Pages

Memaparkan catatan dengan label CoQHealth Plus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CoQHealth Plus. Papar semua catatan

Rabu, 24 Disember 2014

#KelasOnline - Vitamin E Untuk Kesuburan Dan Vitamin Cinta By Master Anida

Kelas Online
Vitamin E Untuk Kesuburan & Vitamin Cinta
by MasterAnida
23 Disember 2014
9.00 malam Hingga 10.00 malam




Perkongsian dari Master Anida yang bertajuk VITAMIN E untuk KESUBURAN dan VITAMIN CINTA... Tajuk yang meletop, hot & sensasi...ehehehe.... tersangatlah teruja kami mendengarnya. Kelas patut habis pukul 10 malam tapi hampir 12 malam baru habis... semangatkan kami. Anda yang inginkan cahaya mata, patut baca entry fza kali ni. Fza memang nak share ngan anda semua apa yang fza dapat malam tu... jom mulakan kelas......study baik-baik ye...
PENTING UNTUK ANDA YANG INGINKAN ZURIAT....


Tahukah Anda apa makna KESUBURAN?
  • KESUBURAN adalah kebolehan melahirkan zuriat. Jadi parents. So, nk tahu kita subur ke tidak, tunggu bila dh kahwin & jadi mak ayah, ada anak, itu bermakna kita suami isteri subur.


Selalunya masalah KESUBURAN biasanya mesti orang tuding jari kat wanita kan?
Mungkin sebab isteri yang bawa baby. Jadi isteri yang kena kata TIDAK SUBUR andai kalau isteri tak pregnant2 lagi. Kesian si isteri sedangkan punca KETIDAKSUBURAN ini bukan berpunca dari isteri sahaja tetapi dari banyak faktor.

Mengikut dari Google, % sama je suami & isteri yg menyumbang kpd ketidaksuburan. Cuba anda lihat carta dibawah. 


Peratus tidak subur si Isteri & Suami sama sahaja 30%

Biasanya apa masalah yg menyumbang kpd ketidaksuburan?
Jawapan dari rakan kami :-
Punca Penyebab Masalah Kesuburan
  • Pra-testikular iaitu hormon terganggu mengakibatkan testis tidak teransang dan bermasalah menghasilkan sperma. 
  • Testikular iaitu sperma yang sihat tidak dapat dihasilkan berpunca dari sel yang rosak.
  • Post testikular iaitu gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal.
  • Pemakanan, stress, rokok tu faktor yg menyumbang. 

Masalah kesuburan wanita?
  • Gangguan pada telur
  • Tiub fallopio tersumbat
  • Endometriosis
  • Masalah pada rahim

Masalah kesuburan lelaki?
  • Sperma tak matang
  • Gangguan pada pergerakan  sperma

Vitamin E ni siapa yang bagus makan? 
SUAMI atau ISTERI?
  • Vitamin E untuk kesuburan memang lagi bagus utk LELAKI.

Kalau kita tengok point kat atas tadi faktor yg menyebabkan ketidaksuburan lelaki ialah masalah SPERMA kan? Anda tahu tak sperma normal bentuknya macam mana?

Nilah bentuk sperma yang normal,


Kenali Sperma
Bentuk seakan Berudu, ada kepala dan berekor, kepalanya tidaklah besar, ekor pula tak bergulung. Selain itu kepalanya mesti 1 taknak  ada 2 kepala ye.


Sebab itulah Vitamin E  ni sangat2 membantu untuk kesuburan lelaki. Vitamin E ni untuk lelaki kerana
Vitamin E dapat membantu menghasilkan sperma yang sihat dan membantu pergerakan sperma. Selain itu, Vitamin E juga membantu melindungi sperma dari cepat rosak.


Untuk wanita pula, ia membantu menaikkan nafsu. Tetapi wanita yang nak pregnant tak digalakkan ambil Vitamin E kerana kandungan dalam Vitamin E boleh menyebabkan keguguran. Ini kerana Vitamin E tinggi Antioksida. Sebelum pregnant boleh ambil Vitamin E kerana ia membantu melindungi kita dari keguguran. So bila tahu kita pregnant, lebih baik kita stopkan Vitamin E.


Kenapa biji anggur sangat berkait rapat dgn lelaki?
  • Boleh pekatkn air mani serta banyakkan sperma

Cuba perhatikan biji anggur dibawah, ia menyerupai apa ya?

  • Seperti testis lelaki kan..
  • Sebab tu biji anggur ni digunakn utk kesuburan lelaki. 
  • Bentuk dia pun Allah dah jadikan rupa yg sama. 


Fungsi Vitamin E untuk Kesuburan:-

Fungsi Vitamin E

Apa fungsi Selenium dalam Vitamin E?
  • Selenium dalam vitamin E sangat penting dalam pembentukan sperma yang sempurna. Kekurangan selenium menyebabkan penghasilan sperma yang ekornya cepat putus. Kajian juga menunjukkan dgn pengambilan selenium bilangan sperma bertambah 2 kali ganda.
Nota : Ekor cepat putus memang dah tak boleh berenang masuk dalam tiub fallopio.


