Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label ESP Soy Protein Isolate Powder. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ESP Soy Protein Isolate Powder. Papar semua catatan

Khamis, 8 Jun 2017

Suplemen Untuk Kecantikan Kulit



SET NI SESUAI UNTUK ANDA YG MENPUNYAI MASALAH MUKA BERJERAWAT.......... nak pudarkan bekas2 jerawat mahupun chicken pox.

Serius.....

Dengan set ni... boleh kembalikan KECANTIKKAN KULIT YG SUNGGUH LUAR BIASA.

Bukan saja utk cantik..... ianya boleh bekalkan tenaga dibulan puasa dan boleh daptkan kembali berat badan yg IDEAL ☺

Sabtu, 8 April 2017

Prenatal Set ( Set Kehamilan Shaklee )

Set kehamilan shaklee



Apa yang ada di dalam Set Kehamilan Shaklee. ?

Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:

✔Vitalea
✔B Complex
✔Vitamin C
✔Ostematrix

 Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:

📌Vitalea - 4 Bulan
📌B Complex - 4 Bulan
📌Vitamin C - 3-6 Bulan
📌Ostematrix - 1 Bulan
📌Omega Guard - 3 Bulan
📌Protein(Energy Soy Protein) - 1 1/2 Bulan


ESP - Energy Soy Protein
👶 Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.


Multivitamin(Vita-lea) 
👶 mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.


B Complex
👶Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.


Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) 
👶 Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.


Omega -3(Omega Guard) 
👶 Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.


Kalsium(Ostematrix) 
👶Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Khamis, 6 April 2017

Set Kecantikan Shaklee Yang Pasti Kulit Jadi Flawless


Fungsi setiap vitamin yang dicadangkan dalam Set Kecantikan Shaklee:


B-Complex

Bersifat anti stress dan membantu melindungi kulit dari pancaran matahari. Salah satu punca kulit kusam adalah terlalu banyak terdedah pada matahari. Lebih B-Complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana B-Complex berfungsi sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak. B-Complex juga membantu melancarkan perjalanan darah untuk kesan kulit lebih muda dan glowing/berseri.


Vitamin E Complex

1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit muka dan seluruh tubuh dari dalam. Vitamin E juga dapat menghilangkan parut dan jeragat dari dalam struktur kulit, bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Sustained Release Vita C Plus

Vitamin C dapat membantu proses pembaikan tisu (bekas² jerawat & parut) dan mencerahkan kulit. Ia juga merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit secara semulajadi, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit. Vitamin C amat terkenal dan sebati sebagai regim kecantikan sejak dahulu lagi. Pengambilan Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menghalang pembentukan pigmentasi yang merupakan penyebab utama kepada jeragat pada kulit.


Energizing Soy Protein (ESP)

Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut. ESP mengandungi asid amino yang penting untuk membina kuku, otot, rambut, kulit dan lain-lain. Ia merangsang pembentukan semual sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan kulit yang cerah dan kepejalan otot, mengurangkan pigmentasi dan mengurangkan kesan parut. Pengambilan ESP yang kerap adalah kunci kepada awet muda.



Selasa, 4 April 2017

Testimoni Selepas Consume Shaklee

Nak share⤵⤵⤵⤵

SEBELUM

⬇⬇⬇⬇

gambar kiri: 25/6/2016 (sebelum kenal shaklee)

Setelah hampir 10 BULAN consume #shaklee . Baru hari ni berani nak share gambaq closed up camni

Ya kawan2, muka faezatul pernah berjerawat teruk. Jerawat yang besar-besar, merah & bernanah ranum kat dalam tuh! Sakitnya Ya Allah..😭

Part paling sedih bila jerawat tuh boleh meletup anytime dia suka. Kadang tak sedar pun, tengok2 kat telekung dah ada darah kot! Geli kan tengok?😱

Puncanya? Salah pakai skincare (tak mau mention skincare apa), mungkin sesuai dengan orang lain tapi BUKAN SAYA.

