Tab menu 2

Pages

Sabtu, 24 Mei 2014

Healing Crisis - Cara Mengatasi


Healing Crisis semasa pengambilan Vitamin Shaklee

Kebanyakan daripada kita yang mengambil vitamin dan suplemen Shaklee ini berasa vitamin ini tidak serasi dengan badan. Ada yang baru mengambilnya terasa demam, pening, sentiasa berpeluh dan lain-lain. Ketidakselesaan dari keadaan ini menyebabkan ramai antara kita yang berhenti mengambil vitamin ini.

Sebenarnya anda tidak harus berhenti kerana apa yang anda alami adalah healing krisis di mana vitamin ini sedang membantu badan anda membuang toksin-toksin yang telah lama berkarat dan terpendam dalam tubuh. Proses pembuangan toksin ini amat penting supaya tubuh badan bersih dari 'sampah' dan segala nutrien dan khasiat vitamin akan diserap dengan baik oleh badan.

Apakah itu healing crisis (krisis penyembuhan)?

Healing crisis adalah satu proses di mana badan mengalami satu keadaan penyucian dan pembinaan semula. Ia digelar 'healing' (penyembuhan) kerana badan kita sedang sembuh dan akan menjadi lebih kuat. Ianya disebut 'crisis' (krisis) kerana simptomnya kadang-kadang sangat dramatik dan boleh menyebabkan seseorang itu tidak selesa. Healing crisis adalah satu proses yang normal yang dialami oleh seseorang apabila mengubat secara semulajadi. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Apa yang berlaku sebenarnya bukannya kesan sampingan, sebaliknya ia adalah tindakbalas normal yang menunjukkan supplement anda berkesan. Ini bermakna sistem badan anda mula bekerja untuk membuang toksin-toksin yang telah lama berada di dalam badan.

Antara tanda-tanda anda mengalami Healing Crisis.
# penat melampau
# sangat mengantuk
# cirit-birit
# gatal-gatal
# jerawat naik tiba-tiba
# loya
# sakit kepala
# pening

Healing crisis bukan bermakna tubuh anda tidak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala toksin yang bersarang dan telah sekian lama terpendam dalam tubuh anda selama ini.

Vitamin & mineral Shaklee diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita mendapatkan vitamin C dengan memakan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D. Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin? Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah dan sebagainya bila mengambil supplement Shaklee.
Golongan ini adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.

2. Yang merasakan tiada apa perubahan terhadap dirinya.
Golongan ini adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.

3. Yang mengalami masalah seperti ruam, gatal dan sebagainya.
Golongan ini adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tidak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya.

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh. Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karatnya. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat-karat yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplemen.

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

# Tidak mengamalkannya setiap hari
# Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
# Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
# Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
# Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
# Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
# Mengalami masalah emosi
# Tanda-tanda dan Penyebab healing crisis (krisis pemulihan)

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:




Cara mengatasi dan mengurangkan Healing Crisis

Untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari untuk membantu badan kita membuang segala toksin dalam badan. Untuk pengetahuan anda juga, sel-sel tubuh mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari untuk bertindak balas.

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan berlaku.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Toksin tersebut adalah sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress dan ditambah lagi dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen membantu meningkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, badan rasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlaku dari 1 hingga 2 minggu.

Di waktu krisis pemulihan ini, individu haruslah mengambil air masak 2-3 liter sehari, rehat secukupnya dan makan lebih sayur dan buah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...