Tab menu 2

Pages

Sabtu, 24 Mei 2014

Diet Protein Tinggi Rendah Karbohidrat



Diet Protein Tinggi Rendah Karbohidrat

Diet protein tinggi rendah karbohidrat menjadi sangat popular sejak promosi besar-besaran oleh program Diet Atkins. Diet ini sangat popular kerana tidak melibatkan pengiraan kalori, dan banyak makanan kegemaran ramai dibenarkan dalam program ini. Di samping itu, Diet Atkins adalah diet tinggi protein, ini bermakna berat badan yang hilang semasa diet tidak akan menyebabkan kehilangan jisim otot, memandangkan protein adalah nutrien utama yang diperlukan untuk mengekalkan otot yang sihat. Diet ini pada dasarnya menghapuskan karbohidrat, gula atau makanan yang terurai menjadi gula.

Kita tidak akan berbincang mengenai Diet Atkins di sini, namun kami akan berikan asas diet tinggi protein rendah karbohidrat. Pertama mari kita mengenal pasti karbohidrat. Gula, termasuk gula halus, gula pasir, gula perang, atau apa-apa jenis gula yang boleh anda fikirkan adalah karbohidrat utama yang perlu anda hapuskan. Semua jenis pasta dikira sebagai karbohidrat, bermaksud semua mi dan produk spageti mesti dihapuskan. Semua jenis kanji, seperti beras putih, kentang dan kentang goreng, perlu dihapuskan. Bijirin kebanyakannya karbohidrat dan harus dielakkan sepenuhnya semasa fasa diet. Disebabkan kegilaan rendah-karbo, terdapat banyak pilihan soda, susu, ais krim dan roti rendah-karbo di pasaran. Jika anda mengambil produk ini, walaupun ianya jenis rendah-karbo, pastikan hanya untuk sekali-sekala sahaja dan secara sederhana. Jika tidak, makanan yang disebutkan di atas perlu dihapuskan sama sekali sekiranya bukan jenis rendah-karbo. Berhati-hati dengan makanan yang mengandungi gula tersembunyi, seperti daging hiris, sos BBQ, sos tomato, sos salad, sirap batuk, dan jus buah-buahan. Sesuatu yang nampak pelik, dalam diet ini buah-buahan dan jus buah-buahan perlu dihapuskan semasa dalam fasa penurunan berat badan kerana ia hampir karbohidrat tulen. Apa-apa jua yang dibuat dengan tepung perlu dihapuskan semasa fasa penurunan berat badan, seperti yang disebut awal-awal tadi, ia mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Jadi apa yang anda boleh makan? Berita baik, anda boleh makan semua daging, ikan, ayam dan makanan laut, kecuali daging yang diproses seperti daging hiris salai atau masin yang tinggi kandungan gula. Tinggalkan roti dan ambil daging dan salad. Telur sangat mesra rendah-karbo, tetapi jangan ambil mayonis atau sos salad kecuali jika ia jenis rendah-karbo. Apa-apa jenis sayur-sayuran adalah baik, tetapi ingat tomato sebenarnya buah-buahan, dan anda ingin menghadkan pengambilannya sekurang-kurangnya semasa fasa penurunan berat badan. Pilih beras perang sebagai pengganti kanji anda, kerana ia rendah karbohidrat berbanding nasi putih atau kentang. Keju sangat baik jika diambil dalam jumlah yang terhad, kerana ia makanan tinggi protein rendah karbohidrat. Mentega dan krim pun boleh dimakan, tetapi harus dalam jumlah yang terhad. Karbohidrat kompleks yang baik adalah serat, kerana ia tidak terurai menjadi gula, dan membantu badan dalam penghapusan. Di samping itu serat mudah membuat anda rasa kenyang tanpa menambah kalori yang ketara justeru perjuangan melawan rasa lapar dapat dimenangi dengan jayanya.

Akhir sekali, pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan auns gelas air sehari sebagai tambahan kepada minuman lain yang anda minum. Dehidrasi kerap menyamar sebagai kelaparan dan menyebabkan makan secara berlebihan. Sudah tentu, senaman adalah bahagian yang perlu dan penting dalam pelan diet anda.

