Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label Asid Folic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asid Folic. Papar semua catatan

Ahad, 21 September 2014

B-Complex - Asic Folic


Pentingnya Asid Folic dalam badan wanita


Apa itu ASID FOLIC? 

-Asid Folic adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 

-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 

Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

~ Sumbing lelangit (cleft palate) 

~ Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)

~ Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 

~ Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIC perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folic asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folic sehingga kelahiran bayi. 

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIC?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.

-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang

-Merawat kesuburan pada lelaki

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIC

¤ Hati ayam

¤ Daging, ayam, telur

¤ Kekacang

¤ Beras perang, barli, oat

¤ Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain 

Wanita yang hamil atau yang merancang untuk hamil perlu mengambil multivitamin dengan asid folic setiap hari.

Memang asid folic ni bagus diamalkan sebelum mengandung lagi okey :)





Sabtu, 24 Mei 2014

VITAMIN B-COMPLEX SHAKLEE


Gejala kekurangan vitamin B:
●keletihan
●kebas
●kerengsaan usus
●gemuruh
●kemurungan
●paranoia
●lemah dan lesu
●stress

Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan. Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
●Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
●Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
●Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
●Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi.
●Membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
●Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
●Membantu dalam merawat alergi.
 ●Menyembuhkan luka
●Mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
●Membina tindak balas imun,
●Mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia.
●Membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...