Salah faezatul juga gatai sangat nak try padan muka! Terpengaruh sgt dgn iklan claimed cntik advanced.. 😜

SELEPAS

⬇⬇⬇⬇

Gambar kanan : 2/4/2017

Ikhtiar faezatul dengan Shaklee bermula dengan #vitamine & ESP. Follow guide dr ummi saya, Dr. Ainniah, #alhamdulillah 2 minggu pertama dah nampak perubahan ketara, JERAWAT yang membengkak MAKIN KECUT, PARUT MAKIN PUDAR!

Masa tu, dah betul2 rasa yakin dengan Shaklee neh. Sebulan lepas tu, faezatul slowly add on #vitaminc + #bcomplex + #glacomplex + #nutriwhite cleanser

Perubahan makin ketara tapi lambat progressnya. November 2016, faezatul add on #alfalfacomplex & faezatul akui kagum dengan 'kerja' alfalfa neh. Dia speed up healing process & total detox kulit faezatul #alhamdulillah happy sangat!👏👏

Start dr 'trauma' lampau, faezatul dah x pakai skincare lgsung smpai la ni.

Utk luaran, faezatul cuma sapu #herbalblend sbg plembab & penghilang parut. Best sgt! Sebab tak berminyak, sejuuuuuk ja kulit saya..😁

Yang tinggal la ni si parut merah2 yang dok ketegaq takmau hilang..ada lg dlm 30%..Nampak gaya memang kena ratah ESP sngguh2 lpas neh..😂

Sabtu, 1 April 2017

Testimoni Muka Cantik Berseri Dan Toner Sekata


Muka berseri2, toner sekata....
Inginkan muka cantik berseri dan glowing glowing??? Anda boleh le try set di bawah


⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇

Testimoni

- ESP
- COLLAGEN
- CAROTOMAX
- VIT C
- EYE TREATMENT


InshaAllah.... pasti anda cantik berseri

Raya nak dekat... pakat pakat le order untuk kelihatan cantik berseri dihari raya nanti☺

Ahad, 12 Mac 2017

Gastrik Boleh Diatasi Dengan ESP Shaklee


Apakah gastritis?

Gastritis terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati.
Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis:
(a) Sakit ulu hati
(b) Rasa mual
(c) Rasa perut kembung
(d) Kemungkinan pesakit juga akan muntah


Rabu, 8 Mac 2017

Esp Esp Esp Hot Seller☺


PROTEIN adalah ASAS dan MAKANAN kepada sel.. Protein penting untuk PEMBENTUKAN dan PEMBAHARUAN SEL.. jadi bila sel SIHAT dan cukup ENERGY, PENYERAPAN nutrien adalah lebih OPTIMUM..
UNTUK KURUS- ESP mengawal selera makan..
UNTUK PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari
UNTUK TAMBAH SUSU BADAN-ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu
UNTUK CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit
UNTUK SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..
UNTUK IBU HAMIL- ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby
NAK HAMIL- ESP memelihara dan memulihara rahim.. membekalkan tenaga.

Ahad, 5 Mac 2017

ESP Untuk Kesihatan Kulit


KELEBIHAN ESP UNTUK KESIHATAN KULIT


Antara kesan postitif pada kulit setelah mengamalkan ESP Shaklee :

kulit cantik tanpa make up.
semakin cerah berseri.
jerawat hilang.
jerawat hilang.
lebih anjal.
kulit semakin glowing dan berseri.
kulit tidak berminyak.
kulit tidak kering.
kulit semakin lembap.
liang pori mengecil.
kulit semakin gebu.
jeragat hilang.
kulit tak kusam.
whitehead dan blackhead semakin hilang.
selulit hilang.
tona kulit lebih sekata.
kulit semkain lembut.
stretch mark semakin hilang.
tumit kaki yang pecah merekah hilang.
badan pun cerah dan licin



Khamis, 18 Jun 2015

Cantik Dan Kurus Di Hari Raya

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


Mari Fza share kan Produk yg membantu anda untuk KURUS & CANTIK #RAYA nanti!! beli sekarang untuk rasakan kesannya dibulan SYAWAL nanti!! Jangan lambat tahu! nanti rugi...sebab takut tak sempat nak rawar mana yg patut!!



jika anda alami masalah dibawa.. tak salah untuk anda mencuba!!

.