Apabila anda berjaya menurunkan berat badan ke tahap yang anda inginkan, fasa mengurangkan berat badan bagi diet anda sudah berakhir. Anda perlu ingat yang anda membuat perubahan gaya hidup, tidak lagi mengambil diet fad atau ke pesta makan-minum. Ini bermakna anda tidak akan kembali kepada tabiat lama makan. Sebaliknya anda akan memperkenalkan makanan tertentu ke dalam diet anda secara sederhana. Sebagai contoh, anda boleh menambah beberapa keping daging salai seminggu sekali. Anda boleh menikmati apa-apa jenis pencuci mulut dalam kuantiti yang sederhana. Adalah lebih baik untuk mengelakkan minuman ringan sama sekali, atau memilih jenis rendah-karbo selama-lamanya. Jika anda memperkenalkan makanan sarat karbohidrat yang lain, pasti anda berbuat demikian hanya untuk sekali makan dan dalam kuantiti yang sedikit. Mengurangkan karbohidrat akan menjadi gaya hidup bagi anda apabila anda mengikuti program ini, yang berkemungkinan besar akan meningkatkan tahap tenaga keseluruhan anda dan membantu anda menjaga berat badan.



Keistimewaan Meal Shakes Shaklee








Keistimewaan Produk Shaklee : Meal Shakes

Kenapa ia berbeza dengan multivitamin yang lain?

☆Ianya dalam bentuk serbuk – mudah di hadam oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa
☆Ia turut dilengkapi fiber dan protein
☆Rasa Vanillanya yang lazat, mudah diterima semua orang.
☆Ia diperbuat dari bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.
☆Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
☆Ia boleh dijadikan makanan segera sekiranya tak sempat bersarapan di waktu pagi.

●Manfaat utama Meal Shakes :

☆Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekuranan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemakKaya dengan
☆Protein – Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
☆Membantu tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium-magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
☆Anti-oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
☆Mengembalikan Seri Wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik
☆Kaya dengan serat larut – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus (detoksifikasi)
☆Rasa yang lazat – Minuman yang lazat berperisa vanilla untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantikan segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

●Siapa yang perlukan Meal Shakes?

☆Ibu di awal kehamilan yang kerap mual
☆Anak-anak yang kerap selsema dan demam
☆*Mereka yang ingin kekal bertenaga semasa berpuasa
☆Anak-anak yang sukar dan memilih makan
☆Anak-anak yang kerap sembelit
☆Anak-anak usia setahun ke atas untuk nutrisi harian
☆Mereka yang ingin tambah berat badan
☆Anak yang mengalami asma dan bronkitis
☆Mereka yang sukar telan vitamin
☆Mereka yang sering-kali tak sempat untuk bersarapan

●Cara pengambilan :

☆Boleh dicampur dengan susu segar atau susu rendah lemak.Sedap juga dicampur bersama ESP dan Performance Drink terutama ketika sahur dan berbuka puasa.Boleh juga dicampur/dikisar bersama buah-buahan kegemaran.Enak diminum ketika sejuk




Rahsia Kehebatan Vitamin E Shaklee

Rahsia Kehebatan Vitamin E Shaklee



Vitamin E Shaklee vitamin cinta

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Fitrah hidup berpasangan. Bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Kehidupan suami isteri ada pasang surutnya. Kalau pasang je tak surut-surut takot nanti tiada 'feel' pula. Orang zaman sekarang ni cakap tak 'thrill'. Memang setiap kejadian itu mempunyai hikmah yang tersendiri.

Ada juga pasangan mengalami kedinginan sekali sekala. Mungkin kepenatan melayan rutin harian di pejabat, stress dengan tugasan yang diberi, balik rumah anak pula meragam dan sebagainya. Ini semua menyebabkan kita kadang kala keletihan lahiriah dan batiniah. Detik kesuraman alam rumah tangga ini jangan dibiarkan ia tidak bernoktah. Sesuatu perlu dilakukan demi kerukunan rumah tangga yang berkekalan.

Pernah dengar vitamin cinta? Juga boleh dikenali dengan vitamin seksis. Jom lihat bagaimana Vitamin E membantu untuk hubungan suami isteri yang mantap. Kita bongkar rahsia kehebatan vitamin E Shaklee ini.

Vitamin E memainkan peranan yang penting untuk kesihatan seksual kerana dapat membantu menghasilkan hormon seks serta merangsang libido. Ada juga sesetengah wanita yang menjadikan Vitamin E sebagai 'pelincir' ketika melakukan hubungan seksual.

Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual lelaki:

☞Lebih tenaga (seksual)
☞Ereksi yang lebih lama
☞Lebih mudah terangsang
☞Libido yang lebih kuat
☞Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat

Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual wanita:

☞Lebih tenaga (seksual)
☞Lebih mudah terangsang
☞Libido yang lebih kuat
☞Untuk menstabilkan hormon seks/ kewanitaan, terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi.




