Tab menu 2

Pages

Sabtu, 24 Mei 2014

Healing Crisis - Cara Mengatasi


Healing Crisis semasa pengambilan Vitamin Shaklee

Kebanyakan daripada kita yang mengambil vitamin dan suplemen Shaklee ini berasa vitamin ini tidak serasi dengan badan. Ada yang baru mengambilnya terasa demam, pening, sentiasa berpeluh dan lain-lain. Ketidakselesaan dari keadaan ini menyebabkan ramai antara kita yang berhenti mengambil vitamin ini.

Sebenarnya anda tidak harus berhenti kerana apa yang anda alami adalah healing krisis di mana vitamin ini sedang membantu badan anda membuang toksin-toksin yang telah lama berkarat dan terpendam dalam tubuh. Proses pembuangan toksin ini amat penting supaya tubuh badan bersih dari 'sampah' dan segala nutrien dan khasiat vitamin akan diserap dengan baik oleh badan.

Apakah itu healing crisis (krisis penyembuhan)?

Healing crisis adalah satu proses di mana badan mengalami satu keadaan penyucian dan pembinaan semula. Ia digelar 'healing' (penyembuhan) kerana badan kita sedang sembuh dan akan menjadi lebih kuat. Ianya disebut 'crisis' (krisis) kerana simptomnya kadang-kadang sangat dramatik dan boleh menyebabkan seseorang itu tidak selesa. Healing crisis adalah satu proses yang normal yang dialami oleh seseorang apabila mengubat secara semulajadi. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Apa yang berlaku sebenarnya bukannya kesan sampingan, sebaliknya ia adalah tindakbalas normal yang menunjukkan supplement anda berkesan. Ini bermakna sistem badan anda mula bekerja untuk membuang toksin-toksin yang telah lama berada di dalam badan.

Antara tanda-tanda anda mengalami Healing Crisis.
# penat melampau
# sangat mengantuk
# cirit-birit
# gatal-gatal
# jerawat naik tiba-tiba
# loya
# sakit kepala
# pening

Healing crisis bukan bermakna tubuh anda tidak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala toksin yang bersarang dan telah sekian lama terpendam dalam tubuh anda selama ini.

Vitamin & mineral Shaklee diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita mendapatkan vitamin C dengan memakan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D. Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin? Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah dan sebagainya bila mengambil supplement Shaklee.
Golongan ini adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.

2. Yang merasakan tiada apa perubahan terhadap dirinya.
Golongan ini adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.

3. Yang mengalami masalah seperti ruam, gatal dan sebagainya.
Golongan ini adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tidak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya.

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh. Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karatnya. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat-karat yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplemen.

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

# Tidak mengamalkannya setiap hari
# Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
# Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
# Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
# Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
# Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
# Mengalami masalah emosi
# Tanda-tanda dan Penyebab healing crisis (krisis pemulihan)

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:




Cara mengatasi dan mengurangkan Healing Crisis

Untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari untuk membantu badan kita membuang segala toksin dalam badan. Untuk pengetahuan anda juga, sel-sel tubuh mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari untuk bertindak balas.

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan berlaku.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Toksin tersebut adalah sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress dan ditambah lagi dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen membantu meningkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, badan rasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlaku dari 1 hingga 2 minggu.

Di waktu krisis pemulihan ini, individu haruslah mengambil air masak 2-3 liter sehari, rehat secukupnya dan makan lebih sayur dan buah.




Kelebihan Cadangan Set Kurus Shaklee


Kelebihan  CadanganSet Kurus Shaklee


■ Membantu mereka dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan

■ Membekalkan protein untuk mereka yang berdiet agar kekal aktif untuk melakukan aktiviti seharian

■ Membina otot badan agar kulit tidak menggeleber selepas badan menjadi langsing.

■ Menyingkirkan toksin yang menghalang badan dari menyerap nutrient dari makanan yang diambil

■ Anda akan berasa kenyang yang menyebabkan anda tidak makan secara banyak.

■ Mengurangkan paras kolestrol dalam badan yang menjadi punca kepada serangan jantung.

Set-Kurus-Shaklee

Secara asasnya set pelangsingan Shaklee ini berfungsi dalam 3 cara supaya berat dan bentuk badan anda tidak on dan off.3 cara tersebut adalah seperti

Detox

Alfalfa dan herb lax

■ Merangsang proses percernaan agar menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan.

