Tab menu 2

Pages

Sabtu, 24 Mei 2014

CADANGAN SET UNTUK RESDUNG SHAKLEE

SET RESDUNG SHAKLEE

Apa itu RESDUNG Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
TANDA-TANDA RESDUNG
- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG
1 . ALAHAN - Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.
- Apabila kawan-kawan mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.. Kawan-kawan yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..

PETUA MENCEGAH RESDUNG
1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab

2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang

3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.

4) Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.

5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga amalkan sup panas.

6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan

7) Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)
Dibawah ada petua untuk resdung yang boleh kawan-kawan amalkan. Amalkan petua ini
Jika kawan-kawan ingin lebih mudah...cubalah Set Vitamin Shaklee yang terdiri daripada
1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX - Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri - Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
 * Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX - B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan - Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh - Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati - Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C - Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin - Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh - Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol - Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih) - Meningkatkan pertumbuhan tisu.





Cadangan Set Kesuburan Suami Isteri


Jika anda mempunyai masalah hormon yang tidak stabil atau pun anda seorang yang sudah berumahtangga dalam tempoh tertentu tetapi sehingga hari ini masih lagi belum dikurniakan rezeki oleh Allah SWT untuk hamil, apa kata anda mencuba supplement Shaklee untuk tingkatkan kesuburan.Set Kesuburan Shaklee yang disarankan ini juga sebenarnya bagi meningkatkan kesuburan bukan sahaja untuk isteri malahan untuk suami juga.

1) Zinc Complex

Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 

Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex

Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E

Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex

Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex

Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:

1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya

Akhir sekali, harus disematkan dalam ingatan kita sebagai seorang muslim, zuriat ini adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah perlu terus berusaha tanpa jemu. Kemudian, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar penantian kita untuk memperolehi zuriat diperkenankan oleh Allah .


Cadangan set kesuburan (set bajet)




Kelebihan Chewable Vita-C Plus Shaklee

KELEBIHAN CHEWABLE VITA-C PLUS

●Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
●Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
●Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
●Meningkatkan sistem imun tubuh
●Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
●Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
●Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
●Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
●1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
●Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda




CADANGAN SET KESIHATAN SENDI SHAKLEE

Cadangan Set Kesihatan Sendi Shaklee


Cadangan Set kesihatan sendi Shaklee ni..rata2 yang cari mesti untuk mak atau ayah kat kampong...Alhamdulillah.Saya bangga bila ada anak2 yang sanggup berkorban wang ringgit untuk meringankan kesakitan ibubapa mereka. Sape tak sayang mak ayah kan...Ok bagi yang mengalami sakit sendi kat lutut ke, tulang belakang yang mana ada sendi2 tu...elok la cuba set ni...paling kurang boleh cuba Advance Joint Health tablet dulu. Lagi bagus ambil 1 set la kan.. boleh baca ringkasan fungsi setiap supplement dalam set ni kat bawah..Kalau rasa berkenan dihati boleh hubungi saya pada nombor tertera..Harga pasti terbaik untuk uolls. 
  
●Advance Joint Health Tablet
Menyokong keselesaan sendi : Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan
Bertindak sebagai 'kusyen': Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
Memeliharan tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese dan vitamin C merupakan nutrian penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrient untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

●Omega Guard
Pengambilan Omega akan mengurangkan radang pada sendi. Selain itu pengambilan omega juga mengurangkan risiko sakit Parkinson

●Ostematrix
 Vitamin kalsiuam yang membantu meningkatkan kesihatan tulang, meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan symptom osteoporosis. Pengambilan kalsium secara konsiten bukan sahaja membantu masalah tulang juga membantu masalah sembelit, mencantikkan kulit serta melegakan pengecutan







Kelebihan & Khasiat Lecithin Shaklee Bukan Sekadar Kuruskan Badan




KELEBIHAN, KHASIAT LECITHIN SHAKLEE BUKAN SEKADAR KURUSKAN BADAN

Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yg lain.

Lecithin juga dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..



Masih ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi kelebihan, kebaikan dan faedah yang kita dapat dari Lecithin Shaklee ni kerana mereka lebih mengenali Lecithin sebagai vitamin untuk kuruskan badan, tetapi ketahuilah Lecithin bukan sekadar kuruskan badan ok!

LECITHIN

FAEDAH LECITHIN

- Membersih dan melicin saluran darah (sebab itu lecithin ni lebih popular dalam set pengurusan berat badan)

- Sebagai pengemulsi lemak semulajadi dalam salur darah  yang power! (sebab ini juga, tiap set kurus ada lecithin)

- Mengawal penggumpalan platlet darah.

- Menggalakkan metabolisma lemak.

- Mencairkan lemak – turunkan paras kolesterol.




- Mengelakkan nyanyuk / penyakit alzhimer

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin juga dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

- Mencergas dan mencerdaskan otak, bagus untuk kanak-kanak juga. Lecithin ada dalam set perkembangan IQ dan kecerdasan kanak-kanak

- Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK. 

Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn. Tanpa Lecithin yg mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.

- Mengawal kehilangan air oleh kulit.

- Menjaga kesihatan membran sel.

- Menjaga kesihatan saraf.

- Penting dalam penghasilan hormon.

- Untuk rambut yang sihat dan berkilat

- Mencantikkan otot dan kulit

SUMBER MAKANAN YANG TINGGI LECITHIN
- Soya
- Telur

Lecithin Shaklee dibuat daripada soya.

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL LECITHIN?
- Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.
- Pesakit diabetes dan buah pinggang.
- Penderita stroke.
- Mereka yang kolesterol tinggi.
- Mereka yang mengalami inflamasi seperti pesakit gout
- Mereka yang sukar tidur 

KESAN KEKURANGAN LECITHIN
- keguguran rambut
- Tidak dapat memberi fokus dengan baik terutama kanak-kanak @ anda yang sedang belajar
- Sering sakit dan mengalami keradangan.

Perbezaan Lecithin Shaklee :

- diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus, dan lemak tak tepu.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...