Pages

Memaparkan catatan dengan label Home Made. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Home Made. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Oktober 2017

DIY Sarung Beg Lenovo Tab 7


Dari hari ke hari mencari ilham untuk menjahit beg untuk Lenovo Tab 7.
Ni hasilnya. Dari seluar jeans yang terpakai dengan poket kemeja jeans. 
Perghhh cun kan... tak salah memuji utk diri sendiri๐Ÿ˜‰




Sabtu, 23 September 2017

Laksa HomeMade


Laksa HomeMade.... tadi... cod Esp, Lecithin & Alfalfa dekat TF baru Teluk Intan. Ya Allah...perot ni mereka nak makan apa... last last fikirkan laksa..memusing le mencari Bunga Kantan & Daun Kesum. Dua bahan ni sangat lah penting..kalau idak tak jadi le laksanya....ehehe... 

Bahan bahan untuk laksa
* Ikan Kembung 1 kilo 
* Daun Kesum 
* Bunga Kantan
* 7 Biji Bawang Besar
* 30 Biji Cabai Kering (Potong Dan Rebus)
* Sedikit Belacan
* 12 Asam Keping
*Ajinamoto

*  Laksa 2 paket
* Timun, Salad, Bawang, Daun Pudina, Cabai Burung, Limau Kasturi

Siang Ikan Temenung, basuh, rendam dengan air garam+asam limau, biarkan sekejap.
Selepas itu...rebus ikan dengan 2 asam keling bagi hilangkan hanyir ikan. 

Asingkan isi dengan tulang. 

Air ikan ketepikan..nanti nak guna

Blender isi ikan dengan air... masuk dalam periuk

Blender tulang ikan.. tapis..ambil airnye...buat ulang dln 2 kali....

Lupa nak ambil gambo cabai kering yang siap direbus dan diblender dengan belacan. Dah blender masuk dalam periuk... 
Blender bawang 7 biji + air...masuk kan dlm periuk

Bunga kantan potong 2...masuk kan dalam periuk

Daun kesum.. leraikan dr batang...masukkan dalam periuk


Ni le bahan yg dimasukkan dalam periuk. Campak kan juga 7 biji asam keping. Sesudu kecil ajinamoto. Gaulkan dan tengkek atas dapur

Ok.... dah nak siap... letak kan garam secukup rasa...


Mee laksa yg dah siap direbus. Tuskan air nye.. mee laksa jenis basah.. tenggek air.. dah mendidih letak laksa. Dlm tak sampai 1 minit dah boleh angkat. Tuskan air๐Ÿ˜‰

Ni bahan yg nak ditabur.. Cabai burung, timun, daun salad. Daun pudina, limau kasturi.  OPS sori...mama lupa potong bawang... dah nak makan baru ingat bawah tak potong๐Ÿ˜‚. So...cepat2 potong... takde bawang tak sedap weh๐Ÿ˜…

Dah jom makan.... sedap nye... puas le hirup kuah berulang kali

Ok....last...utk resepi Kuah Laksa Ikan Tongkol meh klik disini Kuah Laksa Ikan Tongkol




Isnin, 4 September 2017

D.I.Y. Beg Dari Jeans Terpakai


Ni hasil hari Ahad ritu. D.I.Y. beg dari Jeans terpakai. Simple tapi nampak elegant๐Ÿ˜‚


Sarapan pagi di Atan D'Corner Hutan Melintang. Disini le kami plan utk lepak dirumah mama utk hasilkn beg dari kain jeans terpakai....

BFF mama. Sayang korang ketat ketat. Semoga hubungan kita kekal hingga ke hujung nyawa. 

Ni mesin mama... rasa puas hati bila dapat miliki keduanye sekali. Mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi....

Bilik jahutan berkobgsi dengan stor. Macam ni le rupanya. Dah tak tahu mcm mana nk kemas.. sesiapa yg ada cadangan boleh share dengan mama ye๐Ÿ˜‰


Masa utk menjahit tepi....

Tag nama sgt le penting...ehehe


ni yg dah siap.. tp belum di tacap tacap lagi

Cantik tak?? Ada yg nak komen tak???

Ni hasil bersama... lain kali kita lepak utk jahit baju pula ye๐Ÿ˜

Ahad, 3 September 2017

Baju Merdeka Untuk Kak Ngah Dan Nazih

Tahun ni syok bila kita dapat siapkan   BAJU KEMERDEKAAN  untuk anak buah dan juga anak kawan... alhamdulillah...slow slow ye.. insha Allah 1 hari boleh jahit baju n seluar denga  cantik n awesome๐Ÿ˜‚


Nak sangat kain askar. Itu je yg ada๐Ÿ˜‚

๐Ÿ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...