Tab menu 2

Pages

Sabtu, 11 Mac 2017

Kebaikan Alfalfa Complex



KEBAIKAN ALFALFA COMPLEX YANG MENANTI!
1. Penawar keputihan
2. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
3. Resdung
4. Allergi
5. Melegakan sakit sendi dan belakang.
6. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
7. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
8. Memberi kelegaan semasa haid.
9. Merawat arthitis
10. Bagus untuk elergi dan ekzema
11. Merawat asma
12. Mencuci usus bagi membuang toksik
13. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan
14. Jangkitan dalam buah pinggang
15. Meneutralkan asid dalam badan
16. Merawat masalah keputihan pada wanita
17. Menganjalkan payudara bagi wanita.
18. Bertindak sebagai kacip fatimah bagi para isteri.
19. Memulihkan urat selepas bersalin
20. Membantu merawat bahagian intim wanita.
21. Meningkat stamina bagi persediaan hubungan suami isteri
22. Melegakan sembelit


Istimewanya Vitamin E Shaklee


Apakah keistimewaan Vita E Complex Shaklee?
Vita E Complex Shaklee adalah istimewa dan berbeza daripada vitamin E lain yang terdapat di dalam pasaran kerana:
✔Mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) yang asli daripada minyak sayuran (minyak soya organik dan minyak biji gandum)
✔Mengandungi 10mcg selenium dalam setiap kapsul yang melengkapkan fungsi Vitamin E
✔Mengandungi 400IU vitamin E semulajadi dalam setiap kapsul
✔Diestrak khas dengan aktif secara fisiologi
✔Digabungkan dengan 8 jenis vitamin tambahan
Vita E Complex Shaklee adalah HALAL, mendapat sijil pengesahan dari KKM,tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Jumaat, 10 Mac 2017

Risiko Kurangnya Vitamin E Shaklee



Apakah risiko yang bakal dialami jika kekurangan Vitamin E?
Antara kesan yang akan berlaku apabila seseorang itu kekurangan vitamin E didalam tubuh badan adalah:
🔗Risiko sel darah merah terbelah/pecah
🔗Mengalami kesulitan ketika berjalan
🔗Mungkin mengalami masalah gugur rambut
🔗Perubahan degenerative dalam sistem saraf dan otot
🔗Tona warna tidak sekata pada kulit
🔗Mudah mengalami keradangan
🔗Anemia
🔗Gangguan penglihatan

SLIP DISC Boleh Dirawat Dengan Shaklee



Testimoni dari Customer Shaklee... Dulu sebelum kenal Shaklee beribu ribu habis untuk merawat penyakit SLIP DISC....
1 masa try untuk mencuba Shaklee... Dengan pengambilan VIVIX, OMEGA GUARD, OSTEMETRIX... Alhamdulillah... dengan belanja RM600.00 sahaja SLIP DISC berkurangan... Syukur Alhamdulillah...
Orang cakap... kita kena iktiar dahulu... InshaAllah... dengan kuasa Allah penyakir kita mampu dirawat...

Khamis, 9 Mac 2017

Beg Sejadah Atau Sejadah Travel


Sejadah Travel atau beg Sejadah Travel

Boleh diletakkan telekung dalamnya
Sesak sesak boleh dijadikan bantal
Pelbagai corak yang menarik
Mudah dibawa ke mana sahaja



Rabu, 8 Mac 2017

Bantal Selimut Travel Si Comel

Hehehe.... anak buah otw blik kampong... yg tak tahan... BANTAL SELIMUT TRAVEL 2 in 1 tu dibawa sekali... oh ye.... rumah mama ija ni kedekut selimut kan..... .
.
Mudahnya nk bawa kemana je bantal selimut tu... tak sesakkn kereta....
....

Esp Esp Esp Hot Seller☺


PROTEIN adalah ASAS dan MAKANAN kepada sel.. Protein penting untuk PEMBENTUKAN dan PEMBAHARUAN SEL.. jadi bila sel SIHAT dan cukup ENERGY, PENYERAPAN nutrien adalah lebih OPTIMUM..
UNTUK KURUS- ESP mengawal selera makan..
UNTUK PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari
UNTUK TAMBAH SUSU BADAN-ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu
UNTUK CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit
UNTUK SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..
UNTUK IBU HAMIL- ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby
NAK HAMIL- ESP memelihara dan memulihara rahim.. membekalkan tenaga.

