Tab menu 2

Pages

Khamis, 11 Ogos 2016

LahirNya Putera Kedua Anas Mikhael Goh



Assalamualaikum...

Nak share kat sini.... Alhamdulillah.... tak sangka putera ke2 tak sabar nak lihat dunia. nak bagi mama rehat dari kerja pejabat yg berlambak-lambak tu... dari 9Ogos 2016... Contraction dah kerap.. tapi mama tak fikir pon kamu nak keluar sayang... sebab due kamu lambat lagi...kamu di jangka keluar MERDEKA nanti...

Kat opis mama boleh siapkan kew. 8 KGT untuk semua guru dan staff... bila perot ni terasa mengeras, mama pegang kerusi...berhenti jap... tegak kan badan... pinggang hanya Allah yang tahu...dh sakit belakang ni... sebab fikir kan due lambat lagi... ceh... mama kelihatan relaks je lagi...ehehe....

Petang tu... boleh jalan tengok baby anak kawan...wah...comel... baby mama bila pula nak kuar ni.... sembang punya sembang...sakit dah ada.... boleh senyum lagi.... sebab dalam hati baby lambat nak kuar..... ehehehe....

Malam????? tido mama tak pernah terganggu sebab kamu sayang, mama boleh tido lena, tak kerap ke toilet. Orang cakap.... kalu dah dekat due, kerap ke toilet, malam tak lena, tapi mama ok je tahu.... memang kamu ni tak susahkan mama.....

10 hb Ogos 2016

Mama kerja seperti biasa. Mama boleh hantar abang adam... tp 1 perkara mama lupa nk lakukan, cium abang adam spt biasa... Entahle.... Hari ni... pergi kerja... muka biasa-biasa je... boleh pusing 1 sekolah, cari guru, bila makan kat kantin nak bayar, pegang perot, dh rasa2 contraction kuat, siap mama buat muka sakit. Orang kantin cakap...Entah-entah minggu ni mama salin....ISk.... Takkan kot...lambat lagi due.... 10 pagi lebih...mama naik opis... Masa nk jawab call... mama rasa air laju je keluar.... AIK..... MAMA TERKENCING KE????! Mama pergi toilet...eh... tadi dh kencing...ni leh kencing lagi.....

Mama memang tak tahu, beza ngam abang kamu, tanda darah keluar mama baru pergi hospital. Mama naik opis sambung kerja. Tengah fotostat..mama rasa 1 kali lagi air laju keluar, mama tanya pada 1 cikgu, air ketuban pecah macam mana ye???? cikgu tu blur2...yele kan... dah lama tak de pengalaman macam tu. Mama call kawan mama yg keje nurse, Dia suruh mama g hosptila takut air ketuban kering, dan baby dijangkiti kuman...

Mama call kawan yg kerja pra, minta dia hantar ke hospital, sebab hospital dekat je dgn sekolah... 5 ke 7 minit dah leh sampai hospital. Mama just call papa bagthu dh masuk dewan bersalin tap tak salin lagi. Check jalan baru buka 2cm.. alahai...mmg dh nak salin ke???? Sakit tak kuat... memang ada contraction tap mama still ok....

Mereka tahan mama, masuk wad GA... bila dh tolak kat sana, papa ada temankan mama, dlm wad mama tak boleh nak duduk... Sakit dah terasa... Masa tu pukul 430 ptg.... papa boleh teman mama... Jalan baru buka 3 cm.... alahai.... bila nk buka 10 cm ni.. duduk baring...semua dah tak boleh... Kakak saudara yg datang melawat hanya mampu tenangkan mama.... mama ckp...sakit le... check jalan lagi... 3 cm lagi...aduiiiiii...grrrrrrrrrr. Nurse bagi loceng, pesan kat papa n kakak saudara kalu rasa sakit just locengkan.....

Last... mama ckp kat kakak saudara, mama nak kencing, dia temankan mama.... tapi mama x mahu kencing pon.... masa tu dh530 petang...mama pegang dinding.... naik katil... mama rasa 1 perasaan... mama jerit dengan kuat... KAK IJAH.... FZA RASA NAK TERAN LER...... kakak saudara kata kamu biar betulll baru 3cm... terus papa berlari cari nurse, kakak saudara goncangkan loceng punya kuat... Nurse dtg berlari.... check jalan... NURSE JERIT....FULL..... wah....mama panik....panik....dari 3cm ke 10cm..hah ambik ko!!!!! depa terus tolak dgn katil katil masuk ke labour room....... bayangkan...mama hanya sebut... lahailawalakuwataillahbillahhialiuazim.... nak nyampai ke Labour room... nak tempoh koridor.... ya Allah.... kakak saudara dh bayangkan mama salin kat koridor tak sempat kat labour room...

