Tab menu 2

Pages

Sabtu, 22 November 2014

Omega Guard Dan Rakan-rakan Untuk Set "SENDI" By Master Wani

Seronok berBISNES SHAKLEE, walau duduk hujung tanjung, tapi tak ketinggalan menimba ilmu. Janji INTERNET ada... ehehe...

19 November 2014, sempat juga join kelas Online yang bertajuk OMEGA GUARD & RAKAN-RAKAN UNTUK SET SENDI di bawah kelolaan MASTER WANI. Padat dan mampat. So Fza sharekan disini ye. Bukan apa, SENDI ni sangat penting untuk pergerakan kita, bayangkan lah kalau SENDI kita sakit??? apa akan jadi.... so, sebelum berlaku, baik kita jaga sebaiknya.


Fungsi Omega Guard Untuk SENDI
~bersifat anti-radang
~minyak ikan (EPA + DHA) bermanfaat mengurangkan kebas & keradangan pada SENDI
~membantu merawat rheumatoid arthritis


Set SENDI

~Omega Guard
~OsteMatrix
~AJHT - Advanced Joint Health Tablet


Jenis-jenis SENDI
~SENDI lesung (bahu, pinggul)
~SENDI engsel (lutut, siku)
~tulang belakang
~SENDI jari kaki & tangan


Tanda-tanda SENDI tidak sihat
~mudah kejang dan tegang pada SENDI
~rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
~bengkak pada SENDI
~rasa sakit pada SENDI terutamanya bila bergerak
~bunyi berkeriuk pada SENDI


Punca sakit SENDI
~kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau SENDI itu sendiri


Antara punca kerosakan
~kemalangan - boleh mencederakan otot dan SENDI meningkatkan risiko kesakitan SENDI
~kecederaan - disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
~faktor usia - kepadatan otot berkurang dan kusyen SENDI berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan SENDI sakit
~berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada SENDI dan menyakitkan


Apa Itu OSTEOPOROSIS?

~tulang menjadi rapuh di bahagian (tulang belakang, pinggul, pinggang)


Simptom??
~berlakunya retak pada tulang dengan mudah


Akibat OSTEOPOROSIS?
~kekurangan protein, kolagen & kalsium
  (akibat kekurangan kalsium, protein & kolagen badan boleh jadi bengkok)


Apa itu OSTEOARTHRITIS?
~kecacatan pada bahagian SENDI
~terjadi apabila tulang rawan membentuk permukaan SENDI menjadi luas
~keradangan berlaku akibat tidak cukup khasiat


Apa itu RHEUMATOID ARTHRITIS?
~penyakit kronik pada SENDI & melibatkan organ-organ lain
~1/3% daripada seluruh dunia mengalami penyakit ini
~bermula dr peringkat umur 30-50 tahun


Tanda-tanda awal
~pembengkakkan tisu penyambung


Tips PENJAGAAN KESIHATAN SENDI
~lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan SENDI dan otot menjadi lemah
~kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
~makan makanan yang baik untuk SENDI seperti :
  *Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
  *Kalsium dan Mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
  *Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit SENDI
  *Vitamin D - meningkatkan penyerapan kalsium
  *Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam SENDI

***semua vitamin ini ada dalam set SENDI Shaklee
      #Advanced Joint Health Tablet
      #Omega Guard
      #Ostematrix


Healing Crisis?
Akan melalui proses penyembuhan dalam 4 peringkat:
- inflamasi dan pembekuan darah (72 jam)
- pembentukan tulang lembut (2 hari ke 2 minggu)
- union (sembuh sepenuhnya) (3-6 bulan)
#Kesimpulannya amalkan set SENDI Shaklee untuk penyembuhan yang mudah & terbaik.
  InshaAllah...dengan Izinnya.
  Wallahhua'lam.......


