Tab menu 2

Pages

Sabtu, 24 Mei 2014

MANFAAT GLA SHAKLEE

MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX SHAKLEE
1) Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat. Fungsi borage : - merawat ulser - mengeluarkan virus - melegakan kelesuan - membersihkan kahak - meringankan kebas urat saraf - meningkatkan stamina
2) Mengawal hormin estrogen dan testosteron. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara. 3) Meningkatkan kesuburan pada wanita GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan. GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari. GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.
4) Melambatkan menopause (putus haid) Memperbaiki keadaan menopaus seperti berpeluh-peluh , insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.
5) Mencantikkan kulit Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.
6) Mencantikkan rambut Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.
7) Pelangsingan Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.
8) Menentang kanser GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser. 9) Menghalang komplikasi diabetes Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.
10) Menghalang tekanan darah tinggi Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).
11) Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.
12) Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD)


KELEBIHAN GARLIC SHAKLEE

Kelebihan Garlic Shaklee
Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee adalah Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak. Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunayi Allicin aktif.) Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. Kegunaan Allicin pada bawang putih untuk kesihatan manusia : Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemakMenormalkan keseimbangan lipoproteinMenurunkan tekanan darahMempunyai anti-darah beku dan anti aktiviti radangBerfungsi sebagai anti oksidan Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadibantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan airBantu rawat asthma

Kelebihan GARLIC Shaklee :
Mengandungi Spearmint -
Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
Mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya mampu menyelesaikan masalah seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori dan menghalang ulcer gastrik.
Menurunkan kolesterol dengan menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang stroke serta penyakit Koronari.
Menstabilkan glukos
Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine
Membantu menurunkan tekanan darah tinggi - 2-4tablet garlic dapat menurunkan darah tinggi dengan 8 point
Menghalang alergi - sinus, alergi,asthma, selsema dan hepatitis.

Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.Antibiotik yang selamat & semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajadi dan selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk menigkatkan sistem imun tubuh lalu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis Candida. Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibiotik untuk melawan penyakit seperti selsema, batuk, cirit birit dan lain-lain dan anda berasa khuatir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepat ambil supplement Garlic yang antara kebaikannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.




KEBAIKAN ESP SHAKLEE

ESP Shaklee Supplement Terbaik Untuk Semua!!!!!
ESP Shaklee merupakan salah satu supplement yang tersangat hot dan laku keras!
ESP bukan saja untuk ibu menyusu tapi juga sangat sesuai ibu hamil, ibu berpantang, kaum lelaki, warga emas dan kanak-kanak .
Adakah anda mengalami masalah ini:
Hamil ataupun sedang berpantang dan selalu keletihan dan cepat lapar
Menyusukan anak dan risau atau sedang menghadapai masalah susu merudum
Menyusukan anak dan resah melihat anak anda menyusu lama sangat tapi tak kenyang-kenyang
Geram dan malu dengan kulit kusam anda yang dah siap berjeragat
Seorang yang cepat letih dan pancit?
Teringin nak kurus dengan cara yang sihat, tapi tak mampu nak bersenam sakan dan berpantang makan itu dan ini?
ESP Shaklee insya-Allah boleh membantu anda!


Apa itu ESP Shaklee? ESP Shaklee atau nama panjangnya Energizing Soy Protein merupakan serbuk soya perasa vanila yang mengandungi protein. Menariknya, ESP ni merupakan protein yang bebas lemak dan kolesterol. Tak seperti ayam, ikan dan daging, semua tu protein juga, tapi masing – masing ada lemaknya. ESP ni bukan susu tau. Ia boleh dibancuh dengan apa sahaja air kegemaran. Jadi kalau anda bukan penggemar susu, ESP masih boleh masuk senarai favorite drink anda . ESP ni diperbuat dari 30kg soya dan mengandungi 9 jenis asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita, tapi sangat penting untuk tubuh.

