Tab menu 2

Pages

Sabtu, 23 September 2017

Reward Shaklee Dari Nany Shaklee

Alhamdulillah... bulan lepas mama dikategorikan Top 3 PUV Ogos #znzempire #shaklee... syukur... so.. orang atas..nany ajuya bagi reward tudung. Walau tudung belum sampai dekat tangan tapi hati berbunga bunga. Tunggu kembo azliza balik kampung baru mama dapat tudung reward. Mama happy bila ada yg hargai mama. Terasa seronok pula nak kejar kejar uv
 bulan niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tq nany ajuya😍😚😘




Laksa HomeMade


Laksa HomeMade.... tadi... cod Esp, Lecithin & Alfalfa dekat TF baru Teluk Intan. Ya Allah...perot ni mereka nak makan apa... last last fikirkan laksa..memusing le mencari Bunga Kantan & Daun Kesum. Dua bahan ni sangat lah penting..kalau idak tak jadi le laksanya....ehehe... 

Bahan bahan untuk laksa
* Ikan Kembung 1 kilo 
* Daun Kesum 
* Bunga Kantan
* 7 Biji Bawang Besar
* 30 Biji Cabai Kering (Potong Dan Rebus)
* Sedikit Belacan
* 12 Asam Keping
*Ajinamoto

*  Laksa 2 paket
* Timun, Salad, Bawang, Daun Pudina, Cabai Burung, Limau Kasturi

Siang Ikan Temenung, basuh, rendam dengan air garam+asam limau, biarkan sekejap.
Selepas itu...rebus ikan dengan 2 asam keling bagi hilangkan hanyir ikan. 

Asingkan isi dengan tulang. 

Air ikan ketepikan..nanti nak guna

Blender isi ikan dengan air... masuk dalam periuk

Blender tulang ikan.. tapis..ambil airnye...buat ulang dln 2 kali....

Lupa nak ambil gambo cabai kering yang siap direbus dan diblender dengan belacan. Dah blender masuk dalam periuk... 
Blender bawang 7 biji + air...masuk kan dlm periuk

Bunga kantan potong 2...masuk kan dalam periuk

Daun kesum.. leraikan dr batang...masukkan dalam periuk


Ni le bahan yg dimasukkan dalam periuk. Campak kan juga 7 biji asam keping. Sesudu kecil ajinamoto. Gaulkan dan tengkek atas dapur

Ok.... dah nak siap... letak kan garam secukup rasa...


Mee laksa yg dah siap direbus. Tuskan air nye.. mee laksa jenis basah.. tenggek air.. dah mendidih letak laksa. Dlm tak sampai 1 minit dah boleh angkat. Tuskan airπŸ˜‰

Ni bahan yg nak ditabur.. Cabai burung, timun, daun salad. Daun pudina, limau kasturi.  OPS sori...mama lupa potong bawang... dah nak makan baru ingat bawah tak potongπŸ˜‚. So...cepat2 potong... takde bawang tak sedap wehπŸ˜…

Dah jom makan.... sedap nye... puas le hirup kuah berulang kali

Ok....last...utk resepi Kuah Laksa Ikan Tongkol meh klik disini Kuah Laksa Ikan Tongkol




Jumaat, 22 September 2017

Beg Untuk Tablet Lenovo


Wah.....cikgu cikgi dapat tablet LENOVO free. So... ada yg minat utk buat sarung tak? Ni mama try jahit 1 beg utk Tablet Lenovo sampai patah patah jarum mama. Nampak gaya nya..tak jadi le ambil order. Just boleh jahit guna kain nipis je. Bagi yg nak guna lain jeans...minta maaf sangat sangat...

Ni contohnye. Mama terpaksa siap kan nya guna jahitan tangan. Redha jele....luar cantik...tp dalam...alahai..... 


Selasa, 19 September 2017

Khasiat Bawang Putih Untuk Penyakit Jantung

Hari ini saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek di dapur korang itu.
Alhamdulilah selepas mengamalkan resepi ini, nafas saya lapang dan tiada 'nyut-nyut' di dada. Malah tenaga saya juga bertambah, tak adalah letih sangat.

Memang betullah cakap ustaz yang sarankan amalan ini. Ustaz ini cuma minta tolong viralkan kalau berkesan, biar dapat tolong ramai orang. ☺

================================

RESEPI UBAT JANTUNG

BAHAN-BAHAN

3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu.


CARA-CARA

3 ulas bawang putih tu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu.

Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan.

Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.

2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.

3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.

4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal

5. Merawat masalah cirit birit

6. Buang toksik dalam badan

7.  Menambahkan daya ketahanan badan

8.  Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis

9.  Mencegah penyakit kanser

10.  Mengurangkan sakit arthritis

11.  Boleh menurunkan berat badan

Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.

P/s Gunakan sudu plastik.

SUMBER: Abdullah Badar Bajrai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...