Sampai LR, depa tuko katil, tak sempat nak pasangkan wayar pundi air kencing, depa suh teran... Ya Allah... mama lupa dh cara nak teran..sedangkan abang Adam dulu senang je nak teran..... Deapa cakap... paun pandai teran...teran puan...kepala dh nk keluar.. depa ambil tangan mama, bagi rasa..ye...rasa lembut rambut kamu sayang... mama teran semahunya.... 10hb Ogos 2016 jam 6.15 petang kamu selamat lahir... teruja nya mama... dapat susu kan kamu..tidak macam abg adam yg terus ditolak ke NICU... tapi 9 lebih kamu dh masuk wad..tinggal mama sorang sorang dlm LB sbb bleeding.... Jam 11 mlm baru mama boleh masuk wad... dapat cium kamu sepuasnya syg.....love you sayang mama... Semoga jadi anak yg soleh ye syg.....


Tarikh Lahir : 10 Ogos 2016
Lahir : 6.15 petang
Berat : 2.84 kg
Jantina : Lelaki

Wajah belum 1 hari


Muka Abg Adam





Tutup Mata, Mama baru turunkan dr lampu



Sabtu, 20 Jun 2015

Ramadhan Bulan Nyah Toksin

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bulan Ramadhan Bulan Nyah Toksin
.
.
Bulan Ramadhan pasti membantu anda untuk kurus! Untuk hasil yg segera...anda boleh mencuba Suplemen Shaklee. INSHA ALLAH....



8 Tip Diet Mudah Untuk Sahur

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




As salam semua....selamat bersahur teman2 semua....


Ingin kan kurus???? Jom follow #kevinzahri ...8 tip Diet Mudah Untuk Sahur



Insha Allah.... anda Bertenaga bulan Ramadhan tahun ni...




Mati Itu Pasti!!!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



#Puasa_Ketiga

Belek-belek facebook terjumpa 1 mukadimah, yang pasti... ini adalah kebenarannya... KITA YANG HIDUP PASTIKAN MATI...



Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in sha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

#copypaste



Jumaat, 19 Jun 2015

Tips Untuk Kurus Di Bulan Ramadhan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

#Puasa_kedua

syukur Alhamdulillah... fza nk sharekan.... bagaimana untuk anda kuris di bulan Ramadhan. Tip-tips ni sangatlah penting....


1. Makan Mengikut Waktu
Untuk pengetahuan korang , pengambilan makanan semasa kita berpuasa tetap sama seperti waktu kita tidak berpuasa . Anda digalakkan mengagihkan pengambilan makanan dengan mengambil 2 sajian utama dan makanan ringan antasa waktu makan.Apa yang bezanya di sini ialah waktu pengambilannya. Contohnya kan , sepanjang bulan Ramadhan anda patut berbuka puasa dengan mengambil sajian ringan. Ini diikuti dengan makanan tengahari  , pada waktu malam dan mengambil snek sebelum tidur. Apabilah anda bangun sahur  , anda boleh ditafsirkan sebagai mengambil makan malam :)


2. Elakkan makanan bergula
Jangan ambil makanan bergula yang tinggi kerana pada ketika ini tahap aktiviti fizikal menurun. Ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan tahap glukosa darah . 

3. Berhenti makan sebelum tidur
Waktu makan yang pendek sering menyebabkan kita berasa kesuntukan masa untuk mengisi perut. Cubalah sedaya upaya anda untuk makan empatjam sebelun tidur. Sekiranya gagal berbuat demikian , pastikan anda hanya menikmati snek @ makanan yang agak ringan sebelum tidur :)

4. Kuantiti Makanan yang kecil
Amalkannya sewaktu berbuka dan terus mengerjakan sembahyang Maghrib. Selesai sembahyang Maghrib , barulah makan malam :)

5. Amalan bangun sahur
Bangun sahur mengelakkan kita berasa terlalu lapar pada waktu siang hari. Rasa lapar yang keterlaluan boleh mendorong kita makan malam dengan kuantiti yang banyak ketika berbuka.

6. Awasi cabaran musim raya
Amalan sepanjang bulan Ramadhan pasti akan menjadi sia-sia jika kita bersikap gelojoh pada Hari Raya. Andainya tidak mampu mengelakkan "godaan " rendang , ketupat & lain-lain makanan yang berkalori tinggi , makanlah tetapi hadkan pengambilannya :) hee~


Kredit to :lyssasecret



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...