Tab menu 2

Pages

Rabu, 18 Oktober 2017

3 hari sahaja - Beli Ostematrix 3 Offer 5%

OSTEMATRIX
BELI 3 OFFER 5%
dari 18- 20/10/17

Sebotol utk 1 bulan (yang betul2 konsisten)
Beli 3 sekaligus utk buat stok

Jimat !

MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE
-----------------------------
♥Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
♥Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
♥Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
♥Meringankan stress
♥Menstabilkan tekanan darah
♥Melegakan sakit ketika haid
♥Membantu dalam masalah gastrik
♥Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
♥Mengurangkan risiko praeklampsia
♥Membantu mengurangkan sakit belakang
♥Mengurangkan risiko osteoporosis
♥Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
♥Membantu melegakan sembelit
♥Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
♥Membantu masalah kolestrol
♥Menggalakkan kulit yang cantik
♥Melegakan sakit-sakit sendi
♥Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
♥Membantu melembutkan najis
♥Membantu mengatasi migrain
♥Membantu masalah buasir




Apakah Khasiat dan Kebaikan OsteMatrix Sh@klee?

*     Menguatkan Tulang :
      Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf.
      Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema,
      konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

*     Memperbaiki Kekejangan Dan Kebas-kebas :
      Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas,
      kekejangan, sakit sendi dan artritis.

*     Meringankan Stress :
      Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf,
      penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar,
      mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan
      pitam.

*     Memperbaiki Masalah Haid :
      Kajian menunjukkan dengan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan
      sakit waktu haid dan membantu melawaskan pembuangan air kencing.

*     Pengalkalian Tubuh :
      Kalsium adalah mineral alkalin, ianya berkesan dalam memastikan imbangan pH tubuh.
      Ia juga menghalang obesiti diwaktu usia tua. Tambahan pula kalsium membantu sel
      menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

*     Memperbaiki Hiperaktiviti Perut Dan Sakit Gastrik :
   
*     Vitamin D :
      Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit
      rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meningkatkan
      ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
      Vagetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu
      melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen
      vitamin D.

*     Magnesium :
      Ia adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi
      tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk
      menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak
      sekata pesakit jantung, memudahkan renbesan keluar sisa dari perut dan usus,
      menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau
      batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah
      fluktuasi glukos.

*     Zinc, Boron, Manganes, kuprum :
      Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang
      diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Bagaimana Memilih Kalsium Premium?

*     Pilihlah produk yang ada vitamin D dan magnesium.

*     Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan
      plumbum.

*     Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap
      logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Sabtu, 23 September 2017

Reward Shaklee Dari Nany Shaklee

Alhamdulillah... bulan lepas mama dikategorikan Top 3 PUV Ogos #znzempire #shaklee... syukur... so.. orang atas..nany ajuya bagi reward tudung. Walau tudung belum sampai dekat tangan tapi hati berbunga bunga. Tunggu kembo azliza balik kampung baru mama dapat tudung reward. Mama happy bila ada yg hargai mama. Terasa seronok pula nak kejar kejar uv
 bulan ni😂😂😂😂😂. Tq nany ajuya😍😚😘




Laksa HomeMade


Laksa HomeMade.... tadi... cod Esp, Lecithin & Alfalfa dekat TF baru Teluk Intan. Ya Allah...perot ni mereka nak makan apa... last last fikirkan laksa..memusing le mencari Bunga Kantan & Daun Kesum. Dua bahan ni sangat lah penting..kalau idak tak jadi le laksanya....ehehe... 

Bahan bahan untuk laksa
* Ikan Kembung 1 kilo 
* Daun Kesum 
* Bunga Kantan
* 7 Biji Bawang Besar
* 30 Biji Cabai Kering (Potong Dan Rebus)
* Sedikit Belacan
* 12 Asam Keping
*Ajinamoto

*  Laksa 2 paket
* Timun, Salad, Bawang, Daun Pudina, Cabai Burung, Limau Kasturi

Siang Ikan Temenung, basuh, rendam dengan air garam+asam limau, biarkan sekejap.
Selepas itu...rebus ikan dengan 2 asam keling bagi hilangkan hanyir ikan. 

Asingkan isi dengan tulang. 

Air ikan ketepikan..nanti nak guna

Blender isi ikan dengan air... masuk dalam periuk

Blender tulang ikan.. tapis..ambil airnye...buat ulang dln 2 kali....

Lupa nak ambil gambo cabai kering yang siap direbus dan diblender dengan belacan. Dah blender masuk dalam periuk... 
Blender bawang 7 biji + air...masuk kan dlm periuk

Bunga kantan potong 2...masuk kan dalam periuk

Daun kesum.. leraikan dr batang...masukkan dalam periuk


Ni le bahan yg dimasukkan dalam periuk. Campak kan juga 7 biji asam keping. Sesudu kecil ajinamoto. Gaulkan dan tengkek atas dapur

Ok.... dah nak siap... letak kan garam secukup rasa...


Mee laksa yg dah siap direbus. Tuskan air nye.. mee laksa jenis basah.. tenggek air.. dah mendidih letak laksa. Dlm tak sampai 1 minit dah boleh angkat. Tuskan air😉

Ni bahan yg nak ditabur.. Cabai burung, timun, daun salad. Daun pudina, limau kasturi.  OPS sori...mama lupa potong bawang... dah nak makan baru ingat bawah tak potong😂. So...cepat2 potong... takde bawang tak sedap weh😅

Dah jom makan.... sedap nye... puas le hirup kuah berulang kali

Ok....last...utk resepi Kuah Laksa Ikan Tongkol meh klik disini Kuah Laksa Ikan Tongkol




Jumaat, 22 September 2017

Beg Untuk Tablet Lenovo


Wah.....cikgu cikgi dapat tablet LENOVO free. So... ada yg minat utk buat sarung tak? Ni mama try jahit 1 beg utk Tablet Lenovo sampai patah patah jarum mama. Nampak gaya nya..tak jadi le ambil order. Just boleh jahit guna kain nipis je. Bagi yg nak guna lain jeans...minta maaf sangat sangat...

Ni contohnye. Mama terpaksa siap kan nya guna jahitan tangan. Redha jele....luar cantik...tp dalam...alahai..... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...