Ni petua dari suami.
Selain berikan Adam Goh Vitamin Kesihatan si Manja, Suami Fza amalkan Telor Rebus bagi turunkan suhu panas dalam badan Adam Goh.
Family dia amalkan... sekarang amalkan ke Adam Goh. Petua ni boleh membantu turunkan suhu panas dengan segera.
Setiap kali Adam Goh demam, suami fza akan rebus telor. Telor tu, bila direbus awasi sikit, golek-golek dengan penyepit supaya kedudukan telor kuning berada ditengah telor putih. Selepas tu.. biar telor sejuk sekejap... jangan panas-panas pula tuam dibadan anak anda, nanti lain jadinya...
Selepas tu, dikopek kulit telor dan tuam ke seluruh badan Adam Goh. Golek-golek le telor tu dimerata badan... habis golek, buka telor tu dan lihat hasilnya... kalau kuning nya cantik bermakna suhu badan anak anda tidak turun... kalau kuning telor tu seakan kulit durian bermakna suhu panas tu dah turun ke dalam telor.
Ni hasil dari golek-golek diserata badan Adam Goh.
Lepas tu, pastikan telor tu dibuang, jangan dimakan... nanti tak pasal suhu panas tu masuk ke badan kita pula...
Selamat mencuba...
boleh buat berapa biji yang anda mahu...