Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label Performance - Natural Orange. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Performance - Natural Orange. Papar semua catatan

Selasa, 16 Jun 2015

Atasi Keletihan Di Bulan Ramadhan Dengan Performance Drink Shaklee

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bulan Ramadhan nanti.... dijangka kita akan berpuasa dalam musim panas... rasanya....mesti ramai yg longlai, lesu tak berdaya kan!! Bagaimana nak tambah tenaga bulan posa nanti??!



Jom... dapatkan minum Isotonik yg dapat mengurangkan dahaga anda!! Insha Allah.. Khasiat Perfomance Drink yg anda tidak tahu !! .



P E R F O R M A N C E   D R I N K (539g)

*membantu mencegah dehidrasi

*membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan

*baik untuk ibu mengandung, menyusu, cirit birit, kanak-kanak demam

*menyediakan tenaga karbohidrat untuk badan .




Sabtu, 18 Oktober 2014

#ShakleeEffect - Pentingnya Shaklee Ketika Anak Demam, Muntah, Cirit-Birit

#ShakleeEffect

Assalamualaikum W.B.T...
Adam Goh Dah Kembali Aktif Dengan Dunia Dia

Hari ini Fza nak citer apa yang Fza rasa seminggu yang lepas. Sedih sangat-sangat bila Adam Goh Cirit-birit, Muntah yang memancut-mancut, serta suhu badan yang tinggi.

Bermula dari sini ye.. Bagi yang ada anak kecil, jom Fza kongsikan cerita ni, kita manfaat sama-sama ye.

Pagi Rabu 8 Oktober 2014, sewaktu subuh, nak hantar Adam Goh ke rumah pengasuh, Adam Goh Cirit. Ingatkan cirit biasa je. So Fza tetap hantar Adam Goh ke rumah pengasuh, sampai di rumah pengasuh, Adam Goh start muntah. Bersihkan Adam Goh, Fza tetap tinggalkan Adam Goh dengan pengasuh dia, ingatkan tak serius. Tapi Fza ada pesan pengasuh, kalau ada apa-apa segera call Fza. Sepanjang kerja Fza try call pengasuh tapi tak dapat. SEDIH.. Fikir macam-macam dah. Naluri ibu kot. 4 petang, dapat panggilan dari Akak Kedai Makan suruh Fza balik segera. Suhu Adam Goh tinggi, muntah berterusan kalau diberi susu, cirit birit sahaja. Ya Allah.. Pengasuh tak boleh nak call Fza, wayar telefon rumah dia putus.. patutlah Fza call tak berjawab... alahai... Fza speed laju.. sebab fkirkan Adam Goh..

Sampai rumah pengasuh, suhu Adam Goh 38.9 c.
Panasnya.. muka ketara kemerahan. Segera Fza bawa Adam Goh ke klinik. Tak perlu tunggu lama, terus turn Adam Goh. Doktor hanya cakap Adam Goh demam. Pihak klinik hanya bagi Adam ubat demam dan air garam. Itu aje.. kalau berterusan doktor pesan segera bawa Adam Goh ke Hospital.

Sampai rumah, bagi Adam minum ubat demam n air garam. Adam Goh tetap macam tu. Asyik muntah memancut-mancut. Dah le muntah, asyik cirit sahaja. Tukar pampers cirit balik... tukar cirit..tukar cirit... alahai.... Esoknya Fza terpaksa ambil cuti. Nak jaga Adam Goh. Tak sampai hati nak hantar Adam Goh pada pengasuh dia dalam keadaan Adam Goh macam ni. Cukup 24 jam.. adam dah ketara susut...

Adam Goh yang lemah dan letih

Fza habis iktiar.. ubat fza tak pernah miss bagi Adam Goh. Air garam pon macam tu. Fza takut air dalam badan Adam Goh kering. Fza kerap mandikan Adam Goh agar suhu Adam Goh turun. Alhamdulillah... Demam dan muntah dah hilang... tapi yang Fza sedih.. Adam tak henti dengan ciritnya... sedihnya...  Apa yang perlu Fza lakukan bagi nak hentikan Adam Goh dari cirit birit yang berterusan???? Takut Adam Goh tak mampu nak lalui semua tu. Dia kan masih kecil lagi... 

