Tab menu 2

Pages

Isnin, 7 Julai 2014

Cadangan Set Kecantikan



Apa fungsi setiap vitamin dalam Set Kecantikan Shaklee dan bagaimana ia membantu mencantikkan kulit?


ESP (Soy Isolate Powder)

ESP ialah PROTEIN. Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh manusia. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut,otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi,enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru. Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng‘optimum’kan kadar penyerapan nutrient suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita..senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP. Protein yang lengkap, yang baik akan membantu membaiki, membina sel-sel tubuh yang sihat dan cantik. Sel-sel yang sihat lebih mudah menyerap vitamin berbanding sel-sel yang kurang sihat. Sebab tu, seeloknya dalam setiap program/ pakej kesihatan yang anda ambil, disarankan mengambil ESP. 

B Complex

Vitamin B melancarkan perjalanan darah. Bila perjalanan darah lancar, kulit akan nampak lebih cantik (glowing). Vitamin B juga mengekalkan kulit dalam keadaan hidrasi (tidak kering). Kulit yang tidak kering nampak lebih sihat dan gebu dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan penuaan. 

Vitamin E

Sejenis antioksida yang menjaga dan memperbaiki kulit, meneutralkan radikal bebas dan kerosakan sel. Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin e dan sebab itu kita perlu mendapatkan dari sumber luar. Pengambilan vitamin e dapat mencegah premature aging ( tua sebelum usia). Menghalang pembentukan garis-garis halus (kedutan). Mencegah pembentukan kedutan dengan cara meransang pembentukan kolagen, menyokong pembentukan sel-sel baru dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit. Memperbaiki serta memudarkan parut-parut jerawat. 

Vitamin C

Membentuk kolagen. Kolagen adalah asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.Mencantikkan kulit. Pengambilan vitamin C setiap hari, untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...