Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label Stress. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Stress. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Disember 2014

Kemurungan Ketika Kehamilan Dan Cara Tangani



Apakah tanda-tanda kemurungan?Apakah sebab kemurungan ini?Bagaimanakah saya boleh menangani kemurungan?Bilakah saya patut bimbang?Bagaimana pula selepas saya bersalin?

Anda telah membuat ujian kehamilan, dan berkongsi berita gembira ini dengan semua orang. Semua orang kata, "Tahniah! Awak pasti sangat gembira!" Ya, anda gembira yang kini anda hamil, tetapi pada masa yang sama, anda tidak begitu teruja. Malah, kadang-kala anda rasa tidak gembira. Lebih teruk lagi, anda rasa bersalah kerana tidak gembira dan seterusnya menjadi murung. Adakah anda seorang sahaja yang mempunyai perasaan sebegini? Jawapannya tidak. 
Apakah tanda-tanda kemurungan?Kehamilan adalah sesuatu yang menggembirakan, tetapi bukan setiap masa, dan bukan setiap wanita merasa begitu. Kira-kira satu dalam 10 wanita mengalami kemurungan semasa hamil. 

Kita mungkin cuba menutup perasaan ini kerana kita selalu percaya bahawa kehamilan adalah masa yang menggembirakan, atau kita mungkin menganggap kesedihan itu sebagai"angin tak baik" yang sering berlaku semasa hamil. Tetapi kemurungan boleh menjadi masalah serius bagi sesetengah wanita. 

Tidak mudah untuk mengumpulkan beberapa simptom dan mengatakan ia akan menjurus kepada kemurungan kerana masalah ini berbeza dari seorang wanita ke wanita lain. Sesetengahnya mempunyai angin tak baik sepanjang masa, sesetengah yang lain pula merasa jengkel dan sering menangis, atau merasa diri tak berguna dan tidak mahu hidup. Kemurungan boleh menjejaskan emosi dan fizikal serta tindak-tanduk anda. 

Berikut adalah beberapa simptom yang mungkin ada jika anda mengalami kemurungan:tidak dapat menumpukan perhatian;sentiasa bimbang;rasa sangat jengkel;masalah tidur;keletihan yang teruk atau berpanjangan;keinginan untuk makan setiap masa atau tiada selera makan langsung;perasaan bahawa tiada apa yang menggembirakan atau menyeronokkan;rasa sedih yang berterusan.Apakah sebab kemurungan ini?Sebelum ini, hormon kehamilan dipercayai mempunyai "kesan perlindungan" daripada kemurungan, kerana ramai wanita yang mempunyai perasaan dan emosi yang bagus semasa hamil. Namun, kini diakui bahawa tekanan dan stres akibat kehamilan dan menjaga anak kecil boleh membuatkan kaum wanita terdedah kepada masalah ini. 

Jika terdapat mana-mana aspek dalam kehidupan anda yang tidak berjalan lancar, maka anda menjadi lebih terdedah kepada kemurungan. Contohnya, sebab utama kemurungan semasa hamil ialah masalah perhubungan. Jika anda tidak mempunyai hubungan yang baik dengan suami, atau suami anda tiada di sisi, maka anda lebih berkemungkinan untuk mengalami kemurungan. 

Sebab-sebab lain: 

Peristiwa dalam hidup yang memberi tekanan 
Adakah anda akan berpindah ke rumah yang lebih besar sebagai persiapan menyambut kehadiran bayi ini? Adakah anda mempunyai masalah di tempat kerja? Apa-apa perubahan besar dalam kehidupan harian seperti perpindahan, atau peristiwa penting dalam hidup seperti perceraian atau kehilangan kerja boleh menyebabkan kemurungan. 

Pendapatan rendah 
Tiada pekerjaan dan tiada kelayakan kedua-duanya memainkan peranan, tetapi jumlah pendapatan yang rendah itu sendiri mempunyai kaitan besar dengan kemurungan pranatal. 

