review. 1994).

Ini bermakna jika ibu menunjukkan reaksi stress ketika kandungan 5 bulan dengan memaki hamun serta memperkatakan perkara-perkara yang tidak baik, dikhuatiri akan memberi impak emosi kepada bayi yang dikandungnya.

Para alim ulama menasihati kita tentang perlunya ibu-ibu memperkatakan sesuatu yang baik dan banyak membaca al-Quran ketika mengandung.

Bayi yang di dalam kandungan akan teransang dengan bunyi-bunyian dari ayat-ayat al-Quran yang didengarinya.


Justeru itu diharapkan apabila lahir dan membesarkan kemudian hari, conditioning yang sedia terbentuk disertai dengan keadaan rumah tangga yang penuh hikmah dan suasana persekitaran yang kondusif akan melahirkan insan-insan yang soleh, beriman serta mempunyai daya juang yang tinggi untuk agama, bangsa dan negaranya.


Masyarakat India yang beragama Hindu juga mempercayai bahawa ibu yang mengandung perlu dijaga supaya tidak memudaratkan kandungannya.

Oleh itu, masyarakat India melarang sekiranya mengejutkan ibu mengandung bangun dari tidur dengan cara menggoyang-goyangkan badannya.

Ia dikhuatiri akan mendatangkan rasa terkejut pada ibu yang boleh menimbulkan tekanan (stress) dan memudaratkan bayi yang dikandung. Cara yang mereka cadangkan ialah dengan menguis badannya perlahan-lahan atau membiarkan dia terus tidur.

Pengalaman seharian menunjukkan bahawasanya jika seorang suami mencederakan isterinya ketika mengandung dengan melakukan penganiayaan fizikal berulang-ulang kali, maka anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Adakah ini benar?

Kebanyakan kajian perubatan yang dijalankan untuk menjawab persoalan di atas, didapati menuju kepada suatu kesimpulan yang sama iaitu; sekiranya ibu menghadapi masalah psikologi ketika mengandung, ia akan memberi kesan kepada kandungannya.

Ini akan menyebabkan bayi tersebut lahir tidak cukup bulan dan kurang berat badan. (Pagel 1990 & Copper 1996).

Mengapakah terjadinya demikian? Tentu sekali sebab-musababnya hanya Allah Ta'ala sahaja yang mengetahui.

Suatu penjelasan yang mungkin adalah kerana meningkatnya hormon stress dalam diri ibu mengecilkan saluran darah ke rahim, sehingga mengurangkan aliran darah kepada bayi. Kekurangan aliran darah akan seterusnya membina tindak balas tekanan (stress) dalam diri bayi.

Bayi yang mengalami tekanan (stress) akan terdedah kepada risiko lahir tidak cukup bulan, kurang berat badan berbanding usia kandungan yang sebenar.

Keadaan ini menimbulkan masalah kesihatan dan penjagaan setelah lahir kerana mereka mudah terdedah kepada infeksi kuman. Bayi ini juga didapati lebih beremosi dan memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa.

Keadaan ini melahirkan lingkaran kemiskinan (vicious cycle) yang berputar di dalam suatu pusingan.


Setelah mengetahui hubung kait di antara tekanan (stress) semasa mengandung dengan emosi bayi kita seharusnya berfikir bagaimana untuk menghalang tekanan (stress) di dalam diri ibu-ibu yang mengandung.


  • Pertama sekali, ibu-ibu haruslah menjaga kesihatan mereka. Ini termasuklah mengambil makanan yang seimbang. Ini penting supaya ibu dan bayi yang dikandung, sihat secara fizikal.
  • Lakukan senaman yang sesuai dan tidak memenatkan. Selain daripada pelvic floor exercise seperti yang dinasihatkan oleh doktor sakit puan, ibu-ibu boleh melakukan gerak kerja relaksasi dan latihan pernafasan.
  • Latihan ini berguna di mana sahaja, sama ada ketika kita tertekan dan keletihan di tempat kerja, semasa menunggu bas atau suami menjemput pulang atau ketika masa kelahiran di dalam bilik bersalin.
  • Rancang supaya anda mempunyai rehat yang mencukupi terutama ketika badan keletihan di siang hari.
  • Anda perlu mempunyai tidur yang cukup di malam hari.
  • Tentu sekali, jika anda mempunyai pilihan, elakkan tekanan berlebihan di dalam hidup anda. Amalkan cara kehidupan yang riang dengan memberi banyak senyuman dan ketawa. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, moga-moga Allah akan melipat gandakan rezeki dan peluang yang akan anda kecapi.
  • Sebagai seorang yang paling hampir dengan isteri, suami boleh memainkan peranan yang penting untuk membantu mengurangkan stress.
  • Menolong isteri melakukan kerja rumah atau melayan anak-anak dapat memberi ruang kepada isteri untuk berehat. Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan tekanan (stress) kepada bayi di dalam kandungan.
  • Suami boleh memberi sokongan emosi yang besar kepada isteri dengan menjadi seorang pendengar kepada permasalahan yang dihadapi oleh isteri. Kaunselor yang paling berkesan bagi isteri adalah suami.
  • Majikan yang bersimpati juga boleh membantu mengurangkan bebanan tugas ketika di tempat kerja.
  • Kerajaan boleh memikirkan cara dengan memberikan cuti khas kepada kakitangan wanita ketika mengandung terutama sekali ketika saat-saat hampir dengan due date.
  • Di samping membolehkan mereka bersedia untuk saat-saat kelahiran, ia membantu mengurangkan tekanan 'pada saat-saat akhir'.