Antara fungsi SELENIUM


Fungsi Selenium dalam Bahasa Inggeris, Anda Boleh translate dalam Bahasa Melayu kalau tak faham ya.

Testimoni Customer Shaklee:
Salah seorang suami customer yg mkn Vitamin E, dia cakap lambat pancut.
Si isteri merasa puas. bahagiakan!! ehehe


Gambar dibawah pula keadaan sperma if mkn vitamin E


Bentuk Sperma sebelum makan Vitamin E
Selepas makan Vitamin E, hasilnya:
  • Sperma bertambah
  • Bentuk sempurna (tidak 2 kepala)
  • Pergerakan sperma tak melenggang kangkung

Selain VITAMIN E, apa lagi yang terkandung dalam SET KESUBURAN lelaki?



Set kesuburan selain dari Vitamin E
Zink Complex
  • Merupakan mineral penting utk menambahkan bilangan sperma yang berkualiti dan berfungsi. Ikut logik, Peluang utk hamil tinggi sbb berjuta2 sperma yang sihat berenang mencari telur.

GLA Complex
  • Membantu menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur
  • Menghasilkan mukus serviks yg berkualiti dan banyak. Mukus yg bkualiti membantu sperma berenang terus ke uterus.
  • Menguatkn plasenta dan mewujudkan persekitaran yg baik utk telur disenyawakan
Nota :
GLA boleh consume once dh period
Sbb dia bantu utk hormon dan kulit. Bila dah period hormon berubah.
Sbb dia memang fungsi utk hormon wanita.


B Complex
  •  Membantu mengurangkan stress yang mana boleh menganggu proses persenyawaan.
  • Asic folic dlm B Complex penting utk mengurangkan risiko keguguran dan kecacatan pd bayi.


Alfalfa Complex
  • Alfalfa sememangnya dikenali sbg kacip fatimah moden. Juga membantu mengurangkan angin dlm badan. Org kata kalau banyak angin susah nak pregnant
  • Alfalfa juga membantu menyelesaikan masalah keputihan. Keputihan mengganggu persenyawaan dan kehadiran keputihan juga dapat merosakkan sperma.


Suplemen yang lain yang boleh membantu KESUBURAN

Coq Health
  • Membantu pergerakan sperma dan melindungi sperma dari rosak. Dan memanjangkan jangka hayat sperma
  • Utk lelaki yg merokok sangat digalakkan ambil COQ. Sebab orang merokok ni memang sperma dia lemah & mudah kena mati pucuk.

Contohnya 7hb waktu isteri subur. Tp 1hb dia dah buat dah. Tp sperma yang sihat & berkualiti mampu hidup hingga ke waktu subur utk mensenyawakan ovum.
Waktu subur setiap org lain2.

Nak kira waktu subur boleh klik link ni Kiraan Waktu Subur

Nota :
Ovum kita 1 je setiap bulan yang keluar
So memang bergantung pada kuantiti & kualiti sperma merebut utk mensenyawakan ovum
Sperma boleh hidup sehingga 7 hari


Antara makanan yang kaya dengan Selenium





Vitamin CINTA dan Fungsinya


Fungsi Vitamin Cinta - Vitamin E & Alfalfa
Apa VITAMIN CINTA ni?
  • Untuk kembalikan kehangatan seperti malam pertama
  • Vitamin untuk suami & isteri

Vitamin ape yg mengembalikan malam pertama tu?
  • Vitamin E dan Alfalfa Complex

Penting:
VITAMIN E ibarat TONGKAT ALI 💪
ALFALFA ibarat KACIP FATIMAH 👸
Keduanya ibarat JAMU MODEN



Doa untuk dapatkan zuriat





Amalan zikir untuk mendapatkan zuriat
Amalkn sentiasa. 
Niat dalam hati moga Allah membentuk zuriat dalam rahim kita.




Alhamdulillah..
Selesai sudah. Moga ilmu yang dishare Master Anida ni, kita manfaat bersama ya.





Sabtu, 25 Oktober 2014

Kulit Cantik Putih Gebu Dengan Cadangan Set Kecantikan Kulit

Cadangan Set Kecantikan (Full Set)
VITAMIN C PLUS 500MG
VITAMIN E
ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
VIVIX
COQ HEALTH
B COMPLEX
COLLAGEN POWDER


FUNGSI SETIAP VITAMIN 


VITA C 500mg PLUS 

Manfaat utama

1. Membentuk kolagen
- merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, gusi, rangka dan tulang rawan. 
- oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik

2. Mencantikkan Kulit
- ambil vitamin C setiap hari untuk kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat
   pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
- selain itu fungis vitamin c adalah untuk memperbaiki simptom pendarahan, 
- meningkatkan sistem imun,
- memerangi kancer dan mengekalkan kolestrol sihat.