Masalah kehamilan 
Kehamilan yang bermasalah, contohnya yang menyebabkan mabuk hamil yang teruk, boleh mengganggu emosi. Jika anda tidak mahu hamil pada ketika ini, maka perkara ini juga akan menyumbang kepada kemurungan. 

Komplikasi dalam kehamilan terdahulu 
Pengalaman hamil dan bersalin yang terdahulu boleh mencorak bagaimana anda rasa mengenai kehamilan ini. Kajian telah menunjukkan bahawa komplikasi dalam kehamilan terdahulu mempunyai kaitan dengan kemurungan pranatal. 

Masalah kesuburan atau keguguran 
Jika anda mengalami banyak kesulitan untuk hamil, atau pernah mengalami keguguran di masa lalu, anda mungkin akan merasa risau mengenai kesihatan kandungan sekarang. 

Penderaan, samada di masa lalu atau sekarang
Kehamilan boleh menjadi penyebab bagikeganasan rumah tangga atau menjadikannya lebih teruk. Bagi wanita yang pernah mengalami penderaan emosi, seksual, fizikal atau melalui tutur kata, memori hitam ini boleh muncul semula akibat kehamilan. Badan anda kini berubah tanpa boleh dikawal, dan ini boleh mengembalikan isu-isu yang telah lama terpendam. 

Anda sepatutnya boleh berbincang dengan selamat dengan doktor anda semasapemeriksaan pranatal, di mana anda boleh memberitahu beliau mengenai sebarang penderaan (dulu atau sekarang) supaya anda boleh mendapat bantuan dan sokongan yang sewajarnya. 

Sejarah kemurungan peribadi atau dalam keluarga 
Jika masalah kemurungan berlaku dalam keluarga anda, atau jika anda sendiri pernah mengalami kemurungan, anda mungkin lebih berkemungkinan untuk menjadi murung. Tetapi bukti menunjukkan bahawa ini meletakkan anda dalam risiko lebih tinggi untuk mendapatkemurungan selepas bersalin atau meroyan (postnatal depression), berbanding kemurungan semasa hamil. 

Semasa pemeriksaan pranatal, doktor anda mungkin akan bertanya mengenai kesihatan mental anda pada masa ini dan terdahulu supaya anda boleh mendapat bantuan apabila anda memerlukannya. 

Bagaimanakah saya boleh menangani kemurungan?

Berehatlah 
Tahan keinginan untuk membuat seberapa banyak tugas yang anda boleh sebelum kelahiran bayi. Letakkan diri anda di tempat teratas dalam senarai perkara yang anda perlu buat. Anda tidak akan mempunyai banyak masa untuk diri sendiri sebaik sahaja bayi anda lahir. Bacalah buku, bersarapan di katil, atau keluar dengan rakan. Menjaga diri sendiri adalah satu perkara yang penting dalam penjagaan bayi. 

Bersenam 
Walaupun ini bukanlah masa yang terbaik untuk memulakan regim senaman yang berat, senaman boleh membantu memperbaiki mood anda. Berenang, berjalan dan kelas senaman pranatal selamat dilakukan semasa hamil. Tahu lebih lanjut mengenai senaman yang disyorkan sepanjang kehamilan dan sasarkan untuk membuatnya tiga kali seminggu. 

Luahkan 
Berbincanglah dengan suami anda dengan jujur. Anda perlukan sokongannya, dan dia hanya boleh melakukan perkara ini jika anda berterus terang. Anda juga boleh meluahkan kebimbangan anda mengenai masa depan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. 

Cubalah terapi atau kaunseling 
Jika anda telah melakukan segala-galanya untuk mengeluarkan diri daripada kemurungan ini selama dua minggu tetapi tidak berhasil, berjumpa dengan ahli terapi atau kaunseling mungkin membantu. Anda perlu mendapatkan seseorang yang boleh dipercayai dan yang anda rasa selamat untuk bercakap tentang hal ini. 

Bilakah saya patut bimbang?Jika anda rasa seperti hendak membunuh diri, atau hilang pertimbangan, tidak dapat menjalankan tanggung jawab harian, atau jika anda mengalami serangan panik, berbincanglah dengan doktor anda dengan segera. Ini sangat penting terutamanya jika anda dapati sukar untuk menjaga diri sendiri dan tidak lalu makan, kerana ini boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan anda. 

