Pages

Memaparkan catatan dengan label Basic H Organic Super Cleaning Concentrate. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Basic H Organic Super Cleaning Concentrate. Papar semua catatan

Ahad, 14 Jun 2015

Kegunaan Dan Testimoni Basic H

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Hari tu...kawan kita kongsikan KELEBIHAN BASIC H.... Macam best je.....titis 5 TITIS BASIC H... dia hanya rendam kasut anak nya pada malam..... lepas tu....esok dia sental ala2 manja.....almaklumle...ibu preggy mana leh nk sental kasar2.... nampak mcm kuning sikit... bila kering.....cantik kasut tu....



Hanya 4-6 titik.. senang & mudah mencuci kasut si anak.. rendam... sental ala kadar je!!!



Harga memang murah sgt2

Dah lah murah, tahan lama pula tu



Fungsi Basic H dalam menjaga kebersihan yg perlu anda tahu!!!




Untuk detail & info produk, whatsapp fza ya



Kegunaan Basic H




>Mencuci dan membersihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dari racun serta bahan kimia .

>Mencuci dan membersihkan ayam, ikan, daging serta makanan laut dari bahan awet .

>Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti mee dan kew tiaw dari bahan awet

>Mencuci dan membersihkan tempat dan alatan memasak daripada kotoran dan kesan minyak .

>Mencuci dan membersihkan bilik air, tandas, tangki, cermin, lantai, dinding (spt dinding yang diconteng), perabot dan sebagainya .

>Mencuci dan membersihkan tangan, kaki dan badan daripada kotoran, minyak, dakwat, pijar(terkena lada) dan lain-lain lagi .

>Mencuci dan membersihkan barang permainan kanak-kanak .

>Menanggalkan gula-gula getah yang melekat pada pakaian

>Mengasah pisau




Sabtu, 14 Februari 2015

#Testimoni - Emas Kelihatan Bersinar Selepas Direndam Dengan Basic H


Hanya 1-2 titik, rendam beberapa minit, emas anda akan kelihatan baru seakan baru beli. Tak perlu nak hantar kedai emas untuk cuci emas. 



#Testimoni - Fungsi Basic H Dalam Menjaga Kebersihan


Hanya 4-6 titik.. senang & mudah mencuci kasut si anak.. rendam... sental ala kadar je!!!
.
Harga memang murah sgt2
Dah lah murah, tahan lama pula tu
.
.
Fungsi Basic H dalam menjaga kebersihan yg perlu anda tahu!!!
.
♻Mencuci dan membersihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dari racun serta bahan kimia
♻Mencuci dan membersihkan ayam, ikan, daging serta makanan laut dari bahan awet
♻Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti mee dan kew tiaw dari bahan awet
♻Mencuci dan membersihkan tempat dan alatan memasak daripada kotoran dan kesan minyak
♻Mencuci dan membersihkan bilik air, tandas, tangki, cermin, lantai, dinding (spt dinding yang diconteng), perabot dan sebagainya
♻Mencuci dan membersihkan tangan, kaki dan badan daripada kotoran, minyak, dakwat, pijar(terkena lada) dan lain-lain lagi
♻Mencuci dan membersihkan barang permainan kanak-kanak
♻Menanggalkan gula-gula getah yang melekat pada pakaian
♻Mengasah pisau



Isnin, 24 November 2014

#ShakleeEffect - Kenali Penyakit EKZEMA Dan Penyembuhannya Dengan Produk Shaklee



“Comelnya baby ni…eh tapi kenapa ada merah-merah kat pipi dia?” soal saya kepada jiran yang baru sahaja pulang mengambil anaknya dari rumah pengasuh.

“Oh ni kena ekzema, tu yang merah-merah tu”, jawab jiran saya.

Ekzema, hmm.. penyakit kulit pada bayi. Nak kena google ni untuk cari maklumat. Mana tahu boleh bantu dia. Selepas google dan browsing, saya terjumpa artikel kesihatan mengenai penyakit ekzema ini. Mari baca untuk tambah ilmu kesihatan. Penting ye lebih-lebih jika anda ada anak kecil.



Penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.

Bagi ekzema pada tahap ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.

Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti deman alergi dan asma.

Faktor Berlakunya Penyakit Ekzema

Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.

Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

“Trend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, di mana peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan,” menurut Dr. Steven Chow, perunding kanan dermatologi merangkap presiden Persekutuan Majlis Pengamal-pengamal Perubatan Swasta Malaysia atau Federation of Private Medical Practitioners Association of Malaysia (FPMPAM)

“Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa,” tambahnya.

Menurut Dr. Chow lagi, kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Kemungkinan ia juga berlaku di Malaysia.

“Dengan mengenal pasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan.

Perunding dermatologi Dr. Mardziah Alias pula berkata, penggunaan sabun dan bahan cuci kasar merupakan penyebab biasa ekzemakerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.

“Dengan menggunakan pelembap, mereka boleh menghalang kulit daripada menjadi kering sementara ia meningkatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit terhadap faktor-faktor penyebab ekzema.

“Yang terbaik adalah krim yang mempunyai dwi-fungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen antikeradangan untuk melegakan kulit.

Apakah petua untuk menjaga kulit ini?

Hadkan penggunaan

Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan

Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya

Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi

Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.

Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.

Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Losen

Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.

Menggaru

Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Berpeluh

Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

Tekanan

Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas

Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.


Jom rawat EKZEMA dengan Produk Shaklee:-

RAWATAN DALAMAN




#Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba. Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.

#Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.

#Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.

#Nutriferon - Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka, Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah.


****************************************


RAWATAN LUARAN


#Herbal Blend - Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
Nota - tidak sesuai bagi eczema berair.

#Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema. 
Nota - tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.

#Vitamin E - Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut.


Testimoni Ekzema 




Kredit ; Kesihatan Info



Ahad, 25 Mei 2014

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee

Basic-H, Pencuci Organik Shaklee

Pastikan anda memiliki sebotol basic-H dirumah, kerana kehebatannya, sangat jimat, penggunaan hanya beberapa titik sahaja dan kerana anda sayangkan alam semesta ini.

Ianya dihasil dari perca-perca vitamin shaklee dan mempunyai molikul yang sangat halus dan lebih lembab dari air, ‘smaller than water and wetter than water’ maknanya lebih bersih dari air dan mampu menjangkau ketempat lebih sempit yang molekul air tak mampu melepasi.




Basic-H, Pencuci Organik Shaklee

Satu kisah menarik tentang Basic-H ni, kisah di Amerika, seorang ni dapat hadiah basic-H dari kawan dia, tapi tak kenal maka tak cinta. Pencuci organik tu dia biarkan saja dalam keretanya.

Pada suatu hari kebetulan pencuci dirumahnya habis dan barulah dicubanyanya untuk mop lantai, cuci dapur bekas masak, cuci cermin, cuci kereta dan lain-lain dan hasilnya sungguh fantastik.

Akhirnya kerana terlalu excited dengan kegunaan seribu guna Basic-H yang juga sangat lembut dan mencantikkan kulit tangannya berbanding pencuci-pencuci lain yang pernah digunakannya, maka beliau telah memperkenalkan kepada kawan-kawan dan sesiapa sahaja sehingga mencapai pangkat Master coordinator shaklee.

Dipendekkan cerita, pada suatu hari doktor Forest C Shaklee datang berjumpa beliau bertanya kenapa beliau hanya menjual Basic-H Shaklee, adakah beliau tidak suka pada lain-lain produk shaklee?

Beliau terkejut dan berkata dia ingat Shaklee cuma ada basic-H..??


Basic-H, Pencuci Organik Shaklee

Basic H adalah untuk beribu-ribu pekerjaan isi rumah

-Kepekatan yang tinggi – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air menjadi pembersih berkuasa tetapi lembut dan halus pada kulit.

Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran,gris, dan kotoran dari permukaan mana-mana boleh dbasuh didalam dan diluar. cairkan mengikut arahan

-Tiada bilas, tiada sisa, formula bebas coretan, tanpa toksik

-Asli dan semulajadi

-Surfaktan biodegrasi


Cara mengguna:



1-cara termudah masukkan dalam 10 titik dalam botol spray shaklee atau mana2 botol spray, penuhkan air dan gunalah untuk cuci meja, dapur, cermin dan apa saja permukaan.

2- Mop lantai titikkan dalam 10-15 titik makin kering makin bersih dan selamat kalau ada baby yang kutip-kutip makanan di lantai.

3- Basuh mangkuk tandas dan sebagainya semua titikkan beberapa titik sahaja, berus dan akan kelihatan bersih bersinar dan tahan lebih lama.

4- Cuba sendiri keatas apa sahaja cucian dan seribu guna boleh tahan sehingga 6 bulan, Pastikan setiap rumah ada sebotol Basic-H.

Kelebihan: melarutkan minyak dengan mudah, kebanyakan kotoran adalah oil base, kain pengelap/mop dsb cuma perlu di bilas saja sudah bersih dan lalat tak datang sebab tak suka bau dia, padahal lembut sahaja.

Tahukah anda?

Kebanyakkan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksik yang boleh meroksakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee

- Selamat

-Tidak bertoksik

-Tanpa gas beracun

-Tanpa bahan kimia berbahaya

-Tanpa bahan pewangi

-lembut pada tangan

-PH seimbang

-Tanpa klorin



Mesra Alam

-Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa

-Biorosot

-Tanpa fosfat

-Bungkusan yang boleh kitar semula

-tanpa bahan pewarna

-Selamat untuk sistem septik dan pembentungan



Testimoni:

Terkena minyak panas dan sebagainya sangat-sangat hebat, 16 tahun lalu, ada kawan shaklee, balik kampung raya, malam raya masak rendang malangnya terlanggar macamana kuali minyak panas terbalik kena kedua-dua tangan beliau.

Balik kampung memang dia bawa dalam sepuluh otol Basic-H untuk pelanggan, maka buka dua botol masuk dalam besin besar, bila celup dalam tu sejuk, keluar panas dan terus rush ke klinik berdekatan.

Sampai diklinik doktor cek semua ok, tak ada otot yang mengecut dsb. Balik ke KL kami terkejut tengok kedua tangan putih2 macam sopak tapi yang penting otot dia tak mengecut dan slowly warna kulit balik ke asal.

Nota Khas: Pastikan ada sebotol dirumah tanda kasih sayang kita kepada alam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...