☆kulit kusam

☆tona kulit tak sekata

☆jerawat

☆jeragat

☆masalah berat berlebihan

☆selulit



Jom ketahui kelebihan setiap suplemen

.

V I T A M I N C 500mg (180 kapsul)

*untuk rawat kulit berjerawat, kulit bermasalah, resdung, penyakit SKURVI, bantu kulit jadi lebih sihat & cerah

*mengurangkan simptom alergik

*untuk kanak-kanak atau dewasa yang mudah kena selsema/demam, sembelit, kurang selera makan, kanak-kanak ADHD

*menguatkan tulang , gigi & gusi, otot & salur darah supaya sihat

*anti-oksidan semulajadi

*mengekalkan integriti sel

.

V I T A M I N    E (120 kapsul)

*untuk kulit berjerawat, resdung, ekzema, kulit kusam,

*menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit

*mengurangkan risiko jantung

*menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan

*anti-oksidan

*untuk bagi luka cepat sembuh

*hilangkan parut & stretch mark

*membantu kesuburan lelaki & wanita

*memekatkan air mani lelaki serta memperbanyakkan pengeluaran sperma

Nota : Vitamin E tidak digalakkan diambil bersama Alfalfa

.

B C O M P L E X (120 kapsul)

*kawal stress, migrain, kemurungan, letih, lesu

*meningkatkan fungsi otak

*bantu pencernaan, tingkatkan stamina, kawal kolestrol

*menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga & replikasi DNA yang sihat

*sangat sesuai juga kepada pelajar, pekerja, ibu hamil, ibu menyusu & ibu berpantang

.

E S P (850g)

*untuk tenaga (menahan lapar)

*mencegah penyakit jantung, kulit bermasalah

* Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit

*Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan

*Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu & ton warna kulit yang sekata

*menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku & otot

*untuk penyakit kencing manis, anemia, berat badan yang berlebihan, kolestrol

*bagus untuk ibu hamil, menyusu, berpantang

*bagus untuk mereka yang sedang pulih dari penyakit



Selasa, 24 Mac 2015

Bahaya soya GMO. Lelaki Tak Boleh Makan Soya? Soya Penyebab Kanser

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


Bahaya soya GMO. Lelaki tak boleh makan soya? Soya penyebab kanser?

Beza GMO ngan non GMO ...

Non GMO soya. Ni soya yang asli. Tiada campuran mana-mana bahan.
GMO ni bahan genetik yang disuntik dalam tumbuhan dan even binatang dengan mengubah genetik asal..
*Tu yang ayam makin lama makin gemuk berbanding dulu-dulu
*Buah nampak segar bugar dan tahan lama
Bila sebarang organisma yg telah diubah genetiknya tak kiralah jagung ke, sayuran ke @ apa-apa tanaman yg kita ubah utk tujuan tertentu spt membolehkn ianya tumbuh dgn cepat/ serangan serangga. Ianya adalah beracun...
**Esp ni tiada langsung pun suntikan or campuran. Sbb tu esp tidak menyebabkan kanser.


Apa dia GMO soy n NON-GMO soy ni?

GMO stands for Genetically Modified Organisms, which refers to any food product that has been altered at the gene level. Genetically modified foods are also frequently described as “genetically engineered”, “genetically altered” or “genetically manipulated.”

Senang kan? kiranya sebarang organisma yang telah diubah genetiknya..tak kisahlah jagung ke soya ke apa2 tanaman lah pendek kata..memang kita ubah genetiknya untuk tujuan tertentu seperti membolehkan ianya tahan kepada serangan serangga atau sebarang racun, lebih cepat tumbuh dan dipasarkan (tujuan ekonomi) , dan meningkatkan hasil tanaman. Tapi dalam sedar tak sedar rupanya GMO ni telah membahayakan manusia..apa yang bahayanya GMO Soy?


Ini antara bahaya GMO Soy

Liver Changes

According to Molecular Geneticist Molecular geneticist Michael Antoniou on the Natural News website, GMO soy has been found to alter the activity of the liver in mice and rabbits. According to Antoniou, these findings suggest possible liver damage and toxemia related to GMO soybean consumption.

