Tab menu 2

Pages

Khamis, 1 Januari 2015

#PromosiShaklee Januari 2015 Sahaja - Promosi Hebat Untuk 1 Family



Tahun 2015, Tahun baru, pembukaan Tahun 2015, Shaklee menawarkan Promosi Hebat Untuk Kesihatan 1 Family...
  • Untuk Wanita
  • Untuk Lelaki
  • Untuk Kanak-kanak
  • Untuk Warga Emas
  • Untuk Golongan Diabetes
  • Untuk Pengidap Darah Tinggi
  • Untuk Penyakit Kanser
  • Untuk Penyakit Jantung
  • Dan Pelbagai Lagi

Seronok dan begitu teruja!!! mahu tak teruja, sebab BULAN KESIHATAN 1 FAMILY, bukan sahaja CANTIK malah SIHAT, CERGAS, CERDAS & FOKUS!!


Jom baca info :-
  • ALFALFA COMPLEX
  • VIVIX
  • VITA-LEA FOR CHILDREN



A L F A L F A   C O M P L E X


ALFALFA COMPLEX
330/700 kapsul
Promosi Januari 2015
Promosi Pembuka Tahun 2015
Beli 6 Percuma 1
Beli 2 Diskaun 5%
Penting Untuk Kesihatan Wanita & Lelaki



ALFALFA COMPLEX
Suplemen yang wajib untuk wanita dan lelaki kerana alfalfa merupakan 1001 khasiat.
Ia juga dikenali sebagai RAJA TUMBUHAN kerana terkenal dgn khasiat dan mineralnya yg tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dgn PROTEIN, ASID AMINO, KLOROFIL, SERAT, 15 ZAT GALIAN, 10 VITAMIN, 8 ENZIM & FITOKIMIA.


10 biji alfalfa = segelas susu


Kelebihan Alfalfa:
  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  • Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
  • Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
  • Membantu membuang angin dalam badan.
  • Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  • Memberi kelegaan semasa haid
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit) 

Alfalfa Complex membantu untuk Kurus & Lansing,
membuang toksin, membakar lemak dengan segera

Alfalfa Complex  rawat keputihan


Testimonial Customer yang amalkan Alfalfa Complex hingga keputihannya hilang



Alfalfa Complex juga baik untuk wanita dalam berpantang
boleh banyakkan susu badan
boleh merapatkan rahim
badan tidak cepat lesu



lebih lanjut pasal ALFALFA COMPLEX sila klik sini INFO DETAIL ALFALFA



V I V I X
VIVIX ™
150 ml
Promosi Januari 2015
Promosi Pembuka Tahun 2015
Beli 6 Percuma 1
Beli 2 Diskaun 5%
Penting Untuk Kesihatan Semua Golongan Wanita & Lelaki



Mesti baca khasiat vivix ni

Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung.

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.


Apakah kehebatan Vivix Shaklee?

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)

Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.


Kebaikan Vivix Shaklee
  • Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan
  • Memelihara keseluruhan kesihatan
  • Anti oksida yang sangat baik - awet muda
  • Membantu anda merasa lebih bertenaga
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Membantu pesakit diabetic
  • Menguatkan sistem imun

Testimonial Customer yang amalkan Vivik hingga luka kencing manis nya pulih

Testimoni Vivix - rawat luka kencing manis


V I T A - L E A   F O R   C H I L D R E N

VITA-LEA FOR CHILDREN
Promosi Januari 2015
Promosi Pembuka Tahun 2015
Beli 3 Percuma 1
Penting Untuk Kesihatan Anak Anda

Selain diwajibkan ambil makanan berkhasiat dan mengikut saranan piramid makanan, supplement mutivitamin juga banyak menyokong meninggikan tahap kesihatan anak. Supplement multivitamin juga membantu MELENGKAPKAN (bukan menggantikan) zat dan nutrisi yang kurang dan SANGAT-SANGAT diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar terutamanya KALSIUM.

Salah satu tanda anak anda sering demam, selesema dan batuk adalah tanda antibodinya lemah disebabkan kekurangan sebilangan vitamin yang menyokong kerpeluan antibodi tubuh seperti, kalsium, vitamin C, vitamin B dan sebagainya. 