Enfuselle Untuk Kulit Yang Cantik

Mai rapat2 sapa nak beli 1 set pencuci muka utk kulit muka berjerawat dan berminyak!

Harga mampu milik....
1 set ada pencuci muka, toner dan penyegar

Yg pasti tahan lama.... x yah fikir nak bajet duit beli set pencuci muka setiap bulan dah.

Yg best set pencuci muka nikan... bukan je jerawat hilang.... putih2 dan hitam2 kat hidung tu pun hilang sekali tau. Muka growing je.... berseri2 tau 😀😀😀😀

Manfaat Vitamin E Shaklee


APA FUNGSI DAN MANFAAT VITAMIN E?

VITAMIN E bertindak sebagai:
Awet mudaMembaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMSMengurangkan parutMeningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanitaKulit dan rambut sihat, cantik & lebatMerawat masalah keintimanMerawat masalah seksual lelakiVitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

Pastikan anda mendapat vitamin E Shaklee dengan 25 manfaat berikut:
1. Melambatkan penuaan: Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya
2. Membantu mengurangkan kesan regangan atau stretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
7. Membantu melancarkan peredaran darah
8. Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
9. Mengurangkan parut(boleh disapu pada tempat parut)
10. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
11. Meningkatkan pengeluaran air mani
12. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
13. Menguatkan dinding kapilari
14. Mengurangkan tekanan darah
15. Membantu mengekalkan  kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit
16. Kulit dan rambut menjadi sihat
17. Mencegah anemia
18. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
19. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk
20. Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
21. Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran
22. Merapatkan hubungan suami isteri@Vitamin Cinta
23. Membantu mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
24. Sangat membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
25. Mengandungi grape seed atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
Banyak sungguh khasiat dan kebaikan Vita-E Complex. Bukan itu sahaja, menurut satu kajian tentang vitamin E, pengambilan Vitamin E sebenarnya dapat membantu mencegah sehingga 80 jenis penyakit.


Isnin, 6 Mac 2017

Vivix



Vivix sangat digalakkan untuk di minum oleh mereka yang ada penyakit seperti :- 

penyakit kardiovaskular seperti serangan penyakit jantung.
strok.
asma.
gout.
kolesterol yang tinggi.
diabetes atau kencing manis.
tekanan darah tinggi.
penglihatan.
masalah berat badan.
kanser atau barah.
masalah kesuburan.
Alzheimer.
Flu, selsema, batuk.
Perokok.
lain lain masalah kesihatan.
Keempat empat ramuan semulajadi di atas bertanggungjawab dalam membantu mengurangkan risiko dan kesan tersebut. Disinilah kelebihan dan kebaikan Vivix Shaklee yang boleh digunakan oleh hampir semua orang untuk pelbagai jenis penyakit.


Khasiat Vivix


Khasiat Vivix mampu menembusi keperingkat DNA sel. 

Badan kita sendiri, terdiri dari ....
Berbillion sel yang membina tisu, kemudian membina otot dan organ.
Darah kita juga terbina dari berbillion sel darah merah, sel darah putih, dan sebagainya.
Sel badan kita akan diganti lebih 300 billion sehari dan 200 juta setiap minit.
Sel sel yang rosak dan abnormal jika tidak dirawat dan dibaiki akan menyebabkan ia merebak dan menjadi semakin teruk.
.
Inilah yang mengakibatkan penyakit penyakit kronik seperti pelbagai jenis kanser, kerosakan buah pinggang, jantung dan lain lain lagi.