Berjumpa ahli terapi atau psikiatri bukan tanda kelemahan. Ia adalah tanda bahawa anda adalah seorang ibu yang baik, yang sanggup mengambil apa sahaja langkah yang perlu untuk menjamin keselamatan dan kesihatan diri dan bayinya. 

Jika kesemua cara di atas tidak berkesan dan kemurungan membuat hidup anda semakin sukar, berbincanglah dengan doktor mengenai ubat-ubatan. Memanglah anda boleh mengambil ubat anti-kemurungan semasa hamil, tetapi anda perlukan bantuan untuk menimbangkan kebaikan dan keburukannya dengan berhati-hati. Ini kerana, terdapat kemungkinan kecil yang kesihatan anda dan bayi boleh terjejas akibatnya. 

Ubat anti-kemurungan yang biasa disarankan oleh doktor ialah fluoxetine, yang mempunyai jenama Prozac. Ia merupakan sejenis ubat anti-kemurungan yang dipanggil selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs). 

SSRIs dipercayai meningkatkan risiko kecacatan jantung pada bayi. Dipercayai juga bahawa mengambil beberapa jenis ubat anti-kemurungan terutamanya venlafaxine (Efaxor) atau paroxetine (Seroxat), atau mengambil gabungan beberapa jenis ubat anti-kemurungan, boleh meningkatkan sedikit kemungkinan untuk gugur. Tetapi kemurungan yang teruk juga tidak baik untuk kesihatan anda dan bayi. Bincanglah dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk anda. 
Bagaimana pula selepas saya bersalin?Kajian menunjukkan ada kaitan di antara kemurungan semasa hamil dan kemurungan selepas bersalin, tetapi ini tidak bermakna jika anda murung semasa hamil, anda akan murung juga selepas bersalin. 

Pakar masih mencari jalan terbaik untuk membuat saringan ke atas wanita yang mengalami kemurungan pranatal supaya mereka dapat mengenalpasti siapakah yang berisiko tinggi mengalami kemurungan selepas bersalin. Dengan mempunyai kumpulan sokongan sekarang, yang terdiri daripada rakan-rakan, ahli keluarga, suami, doktor dan ahli terapi, bermakna bantuan telahpun tersedia jika anda memerlukannya selepas bersalin. 

Artikel Penuh Dari BabyCenter


Anda boleh tangani Stress atau Kelahiran Bayi Pramatang Dengan
  • B Complex
  • Omega Guard

Fungsi B Complex Tangani Stress


Fungsi Omega Guard Dalam Kehamilan







Tekanan (Stress) Semasa Mengandung Boleh Pengaruhi Bayi



Tekanan semasa mengandung pengaruhi bayi....

Di antaranya ialah jangan membunuh binatang, jangan menegur sesuatu yang ganjil sekiranya terserempak di jalanan kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan terjadi terhadap bayi.

Memang kita akui, terdapat banyak variasi di dalam persekitaran perinatal yang boleh menyebabkan perubahan kepada perkembangan bayi.

Contohnya, ibu yang mendapat infeksi rubela pada trimester pertama (iaitu 10 minggu pertama) boleh menyebabkan penyakit jantung kongenital pada bayi.

Ibu yang ketagih arak akan menyebabkan anak mengalami rencatan akal, bantut pembesaran, kecacatan anggota, jantung berlubang dan kecacatan kraniofasial. Gejala ini dikenali sebagai sindrom alkohol-fetal.

Sejauh manakah benarnya dakwaan orang tua-tua dahulu sukar untuk kita buktikan.


Persoalan yang ingin saya timbulkan pada minggu ini, adakah tekanan (stress) yang dialami oleh ibu semasa mengandung mempunyai kaitan dengan perkembangan emosi kanak-kanak?

Tekanan (stress) mempunyai banyak dimensi pengertian. Salah satu daripadanya mendefinasikan tekanan (stress) sebagai sebarang bentuk kesedaran psikofisiologikal yang boleh meletihkan sistem tubuh badan sehingga membawa kepada tidak berfungsi dan berpenyakit.