Tambahan pula, lambakan makanan ringan dan makanan segera yang sangat kaya dengan garam, gula, pewarna dan perasa juga memudaratkan kesihatan anak dan gigi. Hendaknya, gaya hidup ibu bapa sekarang yang masing-masing bekerja, anak dijaga pengasuh, kita tidak tahu sangat apa yang anak anda makan seharian sama ada sesuai dengan dietnya atau tidak. 

Sangat penting bagi ibu-bpaa memandang berat akan pemakanan kanak-kanak kerana makanan mewakili peratusan zat dan nutrisi yang anak anda perolehi seharian. Dan kini ibu bapa boleh menarik nafas lega kerana supplement multivitamin shaklee membantu melengkapkan (bukan menggantikan) kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak. 


Kelebihan Supplement Vita-Lea for Children Chewable 
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran 
  • Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi 
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit 
  • Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul 
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan 
  • Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan 
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
  • Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas 
  • Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun yang SUDAH PANDAI TABLET boleh ambil dengan PENGAWASAN ORANG DEWASA 
  • Rasa yang sedap 

Vita-Lea for Children Chewable Berbeza Dengan Lain-lain Produk Di Pasaran 
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan 
  • Mengandungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti 
  • Pembungkusan BPA free 

Kanak-kanak yang perlukan Vita-lea For Children 
  • Yang kurang selera makan 
  • Yang suka makan junk food 
  • Untuk tingkatkan system imun 
  • Yang kurang makan makanan berkhasiat 
  • Yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap hidangan) 
  • Yang tak suka makan sayur (vita lea ada vitamin k – bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka) Yang selalu jatuh sakit 
  • Yang kurang aktif 

Bagi kanak-kanak yang tidak boleh menelan tablet boleh gantikan Vita-lea For Children dengan Mealshake Shaklee juga supplement multivitamin tetapi dalam bentuk bancuhan.





Ahad, 28 Disember 2014

Spotting Atau Pendarahan Ringan Ketika Kehamilan



Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?
Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj.Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit.
Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat. 

Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Namun kadangkala pendarahan juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mendapatkan pemeriksaan doktor. 
Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil? Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ia biasanya berlaku sekitar waktu anda biasanya datang haid dan berlangsung selama satu atau dua hari. Anda mungkin hanya menyedarinya ketika membuang air kecil.

Walaupun pakar-pakar tidak pasti apakah puncanya, namun ia mungkin disebabkan oleh:
Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Anda mungkin mengalaminya lebih daripada sekali. Pelekatan telur yang telah disenyawakanpada lapisan uterus anda menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Ini lebih jarang berlaku berbanding pendarahan penebusan.


Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?
Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
  • Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks
  • Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
  • Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
  • Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.

Apakah punca yang lebih serius yang mengakibatkan pendarahan semasa kehamilan?
Malangnya, pendarahan pada awal kehamilan mungkin merupakan tanda keguguran atau kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Dalam kedua-dua kes ini, anda juga biasanya akan mengalami sakit perut dan kekejangan.


Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan daripada keguguran beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku. Malah, sesetengah wanita mengalami keguguran sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil dan menganggap mereka hanya datang haid.

Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.

Punca pendarahan yang lebih jarang berlaku ialah kehamilan molar. Ia menjejaskan kira-kira satu dalam 700 kehamilan. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera. 

Kemungkinan juga pukulan kepada perut, contohnya jika anda terjatuh, menyebabkan pendarahan. 
Apa yang harus saya lakukan jika saya mengalami pendarahan semasa hamil?Hubungi doktor atau hospital , walaupun sekiranya pendarahan itu akhirnya berhenti sendiri. Anda masih perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor anda mungkin memeriksa bahagian dalam faraj, atau dia mungkin menasihatkan anda supaya membuat imbasan ultrasound. Imbasan boleh mengetepikan kehamilan di luar rahim dan memeriksa keadaan bayi. 

Doktor anda mungkin mahu membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencinganda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resusanda juga mungkin akan dijalankan.
Adakah bayi saya akan selamat?Kemungkinan besar bayi anda dalam keadaan selamat kerana pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat meneruskan kehamilan dengan sihat.