VITAMIN E COMPLEX
Manfaat Utama

1. Anti-penuaan
- 1 kapsul vitamin E setiap hari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus,
   parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka,dada dan otot
   paha

2. Memperbaiki parut
-  memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkat kesan
   parut

3. Anti oksidan yang kuat
- pengambilan lebih daripada 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk               melawan kanser, mengukuhkan sistem imin, menghalang atau melambatkan tumor, mengurangkan
  kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah aoksida-katarak dan masalah
  penglihatan

  Selain itu, melindungi jantung, meningkatkan kemampuan reproduktif, kelastarian tenaga,
  memperbaiki arthiritis serta meghalang keguguran.


ESP ( SOY PROTEIN ISOLATE POWDER)

Manfaat utama

1. Awet muda
   asid amino yang penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland
   dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci awet muda.

2. Membaiki pigmentasi
   membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, memperbaiki pigmentasi dan 
   kedutan kesan tua.

  Selain itu esp jugak baik untuk hormon, baik untuk masalah prostat, pembekal tenaga 
  dan membaiki memori.


COLLAGEN POWDER

Manfaat utama

1. Pembekal kolagen badan dan semestinya untuk tampak lebih muda dan rasa lebih muda


Tampak Lebih Muda


   A) Kolagen memberi manfaat untuk menguatkan rambut dan merangsang peryumbuhan semula.
   B) kuku jadi kuat, bintik hitam hilang dan pangkal kuku akan akan mengekalkan warna yang sihat
  C) kulit akan kurang kering dan elestasiti bertambah baik dan kulit jugak akan cepat sembuh
      serta mngurangkan parut
  D) membantu menghilangkan tanda penuaan.


Rasa Lebih Muda


A) kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan tulang rapuh
B) kolagen jugak membntu dalam mengurangkan geseran pada sendi-sendi.
C) baik untuk mata yang sihat. Sel Glya membekalkan nutrisi kepada otak dan disokong oleh 
    kolagen. ini penting untuk menentukan agar otak anda mendapatkan kolagen yang sepatutnya



VIVIX

Manfaat utama

1. berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik uang menolong melambatkan 
    ~ penuaan pada tahap selular.
    ~ boleh baca link ini ingin tahu pasal vivix.
   
Bertindak dengan 4 mekanisme

1. melindungi dan memperbaiki selular DNA

2. memberi impak positif kepada pengawalan genetik

3. menggalakkan biogenesis ( pembentukan baru ) mitochondria

4. melambatkan pembentukan protin AGE ( ADVANCED GLYCATION END PRODUKS) 


COQ HEALTH PLUS

Manfaat Utama

Kulit anda akan lebih muda kerana?

 CoQ10 meningkatlan peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan cukup oksigen
 dan nutrisi untuk pemulihan, rejuvenasi dan penghasilan kolagen. ini mambantu kulit lebih tegang , lebih cerah dan berseri. Dan jangan tidak tahu ia jugak boleh menjadi sunblock...makan sebiji sudah cukup untuk melindungi kulit anda ...bestnya


B COMPLEX



Baik untuk menghalang kemurungan, sakit kepala,,stress serta mood kurang baik..
Oleh demikian...tiadalah mahu marah-marah saja kan..kalu marah-marah saja itu yang muka semacam lepas tue timbullah kedut-kedut dimuka..tak gitu...


Inilah semua vitamin-vitamin yang berkaitan dengan kulit cantik nie..

TESTIMONI CADANGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE




Sabtu, 24 Mei 2014

CoQHealth Plus Shaklee Suplement Terbaik Untuk Jantung

CoQHealth Plus Shaklee Suplement Terbaik Untuk Jantung




CoQHealth Plus Shaklee suplement terbaik untuk jantung kita.

Siapa yang tak sayang jantungkan? Tanpa jantung mautlah kita.

Kita semua tahu serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Salah satunya mengamalkan CoQHealth Plus Shaklee suplement terbaik untuk jantung 

Mari kita berkenalan dengan CoQHealth Plus
CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus. Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel

Apakah peranan Co enzim Q10?


Co Enzim Q10  boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti  didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Ianya paling banyak didapati di organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. Peranan Co Enzim Q10 adalah:

menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantungbertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )melindungi arteri dari kolestrol 'jahat'.membantu menggalakkan fungsi yang sihat untuk saluran darah termasuklah  yang menyalurkan darah ke jantung

Kebaikan utama Co enzim Q10 ia dapat menangani serangan jantung. Jika kita didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung, maka jantung kita berisiko untuk gagal berfungsi dan menemui ajal. 

Kebaikan lain  Co enzim Q10 adalah ia dapat mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.


Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?

Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.


Kebaikan CoQHealth Plus Shaklee


menyokong pengeluaran tenaga dalam jantungmenggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan kolestrol 'jahat'membantu menambah dan mengekalkan tahap Co enzim Q10 dalam darahmeningkatkan tenaga dan stamina diri


Jantung merupakan kompenen paling berharga dalam tubuh kita. Pendek kata kalau jantung kita berhenti berdegup maka terputuslah amalan kita sebagai anak Adam di muka bumi ini. Jadi bagaimana kita nak pelihara jantung kita supaya sentiasa stabil dan sihat? Marilah kita mengamalkan  CoQHealth Plus Shaklee suplement terbaik untuk jantung.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...