Alllergic Reactions

Accroding to Discovery Guides, the incorporation of a gene into a plant may unintentionally create a new allergen or set off an allergic reaction in people who are highly sensitive. Children, in particular tend to have severe allergies to peanuts. Discovery Guides reports that for this reason, a proposal to transfer a gene from Brazil nuts into soybeans was discarded.

Infant Mortality and Sterility

According to a study conducted at the Russian Academy of Sciences and the National Association for Gene Security and cited on the Huffington Post, GMO soybeans may be linked to infant mortality and inability to conceive. In a two-year study of hamsters, biologist Alexey V. Surov and colleagues found that after three generations, most of the GMO-soy fed hamsters lost the ability to reproduce. There was also a higher infant mortality rate among hamster pups in the GMO soy-fed group.

Herbicidal Dangers

Another danger of herbicide-resistant soybeans, reports Natural News, is the herbicides themselves. Because GMO soybeans are resistant to the herbicide glyphosate, they can be treated with these herbicides without being destroyed. However, Natural News cites studies of glyphosate on human placental, kidney and umbilical cord cells in which these cells died within 24 hours.


Kenapa lelaki tak boleh minum soya?
Apa yg saya baca, soya ni akn melemahkan kejantanan (iaitu kesuburan dan tenaga) bagi lelaki dan juga boleh menyebabkan gastrik.
**Kiranya kalo mkn soya gmo tak adalah melemahkn kesuburan lelaki

Nota :
So, bila kita dah tau soya ni bahaya utk kesihatan, kita jauhkan lah ianya dari keluarga kita.

Cerita dari Master Nazirah :-
Dulu saya pn penggemar tegar soya...sebab sedap.
Setiap kali preggy, mesti stok soya sentiasa ada dlm peti ais.
Ank yg no.3 ni...kulitnya sensitif. Spt ekzema...kering n gatal2. Sebab masa mengandung memang tak miss minum soya.

Nota :
Soya penyebab kanser?
Soya penyebab kanser sbb soya GMO tu kn ade cmpuran bahan genetik. Kn?
Bukan soya sahaja...malah, sayur-sayur, jagung n apa shj yg telah disuntik dgn bahan genetik adalah bahaya!


Adakah benar dengan meminum air kacang soya, atau produk berasaskan kacang soya boleh menyebabkan diri anda mendapat kanser payudara? Majoriti rakyat Malaysia menggemari makanan yang berasaskan kacang soya seperti tempe, tauhu, air soya dan lain-lain.

Ini kerana soya mengandungi phytoestrogens, iaitu bahan semulajadi yang seakan-akan hormon estrogen. Oleh kerana hormon estrogen boleh merangsang pembentukan sel-sel kanser, maka ramai yang terus beranggapan demikian. Tetapi sejauh manakah kebenarannya?


Antara keburukan kacang soya:
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat dinyahaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Seriously? Banyak nyer..

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid"


Kredit to Master Nazirah Zakaria




Ahad, 1 Mac 2015

#PromosiShaklee - Esp, Zinc Complex Dan Vita-Lea For Children Mulai 1 Hingga 28 March

PROMOSI TERBAIK MAC 2015 SHJ!!
.
√ V I T A - L E A  F O R  C H I L D R E N (60 kapsul)
*membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
*sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi
*meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
*sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul *menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan *mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
*multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik
*untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
*kanak-kanak 2 hingga 3 tahun yang SUDAH PANDAI TABLET boleh ambil dengan PENGAWASAN ORANG DEWASA
*rasa yang sedap
.
√ Z I N C  C O M P L E X (120 kapsul)
*mengurangkan jerawat
*mengatasi masalah jeragat
*sistem imun dalam badan
*merawat ekzema orang dewasa,
*mengatasi masalah rambut atau keguguran rambut
*menyembuhkan luka ( PATI HARUAN)
*mengatasi masalah gangguan prostat
*meningkatkan daya seksual & pertumbuhan organ
*kawal selera makan
*penurunan berat badan
*untuk kesuburan lelaki
*kawal kencing manis
*kawal stress
*atasi rabun malam
.
√ E S P (850g)
*untuk tenaga (menahan lapar)
*mencegah penyakit jantung, kulit bermasalah
*menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku & otot
*untuk penyakit kencing manis, anemia, berat badan yang berlebihan, kolestrol
*bagus untuk ibu hamil, menyusu, berpantang
*bagus untuk mereka yang sedang pulih dari penyakit
Nota: Esp tidak digalakkan diambil bersama Vitalea
.




