Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label Alergik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alergik. Papar semua catatan

Rabu, 21 Januari 2015

#KelasOnline - Alfalfa Complex Untuk Resdung Dan Alergik By Master Fizah Sahin

Kelas Online
Alfalfa Complex Untuk Resdung Dan Alergik
by Master Fizah Sahin
20 Januari 2015
9.00 malam Hingga 10.00 malam


Malam tadi diberi kesempatan untuk bentangkan Slot bertajuk "ALFALFA UNTUK RESDUNG & ALERGIK" walaupun ilmu tak cukup didada, try juga untuk sampaikan pada master-master lain dalam KELAS ONLINE "COACH LEAD RAUDHAH". Moga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaat bersama....

Tajuk kita hari ni "ALFALFA UNTUK RESDUNG & ALERGIK/ALAHAN"


Resdung & Alergik adalah 1 perkara yang berbeza, tapi yang kita tahu cara rawatannya sama sahaja, semua berkait rapat dengan ALFALFA COMPLEX.

Secara umum jom kita ketahui apa kelebihan ALFALFA COMPLEX ini secara menyeluruh???
Sapa tahu fungsi ALFALFA COMPLEX??


RESDUNG atau seduan (sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat, apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung atau hama yang boleh terus merebak ke dalam tubuh pesakit.

APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)?
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut.

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.


ALERGIK / ALAHAN

Keadaan dimana seseorang menjadi sangat rentan/sensitif terhadap bendasing yang belum tentu menimbulkan gangguan pada orang lain. Dapat disebabkan oleh faktor keturunan. Reaksi alergik timbul setelah beberapa kali terdedah kepada alergen (bahan penyebab alergik).


GEJALA RESDUNG & ALERGIK/ALAHAN



JENIS RESDUNG
~ Ada 2 jenis
#Akut
#Kronik



JENIS ALERGIK / ALAHAN

SIAPA TAHU PRODUK SHAKLEE YANG MEMBANTU MENCEGAH RESDUNG/ALERGIK?

Produk Shaklee yang membantu mencegah RESDUNG/ALERGIK :-

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Jom kita bercerita pasal ALFALFA COMPLEX >>

À L F À L F À   C O M P L E X  merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa Shaklee mengandungi 300mg.


Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :
🍀Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

🍀Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

🍀Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

🍀Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

🍀Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

🍀Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

🍀Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan


Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee :
🍀Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.
🍀Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
🍀Memberi kelegaan semasa period.
🍀Membantu Merawat arthitis
🍀Membantu Merawat athma
🍀Mencuci usus bagi membuang toksik
🍀Membantu membuang angin dalam badan
🍀Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
🍀Meneutralkan asid dalam badan
🍀Membantu masalah keputihan pada wanita.
🍀Membesar dan menegangkan payudara.
🍀Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
🍀Memulihkan urat selepas bersalin.
🍀Milk booster
🍀Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
🍀Meningkatkan stamina lelaki
 🍀Membantu Melegakan masalah sembelit

#Tapi kita perlu tahu..
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..


Pencerahan penyakit SLE >>
Sekadar Gambar Hiasan


Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah :-
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus :-
#Discoid Lupus Erythematous (DLE)

Hanya melibatkan kulit
Jarang merebak ke organ lain

#Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Boleh merebak ke organ lain
Boleh mengakibatkan kematian

Statistik:-
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.


Berikut adalah fungsi-fungsi Vitamin tersebut terhadap RESDUNG & ALERGIK/ALAHAN

ALFALFA   COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..


B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress


VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.


SELAIN ITU, TAHUKAH ANDA, NUTRIFERON JUGA MEMBANTU MENCEGAH RESDUNG/ALERGIK

Fungsi NUTRIFERON

- Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan terutamanya jika anda bekerja dalam persekitaran yang berhabuk, jerebu dan tidak sihat.
-Sangat digalakkan bagi mereka yang telah mengalami jangkitan kuman dan mempunyai simptom resdung yang agak berat.

SET RESDUNG UNTUK KANAK-KANAK
1) ALFALFA COMPLEX
2) MEAL SHAKES
3) OMEGA GUARD
4) CHEWABLE VITA-C PLUS





Sabtu, 18 Oktober 2014

Promosi 1 Hari - Vitamin C 500mg Plus Shaklee (Beli 6 Percuma 1)


Promosi 1 hari sahaja : 18 Oktober 2014 - Beli 6 Percuma 1. Sempena Pembukaan Heaf Quarter Baru Shaklee di Sunway Pinnacle. Rugi sapa yang tak grab. Sebab Vitamin C 500mg Plus ni banyak kelebihan.

Jom baca pasal kebaikan dan kelebihan vitamin C ni!!

Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee

☞Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
☞Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
☞Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
☞Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
☞Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
☞Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
☞Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
☞Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
☞Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
☞Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
☞Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
☞Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih 
–> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
☞Merawat jangkitan saluran kencing.Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Kenapa saya beriya-iya mengesyorkan Sustained Release Vitamin C Shaklee kepada uols?

~vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.
~Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentusebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida.
~kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.
~Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
~Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...