Tab menu 2

Pages

Rabu, 21 Mei 2014

Kebaikan dan Manfaat DTX Complex Shaklee





Shaklee DTX Complex menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu formula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya.

Gabungan unik bahan botani dalam DTX Complex™ SHAKLEE menyokong kesihatan dan fungsi hati dengan dua cara:

Ekstrak Biji Benih Milk Thistle, Biji Benih Schizandra Chinensis dan Cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati

Pati Dandelion, Kunyit dan Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksik daripada tubuh.

Kandungan DTX Complex™ SHAKLEE adalah :

#Biji ‘Milk Thistle’ :
Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi.
Merupakan bahan utama dalam DTX Complex Shaklee.
Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida.

#Biji Schizandra Chinensis :
Menghalang Toksin berada dalam badan.
Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru.
Mengandungi Antioksida

#Cendawan Reishi :
Digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida.

#Dandelion :
Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi.
Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu

#Kunyit :
Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu.

#Ekstrak Artichoke :
Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal.




Tahukah Anda Fungsi Hati...????..Fungsi Hati Manusia Adalah Seperti Berikut :

*Rembesan Hempedu :
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule).
Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium.
Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A

*Bertindak Sebagai Detoksifikasi :-
Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
Hati mengawal metabolism protein.
Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.
Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

*Mengawal Paras Gula Dalam Darah :-
Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif.
Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.
Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation.
GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.
Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga.
Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.

*Penting Untuk Metabolisme Lemak :-
Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.



Selasa, 20 Mei 2014

Testimoni Shaklee - Cinch Shake Mix Shaklee + Alfalfa Shaklee

Testimoni Cinch Shake Mix + Alfalfa

Tercari2 produk utk kuruskan badan.. akhirnya dengan Cinch Shake Mix + Alfalfa, berat badan nya turun.. sangat happy.... sebab perubahan yang kita lihat ni... adalah tak sampai sebulan dia amalkan Cinch Shake Mix + Alfalfa...




Selasa, 13 Mei 2014

Pencuci Muka Nutri White Shaklee

Pencuci Muka Nutri White Shaklee....



Apakah keistimewaan produk ini?

●Menjadikan kulit wajah kita segar dan bersih
●Rumpai laut menghilangkan kekotoran, ●membuang sel-sel mati dan menegangkan
●Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
●Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen
●Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau mengelupas




Ahad, 11 Mei 2014

Rawatan gastrik dengan Shaklee



Apa Tanda Anda Menghidap Gastrik?
Menurut Tuan Haji Lokman dari pusat rawatan Al Hidayah ramai pesakit gastrik tidak menunjukkan tanda tanda mengalaminya diperingkat awal. 

Kerosakan pada dinding perut disebabkan asid perut menyebabkan gastrik. Kenapa? Bila kita skip makan, dinding perut akan mula terhakis. Antara tanda tanda awal yang memberikan petunjuk anda mempunyai gastrik

●Sakit perut
●Hilang selera makan
●Rasa loya 
●Muntah-muntah.
Kalau kawan kawan tak buat sebarang rawatan, penyakit gastrik akan semakin teruk dengan adanya ulser diperut. Cuba bayangkan, ulser dimulut pun sakit, apa lagi didalam perut? 

Tanda gastrik anda semakin kronik ialah

■Pendarahan di dinding perut
■Pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam Muntah darah.
Kalau anda mempunyai tanda tanda diatas, dapatkan rawatan hospital atau pergi ke klinik segera. 

♡♡Produk Shaklee Mana Yang Sesuai Untuk Membantu Melegakan Gastrik

《Sekali lagi nak ingatkan, produk Shaklee bukan ubat, dan produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Apa yang dicadangkan ini akan memberikan zat zat yang diperlukan badan untuk beroperasi dengan lebih baik. Bila khasiat cukup, badan mula menyembuhkan dirinya sendiri.》

Antara produk shaklee yang sesuai untuk pesakit gastrik ialah
1. Energizing Soy Protein (ESP)
Asid dalam perut yang menyebabkan ulser akan bertindakbalas dengan ESP yang dibuat dari soya. Sifat soya berlawan dengan asid kerana ia adalah alkali. Ini akan mengurangkan kesan asid tu.

Lagi terbaik, ESP akan bekalkan badan dengan 20 jenis asid amino untuk membina sel baru dan menggantikan tisu rosak didinding perut semasa penghadaman. Jadi sekarang badan kita a
da bekalan bahan mentah untuk pemulihan luka dalam perut menyebabkan gastrik.

Kita juga akan rasa lebih kenyang. Kalau kawan kawan nak tahu lebih lanjut tentang cara makan ESP untuk gastrik.

2. Ostematrix

Ostematrix mengandungi Kalsium yang bersifat alkali. Sama macam makan ESP, kesan asid akan berkurangan. Tapi kalau tanya Mazni, prefer makan Energizing Soy Protein sebab memang rasa kenyang.

3. Vitamin B Complex

Selalunya pesakit gastrik akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit. Ubat ni kalau digunakan dalam jangka masa panjang ada kesan sampingan. Contoh ubat tahan sakit yang biasa kita dengar ialah PONSTAN.

Menurut Dr Zubaidi, kesan mengambilnya berterusan untuk masa yang lama akan menyebabkan keradangan, luka dan kebocoran pada perut, usus kecil dan besar. Belum cerita kesan pada kulit dan buah pinggang. Ngeri.