Ahad, 5 Mac 2017

Masker Muka DenganVitamin C


Sebelum tido
Jgn lupa masker Muka ye
Hanya gunakan VitamIn C je
rasai kesegaran di wajah anda ☺☺☺


ESP Untuk Kesihatan Kulit


KELEBIHAN ESP UNTUK KESIHATAN KULIT


Antara kesan postitif pada kulit setelah mengamalkan ESP Shaklee :

kulit cantik tanpa make up.
semakin cerah berseri.
jerawat hilang.
jerawat hilang.
lebih anjal.
kulit semakin glowing dan berseri.
kulit tidak berminyak.
kulit tidak kering.
kulit semakin lembap.
liang pori mengecil.
kulit semakin gebu.
jeragat hilang.
kulit tak kusam.
whitehead dan blackhead semakin hilang.
selulit hilang.
tona kulit lebih sekata.
kulit semkain lembut.
stretch mark semakin hilang.
tumit kaki yang pecah merekah hilang.
badan pun cerah dan licin



Bantal Selimut Travel



Bantal selimut travel senang dibawa ke mana sahaja

Bila zip jadi bantal, buka zip jadi selimut

Sangat sesuai untuk semua umur

Boleh dijadikan bantal hiasan dalam kereta

Yang ada anak kecik, baik dapatkan nya, takkan setiap kali pergi rumah orang nak minta lapik atau toto untuk letakkan baby kita kan....

Gambar seperti dibawah ye






Rabu, 15 Februari 2017

Februari Yang Gojes

Bestnya kalau setiap bulan promosi macam ni kan..... best sangat sangat... order masuk... cust pon suke... rasa tak menang tangan nak promosi.... suke sangat sangat.

Apa yang bestnya....???
Promosi yang sangat panas

Ostematrix beli 6 percuma 1
Ostematrix beli 2 diskaun 5%
Lecithin beli 1 percuma 1
Alfalfa beli 1 percuma 1

Call whatsapp inbox penuh jee...cust bertanya dan buat pembelian.... betul betul hangat... 

Anda mencari produk shaklee????? Boleh  wasap terus ke saya 0125032978
ap 

Isnin, 6 Februari 2017

Gong Xi Fa Cai Datang Lagi


yehaaaaaaa tahun pertama saya Anas Goh sambut Gon Xi Fa Cai. Banyak nya angpau saya dapat. Sapa nak angpau boleh le follow blog mama saya....ehehe...tu pon kalau mama saya nak bagi...Comel tak saya???

Comel tak saya????

Ni  Aunty Saya...... 



Ni... Ah Kong saya....Isk...sibuk le abang Adam Goh ni...


Ni BIRAS mama saya.... pakcik saya yg sulung kahwin ngan india...

Rabu, 18 Januari 2017

Perginya ABAH Tersayang

Kami rindukan abah



Susahnya nak taip... 4 bulan abah pergi.....


Nak share pada semua..

10 hari arwah abah menanggung penderitaan dalam wad 2C, ICU, 4B, lastnya abah meninggal dlm wad 2C. Abah memang kuat merokok. Kami suruh berhenti merokok.. abah langsung tak hiraukan.. Bagi dia.... nak mati..mati juga bukan sebab rokok.. ya Allah....

10 hari dalam wad... ditemani yong n kembar... aku???? aku ketika tu masih dalam pantang lagi. Dalam pantang aku dapat jumpa abah 1kali je. Dia datang rumah aku... tapi nampak abah macam penat... Ya allah...aku tak sangka tu adalah kali terakhir aku akan jumpa dengan abah... macam macam dia nak nasihatkan aku. jaga diri... dia tak dapat nak jaga aku dalam pantang.... ya Allah...andai dapat kuundurkan waktu...

Sambung cerita abah... abah kuat merokok. paru paru abah dah rosak abes.  semua kerana rokok. Abah bergantung dengan oksigen sahaja.Tapi abah still boleh buat lawak, abah nampak sihat.. abah masih kuat makan.. sapa nak sangka kan...Abah......ya Allah....aku tiada memori dengan Abah... Hanya kembar dengan yong je banyak memori dengan abah saat akhir abah..aku frust..aku kecewa... aku rindu kan dia...rindukan abah sgt sgt...