Sabtu, 14 Februari 2015

#Testimoni - Koleksi Testimoni Kulit Cantik Cerah

Testimoni (1)
Cantik tak kak ton?? Jangan jeles ye kawan2 bila lihat orang lain #CANTIK. #TestimoniEsp.. perubahan yang POSITIF bila wajah kelihatan cerah hanya KONSISTEN dengan ESP...



Testimoni (2)

Kulit Cantik Cerah dengan Vitamin E & C




Keistimewaan Set Penyusuan Shaklee


CADANGAN SET PENYUSUAN NI TERSANGAT LAH BAGUS ✔. BANYAK KEISTIMEWAAN YG IBU&BAYI DAPAT SELAIN DARI SUSU BERGANDA2. .

Keistimewaan SET PENYUSUAN SHAKLEE yg anda tidak tahu>>
.

KEISTIMEWAAN SET PENYUSUAN SHAKLEE >>
✔ Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
✔ Membantu ibu kekal bertenaga & berpanjangan
✔ Membantu percepatkan penghasilan susu ibu
✔ Memberikan kulit halus & gebu (baik kpd bayi & juga ibu)
✔ Memekatkan susu (mengkualitikan susu>>bayi tak lama bergayut)
✔ Memberikan kulit cantik, menghilangkan parut, mencegah jerawat
✔ Mengurangkan stress
✔ Mengurangkan sakit2 badan
✔ Mengetatkan miss "V" ibu & membaikpulihkan hubungan intim suami isteri
✔ Menghilangkan keputihan
✔ Menguatkan rambut & kuku
✔ Mencegah payudara "jatuh"
✔ Meningkatkan fungsi saraf termasuk saraf otak
✔ Mengurangkan sinus/alergik
✔ Mengawal berat badan ibu
✔ Menguatkan sistem imun ibu & juga bayi (tidak mudah demam, batuk & selesema, walaupun semasa musim tersebut)



Ahad, 28 Disember 2014

Spotting Atau Pendarahan Ringan Ketika Kehamilan



Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?
Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj.Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit.
Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat. 

Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Namun kadangkala pendarahan juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mendapatkan pemeriksaan doktor. 
Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil? Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ia biasanya berlaku sekitar waktu anda biasanya datang haid dan berlangsung selama satu atau dua hari. Anda mungkin hanya menyedarinya ketika membuang air kecil.

Walaupun pakar-pakar tidak pasti apakah puncanya, namun ia mungkin disebabkan oleh:
Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Anda mungkin mengalaminya lebih daripada sekali. Pelekatan telur yang telah disenyawakanpada lapisan uterus anda menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Ini lebih jarang berlaku berbanding pendarahan penebusan.


Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?
Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
  • Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks
  • Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
  • Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
  • Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.

Apakah punca yang lebih serius yang mengakibatkan pendarahan semasa kehamilan?
Malangnya, pendarahan pada awal kehamilan mungkin merupakan tanda keguguran atau kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Dalam kedua-dua kes ini, anda juga biasanya akan mengalami sakit perut dan kekejangan.


Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan daripada keguguran beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku. Malah, sesetengah wanita mengalami keguguran sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil dan menganggap mereka hanya datang haid.

Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.

Punca pendarahan yang lebih jarang berlaku ialah kehamilan molar. Ia menjejaskan kira-kira satu dalam 700 kehamilan. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera. 

Kemungkinan juga pukulan kepada perut, contohnya jika anda terjatuh, menyebabkan pendarahan. 
Apa yang harus saya lakukan jika saya mengalami pendarahan semasa hamil?Hubungi doktor atau hospital , walaupun sekiranya pendarahan itu akhirnya berhenti sendiri. Anda masih perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor anda mungkin memeriksa bahagian dalam faraj, atau dia mungkin menasihatkan anda supaya membuat imbasan ultrasound. Imbasan boleh mengetepikan kehamilan di luar rahim dan memeriksa keadaan bayi. 

