Tab menu 2

Pages

Sabtu, 18 Oktober 2014

#ShakleeEffect - Pentingnya Shaklee Ketika Anak Demam, Muntah, Cirit-Birit

#ShakleeEffect

Assalamualaikum W.B.T...
Adam Goh Dah Kembali Aktif Dengan Dunia Dia

Hari ini Fza nak citer apa yang Fza rasa seminggu yang lepas. Sedih sangat-sangat bila Adam Goh Cirit-birit, Muntah yang memancut-mancut, serta suhu badan yang tinggi.

Bermula dari sini ye.. Bagi yang ada anak kecil, jom Fza kongsikan cerita ni, kita manfaat sama-sama ye.

Pagi Rabu 8 Oktober 2014, sewaktu subuh, nak hantar Adam Goh ke rumah pengasuh, Adam Goh Cirit. Ingatkan cirit biasa je. So Fza tetap hantar Adam Goh ke rumah pengasuh, sampai di rumah pengasuh, Adam Goh start muntah. Bersihkan Adam Goh, Fza tetap tinggalkan Adam Goh dengan pengasuh dia, ingatkan tak serius. Tapi Fza ada pesan pengasuh, kalau ada apa-apa segera call Fza. Sepanjang kerja Fza try call pengasuh tapi tak dapat. SEDIH.. Fikir macam-macam dah. Naluri ibu kot. 4 petang, dapat panggilan dari Akak Kedai Makan suruh Fza balik segera. Suhu Adam Goh tinggi, muntah berterusan kalau diberi susu, cirit birit sahaja. Ya Allah.. Pengasuh tak boleh nak call Fza, wayar telefon rumah dia putus.. patutlah Fza call tak berjawab... alahai... Fza speed laju.. sebab fkirkan Adam Goh..

Sampai rumah pengasuh, suhu Adam Goh 38.9 c.
Panasnya.. muka ketara kemerahan. Segera Fza bawa Adam Goh ke klinik. Tak perlu tunggu lama, terus turn Adam Goh. Doktor hanya cakap Adam Goh demam. Pihak klinik hanya bagi Adam ubat demam dan air garam. Itu aje.. kalau berterusan doktor pesan segera bawa Adam Goh ke Hospital.

Sampai rumah, bagi Adam minum ubat demam n air garam. Adam Goh tetap macam tu. Asyik muntah memancut-mancut. Dah le muntah, asyik cirit sahaja. Tukar pampers cirit balik... tukar cirit..tukar cirit... alahai.... Esoknya Fza terpaksa ambil cuti. Nak jaga Adam Goh. Tak sampai hati nak hantar Adam Goh pada pengasuh dia dalam keadaan Adam Goh macam ni. Cukup 24 jam.. adam dah ketara susut...

Adam Goh yang lemah dan letih

Fza habis iktiar.. ubat fza tak pernah miss bagi Adam Goh. Air garam pon macam tu. Fza takut air dalam badan Adam Goh kering. Fza kerap mandikan Adam Goh agar suhu Adam Goh turun. Alhamdulillah... Demam dan muntah dah hilang... tapi yang Fza sedih.. Adam tak henti dengan ciritnya... sedihnya...  Apa yang perlu Fza lakukan bagi nak hentikan Adam Goh dari cirit birit yang berterusan???? Takut Adam Goh tak mampu nak lalui semua tu. Dia kan masih kecil lagi... 

Susut Badan Sangat Ketara


Baru terfikirkan PERFORMANCE DRINK SHAKLEE... Nasib baik ada performance drink shaklee.. Fza bancuh untuk Adam Goh... paksa Adam Goh minum walau Adam Goh tak nak minum. Takut air dalam badan dia kering...sebab dia tak nak makan. Hanya nak susu... Fza campurkan MEAL SHAKES SHAKLEE dalam susu Adam Goh.. biar Adam Goh bertenaga... ruginya tak sparekan NUTRIFERON SHAKLEE kat rumah. Alahai.. bila dah macam ni.. baru tahu...semua tu penting... untuk sapa??? Untuk anak kita.. apa lah kalu difikirkan pasal duit sangat kan... 