Jika pendarahan itu menandakan keguguran, anda akan turut mengalami kekejangan perut, dan pendarahan itu biasanya akan menjadi lebih teruk. Pendarahan ringan atau spotting biasanya berhenti sendiri. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita hamil yang mendapatkan bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan mereka.

Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, bincanglah dengan doktor anda, walaupun jika pendarahan itu berhenti. Ini untuk memastikan tiada simptom-simptom lain yang mungkin menunjukkan sebarang masalah.

Cuba berfikir dengan positif. Spotting atau pendarahan ringan biasanya hanyalah satu misteri yang tidak membahayakan yang boleh anda lupakan sahaja.

Anda tidak keseorangan! Berbuallah dengan ibu-ibu lain mengenai kebimbangan anda semasa hamil dalam forum Kehamilan kami hari ini.

Artikel Penuh Dari BabyCenter


Anda boleh mencuba PRODUK SHAKLEE SET KEHAMILAN yang boleh membantu anda dan kandungan hingga selamat bersalin. InshaAllah...

 Info lanjut Kehamilan Dengan Shaklee
Untuk Info Lanjut Pasal Kehamilan Dengan Shaklee boleh Klik Gambar Diatas.

Sekiranya PENDARAHAN berlaku, Fza tahu, para ibu tentu STRESS kan?? Jom tangani Stress anda dengan B-COMPLEX Shaklee


Kenapa B Complex penting untuk ibu hamil, BF dan pantang?

Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.


Elakkan KELAHIRAN BAYI PRA-MATANG. Jom dapatkan OMEGA GUARD yang kaya dengan minyak ikan.


Mengapa mengambil Omega-3 penting terutamanya semasa mengandung?

Kajian menunjukkan, Omega-3 adalah penting bagi perkembangn otak bayi dan visual awal bayi. Walau bagaimanapun, diet orang Malaysia sangat kurang dengan omega 3 ini. Lebih memburukkan keadaaan, selalunya disebabkan pengurangan pengambilan omega-3 oleh ibu-ibu hamil, kandungan omega 3 yang perlu disalurkan kepada bayi adalah tidak mencukupi.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa menambah EPA dan DHA untuk diet wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan visual dan kognitif bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Kajian juga menunjukkan, pengambilan EPA dan DHA dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia dan boleh meningkatkan berat badan ketika lahir. Sebaliknya, kekurangan Omega-3 boleh meningkatkan risiko ibu untuk kemurungan. Ini mungkin menjelaskan mengapa kecelaruan mood selepas bersalin boleh menjadi lebih teruk dan mula lebih awal dengan kehamilan berikutnya.


Adakah ia selamat untuk mengambil Minyak Ikan semasa mengandung?

Minyak ikan dalam bentuk kapsul adalah selamat untuk diambil semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) boleh mengandungi toksin alam sekitar seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh dihapuskan semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses penapisan lanjutan.




Sabtu, 27 Disember 2014

Misi Bantuan Vitamin Untuk Kanak-kanak Banjir

#MisiBantuanBanjir
#PrayForMangsaBanjir
#PrayForPantaiTimur
#PrayForPerak


[MISI BANTUAN VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK BANJIR]

Bismillahirrohmanirrahim..
dengan ini saya terpanggil untuk melancarkan misi saya bersama anak-anak bisnes saya untuk "BANTUAN VITAMIN KANAK-KANAK MANGSA BANJIR".Ini adalah atas keperluan dan permintaan seorang doktor yang meminta agar vitamin dapat disalurkan kepada anak-anak yang kini sedang berjuang hidup di pusat pemindahan mangsa banjir.

-  Mengapa perlunya vitamin?
Kerana anak-anak ini terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat dan sangat kotor.Perlunya vitamin adalah bagi menguatkan antibodi anak-anak ini agar badan mereka dapat menjadi kuat dan mengelakkan dari terkena sebarang penyakit.
Insyallah,kita cuba ikhtiar.

Jika anda ingin ingin menjadi sebahagian dari kami dengan menyalurkan sumbangan untuk memberi bantuan ini,boleh salurkan kepada akaun bank saya sendiri dan vitamin itu akan saya serahkan kepada pihak Pertubuhan IKRAM dengan kadar yang sangat segera.