Doktor anda mungkin mahu membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencinganda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resusanda juga mungkin akan dijalankan.
Adakah bayi saya akan selamat?Kemungkinan besar bayi anda dalam keadaan selamat kerana pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat meneruskan kehamilan dengan sihat.

Jika pendarahan itu menandakan keguguran, anda akan turut mengalami kekejangan perut, dan pendarahan itu biasanya akan menjadi lebih teruk. Pendarahan ringan atau spotting biasanya berhenti sendiri. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita hamil yang mendapatkan bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan mereka.

Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, bincanglah dengan doktor anda, walaupun jika pendarahan itu berhenti. Ini untuk memastikan tiada simptom-simptom lain yang mungkin menunjukkan sebarang masalah.

Cuba berfikir dengan positif. Spotting atau pendarahan ringan biasanya hanyalah satu misteri yang tidak membahayakan yang boleh anda lupakan sahaja.

Anda tidak keseorangan! Berbuallah dengan ibu-ibu lain mengenai kebimbangan anda semasa hamil dalam forum Kehamilan kami hari ini.

Artikel Penuh Dari BabyCenter


Anda boleh mencuba PRODUK SHAKLEE SET KEHAMILAN yang boleh membantu anda dan kandungan hingga selamat bersalin. InshaAllah...

 Info lanjut Kehamilan Dengan Shaklee
Untuk Info Lanjut Pasal Kehamilan Dengan Shaklee boleh Klik Gambar Diatas.

Sekiranya PENDARAHAN berlaku, Fza tahu, para ibu tentu STRESS kan?? Jom tangani Stress anda dengan B-COMPLEX Shaklee


Kenapa B Complex penting untuk ibu hamil, BF dan pantang?

Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.


Elakkan KELAHIRAN BAYI PRA-MATANG. Jom dapatkan OMEGA GUARD yang kaya dengan minyak ikan.


Mengapa mengambil Omega-3 penting terutamanya semasa mengandung?

Kajian menunjukkan, Omega-3 adalah penting bagi perkembangn otak bayi dan visual awal bayi. Walau bagaimanapun, diet orang Malaysia sangat kurang dengan omega 3 ini. Lebih memburukkan keadaaan, selalunya disebabkan pengurangan pengambilan omega-3 oleh ibu-ibu hamil, kandungan omega 3 yang perlu disalurkan kepada bayi adalah tidak mencukupi.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa menambah EPA dan DHA untuk diet wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan visual dan kognitif bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Kajian juga menunjukkan, pengambilan EPA dan DHA dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia dan boleh meningkatkan berat badan ketika lahir. Sebaliknya, kekurangan Omega-3 boleh meningkatkan risiko ibu untuk kemurungan. Ini mungkin menjelaskan mengapa kecelaruan mood selepas bersalin boleh menjadi lebih teruk dan mula lebih awal dengan kehamilan berikutnya.


Adakah ia selamat untuk mengambil Minyak Ikan semasa mengandung?

Minyak ikan dalam bentuk kapsul adalah selamat untuk diambil semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) boleh mengandungi toksin alam sekitar seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh dihapuskan semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses penapisan lanjutan.




Jumaat, 26 Disember 2014

Tips Penjagaan Payudara Yang Cantik Dan Sihat

Penjagaan Payudara
Sihatkah payudara anda? Bagi yang sudah mendirikan rumahtangga dan melahirkan anak, kekenduran pada payudara masih boleh diperbaiki..


Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;

1. Lakukan pemeriksaan


Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan


Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada 'hatinya'.

3. Senaman


Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengangkat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.

4. Urutan


Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan payudara


Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli


Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan


Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.


Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan  rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.


Produk Shaklee ada Suplemen Untuk ANJALKAN PAYUDARA.
InshaAllah ia boleh membantu anda untuk dapatkan bentuk payudara yang diimpikan, cantik & sihat...

Cadangan Untuk Anjalkan Payudara
Boleh Menegangkan Payudara
Menanjalkan Payudara
Membentuk Payudara seperti yang diimpikan.