Adam Goh tetap juga cirit birit... sampai hari ke-4... Fza terpaksa bawa Adam Goh ke hospital... sebab fikirkan dah lama sangat ciritnya... di Unit Kecemasan Hospital Teluk Intan, doktor katakan Adam Goh ok.. dalam tempoh penyembuhan.. doktor kata.. Walau Adam cirit birit sahaja tapi air dalam badan Adam Goh ok. Adam Goh tak kekurangan air... nasib baik Fza berikan Adam Goh Perfomance Drink... so Adam Goh tak dehidrated... Alhamdulillah. Fza pulang dengan wajah yang ceria. Sebab Fza ingatkan malam tu akan tidur kat wad dengan Adam Goh... :)

Lama kan Adam Goh cirit birit. Berterusan sehingga 7 hari. Kini Adam Goh dah sihat. Selera makan pon bertambah. Pantang nampak mama dan papanya makan pasti dia tumpang sekali. 

Bila dah sihat, nilah rutin harian dia, ada hati nak lepas palang dapur



Fza kongsikan disini INFO CIRIT BIRIT & MUNTAH SERTA FUNGSI SHAKLEE DALAM TANGANI CIRIT BIRIT & MUNTAH. Kalau Anda sayangkan anak anda, bacalah hingga habis ye :)

CIRIT-BIRIT

Cirit-birit dicirikan oleh peningkatan kekerapan membuang air besar yang lembut dan berair daripada biasa. Ia biasanya merupakan satu simptom jangkitan gastrousus yang boleh disebabkan oleh pelbagai bakteria (Shigella, Escherichia colli), virus-virus (Rotavirus) dan parasit. Ia juga boleh berpunca daripada pelbagai penyakit seperti penyakit-penyakit usus, penyakit-penyakit fungsi usus dan gangguan endokrin. Tidak tolerans terhadap makanan atau tindak balas terhadap sesetengah ubatan juga mungkin boleh mengakibatkan cirit-birit.


Dehidrasi
Cirit-birit yang teruk boleh mengakibatkan kehilangan cecair (dehidrasi), dan mungkin boleh mengancam nyawa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak kecil. Simptom-simptom dehidrasi termasuk kering mulut, mata tenggelam, kulit kering berkedut, air mata yang sedikit atau tidak keluar semasa menangis, urin yang berwarna gelap dan pekat, dan rasa mengantuk atau kelesuan yang tidak normal. Jika anak anda mengalami dehidrasi atau hampir mengalaminya, berikan dia cecair yang mengandungi garam oral rehidrasi dengan secepat mungkin. Ia boleh dibeli daripada doktor atau farmasi. Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia masih mengalami dehidrasi.


Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia mengalami keadaan seperti berikut:

1. Mulut kering.
2. Mata cengkung (gelap je bawah mata).
3. Kulit kering dan berkedut.
4. Sedikit atau tiada air mata apabila menangis.
5. Tidak ada kencing selama 4-6 jam.
6. Kurang daripada 3 kali sehari je kencing.
7. Ubun bayi kelihatan lekok.
8. Tidak aktif atau tidak bermaya.


Apa yang Perlu Dilakukan

1. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak.
2. Terus memberi anak anda diet yang seperti biasa atau tingkatkan penyusuan susu badan.
3. Dapatkan nasihat doktor anda tentang pemakanan atau pemberian supplemen.


PERINGATAN: JANGAN BERI UBATAN UNTUK MEMBERHENTIKAN CIRIT-BIRIT.


MUNTAH

Apabila anak anda muntah, isi kandungan perutnya akan dipaksa naik ke esofagus dan keluar daripada mulutnya. Sesetengah daripada punca-puncanya termasuk, jangkitan virus di perut (gastroenteritis), iritasi perut, keracunan makanan dan jangkitan saluran kencing. Di dalam sesetengah kes, muntah boleh menjadi satu simptom untuk keadaan yang serius, seperti penyumbatan saluran penghadaman, gangguan di dalam mekanisme keseimbangan dalam telinga, konkusi (kecederaan kepala) dan jangkitan di dalm otak (meningitis).

Oleh kerana anak anda mungkin akan kehilangan jumlah cecair yang banyak apabila muntah, terutama sekali jika dia telah muntah serta diiringi dengan cirit-birit, maka dia mungkin berisiko tinggi untuk mengalami dehidrasi. Dehidrasi yang tidak dirawat boleh mengancam nyawa.

Bawa anak anda berjumpa doktor jika dia:

1. Muntah berulang kali.
2. Memuntahkan cecair berwarna hijau-kuning (hempedu).
3. Mempunyai demam atau sakit kepala.
4. Memuntahkan darah (warna merah cerah, perang dan hitam).
5. Rasa mengantuk dan pening-pening lalat.
6. Enggan makan.
7. Menunjukkan tanda-tanda dehidrasi.