Jadi cara lain nak kurangkan sakit boleh makan vitamin B complex. Ada manfaat untuk membantu melegakan ketengangan (stress). Bila kita stress, antibodi badan akan lemah.

Kalau boleh jangan bergantung harap sangat pada ubat ubatan. Produk Shaklee bukan ubatan ya, ia makanan tambahan.

4. Peppermint Ginger Plus

Produk Shaklee ini membantu melegakan rasa tak selesa disebabkan oleh masalah penghadaman. Antara bahan bahannya ialah halia dan pudina. 

Untuk kesan yang lebih menyegarkan, boleh hancurkan tablet kepada bentuk serbuk dan reneh dalam air panas untuk menjadi minuman berherba. Berangin dan nyaman je rasanya.




Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee

Vivix Shaklee untuk Berhenti Merokok



●Terdapat pelbagai produk atau cara yang digunakan untuk berhenti merokok, namun tidak semua yang berjaya malah ramai yang gagal. Solusi yang ditawarkan buat perokok masih berkisar tentang nikotin.
● Vivix Shaklee mempunyai banyak pencapaian yang luar biasa.Dengan mekanisme penyembuhan sehingga ketahap selular Vivix telah membantu ramai manusia yang hampir putus asa melawan penyakit kini dapat hidup dengan tenang.
●Rekod cemerlang Vivix diteruskan dengan keupayaannya membantu perokok berhenti merokok. Ini adalah sesuatu yang luar biasa, Vivix tidak membekalkan nikotin kepada perokok tapi masih mampu membantu perokok berhenti merokok secara alami.
●Disamping berhenti merokok, terdapat banyak faedah kesihatan lain yang akan akan peroleh dari Vivix. Penerangan lengkap tentang Vivix boleh anda peroleh dari entry lepas Vivix Shaklee, Khasiat Yang Tidak Sebanding Harganya.
●Biasanya sukar bagi perokok untuk berhenti merokok kerana racun nikotin dah meresap keseluruh urat saraf anak adam sehingga ke sel-sel DNA mereka. Dan seandainya mereka berjaya berhenti merokok, pelbagai masalah lain yang akan timbul

》》Berikut ialah kesan-kesan yang dialami perokok jika mereka berhenti merokok.

☆Depresi atau perasaan sedih, putus asa, atau rendah diri mungkin dialami. Dalam keadaan sebegini, seseorang mesti dijauhkan dari lingkungan perokok dan perlu diberikan sokongan positif.
☆Pemarah. Sangat ini mungkin akan muncul perasaan mudah marah.
Perubahan mood yang tidak tidak tentu ☆pasal. Mood menjadi tidak jelas untuk ditafsirkan. Tiba-tiba emosi, marah, gembira, gelisah, dan mood lainnya datang akibat tubuh menginginkan nikotin.
☆Tidak sedap badan. Puncanya adalah terjadinya proses pembuangan yang dilakukan oleh tubuh. Selama merokok, nikotin akan mengalir laju oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh. Dan kini, tubuh akan membuatkan semua berjalan seperti biasa tanpa nikotin.
☆Usus meragam. Mungkin akan muncul krem, mual, perut kembung dan sembelit. Lakukan senaman dan makan serat untuk mengimbangi masalah ini.
☆Masalah hidung dan tekak. Hidung dan tekak akan berusaha menghilangkan lendir dan terakumulasi selama masa merokok. Untuk detoksifikasi bahagian tubuh ini, mungkin Anda mengalami batuk, tekakn kering, dan mulut kering. Cukupkan minum air untuk masalah tersebut.
☆Nafsu makan meningkat. Hilangnya racun rokok secara berperingkat boleh menggalakan rasa lapar. Ambil makanan rendah kalori dan sihat, serta air yang mencukupi untuk tubuh Anda.
☆Sakit kepala. Keluarnya nikotin turut mengundang sakit kepala. Pijit dan beristirehatlah dikala hal ini terjadi. Jangan lupa untuk minum dengan secukupnya dan mandi dengan air panas atau hangat.
☆Kurang tidur. Proses berhenti merokok juga dikaitkan dengan masalah susah tidur. Untuk sementara, jauhi dulu kopi mendekati waktu tidur dan biasakanlah bersenam.
☆Berpeluh dingin dengan tangan dan kaki gementar. Ini seperti kesan ketagihan dadah. Jangan menyerah dan bertahanlah hingga kesan kecanduan benar-benar hilang.
☆Mengalami masalah kulit. Kulit akan berangsur pulih ke adaan yang lebih baik. Selama menuju proses tersebut, mungkin Anda sedikit mengalami masalah jerawat, lidah, atau mulut. Ini hanyalah proses peralihan.

♡♡Kepada perokok yang sudah lama ingin berhenti merokok, ambillah Vivix sebagai caranya, sangat mudah, hanya ambil Vivix setiap hari dan anda tidak perlu risau dengan pelbagai kesan yang menyeksakan, seperti yang saya nyatakan diatas.

》》Cukup-cukuplah beribu-ribu duit habis dengan rokok, tidak pernah anda berkira untuk membelinya walaupun sangat jelas dengan risiko yang bakal anda tempuh dengan merokok. 

》》Berikut adalah kesan negatif merokok :-
☆Sakit jantung 
☆Strok
☆Pelbagai jenis kanser - paru-paru, buah pinggang, mulut, perut, leher, servik dan lain-lain
☆Mandul
☆Bayi pra-matang
☆Bayi kurang berat badan
☆Keguguran
☆Cepat tua




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...