100% keuntungan juga akan kami salurkan kepada pihak Ikram juga.


🛂Maybank 163037104564
🚺Nurul Zakeyah Mohd Razaki
vitaminurul@gmail.com
📳017-423 8980

P/s: Mohon taipkan "Vitamin" di ruangan bayaran.

Terima kasih atas keprihatinan anda. Sumbang sikit ke banyak tidak apa.Sorang sikit,ramai-ramai boleh jadi banyak. Semoga usaha yang kecil ini dapat memberi kesan yang sangat besar kepada anak-anak ini.


Copy Paste Dari Group Coach And Lead #Raudhah

Jom Menderma Untuk Mangsa Banjir




Kemurungan Ketika Kehamilan Dan Cara Tangani



Apakah tanda-tanda kemurungan?Apakah sebab kemurungan ini?Bagaimanakah saya boleh menangani kemurungan?Bilakah saya patut bimbang?Bagaimana pula selepas saya bersalin?

Anda telah membuat ujian kehamilan, dan berkongsi berita gembira ini dengan semua orang. Semua orang kata, "Tahniah! Awak pasti sangat gembira!" Ya, anda gembira yang kini anda hamil, tetapi pada masa yang sama, anda tidak begitu teruja. Malah, kadang-kala anda rasa tidak gembira. Lebih teruk lagi, anda rasa bersalah kerana tidak gembira dan seterusnya menjadi murung. Adakah anda seorang sahaja yang mempunyai perasaan sebegini? Jawapannya tidak. 
Apakah tanda-tanda kemurungan?Kehamilan adalah sesuatu yang menggembirakan, tetapi bukan setiap masa, dan bukan setiap wanita merasa begitu. Kira-kira satu dalam 10 wanita mengalami kemurungan semasa hamil. 

Kita mungkin cuba menutup perasaan ini kerana kita selalu percaya bahawa kehamilan adalah masa yang menggembirakan, atau kita mungkin menganggap kesedihan itu sebagai"angin tak baik" yang sering berlaku semasa hamil. Tetapi kemurungan boleh menjadi masalah serius bagi sesetengah wanita. 

Tidak mudah untuk mengumpulkan beberapa simptom dan mengatakan ia akan menjurus kepada kemurungan kerana masalah ini berbeza dari seorang wanita ke wanita lain. Sesetengahnya mempunyai angin tak baik sepanjang masa, sesetengah yang lain pula merasa jengkel dan sering menangis, atau merasa diri tak berguna dan tidak mahu hidup. Kemurungan boleh menjejaskan emosi dan fizikal serta tindak-tanduk anda. 

Berikut adalah beberapa simptom yang mungkin ada jika anda mengalami kemurungan:tidak dapat menumpukan perhatian;sentiasa bimbang;rasa sangat jengkel;masalah tidur;keletihan yang teruk atau berpanjangan;keinginan untuk makan setiap masa atau tiada selera makan langsung;perasaan bahawa tiada apa yang menggembirakan atau menyeronokkan;rasa sedih yang berterusan.Apakah sebab kemurungan ini?Sebelum ini, hormon kehamilan dipercayai mempunyai "kesan perlindungan" daripada kemurungan, kerana ramai wanita yang mempunyai perasaan dan emosi yang bagus semasa hamil. Namun, kini diakui bahawa tekanan dan stres akibat kehamilan dan menjaga anak kecil boleh membuatkan kaum wanita terdedah kepada masalah ini. 

Jika terdapat mana-mana aspek dalam kehidupan anda yang tidak berjalan lancar, maka anda menjadi lebih terdedah kepada kemurungan. Contohnya, sebab utama kemurungan semasa hamil ialah masalah perhubungan. Jika anda tidak mempunyai hubungan yang baik dengan suami, atau suami anda tiada di sisi, maka anda lebih berkemungkinan untuk mengalami kemurungan. 