■ Melegakan sembelit kerana herb lax juga merupakan pelembut najis.Tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan anak untuk mengelakkan bayi dari cirit birit.

Bakar

Lecithin

■ Menyingkirkan lemak dari makanan yang kita ambil dengan memecah dan menyingkirkan lemak tersebut.Membersihkan salur darah dari lemak dan kolestrol yang melekat di saluran darah.

Bina

Cinch Shake Mix atau ESP Protein

■ Mengelakkan kulit dari menggeleber dan membekalkan protein dalam badan.

■ Membina otot supaya bentuk badan anda menjadi cantik dan menawan




Kebaikan Minum Air Putih - Mineral



KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH -MINERAL-





Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

●AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT

Kajian para sainstis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1. Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.

2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.

3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

6. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.• Tekanan darah tinggi 30 hari.• Gastrik 10 hari• Diabetis 30 hari• Sembelit 10 hari• Kanser 18 hari• Tibi 90 hari

7. Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. RawatanIni tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

• Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.
Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang melalui perpeluhan.Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia mengurangkan pertambahan kalori.“Sampah” utama dalam tubuh adalah ‘nitrogen urea’ yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air kencing. Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang. Tubuh yang cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan mengalir lancar.Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar kerana terlalu kering.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga boleh menyebabkan keracunan air dengan cepat. Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan tahap ‘sodium’ di dalam saluran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak.




Diet Protein Tinggi Rendah Karbohidrat



Diet Protein Tinggi Rendah Karbohidrat

Diet protein tinggi rendah karbohidrat menjadi sangat popular sejak promosi besar-besaran oleh program Diet Atkins. Diet ini sangat popular kerana tidak melibatkan pengiraan kalori, dan banyak makanan kegemaran ramai dibenarkan dalam program ini. Di samping itu, Diet Atkins adalah diet tinggi protein, ini bermakna berat badan yang hilang semasa diet tidak akan menyebabkan kehilangan jisim otot, memandangkan protein adalah nutrien utama yang diperlukan untuk mengekalkan otot yang sihat. Diet ini pada dasarnya menghapuskan karbohidrat, gula atau makanan yang terurai menjadi gula.

Kita tidak akan berbincang mengenai Diet Atkins di sini, namun kami akan berikan asas diet tinggi protein rendah karbohidrat. Pertama mari kita mengenal pasti karbohidrat. Gula, termasuk gula halus, gula pasir, gula perang, atau apa-apa jenis gula yang boleh anda fikirkan adalah karbohidrat utama yang perlu anda hapuskan. Semua jenis pasta dikira sebagai karbohidrat, bermaksud semua mi dan produk spageti mesti dihapuskan. Semua jenis kanji, seperti beras putih, kentang dan kentang goreng, perlu dihapuskan. Bijirin kebanyakannya karbohidrat dan harus dielakkan sepenuhnya semasa fasa diet. Disebabkan kegilaan rendah-karbo, terdapat banyak pilihan soda, susu, ais krim dan roti rendah-karbo di pasaran. Jika anda mengambil produk ini, walaupun ianya jenis rendah-karbo, pastikan hanya untuk sekali-sekala sahaja dan secara sederhana. Jika tidak, makanan yang disebutkan di atas perlu dihapuskan sama sekali sekiranya bukan jenis rendah-karbo. Berhati-hati dengan makanan yang mengandungi gula tersembunyi, seperti daging hiris, sos BBQ, sos tomato, sos salad, sirap batuk, dan jus buah-buahan. Sesuatu yang nampak pelik, dalam diet ini buah-buahan dan jus buah-buahan perlu dihapuskan semasa dalam fasa penurunan berat badan kerana ia hampir karbohidrat tulen. Apa-apa jua yang dibuat dengan tepung perlu dihapuskan semasa fasa penurunan berat badan, seperti yang disebut awal-awal tadi, ia mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Jadi apa yang anda boleh makan? Berita baik, anda boleh makan semua daging, ikan, ayam dan makanan laut, kecuali daging yang diproses seperti daging hiris salai atau masin yang tinggi kandungan gula. Tinggalkan roti dan ambil daging dan salad. Telur sangat mesra rendah-karbo, tetapi jangan ambil mayonis atau sos salad kecuali jika ia jenis rendah-karbo. Apa-apa jenis sayur-sayuran adalah baik, tetapi ingat tomato sebenarnya buah-buahan, dan anda ingin menghadkan pengambilannya sekurang-kurangnya semasa fasa penurunan berat badan. Pilih beras perang sebagai pengganti kanji anda, kerana ia rendah karbohidrat berbanding nasi putih atau kentang. Keju sangat baik jika diambil dalam jumlah yang terhad, kerana ia makanan tinggi protein rendah karbohidrat. Mentega dan krim pun boleh dimakan, tetapi harus dalam jumlah yang terhad. Karbohidrat kompleks yang baik adalah serat, kerana ia tidak terurai menjadi gula, dan membantu badan dalam penghapusan. Di samping itu serat mudah membuat anda rasa kenyang tanpa menambah kalori yang ketara justeru perjuangan melawan rasa lapar dapat dimenangi dengan jayanya.