10 hari abah kat wad hanya 2 kali aku dapat melawat abah. kali pertama...aku lawat dengan berstokin n kain..sebab pantang..aku tak nampak pon abah akan tinggal kan aku...sedihnya... abah still leh sembang ngn buat lawak dengan aku... rindu senyuman abah..rindu sangat sangat...

Kali kedua aku lawat abah, sebelum maghrib, itu adalah hari hari terakhir abah, masa tu abah sedang tidur. Yong pesan aku jangan kejutkan abah, abah penat, bagi abah rehat... aku lihat... kaki abah dah jatuh...sebaknya masa tu ya Allah... Aku macam tak sedap hati. tapi aku rasa tak mungkin... aku cium abah sebelum balik.....

Aku balik... memikir.... rasa semacam. fone aku letak sebelah telinga... Kul 1245 kembar aku telefon..aku dh syak..sesuatu berlaku kat abah. kalu tak, tak mungkin kembar aku akan telefon..selalu nye kami berhubung dengan wasap jer... Bila dia call... bgthu abah dh xde...menggigil rasa seluruh badan ni... Ya Allah....aku dah yatim piatu... Aku cuba percaya....sukarnya... badan aku dh seram sejuk.. aku telan 1 biji penadol.... abah..... aku mampu menangis... still juga tak dapat uruskan jenazah abah saat akhir2 abah. depa ambil aku bawa aku umah abah bila dah settle semuanya... Ya allah...bersihnya muka abah... Ya Allah... Kau tempatknlah abah aku didalam kalangan orang orang yg beriman... 37 HARI AKU PANTANG ANAK KEDUA, 18 SEPTEMBER 2016, AKU HILANG ABAH.... AKU CUBA BAYANGKAN HARI HARI AKU TANPA ABAH. abah...teman gaduh, teman bercerita, abah sayangkan cucu cucu dia....




Semasa keluar wad kali ke2

Cuti Last Bersama Abah

Tahun terakhir abah g kl

Abah masuk wad kali ke2

Masa lawat kembar operate kelahiran luar rahim

ya Allah.... berat dugaan yang KAU bagi pada hambamu.... siang malam aku nangis cuba untuk REDHA dengan semua nya... Sukar... tapi aku kena percaya....

alfatihah

al Fatihah Untuk Arwah Abah
Semoga dikau ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman
18 September 2016 (12.45 pagi)
37 Hari Pantang Anak Kedua



Khamis, 11 Ogos 2016

LahirNya Putera Kedua Anas Mikhael Goh



Assalamualaikum...

Nak share kat sini.... Alhamdulillah.... tak sangka putera ke2 tak sabar nak lihat dunia. nak bagi mama rehat dari kerja pejabat yg berlambak-lambak tu... dari 9Ogos 2016... Contraction dah kerap.. tapi mama tak fikir pon kamu nak keluar sayang... sebab due kamu lambat lagi...kamu di jangka keluar MERDEKA nanti...

Kat opis mama boleh siapkan kew. 8 KGT untuk semua guru dan staff... bila perot ni terasa mengeras, mama pegang kerusi...berhenti jap... tegak kan badan... pinggang hanya Allah yang tahu...dh sakit belakang ni... sebab fikir kan due lambat lagi... ceh... mama kelihatan relaks je lagi...ehehe....

Petang tu... boleh jalan tengok baby anak kawan...wah...comel... baby mama bila pula nak kuar ni.... sembang punya sembang...sakit dah ada.... boleh senyum lagi.... sebab dalam hati baby lambat nak kuar..... ehehehe....

Malam????? tido mama tak pernah terganggu sebab kamu sayang, mama boleh tido lena, tak kerap ke toilet. Orang cakap.... kalu dah dekat due, kerap ke toilet, malam tak lena, tapi mama ok je tahu.... memang kamu ni tak susahkan mama.....