Cara makan Set Kurus Shaklee

Cara makan Set Kurus Shaklee



Memandangkan ramai customers tanya saya macam mana cara makan yang betul untuk set kurus shaklee jadi saya dengan berbesar hatinya menulis satu blog post khas untuk mereka yang bercita-cita besar ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal.

Jom baca.
Mulakan dengan Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
3 hari pertama berturut-turut amik herblax 3 biji setiap malam, then stop. Herblax ni tujuannya untuk cuci usus untuk tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi dalam badan. Ni untuk memberi kesan yang lebih efisen dalam penyerapan vitamin ke dalam badan.
Selepas 3 hari.

After breakfast : Breakfast macam biasa. (pastikan HEAVY. pagi-pagi makan heavy takpe, asalkan malam jangan heavy) Then amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard.

Morning Tea break : Amik 1 scoop Cinch. Dibancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya bukan air panas sebab protein akan musnah pada suhu tinggi, denatured) boleh juga dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. CINCH ni boleh memberi tenaga berterusan kepada badan kita. tujuan minum time tea break supaya lunch anda takkan makan banyak. tapi tetap makan

Tengahari : lunch macam biasa. Lepas lunch amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard. Lunch ni control pengambilan nasi. Amik nasi saiz genggaman tangan je. lebihkan sayur, sup dan buah tapi buah jangan lebih sangat sebab dalam buah ada gula gak.

saranan rasulullah pun supaya makan buah dulu sebelum makan nasi. untuk senang system perkumuhan berfungsi dan juga untuk bagi kita rasa yang light kenyang. jadi kita takkan amik banyak nasi dah untuk lunch sebab kita dah kenyang dengan buah.

Petang tea break around 3-5pm : minum CINCH segelas. Bancuh 1 scoop dengan fresh milk/apa-apa minuman. tujuan minum time tea break supaya dinner u takkan makan banyak. sebab dah kenyang. tapi tetap makan. then amik 1 biji omega guard.



Malam : dinner macam biasa / if tak makan, make sure ada makan biskut ke roti ke sup ke. Cuma JANGAN HEAVY dan JANGAN skip makan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun. lepas tu amik alfalfa 3 biji.

Setiap weekend : amik 3 biji herblax pada sabtu malam dan 3 biji pada ahad malam. Amalkannya setiap minggu.

Paling Penting

DISPLIN! dan jangan depends dengan figure kat alat timbang. sebab dengan shaklee. ia tak pecahkan otot, tapi ia pecahkan lemak. jadi at least turun 200-500gram seminggu is good enough.

YANG PENTING ENJOY MAKAN VITAMIN

Note:
Energizing soy protein/Cinch : Bancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya. bukan panas sebab protin akan denatured/musnah pada suhu tinggi) boleh juga campur dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. ESP/cinch ni boleh memberi tenaga berterusan kepada diri peminumnya. ESP/cinch tak boleh di ambil sekali dengan mana-mana multivitamin(Vitalea Shaklee). Nanti mengganggu penyerapan iron dalam multivitamin tu. Jarak pengambilan ESP/cinch dan multivitamin dalam 2 jam.

WAJIB FOLLOW

1) Minum air minimum 4-5 liter sehari (1 liter untuk berat setiap 25kg kalau contohnya anda berat 100kg, jadi anda kena minum minimum 4 liter air ye) kena sukat! bukan agak-agak je. kena sukat. beli bekas air yang ade indicator tu and then sukat. kena disiplin. ni sebab pengambilan vitamin dapat memekatkan darah kita.

jadi air sangat penting untuk melancarkan peredaran darah dalam badan kita. Minum 1.5 liter air dari pagi ke tengahari, 1.5 liter air dari tengahari ke petang dan 1.5 liter air dari petang ke malam. Minum sikit-sikit tapi berterusan. Kalau sebelum ni tak suka minum air. kena tukar habit demi dapatkan kesihatan yang baik dan kembali ke berat ideal.

Lagipon bagus kita minum air banyak sebab bole buang toksin dalam badan. Ni air putih je ye bukan air manis. air manis tak termasuk. Bagus sangat kalau anda bole skip amik air manis. kalau tiap hari anda amik air manis sebanyak 3 cawan, u reduce dulu kepada 2 cawan then kepada 1 cawan. berubah pelan-pelan. bukan drastic.

Begitu juga dengan pengambilan makanan. kalau selalu u makan penuh 1 pinggan nasi masa lunch then sekarang buang lah ckit amik ¾ je nasi then pasni bila dah stabil dan badan u bole terima perubahan. u bole amik 2/4 je nasi dari sebelum ni. berubah sikit-sikit. bukan drastic. kalau u berubah drastic badan xbole terima effect kesihatan u nanti and then badan u pon jadi malas nak kekalkan habit kurang pangambilan karbohidrat sebab u suffer. Saya bagi cadangan ni supaya u tak suffer dalam diet program.