Akhir sekali, pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan auns gelas air sehari sebagai tambahan kepada minuman lain yang anda minum. Dehidrasi kerap menyamar sebagai kelaparan dan menyebabkan makan secara berlebihan. Sudah tentu, senaman adalah bahagian yang perlu dan penting dalam pelan diet anda.

Apabila anda berjaya menurunkan berat badan ke tahap yang anda inginkan, fasa mengurangkan berat badan bagi diet anda sudah berakhir. Anda perlu ingat yang anda membuat perubahan gaya hidup, tidak lagi mengambil diet fad atau ke pesta makan-minum. Ini bermakna anda tidak akan kembali kepada tabiat lama makan. Sebaliknya anda akan memperkenalkan makanan tertentu ke dalam diet anda secara sederhana. Sebagai contoh, anda boleh menambah beberapa keping daging salai seminggu sekali. Anda boleh menikmati apa-apa jenis pencuci mulut dalam kuantiti yang sederhana. Adalah lebih baik untuk mengelakkan minuman ringan sama sekali, atau memilih jenis rendah-karbo selama-lamanya. Jika anda memperkenalkan makanan sarat karbohidrat yang lain, pasti anda berbuat demikian hanya untuk sekali makan dan dalam kuantiti yang sedikit. Mengurangkan karbohidrat akan menjadi gaya hidup bagi anda apabila anda mengikuti program ini, yang berkemungkinan besar akan meningkatkan tahap tenaga keseluruhan anda dan membantu anda menjaga berat badan.



Keistimewaan Meal Shakes Shaklee








Keistimewaan Produk Shaklee : Meal Shakes

Kenapa ia berbeza dengan multivitamin yang lain?

☆Ianya dalam bentuk serbuk – mudah di hadam oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa
☆Ia turut dilengkapi fiber dan protein
☆Rasa Vanillanya yang lazat, mudah diterima semua orang.
☆Ia diperbuat dari bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.
☆Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
☆Ia boleh dijadikan makanan segera sekiranya tak sempat bersarapan di waktu pagi.

●Manfaat utama Meal Shakes :

☆Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekuranan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemakKaya dengan
☆Protein – Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
☆Membantu tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium-magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
☆Anti-oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
☆Mengembalikan Seri Wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik
☆Kaya dengan serat larut – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus (detoksifikasi)
☆Rasa yang lazat – Minuman yang lazat berperisa vanilla untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantikan segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

●Siapa yang perlukan Meal Shakes?

☆Ibu di awal kehamilan yang kerap mual
☆Anak-anak yang kerap selsema dan demam
☆*Mereka yang ingin kekal bertenaga semasa berpuasa
☆Anak-anak yang sukar dan memilih makan
☆Anak-anak yang kerap sembelit
☆Anak-anak usia setahun ke atas untuk nutrisi harian
☆Mereka yang ingin tambah berat badan
☆Anak yang mengalami asma dan bronkitis
☆Mereka yang sukar telan vitamin
☆Mereka yang sering-kali tak sempat untuk bersarapan

●Cara pengambilan :

☆Boleh dicampur dengan susu segar atau susu rendah lemak.Sedap juga dicampur bersama ESP dan Performance Drink terutama ketika sahur dan berbuka puasa.Boleh juga dicampur/dikisar bersama buah-buahan kegemaran.Enak diminum ketika sejuk




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...