Susut Badan Sangat Ketara


Baru terfikirkan PERFORMANCE DRINK SHAKLEE... Nasib baik ada performance drink shaklee.. Fza bancuh untuk Adam Goh... paksa Adam Goh minum walau Adam Goh tak nak minum. Takut air dalam badan dia kering...sebab dia tak nak makan. Hanya nak susu... Fza campurkan MEAL SHAKES SHAKLEE dalam susu Adam Goh.. biar Adam Goh bertenaga... ruginya tak sparekan NUTRIFERON SHAKLEE kat rumah. Alahai.. bila dah macam ni.. baru tahu...semua tu penting... untuk sapa??? Untuk anak kita.. apa lah kalu difikirkan pasal duit sangat kan... 

Adam Goh tetap juga cirit birit... sampai hari ke-4... Fza terpaksa bawa Adam Goh ke hospital... sebab fikirkan dah lama sangat ciritnya... di Unit Kecemasan Hospital Teluk Intan, doktor katakan Adam Goh ok.. dalam tempoh penyembuhan.. doktor kata.. Walau Adam cirit birit sahaja tapi air dalam badan Adam Goh ok. Adam Goh tak kekurangan air... nasib baik Fza berikan Adam Goh Perfomance Drink... so Adam Goh tak dehidrated... Alhamdulillah. Fza pulang dengan wajah yang ceria. Sebab Fza ingatkan malam tu akan tidur kat wad dengan Adam Goh... :)

Lama kan Adam Goh cirit birit. Berterusan sehingga 7 hari. Kini Adam Goh dah sihat. Selera makan pon bertambah. Pantang nampak mama dan papanya makan pasti dia tumpang sekali. 

Bila dah sihat, nilah rutin harian dia, ada hati nak lepas palang dapur



Fza kongsikan disini INFO CIRIT BIRIT & MUNTAH SERTA FUNGSI SHAKLEE DALAM TANGANI CIRIT BIRIT & MUNTAH. Kalau Anda sayangkan anak anda, bacalah hingga habis ye :)

CIRIT-BIRIT

Cirit-birit dicirikan oleh peningkatan kekerapan membuang air besar yang lembut dan berair daripada biasa. Ia biasanya merupakan satu simptom jangkitan gastrousus yang boleh disebabkan oleh pelbagai bakteria (Shigella, Escherichia colli), virus-virus (Rotavirus) dan parasit. Ia juga boleh berpunca daripada pelbagai penyakit seperti penyakit-penyakit usus, penyakit-penyakit fungsi usus dan gangguan endokrin. Tidak tolerans terhadap makanan atau tindak balas terhadap sesetengah ubatan juga mungkin boleh mengakibatkan cirit-birit.


Dehidrasi
Cirit-birit yang teruk boleh mengakibatkan kehilangan cecair (dehidrasi), dan mungkin boleh mengancam nyawa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak kecil. Simptom-simptom dehidrasi termasuk kering mulut, mata tenggelam, kulit kering berkedut, air mata yang sedikit atau tidak keluar semasa menangis, urin yang berwarna gelap dan pekat, dan rasa mengantuk atau kelesuan yang tidak normal. Jika anak anda mengalami dehidrasi atau hampir mengalaminya, berikan dia cecair yang mengandungi garam oral rehidrasi dengan secepat mungkin. Ia boleh dibeli daripada doktor atau farmasi. Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia masih mengalami dehidrasi.


Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia mengalami keadaan seperti berikut:

1. Mulut kering.
2. Mata cengkung (gelap je bawah mata).
3. Kulit kering dan berkedut.
4. Sedikit atau tiada air mata apabila menangis.
5. Tidak ada kencing selama 4-6 jam.
6. Kurang daripada 3 kali sehari je kencing.
7. Ubun bayi kelihatan lekok.
8. Tidak aktif atau tidak bermaya.