10 hb Ogos 2016

Mama kerja seperti biasa. Mama boleh hantar abang adam... tp 1 perkara mama lupa nk lakukan, cium abang adam spt biasa... Entahle.... Hari ni... pergi kerja... muka biasa-biasa je... boleh pusing 1 sekolah, cari guru, bila makan kat kantin nak bayar, pegang perot, dh rasa2 contraction kuat, siap mama buat muka sakit. Orang kantin cakap...Entah-entah minggu ni mama salin....ISk.... Takkan kot...lambat lagi due.... 10 pagi lebih...mama naik opis... Masa nk jawab call... mama rasa air laju je keluar.... AIK..... MAMA TERKENCING KE????! Mama pergi toilet...eh... tadi dh kencing...ni leh kencing lagi.....

Mama memang tak tahu, beza ngam abang kamu, tanda darah keluar mama baru pergi hospital. Mama naik opis sambung kerja. Tengah fotostat..mama rasa 1 kali lagi air laju keluar, mama tanya pada 1 cikgu, air ketuban pecah macam mana ye???? cikgu tu blur2...yele kan... dah lama tak de pengalaman macam tu. Mama call kawan mama yg keje nurse, Dia suruh mama g hosptila takut air ketuban kering, dan baby dijangkiti kuman...

Mama call kawan yg kerja pra, minta dia hantar ke hospital, sebab hospital dekat je dgn sekolah... 5 ke 7 minit dah leh sampai hospital. Mama just call papa bagthu dh masuk dewan bersalin tap tak salin lagi. Check jalan baru buka 2cm.. alahai...mmg dh nak salin ke???? Sakit tak kuat... memang ada contraction tap mama still ok....

Mereka tahan mama, masuk wad GA... bila dh tolak kat sana, papa ada temankan mama, dlm wad mama tak boleh nak duduk... Sakit dah terasa... Masa tu pukul 430 ptg.... papa boleh teman mama... Jalan baru buka 3 cm.... alahai.... bila nk buka 10 cm ni.. duduk baring...semua dah tak boleh... Kakak saudara yg datang melawat hanya mampu tenangkan mama.... mama ckp...sakit le... check jalan lagi... 3 cm lagi...aduiiiiii...grrrrrrrrrr. Nurse bagi loceng, pesan kat papa n kakak saudara kalu rasa sakit just locengkan.....

Last... mama ckp kat kakak saudara, mama nak kencing, dia temankan mama.... tapi mama x mahu kencing pon.... masa tu dh530 petang...mama pegang dinding.... naik katil... mama rasa 1 perasaan... mama jerit dengan kuat... KAK IJAH.... FZA RASA NAK TERAN LER...... kakak saudara kata kamu biar betulll baru 3cm... terus papa berlari cari nurse, kakak saudara goncangkan loceng punya kuat... Nurse dtg berlari.... check jalan... NURSE JERIT....FULL..... wah....mama panik....panik....dari 3cm ke 10cm..hah ambik ko!!!!! depa terus tolak dgn katil katil masuk ke labour room....... bayangkan...mama hanya sebut... lahailawalakuwataillahbillahhialiuazim.... nak nyampai ke Labour room... nak tempoh koridor.... ya Allah.... kakak saudara dh bayangkan mama salin kat koridor tak sempat kat labour room...

Sampai LR, depa tuko katil, tak sempat nak pasangkan wayar pundi air kencing, depa suh teran... Ya Allah... mama lupa dh cara nak teran..sedangkan abang Adam dulu senang je nak teran..... Deapa cakap... paun pandai teran...teran puan...kepala dh nk keluar.. depa ambil tangan mama, bagi rasa..ye...rasa lembut rambut kamu sayang... mama teran semahunya.... 10hb Ogos 2016 jam 6.15 petang kamu selamat lahir... teruja nya mama... dapat susu kan kamu..tidak macam abg adam yg terus ditolak ke NICU... tapi 9 lebih kamu dh masuk wad..tinggal mama sorang sorang dlm LB sbb bleeding.... Jam 11 mlm baru mama boleh masuk wad... dapat cium kamu sepuasnya syg.....love you sayang mama... Semoga jadi anak yg soleh ye syg.....


Tarikh Lahir : 10 Ogos 2016
Lahir : 6.15 petang
Berat : 2.84 kg
Jantina : Lelaki

Wajah belum 1 hari


Muka Abg Adam





Tutup Mata, Mama baru turunkan dr lampu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...