Sebab-sebab lain: 

Peristiwa dalam hidup yang memberi tekanan 
Adakah anda akan berpindah ke rumah yang lebih besar sebagai persiapan menyambut kehadiran bayi ini? Adakah anda mempunyai masalah di tempat kerja? Apa-apa perubahan besar dalam kehidupan harian seperti perpindahan, atau peristiwa penting dalam hidup seperti perceraian atau kehilangan kerja boleh menyebabkan kemurungan. 

Pendapatan rendah 
Tiada pekerjaan dan tiada kelayakan kedua-duanya memainkan peranan, tetapi jumlah pendapatan yang rendah itu sendiri mempunyai kaitan besar dengan kemurungan pranatal. 

Masalah kehamilan 
Kehamilan yang bermasalah, contohnya yang menyebabkan mabuk hamil yang teruk, boleh mengganggu emosi. Jika anda tidak mahu hamil pada ketika ini, maka perkara ini juga akan menyumbang kepada kemurungan. 

Komplikasi dalam kehamilan terdahulu 
Pengalaman hamil dan bersalin yang terdahulu boleh mencorak bagaimana anda rasa mengenai kehamilan ini. Kajian telah menunjukkan bahawa komplikasi dalam kehamilan terdahulu mempunyai kaitan dengan kemurungan pranatal. 

Masalah kesuburan atau keguguran 
Jika anda mengalami banyak kesulitan untuk hamil, atau pernah mengalami keguguran di masa lalu, anda mungkin akan merasa risau mengenai kesihatan kandungan sekarang. 

Penderaan, samada di masa lalu atau sekarang
Kehamilan boleh menjadi penyebab bagikeganasan rumah tangga atau menjadikannya lebih teruk. Bagi wanita yang pernah mengalami penderaan emosi, seksual, fizikal atau melalui tutur kata, memori hitam ini boleh muncul semula akibat kehamilan. Badan anda kini berubah tanpa boleh dikawal, dan ini boleh mengembalikan isu-isu yang telah lama terpendam. 

Anda sepatutnya boleh berbincang dengan selamat dengan doktor anda semasapemeriksaan pranatal, di mana anda boleh memberitahu beliau mengenai sebarang penderaan (dulu atau sekarang) supaya anda boleh mendapat bantuan dan sokongan yang sewajarnya. 

Sejarah kemurungan peribadi atau dalam keluarga 
Jika masalah kemurungan berlaku dalam keluarga anda, atau jika anda sendiri pernah mengalami kemurungan, anda mungkin lebih berkemungkinan untuk menjadi murung. Tetapi bukti menunjukkan bahawa ini meletakkan anda dalam risiko lebih tinggi untuk mendapatkemurungan selepas bersalin atau meroyan (postnatal depression), berbanding kemurungan semasa hamil. 

Semasa pemeriksaan pranatal, doktor anda mungkin akan bertanya mengenai kesihatan mental anda pada masa ini dan terdahulu supaya anda boleh mendapat bantuan apabila anda memerlukannya. 

Bagaimanakah saya boleh menangani kemurungan?

Berehatlah 
Tahan keinginan untuk membuat seberapa banyak tugas yang anda boleh sebelum kelahiran bayi. Letakkan diri anda di tempat teratas dalam senarai perkara yang anda perlu buat. Anda tidak akan mempunyai banyak masa untuk diri sendiri sebaik sahaja bayi anda lahir. Bacalah buku, bersarapan di katil, atau keluar dengan rakan. Menjaga diri sendiri adalah satu perkara yang penting dalam penjagaan bayi. 

Bersenam 
Walaupun ini bukanlah masa yang terbaik untuk memulakan regim senaman yang berat, senaman boleh membantu memperbaiki mood anda. Berenang, berjalan dan kelas senaman pranatal selamat dilakukan semasa hamil. Tahu lebih lanjut mengenai senaman yang disyorkan sepanjang kehamilan dan sasarkan untuk membuatnya tiga kali seminggu. 

Luahkan 
Berbincanglah dengan suami anda dengan jujur. Anda perlukan sokongannya, dan dia hanya boleh melakukan perkara ini jika anda berterus terang. Anda juga boleh meluahkan kebimbangan anda mengenai masa depan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. 