Apa yang Perlu dilakukan

1. Biarkan anak anda muntah. Jangan menahan muntah.
2. Pusingkan kepala anak anda dengan mukanya menghadap besen/tuala bagi mengelakkannya daripada tersedut muntah
3. Tenangkan hati anak anda semasa dia sedang muntah.
4. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak selepas muntah untuk mengelakkan dehidrasi. (in case kalau muntah cam anak saya hari tu, make sure jangan bagi minum air banyak2 sekaligus, sebab biasanya dia akan muntah balik lepas tu keluar balik semua air yang diminum. Better bagi sikit2 or bagi air ORS. Kami bagi minum air zam2 juga.)
5. Beri anak anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan lebih kerap, seperti 4-5 waktu makan dengan sajian yang lebih kecil berbandaing 2-3 waktu makan besar di dalam sehari.
6. Pastikan anak anda tidak makan makanan pejal sehingga dia berhenti daripada muntah.
7. Jangan berlengah mendapatkan bantuan perubatan jika simptom-simptomnya berlanjutan.

Bagaimana atau fungsi Shaklee dalam tangani muntah dan cirit birit.

PERFORMANCE DRINK


Setelah mengetahui manfaat Nutriferon untuk masalah cirit-birit, mari kita selidik pulak mengenai manfaat dan fungsi Performance Drink. Performance Drink pertama kali dihasilkan pada tahun 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus human-powered flight programme) sehingga telah mencatatkan rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini. ia juga dirumus eksklusif sebagai minuman pilihan para atlet sukan.

Antara keistimewaan & manfaat Performance Drink Shaklee: 

 (1) Meningkatkan daya ketahanan badan- Memberikan tenaga kepada otot dan se dengan cepat, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

(2) Menggantikan air yang hilang dengan cepat sewaktu melakukan aktiviti lasak.

(3) Mmbekal tenaga dan daya ketahanan fizikal- Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. 

(4) Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride.

(5) Produk ini dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dengan tugasan harian.

(6) Mencegah penyahhidratan- Membantu mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan sentiasa kelihatan muda. 

(7) Mengekalkan paras gula- Ianya terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang sangat penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.


Berdasarkan manfaat yang dinyatakan di atas, jelas dan nyata bahawa Performance Drink mampu mengembalikan semula jumlah air yang hilang ketika cirit-birit terjadi kerana menjadi kebiasaan apabila seseorang mengalami masalah cirit-birit, jumlah air dalam badan akan mulai berkurangan apatah lagi bagi cirti-birit yang mengambil masa yang lebih lama dari keadaan cirit-birit biasa. 

Anda aktif bersukan? 

Ketahui maklumat lanjut MINUMAN TENAGA UNTUK ANDA YANG AKTIF BERSUKAN..

NUTRIFERON

Kandungan Nutriferon: 

Nutriferon merupakan salah-satu produk Shaklee yang dikaji hampir 40 tahun lamanya. Antara kandungan bahan dalam Nutriferon adalah terdiri daripada Biji Labu, Safflower, Honeysuckle Jepun, dan Biji Plantago Asiatica. 

Mari kita lihat apakah keistimewaan dan manfaat Nutriferon ini dalam membantu masalah cirit-birit..

(1) Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari- Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia yang mampu untuk mempertingkatkan dan meransang keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh.

(2) Melawan kanser dan tumor

(3) Melindungi dari influenza-Terbukti mampu menghalang dan mengimbangi respon terhadap keadaan persekitaran seperti alergi, virus, jangkitan bakteria dan sebagainya.

(4) Meringankan stress dan kelesuan- Ia juga mampu meningkatkan stamina tubuh badan akibat keletihan, kelesuan dan sebagainya.

(5) Melambatkan penuaan- Nutriferon ini bertindak sebagai agen penghalang kepada radikal bebas, jangkitan virus dan kuman. Oleh yang demikian, apabila sel-sel sentiasa sihat, maka tubuh juga menjadi lebih sihat dan melambatkan penuaan.

(6) Mengurangkan infeksi kepada pesakit hepatitis B dan C- Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan bagi pesakit Hepatitis B dan C seperti gejala kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain. 

(7) Mempertingkatkan masalah Haid dan Menopous


Pada kebiasaannya apabila cirit-birit menyerang tubuh manusia, antara puncanyaadalah disebabkan oleh faktor jangkitan bakteria seperti yang telah saya sebutkan di atas. 

Oleh yang demikian, berdasarkan keistimewaan dan manfaat keseluruhan Nutriferon yang saya huraikan di atas, anda dapat menilai tentang fungsi Nutriferon juga mampu menghalang dan melawan jangkitan bakteria ketika masalah cirit-birit ini berlaku.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...