Artikel Penuh dari - MayFirst FEMALING Eksklusif Untuk Wanita




Isnin, 24 November 2014

#ShakleeEffect - Kenali Penyakit EKZEMA Dan Penyembuhannya Dengan Produk Shaklee



“Comelnya baby ni…eh tapi kenapa ada merah-merah kat pipi dia?” soal saya kepada jiran yang baru sahaja pulang mengambil anaknya dari rumah pengasuh.

“Oh ni kena ekzema, tu yang merah-merah tu”, jawab jiran saya.

Ekzema, hmm.. penyakit kulit pada bayi. Nak kena google ni untuk cari maklumat. Mana tahu boleh bantu dia. Selepas google dan browsing, saya terjumpa artikel kesihatan mengenai penyakit ekzema ini. Mari baca untuk tambah ilmu kesihatan. Penting ye lebih-lebih jika anda ada anak kecil.



Penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.

Bagi ekzema pada tahap ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.

Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti deman alergi dan asma.

Faktor Berlakunya Penyakit Ekzema

Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.

Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

“Trend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, di mana peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan,” menurut Dr. Steven Chow, perunding kanan dermatologi merangkap presiden Persekutuan Majlis Pengamal-pengamal Perubatan Swasta Malaysia atau Federation of Private Medical Practitioners Association of Malaysia (FPMPAM)

“Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa,” tambahnya.

Menurut Dr. Chow lagi, kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Kemungkinan ia juga berlaku di Malaysia.

“Dengan mengenal pasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan.

Perunding dermatologi Dr. Mardziah Alias pula berkata, penggunaan sabun dan bahan cuci kasar merupakan penyebab biasa ekzemakerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.

“Dengan menggunakan pelembap, mereka boleh menghalang kulit daripada menjadi kering sementara ia meningkatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit terhadap faktor-faktor penyebab ekzema.

“Yang terbaik adalah krim yang mempunyai dwi-fungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen antikeradangan untuk melegakan kulit.

Apakah petua untuk menjaga kulit ini?

Hadkan penggunaan

Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan

Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya

Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi

Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.

Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.

Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Losen

Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.

Menggaru

Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Berpeluh

Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

Tekanan

Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas

Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.


Jom rawat EKZEMA dengan Produk Shaklee:-

RAWATAN DALAMAN




#Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba. Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.

#Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.

#Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.

#Nutriferon - Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka, Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah.


****************************************


RAWATAN LUARAN


#Herbal Blend - Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
Nota - tidak sesuai bagi eczema berair.

#Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema. 
Nota - tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.

#Vitamin E - Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut.


Testimoni Ekzema 




Kredit ; Kesihatan Info



Cadangan Set Bersalin Shaklee (Premium)



Fungsi B Complex Shaklee adalah Anti Stress pada ibu berpantang.
●Si ibu lebih tenang
Membantu tubuh ibu hasilkan sel darah merah baru selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan anak.
Seluruh tubuh lebih bertenaga dan cergas
Membantu kekalkan kelembapan kulit

2) Vitamin C
Peranan Vitamin C dalam set ini
Membantu meningkatkan daya tahan melawan penyakit
Membantu penyembuhan luka jahitan
Bagus untuk kulit yang cantik. Terlibat dalam pembentukan kolagen bawah kulit.
Anti oksidan yang bagus penghalang kanser

3) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
Fungsi Vitalea dalam set Shaklee
Melengkapkan keperluan vitamin harian tubuh dengan 23 jenis mineral dan vitamin
Membekalkan zat besi untuk pembentukan sel darah merah yang berkualiti supaya badan lebih bertenaga.
Mengelakkan berlakunya anemia

4) Zink
Apa kelebihan Zink untuk ibu berpantang?
Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin dari luar dan dalam
Tidak perlu makan pati ikan haruan yang hanyir untuk khasiat yang sama.
Membantu menguatkan memori. Selepas bersalin ramai dari ibu cepat lupa
Mengurangkan keguguran rambut
Membantu pengaktifan enzim dalam badan

5) Shaklee ESP (Energizing Soy Protein)
Kelebihan ESP Shaklee
Membekalkan 20 jenis asid amino untuk pembinaan sel baru dan menyembuhkan luka
Rasa kenyang lebih lama dan badan rasa bertenaga
Membantu mengembalikan kesihatan kulit
Membanyakkan susu ibu
Boleh dibuat masker semulajadi yang berkesan. Boleh digunakan untuk Kuruskan Badan, Menyusukan Anak, Ibu Mengandung, Mengembalikan Kesuburan, Gastrik

Ostematrix dan gigi
6) Membekalkan Kalsium, Magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
Komponen utama susu ibu selepas protein.
Mencegah sembelit dan stress pada ibu.
Membantu mencegah sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan kerana menyusu badan.