2) Doa berterusan kepada Allah semoga Allah berikan ape yang u hajati. kita ni kadang-kadang kurang berdoa minta dari Allah. sebenarnya apa-apa pon kena mintak dengan Allah. sebab Allah ni akan bagi mengikut kehendak kita. tapi kalau Allah tak bagi tu maknanya tu bukan terbaik untuk kita. u mintak untuk Allah kuatkan u untuk berusaha ke arah menurunkan berat badan demi mendapatkan kesihatan yang baik sebab kalau u sakit susah nak beribadat kepada Allah. macam tu lah. Allah akan kabulkan. Cuma cepat atau lambat je. sabar-sabar.

3) Istiqamah atau berterusan dalam pengambilan vitamin, diet yang betul dan minum air. kalau kadang-kadang amik vitamin, kadang-kadang lupa kesan pon tak berapa memuaskan.

4) Makan makanan yang berkhasiat. makan ikut keperluan badan kita. bukan ikut selera kita. yang part ni kena improvekan dan tukar habit makan. u kena tahu berapa kalori yang u perlukan dalam sehari. tulis ape yang u amik setiap hari and then kena pandai kire berapa kalori bagi setiap makanan yang di ambil dan berapa sebenarnya badan u perlukan kalori.

5) Senaman tak bole tinggal. buat sikit-sikit. walau tak nampak turun banyak atau tak turun kena buat jugak sebab ia membantu mempercepatkan

6) Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk(sebab protein)



Yang ni pula saya amik dari Internet :


Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trend senaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

1) Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

2) Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?

3) Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.

4) Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.

5) Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.

6) Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.


Elakkan:

1) Minum banyak kopi dan teh. Sebab ia mengandungi kafein. Tak bagus untuk diri kita.
2) Kurangkan pengambilan benda2 manis. cth: kuih yang manis. air yang manis. boleh amik…tapi kurangkan dari sebelum ni. pengurangan perlu bertahap.a
3) Kurangkan pengambilan makanan segera. No fast food! No KFC, no mcD, no AMW, no! say no to fast food
4) Elakkan air bergas dan makanan yang berminyak dan makanan berlemak
5) Elakkan dari makan makanan dalam jumlah yang banyak sekaligus. makan kerap takpe. asalkan jangan amik makanan banyak sekaligus. makan kerap pon amik yang kalori rendah la. jangan makan nasi pulak. yang banyak karbohidrat

Sekian semoga u all diberi kekuatan untuk berjaya dalam program diet ni. kita berusaha sama-sama. Saya nak bantu anda. so pape boleh contact saya.



Cadangan Set Kurus Langsing Dengan Shaklee






Produk:-

Herb-Lax – 
Menyokong Pelawasan Teratur
~Diet yang kaya serat, air yang mencukupi dan senaman yang tetap, kesemuanya menyumbang kepada pembuangan air besar yang teratur. Pada masa yang tertentu, Herb-Lax yang lembut boleh membantu.
Julap lembut untuk kegunaan sekali sekali Mengalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semula jadi tubuh badan.
Daun senna telah digunakan secara tradisional.

Lecithin –
Pengemulsi Semulajadi ( Nature’s Emulsifier)
Akademi Sains Kebangsaan menyatakan yang kolina penting dalam diet seharian kerana fungsinya dalam menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.
Setiap kapsul membekalkan 3.1g kolina yang kaya dengan lesitina termasuk 468mg fosfatidilkolina dan 282mg fosfatidilinositol
Sumber semula jadi dari kekacang soya

ESP –
Membekalkan Tenaga Berkekalan Dengan Protein Berasaskan Tumbuhan Yang Berkualiti Tinggi
ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dan dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal.
Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakan kesihatan jantung dan prostat.

Cinch Shake Mix –
 Campuran Proprietari Protien Dengan Leusina
Cinch Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persolan ” Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?” atau ” Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?”. Cinch Shaklee merupakan minuman yang sungguh lazat dan berkhasiat untuk membantu anda memelihara otot penting serta membuat anda sentiasa berasa kenyang semasa mengurangkan berat badan.
Rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan
Diperkaya dengan Leucina untuk memelihara otot di saat mengurangkan berat badan.
Mengandungi 24gram protien dalam setiap hidangan baga rasa puas dan kenyang.
Kandungan serat yang tinggi, 6gram dalam setiap sajian.
Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan pasas gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga.
Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.
Tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan.
Soya yang tidak diubahsuai genetiknya (bukan GMO)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...