Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label Rahsia Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahsia Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya. Papar semua catatan

Ahad, 19 April 2015

Khas Untuk Orang Yang Cepat Give Up Dalam Bisnes

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



* KHAS UTK ORG YG CEPAT GIVE UP DALAM BISNES

* Bisness mengajar kita erti SABAR, ramai yg nak untung cepat sampai lupa semua rezeki dr Allah... 

* baru usaha tak smpai sebulan dh give up... mcm mn nk berjaya kalau sikap kita mcm ni...?

* Mcm mn Allah nak bg rezeki yg banyak kalau ujian kecil mcm ni pn tak sanggup nak tempuh... rezeki semua org tak sma.. ada yg cepat... ada yg lmbt...hanya Allah yg tau... kita hya usaha & terus berusaha..& tawakal..

* ramai yg tak yakin dgn jnji Allah, Allah tak kejam... ingat tu jgn cepat sngat putus asa...

* Jangan gusar atau gentar jika anda melihat beberapa org yang left dari group anda.mungkin hp mereka tak dapat menampung betapa hebatnya aura dlm grup kite ni....tekadkan semangat agar kite sama2 berjaya selangkah ke hadapan bersama2.....

* Ingatlah teman...kita dibawah bumbung yang sama....berlainan daerah....namun kita masih di landasan yang sama untuk berjuang demi masa depan dan pendapatan yang lumayan

P/s: kita snggup pegi keja setiap hari & sabar tunggu gaji sebuln sekali.. bertahun2 keja untk kayakan boss... kena marah ngn boss sanggup sabar... tapi kenapa tak snggp bersabar dlm bisness untk kayakan diri



Sabtu, 18 April 2015

Petua Berjaya Berniaga Atas Talian

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


PETUA BERJAYA BERNIAGA ATAS TALIAN
Amalan Pembuka REZEKI

Anda rasa down tiada sale? Dah cuba SEMUA cara promosi tapi tak jalan?

Bukan salah awak, atau salah orang tak nak beli dari awak. Ianya sangat bergantung pada amalan-amalan kita.


Kenapa kita lihat, ada orang, letak ayat entah apa-apa, sale meletup2 tiap2 hari.


Kita penat mengarang, sale SATU pun susah nak sangkut.


Cuba fikir, siapa yang gerakkan hati-hati manusia untuk membeli? ALLAH. Tiada lain selain dariNya.


Jadi, apakah amalan-amalan pembuka pintu rezeki? Ni saya kongsikan.


kadangkala, kita perlu amalkan yang ini:


1: SedeKah setiap hari
2: Solat sunat dhuha jangan tinggal
3: Solat taubat sebelum tidur
4: Solat hajat
5: Baca surah Al-Waqiah setiap hari
6: Solat sunnah 2 rakaat sebelum subuh
7: Istighfar 100 kali sehari
8: Selawat 1000 kali sehari jika mampu

Ada banyak lagi, tapi amalkan yang 8 ni dulu. Tak mampu 8, amalkan 3-4 dulu. Yang penting anda kena MULA. Tak mula, anda takkan nampak hasilnya.

Usaha seperti biasa, tetapi tambah dengan rapatkan hubungan kita dengan Allah. Kerana DIA lah yang akan membuatkan sale anda meletup atau tidak.


Boleh?


Cubalah....


Saya doakan anda semua BERJAYA, Insya Allah.


Tips from group Aura Rezeki...❤❤❤❤❤




Sabtu, 11 Oktober 2014

Rahsia Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya


☞ Rahsia Pertama: BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN

Prinsip yang dipegang semasa saya jadi PRS (pembimbing rakan sebaya) semasa di sekolah menengah dulu. Bantu diri, untuk bantu orang lain. Sebagai SID (Shaklee Independent Distributor), tugas kita bukan menjual produk semata-mata, tapi berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain. Untuk berkongsi, kita mesti terlebih dulu memilikinya. Milikilah rasa cinta terhadap kesihatan dan keunggulan Shaklee, rasa nak berkongsi akan datang tanpa perlu dipaksa.

Dalam Shaklee, kita bukan saja berhubungan dengan pelanggan (pengguna Shaklee) tapi juga ahli-ahli dalam jaringan kita. Untuk bantu anak cucu di bawah kita, diri kita sendiri mestilah terlebih dulu bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang perlu (seperti yang disarankan oleh mak Shaklee kita). Kalau kita sendiri tak pernah melakukannya, bagaimana mungkin kita boleh berkongsi kebaikannya dengan orang lain bukan.

☞ Rahsia Kedua : BERUSAHA UNTUK IKHLAS

Ikhlas itu tersembunyi… Namun seboleh-boleh kita berusaha untuk ikhlaskan diri bila berkongsi tentang kebaikan Shaklee. Berusaha menggali ilmu dan menyebarkannya, bukan sekadar copy+paste sedangkan diri sendiri pun tidak pernah baca apa yang dikongsi. Dalam group Euphoria, Jutawan dan iReach sendiri, memang banyak perkara yang perlu dibuat dengan semangat berusaha untuk menjadi ikhlas. Banyak sangat. Yang penting, ia adalah berkenaan dengan memperbaiki diri sendiri, rohani dan jasmani.

☞ Rahsia Ketiga : SABAR

Saya tak tahu kalau ada bisnes yang boleh memberi keuntungan dalam masa sehari dua, dan berterusan. Dalam Shaklee, ia adalah satu proses membina. Nak bina sesuatu dari tiada apa-apa, bukan mudah. Banyak benda kena buat, dan prosesnya bukan sekejap. Lebih-lebih lagi kalau target akhirnya sangat besar. Lihat saja bangunan pencakar langit di Malaysia. Proses pembinaannya tidak mengambil masa seminggu… malah bertahun. Kalau belum berhasil, harus usaha lagi dan perbaiki, bukan terus berhenti atau menyalahkan orang lain.

☞ Rahsia Keempat : BISNES DENGAN ALLAH

Ramai orang pandang bisnes sebagai punca duit. Duit punca kekayaan. Kekayaan punca terjerumusnya Qarun, serta tercampaknya Firaun dan Haman ke dalam api neraka. Bila kita ada persepsi macam itu, kita akan jadi takut nak bercita-cita tinggi, apa lagi nak jadi kaya. Takut jadi orang kaya dan berjaya sebab takut tak dapat masuk syurga. Semoga Allah jauhkan dari semua itu. Kerana itu pentingnya kita menjadikan Allah sebagai ‘rakan bisnes’ kita. Setiap keuntungan kita, ada bahagian milik Dia. Setiap usaha kita, ada bahagian milik Dia. Jadi, jangan usaha kuat-kuat, bila untung celebrate untuk diri sendiri saja… Usaha seiring dengan cita-cita yang tinggi, doa dan tawakal. Bila dapat untung, bayar Dia dengan zakat, sedekah dan pelbagai cara kebaikan.

☞ Rahsia Kelima : JANGAN PUTUS ASA

Bisnes mana-mana pun, malah dalam apa yang kita buat, tiada jaminan akan berjaya terus. Malah, tersurat dalam al-Quran “inna ma’al usri yusro” sesungguhnya bersama kesukaran akan ada kesenangan. Untuk mendapatkan kemudahan, kesenangan, kejayaan, harus tempuhi tempoh kesukaran terlebih dulu… Tempoh berusaha, bukan sesuatu yang seronok. Namun percayalah, setiap malam akan ada siangnya, setiap mula pasti ada akhirnya. Setiap usaha pasti ada habuannya. Syaratnya, jangan putus asa.

Kredit To : LynaNoh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...