7) Shaklee Lecithin
Membantu elakkan bengkak susu. Menguraikan lemak dan kolestrol dalam badan
Baik untuk kesihatan saraf
Meningkatkan memori dan ingatan

8) Alfalfa Shaklee
Peranan Alfafa Complex ialah
Merangsang pengeluaran susu
Berfungsi sebagai DETOX untuk menyingkirkan lemak yang pecahkan oleh Shaklee Lecithin.





Ahad, 16 November 2014

Soy Protein Isolate Powder - Kenapa Esp Shaklee Menjadi Pilihan Ramai??


Sekarang ni, ramai yang bercakap pasal ESP best!! Hahaha... memang sungguh... Esp ni memang memang best! Rata-rata yang dah try semua menampakkan perubahan positif

*Kulit menjadi putih, cerah & glowing-glowing
*Bentuk badan yang langsing kerana Esp ni memberi tenaga dan kenyang yang lama so dapat lah membantu mereka untuk berDIET.
*Susu yang  meriah - ibu tidak letih.. baby kenyang

Best kan....Fza pon dah mencuba... memang best Esp ni... anda seharuslah mencuba....

Nak tahu tak... Keistimewaan Esp - Soy Protein Isolate Powder?

❏ Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. 

❏ Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

❏ Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

❏ ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

❏ Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

❏ Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda.

❏ Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.

❏ Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.

❏ Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu.

❏ Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang.

❏ Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

❏ Mempunyai kandungan fitoestrogenuntuk kesihatan prostat, payudara dan menapous.

❏ Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.

❏ Tiada perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya.

❏ ESP sesuai untuk vegetarian.




Ahad, 26 Oktober 2014

Artis/Aktor Kita Dan Shaklee - Sihat Bersama Shaklee

Fza nak Share ngan rakan-rakan diluar sana tentang HEBATNYA SHAKLEE. Sampai artis-artis kita pon turut terpengaruh. Siap ada yang MENGAMALKANNYA & MENJUAL. Setelah mengamalkannya, mereka share dengan kita kebaikan Shaklee. Hebat sungguh Shaklee ni...

Meh Fza sharekan sapa ARTIS yang Fza maksudkan...


 JASMIN HANI
Jasmin Hani Ketika Hamil
Mengamalkan ESP-Soy Protein Isolate Powder. 
Bagus Untuk Ibu Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan.
Si Ibu Bertenaga Sepanjang Hari,
Kulit Ibu Cantik
Bayi Tak Jaundis (Kuning)


LEUNIEY - ISTERI KEPADA FAHMI CHE'MAT
Isteri Kepada Fahmi Penjaga Gol Bola Sepak - Leuniey
Leuniey Isteri Kepada Fahmi Penjaga Gol Bola Sepak Mengamalkan Set Kehamilan Semasa Pregnant. Lihat baby nye Comel Loteh kan...Kiyut Jer..


RITA RUDAINI







Rita Rudaini, mengamalkan VIVIX. Vivix bagus untuk Kesihatan Luaran dan Dalaman. Kulit Menjadi Cantik. Melambatkan Sistem Penuaan Kulit. 

Bila dah amalkan, Rita Rudaini pula menjual. Dia nak Sharekan Kebaikan Shaklee Kepada Semua. Kan Hebat Produk Shaklee ni. Rita Rudaini tak nak Cantik Sihat Sorang, so...dia sharelah Kebaikan Shaklee dengan Kita.


ASHRAF MUSLIM pon amalkan Shaklee. Tak Caya? Hurm.. boleh klik link ni http://youtu.be/Fb6hLg7VG-Y ....Selamat Menonton ye...


Selain daripada itu, AYU RAUDHAH pon ada amalkan VIVIX untuk KECANTIKAN LUAR & DALAMAN. Cun kan Ayu Raudhah tu....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...