Kita semua boleh melakukan sesuatu. Matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan insan yang soleh, warganegara yang sihat, sempurna tubuh badan, akal fikiran, berbudi luhur yang akan menggembleng tenaga untuk memajukan agama, bangsa dan negara yang kita cintai.

Oleh: DR. MOHD. JAMIL HJ. YAACOB
Artikel penuh Dari UtusanOnline



Anda boleh tangani Stress atau Kelahiran Bayi Pramatang Dengan
  • B Complex
  • Omega Guard

Fungsi B Complex Tangani Stress


Fungsi Omega Guard Dalam Kehamilan







Sabtu, 29 November 2014

#KelasOnline - Asma vs Omega Guard by Master Atiey

Kelas Online
Asthma vs Omega Guard
by Master Atiey
9.00 hingga 10 malam







APA SEBENARNYA ASMA/LELAH NI?

- Sukar untuk bernafas
- Saluran pernafasan yang kronik dimana saluran menjadi sensitif
- Saluran pernafasan mengecut  dan membengkak






Asthma merupakan penyakit saluran pernafasan yang kronik, dimana saluran pernafasan tersebut menjadi sensitif kepda alergen (faktor persekitaran, makanan etc). ini menjadikan saluran pernafasan tersebut mengecut, bengkak dan mengeluarkan mukus apabila terdedah kepada alergen-alergen tersebut. Ini menjadikan penghidap asthma susah untuk bernafas apabila mendapat serangan asthma.



Mengikut sumber-sumber:-
10-20% kanak-kanak diserang asthma, diaorang akan sembuh bila diaorang semakin besar.
Dan ada juga yang kena asthma dari kecik sampai besar dan akan berterusan, jadi hendakla menjaga pemakanan untuk elakkan asthma.


APA PUNCA  ASTHMA/ LELAH?




  • Alahan dihidu seperti kutu habuk ( house dust mlte), debunga, spora kulapuk ( mould spores), epithelials 
  • binatang peliharaan
  • Udara sejuk melampau
  • bulu binatang
  • Merokok dan asap rokok, asap bakaran sampah
  • Selsema atau jangkitan sistem pernafasan
  • Tekanan Emosi
  • Senaman 
  • Salah satu penyakit keturunan



APA YANG MENYEBABKAN SALURAN PERNAFASAN ITU TERSEKAT?



Bila otot mengejang, saluran udara akan jadi sempit sekaligus menghalang pernafasan. Dan udara dalam paru-paru akan berkurangan. Jadi sebab pesakit boleh pengsan. 


Selain itu..... Kahak-kahak atau lendir yang terkumpul pun salah satu penyebab saluran tersekat. Otot yang mengelilingi saluran itu akan menguncup/menyempit dan menyebabkan saluran jadi sempit. Dari situ dada jadi sesak!



**Kalau budak-budak bila diaorang bernafas bunyi lain macam tu cepat-cepat check ye.



CARA-CARA RAWATAN UNTUK KANAK-KANAK ASTHMA....


Jika  serangan ini berlaku semasa anak tidur, dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh mendudukkan anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cepat.


Bertenang, keresahan hanya akan membuatkan anak anda lebih takut, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.



TANDA-TANDA AMARAN AWAL ASTHMA ADALAH SEPERTI;-



Batuk yang kerap, terutamanya pada waktu malamkehilangan nafas anda dengan mudah atau sesak nafasBerasa sangat letih atau lemah apabila berjalanBerdehit atau batu selepas senamanRasa letih, mudah marah, cepat marah, atau muramPenurunan atau perubahan fungsi dalam paru-paru mengikut ukuran yang diukur pada meter aliran.Tanda-tanda selsema atau alahan (bersin, hidung berair, batuk, kesesakkan hidung, sakit tekak dan sakit kepalaMasalah tidur


APA PRODUK SHAKLEE UNTUK ASTHMA/LELAH?


UNTUK KANAK-KANAK

~Omega Guard
~Meal Shakes

UNTUK DEWASA

~Omega Guard
~Vitamin C
~B complex


IANYA BERFUNGSI


1) OMEGA GUARD


Mengurangkan keradangan di salur nafas
Meningkatkan sistem imun tubuh
Membantu menyihatkan paru-paru
Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis,SLE (lupus erythemarosus)

2) B COMPLEX


Membantu pengeluaran antibodi
Membantu membersihkan ruang pernafasan
Bertindak sebagai anti-stress
Memelihara sistem saraf
Membantu pembentukkan protein dalam badan


3) VITAMIN C


Mengawal  pengeluaran histamin ( anti histamin )
Membantu  menguatkan sistem imun
Mempercepatkan penyembuhan tisu badan



4) ALFALFA


Kaya dengan klorofil yang membantu mengurangkan sakit resdung, eczema, allargy dan selsema




APAKAH MATLAMAT MERAWAT ASTHMA?

- Mengelakkan kemasukan ke hospital dan keperluan mengambil gas di kecemasan
- Mengurangkan dan mengelakkan ketidakhadiran ke sekolah
- Mengelakkan tidur yang terganggu
- Memberi peluang budak-budak asma mengambil bahagian sepenuhnya dalam activiti harian termasuk bermain, bersenam dan bersukan.


Doa merawat asma & lelah

Alhamdulillah. .. harap info ini dapat membantu anda dan orang kesayangan anda.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...