ESP Shaklee untuk Siapa?
1. Ibu Menyusu ESP Shaklee mengandungi protein yang merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu sendiri. ESP membantu banyakkan susu ibu dan jua pekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang walaupun minum sikit shj
2. Ibu Hamil ESP Shaklee mengandungi protein. Protein membantu membina sel-sel dalam tubuh. Sel ini kemudiannya akan membentuk tisu dan seterusnya organ. Sel –> Tisu –> Organ –> Sistem Badan Untuk ibu hamil, protein dalam ESP membantu membina organ bayi dalam rahim sekaligus mengelak risiko jantung berlubang atau masalah paru-paru. Menurut Dr Delaila, Gynae di SDMC Subang, protein juga membantu menguatkan immune system ibu hamil. Immune system yang kuat boleh membantu mengelakkan risiko keguguran.
3. Ibu Pantang ESP Shaklee sangat membantu ibu dalam berpantang untuk bertenaga sepanjang hari dan kekal ceria di samping membanyakkan susu dan membantu memulihkan kulit kusam ibu yang sedang berpantang
4. Orang dalam Misi Inch Loss ESP Shaklee membantu mengawal rasa lapar. Ia membakar gula dalam tubuh dalam kadar yang perlahan, jadi perut pun tak cepat lapar. Untuk misi Inch Loss yang lebih berkesan, biasa kita cadangkan tambah Lecithin sebagai pemecah lemak, dan Alfalfa untuk detox tubuh.
5. Nak Kekal Bertenaga Oleh kerana ESP ni membakar gula dalam kadar yang perlahan, ia mampu untuk membekalkan tenaga dalam jangka masa yang panjang. Saya paling suka ESP sebab ia membantu saya untuk kekal bertenaga sepanjang hari walaupun banyak kerja.
6. Kecantikan Sel kulit akan mati setiap 21 hari. Selepas sel kulit mati, ESP Shaklee akan membantu untuk reproduce sel kulit yang lebih sihat dan cantik, sekaligus menghilangkan kulit kusam dan tak bermaya. Selain itu Asid Amino yang dibekalkan oleh protein dalam ESP membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Soya bukan bahaya ke? Apa beza ESP Shaklee dengan air soya di pasaran? Zaman sekarang merata orang sebarkan keburukan soya, tanpa menyedari hakikat yang tempe dan kicap makanan orang Melayu pun, bersumberkan soya. Soya dalam ESP berbeza dengan soya minuman biasa di pasaran sebab soya ESP diproses menggunakan air sepenuhnya. Yang jadi bahaya adalah apabila ia diproses menggunakan bahan kimia. Soya dalam ESP juga bersifat Non-GMONon Genetically Modified). Maksudnya, soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP tidak diubah secara genetik. Dan setin boleh bertahan sehingga 2 bulan bergantung kepada kadar pengambilan.!!!!!!!!!



Multivitamin Terbaik Adalah Vitalea Shaklee


Multivitamin Terbaik Adalah Vitalea Shaklee
Multivitamin menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang.

Memilih multivitamin terbaik menyokong diet harian kerana makanan disekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik
Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.



- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah 
kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan 
tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan 
rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotenauntuk membentuk 
vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi 
paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong 
proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong 
kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong 
proses pengeluaran tenaga

#Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee
Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

#Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.


*Siapa Memerlukan Multivitamin
- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan
kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin



CADANGAN KURUSKAN BADAN SHAKLEE

Cara Kuruskan Badan Dengan Set Kurus Shaklee Semua orang nak bentuk badan yang kurus secara sihat. Ini adalah sebab bukan saja senang nak cari baju, malah senang nak beraktiviti, nampak lebih berkeyakinan dan paling penting kuruskan badan secara sihat dapat memelihara kesihatan Set Kurus Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Berdasarkan pengalaman saya, set kurus Shaklee bukan saja menolong saya menurunkan berat badan malah susu bertambah banyak dan telah menolong saya menyusukan anak saya sehingga 2 tahun lebih.

 Jom berkenalan dengan Set Kurus Shaklee.

Set ni terdiri daripada tiga komponen iaitubakar, buang dan bina.
1) BAKAR LEMAK : Lecithin / Omega Guard
2) BUANG LEMAK (DETOX) : Herb-lax / Alfalfa 3) BINA OTOT: ESP (Energizing Soy Protein) / Cinch

BAKAR DAN BUANG : Lecithin/Omega Guard + Herblax / Lecithin atau Omega memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan.
Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan. Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.
Kenapa Detox itu penting? Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.
** Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 20KG DALAM SEBULAN !”.. ** Itu sebenarnya diet paling tak berjaya, because the weight lost will rebound!

BINA : Kenapa Protein penting?
----------------------------
Protein penting untuk pelihara otot dalam badan. Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby(menggeleber)?
Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.
** Untuk Ibu menyusu, disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan bukan Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.

Perlukah ANDA mengambil kesemua produk / set?
Adalah digalakkan untuk mengambil kesemua produk sebab ia akan menghasilkan kesan yang optimum - iaitu Kurus dengan Sihat. Jika anda hendak mencuba set ini tetapi kurang bajet, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau ESP+herblax dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah lagi produk untuk melengkapkan set ini.

Disini saya secara ringkas, memberi sedikit tips kuruskan badan dengan lebih cepat
1. Minum 2-3Liters air setiap hari
2. Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
3. Kurangkan makanan yang berminyak
4. Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari
5. Banyakkan makan buah dan sayuran

Dan, bezanya SHAKLEE berbanding produk pelangsing lain adalah …
1. Memberikan nutrien yang mencukupi.
2. Melindungi otot.
3. Indeks glisemik yang rendah.
4. Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
5. Mengandungi makro & mikro nutrien penting. 6. Diuji secara klinikal.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...