Pages

Ahad, 28 Disember 2014

Spotting Atau Pendarahan Ringan Ketika Kehamilan



Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?
Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj.Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit.
Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat. 

Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Namun kadangkala pendarahan juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mendapatkan pemeriksaan doktor. 
Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil? Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ia biasanya berlaku sekitar waktu anda biasanya datang haid dan berlangsung selama satu atau dua hari. Anda mungkin hanya menyedarinya ketika membuang air kecil.

Walaupun pakar-pakar tidak pasti apakah puncanya, namun ia mungkin disebabkan oleh:
Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Anda mungkin mengalaminya lebih daripada sekali. Pelekatan telur yang telah disenyawakanpada lapisan uterus anda menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Ini lebih jarang berlaku berbanding pendarahan penebusan.


Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?
Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
  • Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks
  • Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
  • Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
  • Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.

Apakah punca yang lebih serius yang mengakibatkan pendarahan semasa kehamilan?
Malangnya, pendarahan pada awal kehamilan mungkin merupakan tanda keguguran atau kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Dalam kedua-dua kes ini, anda juga biasanya akan mengalami sakit perut dan kekejangan.


Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan daripada keguguran beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku. Malah, sesetengah wanita mengalami keguguran sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil dan menganggap mereka hanya datang haid.

Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.

Punca pendarahan yang lebih jarang berlaku ialah kehamilan molar. Ia menjejaskan kira-kira satu dalam 700 kehamilan. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera. 

Kemungkinan juga pukulan kepada perut, contohnya jika anda terjatuh, menyebabkan pendarahan. 
Apa yang harus saya lakukan jika saya mengalami pendarahan semasa hamil?Hubungi doktor atau hospital , walaupun sekiranya pendarahan itu akhirnya berhenti sendiri. Anda masih perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor anda mungkin memeriksa bahagian dalam faraj, atau dia mungkin menasihatkan anda supaya membuat imbasan ultrasound. Imbasan boleh mengetepikan kehamilan di luar rahim dan memeriksa keadaan bayi. 

Doktor anda mungkin mahu membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencinganda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resusanda juga mungkin akan dijalankan.
Adakah bayi saya akan selamat?Kemungkinan besar bayi anda dalam keadaan selamat kerana pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat meneruskan kehamilan dengan sihat.

Jika pendarahan itu menandakan keguguran, anda akan turut mengalami kekejangan perut, dan pendarahan itu biasanya akan menjadi lebih teruk. Pendarahan ringan atau spotting biasanya berhenti sendiri. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita hamil yang mendapatkan bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan mereka.

Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, bincanglah dengan doktor anda, walaupun jika pendarahan itu berhenti. Ini untuk memastikan tiada simptom-simptom lain yang mungkin menunjukkan sebarang masalah.

Cuba berfikir dengan positif. Spotting atau pendarahan ringan biasanya hanyalah satu misteri yang tidak membahayakan yang boleh anda lupakan sahaja.

Anda tidak keseorangan! Berbuallah dengan ibu-ibu lain mengenai kebimbangan anda semasa hamil dalam forum Kehamilan kami hari ini.

Artikel Penuh Dari BabyCenter


Anda boleh mencuba PRODUK SHAKLEE SET KEHAMILAN yang boleh membantu anda dan kandungan hingga selamat bersalin. InshaAllah...

 Info lanjut Kehamilan Dengan Shaklee
Untuk Info Lanjut Pasal Kehamilan Dengan Shaklee boleh Klik Gambar Diatas.

Sekiranya PENDARAHAN berlaku, Fza tahu, para ibu tentu STRESS kan?? Jom tangani Stress anda dengan B-COMPLEX Shaklee


Kenapa B Complex penting untuk ibu hamil, BF dan pantang?

Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.


Elakkan KELAHIRAN BAYI PRA-MATANG. Jom dapatkan OMEGA GUARD yang kaya dengan minyak ikan.


Mengapa mengambil Omega-3 penting terutamanya semasa mengandung?

Kajian menunjukkan, Omega-3 adalah penting bagi perkembangn otak bayi dan visual awal bayi. Walau bagaimanapun, diet orang Malaysia sangat kurang dengan omega 3 ini. Lebih memburukkan keadaaan, selalunya disebabkan pengurangan pengambilan omega-3 oleh ibu-ibu hamil, kandungan omega 3 yang perlu disalurkan kepada bayi adalah tidak mencukupi.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa menambah EPA dan DHA untuk diet wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan visual dan kognitif bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Kajian juga menunjukkan, pengambilan EPA dan DHA dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia dan boleh meningkatkan berat badan ketika lahir. Sebaliknya, kekurangan Omega-3 boleh meningkatkan risiko ibu untuk kemurungan. Ini mungkin menjelaskan mengapa kecelaruan mood selepas bersalin boleh menjadi lebih teruk dan mula lebih awal dengan kehamilan berikutnya.


Adakah ia selamat untuk mengambil Minyak Ikan semasa mengandung?

Minyak ikan dalam bentuk kapsul adalah selamat untuk diambil semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) boleh mengandungi toksin alam sekitar seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh dihapuskan semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses penapisan lanjutan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...