Set SENDI Shaklee

AJHT - Advanced Joint Health Tablet

-> mengeluarkan tulang rawan yang sihat melalui 3 peringkat:
*menyokong keselesaan SENDI
*memelihara tisu penyambung yang sihat
*meningkatkan kesan kusyen pada SENDI

OmegaGuard

-> mengurangkan inflamasi
*melambatkan degradasi tulang rawan
*mengurangkan keradangan SENDI
*bertindak sebagai pelincir
*meningkatkan kesihatan SENDI

OsteMatrix 

-> mengekalkan sel tulang yang sihat
*kalsium penting untuktulang, otot, ligamen
*magnesium dapat mengimilasikan Kalsium ke dalam tulang & mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembu & SENDI-SENDI
*membantu mengurangkan gejala OSTEOARTHRITIS



Penjagaan Diri Dan Kesihatan Ketika Kehamilan



Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah:


1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal - 


Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. 

Walaupun jika anda tidak mempunyai pilihan dari segi siapa yang anda mahu untuk mengendalikan anda (seperti di klinik-klinik dan hospital kerajaan), anda masih boleh membina persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang sering anda jumpa dalam tempoh masa anda membuat pemeriksaan kehamilan. 

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenaipilihan rawatan antenatal anda.



2. Makan dengan baik - 


Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh krim atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera terhadap makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan makanan lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan hidangan makanan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari. 

Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek di antara waktu makan.



3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan - 


Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Jangkitan salmonella boleh berlaku disebabkan memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau yang separa masak. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil.)

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).



4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan -

Asid Folic  - B Complex

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).



5. Bersenam selalu - 


Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan sepertiberjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat. 



6. Mula lakukan senaman lantai pelvik


Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.



7. Hadkan pengambilan alkohol - 


Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.

Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.



8. Kurangkan pengambilan kafein - 


Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyakkafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.



9. Berhenti merokok - 


Wanita yang merokok meningkatkan risikokeguguran, bersalin pramatang, kelahiran matidan kematian kot.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik. (Baca nasihat lanjut mengenai bagaimana untuk berhenti merokok semasa kehamilan.)



10. Lebihkan berehat - 


Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.


☞  Ibu-ibu yang hamil, boleh juga mengambil Cadangan Set Kehamilan Shaklee untuk Kesihatan Ibu Dan juga Bayi dalam kandungan.




☞  Selepas bersalin, masih mencari Set Berpantang?? Kami juga ada menyediakan Cadangan Set Berpantang Shaklee, tak kira untuk yang bersalin normal atau pembedahan





Penjagaan Kulit Yang Cantik Dan Sihat!

KULIT YANG SIHAT

Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang pasti akan mengagumi anda.

Kulit yang sihat juga melindungi anda daripada sinaran matahari dan bahan-bahan lain yang boleh memasuki badan anda. Kulit anda ialah sistem pertahanan badan anda, jadi jagalah ia dengan baik.

BENARKAH ADA MAKANAN KHAS UNTUK KULIT?

Anda tidak memerlukan banyak losyen atau kosmetik untuk mempunyai kulit yang cantik atau sihat. Makanan juga mempunyai banyak nutrien semulajadi yang bagus untuk kulit anda. Tetapi cara yang betul untuk kulit anda mendapati nutrien-nutrien ini ialah dengan mengikuti cara pemakanan yang seimbang, bukan dengan meletakkannya atau memerahnya pada kulit anda.


Nutrien Untuk Kulit Anda


Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.




MASALAH BIASA KULIT

Jerawat

Jerawat dan akne adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh remaja. Ia disebabkan oleh hormon-hormon semasa akil baligh. Masalah ini bukannya serius sangat, tetapi anda boleh mendapatkan rawatan perubatan jika anda risau.

Masalah kulit akan menjadi lebih teruk jika anda tidak mengikuti cara pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting, anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit kulit yang lain.

CARA JAGAAN DAN RAWATAN YANG BETUL

Cara-cara yang senang untuk menjaga kulit anda:

# Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut, kemudian keringkan.

# Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit.Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorekjerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.

Jika anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, anda harus berjumpa pakar dermatologi (seorang doktor yang pakar dalam penjagaan kulit).

Adakah Ini Benar?


Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.

Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.



Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.



Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.



Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya boleh membantu kulit saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.