Cubalah terapi atau kaunseling 
Jika anda telah melakukan segala-galanya untuk mengeluarkan diri daripada kemurungan ini selama dua minggu tetapi tidak berhasil, berjumpa dengan ahli terapi atau kaunseling mungkin membantu. Anda perlu mendapatkan seseorang yang boleh dipercayai dan yang anda rasa selamat untuk bercakap tentang hal ini. 

Bilakah saya patut bimbang?Jika anda rasa seperti hendak membunuh diri, atau hilang pertimbangan, tidak dapat menjalankan tanggung jawab harian, atau jika anda mengalami serangan panik, berbincanglah dengan doktor anda dengan segera. Ini sangat penting terutamanya jika anda dapati sukar untuk menjaga diri sendiri dan tidak lalu makan, kerana ini boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan anda. 

Berjumpa ahli terapi atau psikiatri bukan tanda kelemahan. Ia adalah tanda bahawa anda adalah seorang ibu yang baik, yang sanggup mengambil apa sahaja langkah yang perlu untuk menjamin keselamatan dan kesihatan diri dan bayinya. 

Jika kesemua cara di atas tidak berkesan dan kemurungan membuat hidup anda semakin sukar, berbincanglah dengan doktor mengenai ubat-ubatan. Memanglah anda boleh mengambil ubat anti-kemurungan semasa hamil, tetapi anda perlukan bantuan untuk menimbangkan kebaikan dan keburukannya dengan berhati-hati. Ini kerana, terdapat kemungkinan kecil yang kesihatan anda dan bayi boleh terjejas akibatnya. 

Ubat anti-kemurungan yang biasa disarankan oleh doktor ialah fluoxetine, yang mempunyai jenama Prozac. Ia merupakan sejenis ubat anti-kemurungan yang dipanggil selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs). 

SSRIs dipercayai meningkatkan risiko kecacatan jantung pada bayi. Dipercayai juga bahawa mengambil beberapa jenis ubat anti-kemurungan terutamanya venlafaxine (Efaxor) atau paroxetine (Seroxat), atau mengambil gabungan beberapa jenis ubat anti-kemurungan, boleh meningkatkan sedikit kemungkinan untuk gugur. Tetapi kemurungan yang teruk juga tidak baik untuk kesihatan anda dan bayi. Bincanglah dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk anda. 
Bagaimana pula selepas saya bersalin?Kajian menunjukkan ada kaitan di antara kemurungan semasa hamil dan kemurungan selepas bersalin, tetapi ini tidak bermakna jika anda murung semasa hamil, anda akan murung juga selepas bersalin. 

Pakar masih mencari jalan terbaik untuk membuat saringan ke atas wanita yang mengalami kemurungan pranatal supaya mereka dapat mengenalpasti siapakah yang berisiko tinggi mengalami kemurungan selepas bersalin. Dengan mempunyai kumpulan sokongan sekarang, yang terdiri daripada rakan-rakan, ahli keluarga, suami, doktor dan ahli terapi, bermakna bantuan telahpun tersedia jika anda memerlukannya selepas bersalin. 

Artikel Penuh Dari BabyCenter


Anda boleh tangani Stress atau Kelahiran Bayi Pramatang Dengan
  • B Complex
  • Omega Guard

Fungsi B Complex Tangani Stress


Fungsi Omega Guard Dalam Kehamilan







Tekanan (Stress) Semasa Mengandung Boleh Pengaruhi Bayi



Tekanan semasa mengandung pengaruhi bayi....

Di antaranya ialah jangan membunuh binatang, jangan menegur sesuatu yang ganjil sekiranya terserempak di jalanan kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan terjadi terhadap bayi.

Memang kita akui, terdapat banyak variasi di dalam persekitaran perinatal yang boleh menyebabkan perubahan kepada perkembangan bayi.

Contohnya, ibu yang mendapat infeksi rubela pada trimester pertama (iaitu 10 minggu pertama) boleh menyebabkan penyakit jantung kongenital pada bayi.

Ibu yang ketagih arak akan menyebabkan anak mengalami rencatan akal, bantut pembesaran, kecacatan anggota, jantung berlubang dan kecacatan kraniofasial. Gejala ini dikenali sebagai sindrom alkohol-fetal.