Ia mungkin berbentuk fizikal seperti penyakit mental seperti risau, gelisah dan spiritual seperti perasaan berdosa dan bersalah. Umum mengetahui bahawa tekanan (stress) menjadi begitu negatif sekiranya ia melepasi paras keupayaan seseorang menanganinya. Ia menjadi positif sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dan meningkatkan kekuatan mekanisme adaptasi.

Seperti yang saya telah bincangkan pada minggu-minggu terdahulu, banyak perhatian para doktor ditumpukan kepada kelainan-kelainan mental yang berlaku selepas bersalin daripada melihat kepada masalah-masalah semasa mengandung yang mungkin memberi kesan semasa bayi.

Ini kerana pengetahuan kita tentang sejauh mana kemudaratan yang ditimbulkan sebelum bersalin sehingga memberi kesan ke peringkat bayi sangat terbatas.

Kebanyakan daripada pengetahuan yang ada adalah berkaitan dengan perkara-perkara fizikal sahaja seperti kelahiran tidak cukup bulan dan sebagainya. Pengetahuan yang berkaitan dengan kesan emosi ke atas bayi sangat terbatas dan berkurangan.

Kajian saintifik menunjukkan bukti bahawa bayi memperlihatkan tindak balas kepada bunyi-bunyian sekurang-kurangnya pada minggu ke-20 kandungan. (Hepper & Shahidullah: The development of fetal hearing. dalam Fetal & Materal Medicine Review. 1994).

Ini bermakna jika ibu menunjukkan reaksi stress ketika kandungan 5 bulan dengan memaki hamun serta memperkatakan perkara-perkara yang tidak baik, dikhuatiri akan memberi impak emosi kepada bayi yang dikandungnya.

Para alim ulama menasihati kita tentang perlunya ibu-ibu memperkatakan sesuatu yang baik dan banyak membaca al-Quran ketika mengandung.

Bayi yang di dalam kandungan akan teransang dengan bunyi-bunyian dari ayat-ayat al-Quran yang didengarinya.


Justeru itu diharapkan apabila lahir dan membesarkan kemudian hari, conditioning yang sedia terbentuk disertai dengan keadaan rumah tangga yang penuh hikmah dan suasana persekitaran yang kondusif akan melahirkan insan-insan yang soleh, beriman serta mempunyai daya juang yang tinggi untuk agama, bangsa dan negaranya.


Masyarakat India yang beragama Hindu juga mempercayai bahawa ibu yang mengandung perlu dijaga supaya tidak memudaratkan kandungannya.

Oleh itu, masyarakat India melarang sekiranya mengejutkan ibu mengandung bangun dari tidur dengan cara menggoyang-goyangkan badannya.

Ia dikhuatiri akan mendatangkan rasa terkejut pada ibu yang boleh menimbulkan tekanan (stress) dan memudaratkan bayi yang dikandung. Cara yang mereka cadangkan ialah dengan menguis badannya perlahan-lahan atau membiarkan dia terus tidur.

Pengalaman seharian menunjukkan bahawasanya jika seorang suami mencederakan isterinya ketika mengandung dengan melakukan penganiayaan fizikal berulang-ulang kali, maka anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Adakah ini benar?

Kebanyakan kajian perubatan yang dijalankan untuk menjawab persoalan di atas, didapati menuju kepada suatu kesimpulan yang sama iaitu; sekiranya ibu menghadapi masalah psikologi ketika mengandung, ia akan memberi kesan kepada kandungannya.

Ini akan menyebabkan bayi tersebut lahir tidak cukup bulan dan kurang berat badan. (Pagel 1990 & Copper 1996).

Mengapakah terjadinya demikian? Tentu sekali sebab-musababnya hanya Allah Ta'ala sahaja yang mengetahui.

Suatu penjelasan yang mungkin adalah kerana meningkatnya hormon stress dalam diri ibu mengecilkan saluran darah ke rahim, sehingga mengurangkan aliran darah kepada bayi. Kekurangan aliran darah akan seterusnya membina tindak balas tekanan (stress) dalam diri bayi.