Anda Juga Boleh Mencuba Set Kecantikan Shaklee




Jumaat, 21 November 2014

#KelasOnline - Omega And The Geng For 'Kesihatan Jantung'

Kelas Online
Omega & The Geng For 'Kesihatan Jantung'
by Master Baiti
9.00 hingga 10.00 malam



Apa penyebab penyakit jantung @ strok?

Kerana kandungan kolestrol dalam badan/ darah yang tinggi

Untuk jantung : Kolestrol dalam badan / darah pada arteri tersumbat dan menyebabkan terlalu sedikit bekalan oksigen dan darah sampai ke jantung.

Untuk strok : Kolestrol mengumpulkan plak pada otak yang menyebabkan otak tidak mendapaat darah dan oksigen yang mencukupi.



Point dia memang saluran darah tersumbat

Kenapa penyakit jantung dan penyakit strok ada kaitan?
Kerana punya penyakit ni sama
- kolestrol yang meyempitkan saluran darah

Kenapa penyakit jantung dan Strok amat ditakuti?
Kerana TIADA TANDA-TANDA awal serangan bagi penyakit jantung dan Strok. Jadi BAHAYAKAN!!!!!!!

Apakah penyelesaian kepada penyakit merbahaya ni?
1) Bersenam @ bersukan dengan kerap
2) Memakan makanan tambahan yang mampu menyerap atau mengurangkan kadar kolestrol dalam darah / badan

***Sudah tentu produk SHAKLEE menjadi pilihan.


PERBEZAAN ANTARA LEMAK DAN KOLESTROL

Apa itu lemak?
- Lemak merupakan sebatian organik yang terdiri daripda karbon, hidrogen dan oksigen dan ia merupakan sumber asas tenaga dalam sesuatu makanan. Lemak juga boleh terbahagi kepada lemak baik atau lemak jahat. Lemak baik ialah lemak tidak tepu manakala lemak jahat ini pula ialah lemak tepu.

- Lemak tepu ini merupakan diet utama yang menyebabkan low density lipoproteins (LDL) kolestrol yang tinggi dan harus dihadkan kepada 10 peratus kalori harian kita. Lemak tepu ini juga meningkatkan high density lipoproteins (HDL) kolestrol seperti lemak lain lakukan, menurut the harvaard SChool of PUBLIC HEALTH , lemak tepu termasukdaging, mentega, keju, minyak kelaoa sawit, dan minyak kelapa. Menurut Maiyo klinik, lemak tepu ini boleh menyumbat saluran arteri dan meningkatkan risiko serangan jantung.


Apa itu kolestrol?
Kolestrol ialah sebatian berlilin ( waxy) yang secara semulajadinya dihasilkan dalam badan manusia untuk membantu membina dan melindungi membrane sel. Kolestrol bertindak sebagai perintid kepda hormone seperti estrogen dan testosteron. Oleh kerana kolestrol dihasilkan oleh badan, maka kita tidak perlu memakan makanan yang mengandungi kolestrol ilah keju, telur, mentega dan daging merah.

Terdapat dua jenis tahap kolestrol dalam darah, HDL ( High density Lipoprotein) kolestrol merupakan kolestrol jenis yang sihat yang mana akan menyingkirkan kolestrol yang tidak sihat daripada jantung. Menurut the American Heart Association, LDL ( low density lipoprotein) kolestrol menyebabkan lemak berkumpul pada arteri dan boleh membawa kepada sakit jantung. Menurut the Mayo Klinik, Makanan yang mengandungi lemak tepu akan meningkatkan kolestrol paling tinggi.


Jadi, adakah kedua-duanya sama?
Menurut Maiyo klinik, kolestrol bukan satu bentuk lemak tetapi ia merupakan satu sebatian yang dijumpai dalam makanan yang tinggi dengan lemak tepu. Jadi, diet yang berlemak dan berkolestrol banyak dijumpai dalam makanan yang sama dan makanan yang berlemak boleh meningkatkan kolesterol dalam darah.




Kenali Jerawat dan Cara Merawat Dari Jerawat Terus Merebak


Apa itu jerawat?

Jerawat (acne vulgaris, acne) adalah gangguan pada kulit yang terjadi ketika minyak dan sel kulit mati menyumbat pori-pori. Jerawat merupakan permasalahan yang paling umum pada kulit, yang dicirikan dengan hadirnya komedo, kulit kemerahan karena iritasi, noda htiam, atau bintik merah membengkak hingga bernanah.