Sejauh manakah benarnya dakwaan orang tua-tua dahulu sukar untuk kita buktikan.


Persoalan yang ingin saya timbulkan pada minggu ini, adakah tekanan (stress) yang dialami oleh ibu semasa mengandung mempunyai kaitan dengan perkembangan emosi kanak-kanak?

Tekanan (stress) mempunyai banyak dimensi pengertian. Salah satu daripadanya mendefinasikan tekanan (stress) sebagai sebarang bentuk kesedaran psikofisiologikal yang boleh meletihkan sistem tubuh badan sehingga membawa kepada tidak berfungsi dan berpenyakit.

Ia mungkin berbentuk fizikal seperti penyakit mental seperti risau, gelisah dan spiritual seperti perasaan berdosa dan bersalah. Umum mengetahui bahawa tekanan (stress) menjadi begitu negatif sekiranya ia melepasi paras keupayaan seseorang menanganinya. Ia menjadi positif sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dan meningkatkan kekuatan mekanisme adaptasi.

Seperti yang saya telah bincangkan pada minggu-minggu terdahulu, banyak perhatian para doktor ditumpukan kepada kelainan-kelainan mental yang berlaku selepas bersalin daripada melihat kepada masalah-masalah semasa mengandung yang mungkin memberi kesan semasa bayi.

Ini kerana pengetahuan kita tentang sejauh mana kemudaratan yang ditimbulkan sebelum bersalin sehingga memberi kesan ke peringkat bayi sangat terbatas.

Kebanyakan daripada pengetahuan yang ada adalah berkaitan dengan perkara-perkara fizikal sahaja seperti kelahiran tidak cukup bulan dan sebagainya. Pengetahuan yang berkaitan dengan kesan emosi ke atas bayi sangat terbatas dan berkurangan.

Kajian saintifik menunjukkan bukti bahawa bayi memperlihatkan tindak balas kepada bunyi-bunyian sekurang-kurangnya pada minggu ke-20 kandungan. (Hepper & Shahidullah: The development of fetal hearing. dalam Fetal & Materal Medicine Review. 1994).

Ini bermakna jika ibu menunjukkan reaksi stress ketika kandungan 5 bulan dengan memaki hamun serta memperkatakan perkara-perkara yang tidak baik, dikhuatiri akan memberi impak emosi kepada bayi yang dikandungnya.

Para alim ulama menasihati kita tentang perlunya ibu-ibu memperkatakan sesuatu yang baik dan banyak membaca al-Quran ketika mengandung.

Bayi yang di dalam kandungan akan teransang dengan bunyi-bunyian dari ayat-ayat al-Quran yang didengarinya.


Justeru itu diharapkan apabila lahir dan membesarkan kemudian hari, conditioning yang sedia terbentuk disertai dengan keadaan rumah tangga yang penuh hikmah dan suasana persekitaran yang kondusif akan melahirkan insan-insan yang soleh, beriman serta mempunyai daya juang yang tinggi untuk agama, bangsa dan negaranya.


Masyarakat India yang beragama Hindu juga mempercayai bahawa ibu yang mengandung perlu dijaga supaya tidak memudaratkan kandungannya.

Oleh itu, masyarakat India melarang sekiranya mengejutkan ibu mengandung bangun dari tidur dengan cara menggoyang-goyangkan badannya.

Ia dikhuatiri akan mendatangkan rasa terkejut pada ibu yang boleh menimbulkan tekanan (stress) dan memudaratkan bayi yang dikandung. Cara yang mereka cadangkan ialah dengan menguis badannya perlahan-lahan atau membiarkan dia terus tidur.

Pengalaman seharian menunjukkan bahawasanya jika seorang suami mencederakan isterinya ketika mengandung dengan melakukan penganiayaan fizikal berulang-ulang kali, maka anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Adakah ini benar?

Kebanyakan kajian perubatan yang dijalankan untuk menjawab persoalan di atas, didapati menuju kepada suatu kesimpulan yang sama iaitu; sekiranya ibu menghadapi masalah psikologi ketika mengandung, ia akan memberi kesan kepada kandungannya.