Bayi yang mengalami tekanan (stress) akan terdedah kepada risiko lahir tidak cukup bulan, kurang berat badan berbanding usia kandungan yang sebenar.

Keadaan ini menimbulkan masalah kesihatan dan penjagaan setelah lahir kerana mereka mudah terdedah kepada infeksi kuman. Bayi ini juga didapati lebih beremosi dan memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa.

Keadaan ini melahirkan lingkaran kemiskinan (vicious cycle) yang berputar di dalam suatu pusingan.


Setelah mengetahui hubung kait di antara tekanan (stress) semasa mengandung dengan emosi bayi kita seharusnya berfikir bagaimana untuk menghalang tekanan (stress) di dalam diri ibu-ibu yang mengandung.


  • Pertama sekali, ibu-ibu haruslah menjaga kesihatan mereka. Ini termasuklah mengambil makanan yang seimbang. Ini penting supaya ibu dan bayi yang dikandung, sihat secara fizikal.
  • Lakukan senaman yang sesuai dan tidak memenatkan. Selain daripada pelvic floor exercise seperti yang dinasihatkan oleh doktor sakit puan, ibu-ibu boleh melakukan gerak kerja relaksasi dan latihan pernafasan.
  • Latihan ini berguna di mana sahaja, sama ada ketika kita tertekan dan keletihan di tempat kerja, semasa menunggu bas atau suami menjemput pulang atau ketika masa kelahiran di dalam bilik bersalin.
  • Rancang supaya anda mempunyai rehat yang mencukupi terutama ketika badan keletihan di siang hari.
  • Anda perlu mempunyai tidur yang cukup di malam hari.
  • Tentu sekali, jika anda mempunyai pilihan, elakkan tekanan berlebihan di dalam hidup anda. Amalkan cara kehidupan yang riang dengan memberi banyak senyuman dan ketawa. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, moga-moga Allah akan melipat gandakan rezeki dan peluang yang akan anda kecapi.
  • Sebagai seorang yang paling hampir dengan isteri, suami boleh memainkan peranan yang penting untuk membantu mengurangkan stress.
  • Menolong isteri melakukan kerja rumah atau melayan anak-anak dapat memberi ruang kepada isteri untuk berehat. Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan tekanan (stress) kepada bayi di dalam kandungan.
  • Suami boleh memberi sokongan emosi yang besar kepada isteri dengan menjadi seorang pendengar kepada permasalahan yang dihadapi oleh isteri. Kaunselor yang paling berkesan bagi isteri adalah suami.
  • Majikan yang bersimpati juga boleh membantu mengurangkan bebanan tugas ketika di tempat kerja.
  • Kerajaan boleh memikirkan cara dengan memberikan cuti khas kepada kakitangan wanita ketika mengandung terutama sekali ketika saat-saat hampir dengan due date.
  • Di samping membolehkan mereka bersedia untuk saat-saat kelahiran, ia membantu mengurangkan tekanan 'pada saat-saat akhir'.

Kita semua boleh melakukan sesuatu. Matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan insan yang soleh, warganegara yang sihat, sempurna tubuh badan, akal fikiran, berbudi luhur yang akan menggembleng tenaga untuk memajukan agama, bangsa dan negara yang kita cintai.

Oleh: DR. MOHD. JAMIL HJ. YAACOB
Artikel penuh Dari UtusanOnline



Anda boleh tangani Stress atau Kelahiran Bayi Pramatang Dengan
  • B Complex
  • Omega Guard

Fungsi B Complex Tangani Stress


Fungsi Omega Guard Dalam Kehamilan







B-Complex Shaklee Bagus Untuk Redakan Stress & Wanita Hamil

Apakah B-Complex ?





B Complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu:

  • Thiamin (B-1), 
  • Riboflavin (B-2),
  • Niacin(B-3),
  • Pantothenic acid (B-5), 
  • Pyridoxine (B-6), 
  • Folic Acid (B-9) and 
  • Cobalamin (B-12) 
  • Serta Biotin.