Internsitasnya bisa berbeda-beda pada setiap orang, mulai dari bentuk yang ringan seperti bintik merah atau komedo, sampai pada bentuk yang parah berupa ratusan bintik dan benjolan memerah yang sakit jika disentuh, yang menutupi area kulit tertentu. Jerawat bisa terjadi pada wajah, leher, dada, belakang badan, dan/atau pergelangan tangan bagian atas.

Jerawat umumnya terjadi pada remaja atau saat masa puber. Jerawat menyerang pada kedua jenis gender, baik laki-laki maupun perempuan,walaupun jerawat yang terjadi pada laki-laki biasanya lebih parah dan dapat berlangsung lebih lama. Namun permasalahan kulit ini tidak hanya terjadi pada remaja, karena jerawat juga dapat terjadi pada orang dewasa, dan juga dapat terjadi pada balita dan anak kecil.


Jenis Jerawat.


Jenis-jenis Jerawat


1) Jerawat Papula
Jerawat Papula
Merupakan Jenis Jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.


2) Jerawat Pustules

Jerawat Pustules
Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning ( bernanah)


3) Blackheads
Blackheads
Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.



4) Whiteheads

WhiteHeads
Biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.


5) Nodul ( akne kronik )

Nodul (Akne Kronik)
terdiri daripada bentuk benjolan keras di bawah permukaan kulit-lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak akan hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit.

Jika tidak di rawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas ianya kecut.

Lebih besar ruangan radang lebih mudah ianya terbentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri anda.

Apa penyebab jerawat?

Jerawat tumbuh karena penyumbatan pada pori-pori kulit. Hal ini merupakan hasil dari berbagai macam faktor yang akhirnya menyebabkan berkembangnya jerawat. Seseorang yang memiliki kulit berminyak rentan terhadap jerawat, karena minya berlebih dengan mudah dapat terjebak di pori dan menyebabkan penyumbatan.

Kulit yang berjerawat juga akan menghasilkan lebih banyak sel kulit mati daripada kulit normal. Jika tidak ditangani dengan baik, sel-sel kulit mati akan menempel pada kulit dan terjebak di pori-pori, terkombinasi dengan minyak dan menyebabkan komedo.

Terdapat beberapa faktor yang bisa menyebabkan jerawat, antara lain:

Hormonal – Aktivitas atau perubahan hormonal pada manusia dapat mengakibatkan perkembangan jerawat, seperti masa pubertas dan siklus menstruasi.Genetik – Kecenderungan jerawat dapat terjadi dalam keluarga.Psikologi – Walaupun masih diperdebatkan, para ahli banyak yang meyakini bahwa keadaan psikologi seseorang (depresi dan stres) dapat mempengaruhi pertumbuhan jerawat.Infeksi – Bakteri propionibacteria acnes (P. acne) ditemukan pada banyak kulit berjerawat. Bakteri ini sebenarnya adalah bakteri yang normal terdapat di kulit dan secara umum tidak berbahaya. Namun jika pori-pori kulit membesar dan tersumbat oleh sel kulit mati + minyak, maka bakteri ini akan memicu peradangan pada kulit. Mengurangi keberadaan bakteri merupakan langkah penting dalam mengontrol dan mencegah jerawat.

Bagaimana cara mengobati, menangani dan mengontrol jerawat?

Banyak metode yang digunakan untuk menangani jerawat, tergantung pada jenis dan tingkat parahnya jerawat tersebut. Misalnya saja dengan menggunakan obat-obatan (benzoyl peroxide, antiseptic, antibiotic, salicyl acid, dll) dan juga dengan tindakan atau prosedur medis (pengangkatan komedo, peeling, microdermabrasion, phototherapy, injeksi corticosteroid, dll).

Kunjungi dermatologist atau dokter kulit profesional untuk mendapatkan informasi dan cara yang tepat untuk menangani permasalahan jerawat anda. Atau anda boleh mencuba Cadangan Set Kecantikan Kulit Shaklee.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...