Ini akan menyebabkan bayi tersebut lahir tidak cukup bulan dan kurang berat badan. (Pagel 1990 & Copper 1996).

Mengapakah terjadinya demikian? Tentu sekali sebab-musababnya hanya Allah Ta'ala sahaja yang mengetahui.

Suatu penjelasan yang mungkin adalah kerana meningkatnya hormon stress dalam diri ibu mengecilkan saluran darah ke rahim, sehingga mengurangkan aliran darah kepada bayi. Kekurangan aliran darah akan seterusnya membina tindak balas tekanan (stress) dalam diri bayi.

Bayi yang mengalami tekanan (stress) akan terdedah kepada risiko lahir tidak cukup bulan, kurang berat badan berbanding usia kandungan yang sebenar.

Keadaan ini menimbulkan masalah kesihatan dan penjagaan setelah lahir kerana mereka mudah terdedah kepada infeksi kuman. Bayi ini juga didapati lebih beremosi dan memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa.

Keadaan ini melahirkan lingkaran kemiskinan (vicious cycle) yang berputar di dalam suatu pusingan.


Setelah mengetahui hubung kait di antara tekanan (stress) semasa mengandung dengan emosi bayi kita seharusnya berfikir bagaimana untuk menghalang tekanan (stress) di dalam diri ibu-ibu yang mengandung.


  • Pertama sekali, ibu-ibu haruslah menjaga kesihatan mereka. Ini termasuklah mengambil makanan yang seimbang. Ini penting supaya ibu dan bayi yang dikandung, sihat secara fizikal.
  • Lakukan senaman yang sesuai dan tidak memenatkan. Selain daripada pelvic floor exercise seperti yang dinasihatkan oleh doktor sakit puan, ibu-ibu boleh melakukan gerak kerja relaksasi dan latihan pernafasan.
  • Latihan ini berguna di mana sahaja, sama ada ketika kita tertekan dan keletihan di tempat kerja, semasa menunggu bas atau suami menjemput pulang atau ketika masa kelahiran di dalam bilik bersalin.
  • Rancang supaya anda mempunyai rehat yang mencukupi terutama ketika badan keletihan di siang hari.
  • Anda perlu mempunyai tidur yang cukup di malam hari.
  • Tentu sekali, jika anda mempunyai pilihan, elakkan tekanan berlebihan di dalam hidup anda. Amalkan cara kehidupan yang riang dengan memberi banyak senyuman dan ketawa. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, moga-moga Allah akan melipat gandakan rezeki dan peluang yang akan anda kecapi.
  • Sebagai seorang yang paling hampir dengan isteri, suami boleh memainkan peranan yang penting untuk membantu mengurangkan stress.
  • Menolong isteri melakukan kerja rumah atau melayan anak-anak dapat memberi ruang kepada isteri untuk berehat. Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan tekanan (stress) kepada bayi di dalam kandungan.
  • Suami boleh memberi sokongan emosi yang besar kepada isteri dengan menjadi seorang pendengar kepada permasalahan yang dihadapi oleh isteri. Kaunselor yang paling berkesan bagi isteri adalah suami.
  • Majikan yang bersimpati juga boleh membantu mengurangkan bebanan tugas ketika di tempat kerja.
  • Kerajaan boleh memikirkan cara dengan memberikan cuti khas kepada kakitangan wanita ketika mengandung terutama sekali ketika saat-saat hampir dengan due date.
  • Di samping membolehkan mereka bersedia untuk saat-saat kelahiran, ia membantu mengurangkan tekanan 'pada saat-saat akhir'.

Kita semua boleh melakukan sesuatu. Matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan insan yang soleh, warganegara yang sihat, sempurna tubuh badan, akal fikiran, berbudi luhur yang akan menggembleng tenaga untuk memajukan agama, bangsa dan negara yang kita cintai.

Oleh: DR. MOHD. JAMIL HJ. YAACOB
Artikel penuh Dari UtusanOnline



Anda boleh tangani Stress atau Kelahiran Bayi Pramatang Dengan
  • B Complex
  • Omega Guard

Fungsi B Complex Tangani Stress


Fungsi Omega Guard Dalam Kehamilan







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...