Secara ringkas fungsi Vitamin B Complex

  • Vitamin B1 : mengurangkan kelesuan,keresahan,mempertingkatkan kecerdasan mental,melancarkan peredaran darah,meningkatkan stamina badan,menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisme
  • Vitamin B2 : mengurangkan keletihan mata,katarak,jangkitan lidah,membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik
  • Vitamin B3 : mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah,memperbaiki kesihatan kulit,rambut,sistem pencernaan dan mengelakkan depresi
  • Vitamin B5 : mengurangkan stress fizikal dan mental,membantu mengurangkan penuaan pra matang
  • Vitamin B6 : penting dalam proses asid amino,mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi) ,mengurangkan senggugut,menenangkan emosi,mengurangkan kekejangan otot
  • Vitamin B12 : meningkatkan selera makan,memperbaiki tindakbalas saraf,mengelakkan anemia,keletihan,baik untuk kecerdasan otak,kekuatan fizikal,memori,fokus dan keupayaan seksual
  • Biotin : membantu B Complex menjadi lebih efektif,mengurangkan rabun,rambut beruban,ekzema dan keradangn kulit
  • Asid Folik : kesihatan fetus,mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks,anemia,stress,ulser mulut


Vitamin B adalah bersifat larut air,oleh sebab itu,sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan( sebab itu air kencing akan berwarna kekuningan jika mengambil vit.B) ,jika tidak berwarna kekuningan ,itu bermakna anda kekurangan vitamin B...


Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?

Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.


Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?

Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah: 

  • gandum, 
  • daging, 
  • susu, 
  • kacang hijau, 
  • ragi, 
  • beras, 
  • telur, 
  • buah-buahan, 
  • hati, 
  • ikan, 
  • ginjal, 
  • kentang manis 
  • dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Compleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.


Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :

# Sistem penyerapan bioaktif berpaten
# Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
# Peningkatan penghantaran zat
# Tablet mudah ditelan


Siapa sebenarnya yang perlu B Complex? 

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang:


  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis, tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang


Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex. Bila kita tahu fungsi dan kebaikkan B Complex..automatik kita akan berdisiplin utk makan hari2.. B Complex membantu badan lebih bertenaga, lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang kita hadapi.

Kredit to MamaFaiz






Ahad, 6 Julai 2014

B Complex kawal Stress, Keletihan, Kelesuan


#utk hilangkan rasa letih.. kelesuan... 

Mesti baca!!

Vitamin B-Complex ni adalah antara gabungan vitamin kecantikan, yang menjadi kegilaan ramai.. bukan itu sahaja, vitamin B-complex ni, sangat sesuai diambil bersama-sama supplemen untuk weight gain dan supplemen kesuburan. banyak jugakkan kegunaan vitamin B-Complex ni..hehee..

Sekilas mengenai perbezaan vitamin B-Complex Shaklee

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualitiIni adalah kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% dan asid folikKesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin b-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuhVitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui pencernaan.Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hariShaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B-Complex extract from beer yeast.

Khasiat utama vitamin B-Complex

1. Menukar makanan kepada tenaga

Membantu penghadamanMembantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan

2. Melawan tekanan

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

3. Membantu tumbesaran

menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

4. Rambut beruban dan gugur

membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, berubanmengekalkan kesihatan rambut

5. Baik untuk mata

mengurangkan masalah keletihan matamencegah katarakmeningkatkan kualiti penglihatanperkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus

6. Mencegah anemia

membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodimerangsang sirkulasi darah dalam tubuhmerendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskularmerawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut

7. Meredakan senggugut

baik untuk masalah senggugut (PMS),meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

8. Mencegah perlcche

dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)mencegah jangkitan lidah (glossitis)nafas berbau

9. Detoksifikasi

meredakan alahan

Cara memilih vitamin B-Complex yang terbaik

mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotinpastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, b3 dan B12 tidak terlalu besarelakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)

Urin kuning selepas mengambil B-Complex Shaklee?

ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut dan ia mengandungi elemen kekuninganpada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa

PERHATIAN

B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...