Apa yang Perlu Dilakukan

1. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak.
2. Terus memberi anak anda diet yang seperti biasa atau tingkatkan penyusuan susu badan.
3. Dapatkan nasihat doktor anda tentang pemakanan atau pemberian supplemen.


PERINGATAN: JANGAN BERI UBATAN UNTUK MEMBERHENTIKAN CIRIT-BIRIT.


MUNTAH

Apabila anak anda muntah, isi kandungan perutnya akan dipaksa naik ke esofagus dan keluar daripada mulutnya. Sesetengah daripada punca-puncanya termasuk, jangkitan virus di perut (gastroenteritis), iritasi perut, keracunan makanan dan jangkitan saluran kencing. Di dalam sesetengah kes, muntah boleh menjadi satu simptom untuk keadaan yang serius, seperti penyumbatan saluran penghadaman, gangguan di dalam mekanisme keseimbangan dalam telinga, konkusi (kecederaan kepala) dan jangkitan di dalm otak (meningitis).

Oleh kerana anak anda mungkin akan kehilangan jumlah cecair yang banyak apabila muntah, terutama sekali jika dia telah muntah serta diiringi dengan cirit-birit, maka dia mungkin berisiko tinggi untuk mengalami dehidrasi. Dehidrasi yang tidak dirawat boleh mengancam nyawa.

Bawa anak anda berjumpa doktor jika dia:

1. Muntah berulang kali.
2. Memuntahkan cecair berwarna hijau-kuning (hempedu).
3. Mempunyai demam atau sakit kepala.
4. Memuntahkan darah (warna merah cerah, perang dan hitam).
5. Rasa mengantuk dan pening-pening lalat.
6. Enggan makan.
7. Menunjukkan tanda-tanda dehidrasi.

Apa yang Perlu dilakukan

1. Biarkan anak anda muntah. Jangan menahan muntah.
2. Pusingkan kepala anak anda dengan mukanya menghadap besen/tuala bagi mengelakkannya daripada tersedut muntah
3. Tenangkan hati anak anda semasa dia sedang muntah.
4. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak selepas muntah untuk mengelakkan dehidrasi. (in case kalau muntah cam anak saya hari tu, make sure jangan bagi minum air banyak2 sekaligus, sebab biasanya dia akan muntah balik lepas tu keluar balik semua air yang diminum. Better bagi sikit2 or bagi air ORS. Kami bagi minum air zam2 juga.)
5. Beri anak anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan lebih kerap, seperti 4-5 waktu makan dengan sajian yang lebih kecil berbandaing 2-3 waktu makan besar di dalam sehari.
6. Pastikan anak anda tidak makan makanan pejal sehingga dia berhenti daripada muntah.
7. Jangan berlengah mendapatkan bantuan perubatan jika simptom-simptomnya berlanjutan.

Bagaimana atau fungsi Shaklee dalam tangani muntah dan cirit birit.

PERFORMANCE DRINK


Setelah mengetahui manfaat Nutriferon untuk masalah cirit-birit, mari kita selidik pulak mengenai manfaat dan fungsi Performance Drink. Performance Drink pertama kali dihasilkan pada tahun 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus human-powered flight programme) sehingga telah mencatatkan rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini. ia juga dirumus eksklusif sebagai minuman pilihan para atlet sukan.

Antara keistimewaan & manfaat Performance Drink Shaklee: 

 (1) Meningkatkan daya ketahanan badan- Memberikan tenaga kepada otot dan se dengan cepat, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

(2) Menggantikan air yang hilang dengan cepat sewaktu melakukan aktiviti lasak.

(3) Mmbekal tenaga dan daya ketahanan fizikal- Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. 

(4) Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride.

(5) Produk ini dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dengan tugasan harian.

(6) Mencegah penyahhidratan- Membantu mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan sentiasa kelihatan muda. 

(7) Mengekalkan paras gula- Ianya terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang sangat penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.


Berdasarkan manfaat yang dinyatakan di atas, jelas dan nyata bahawa Performance Drink mampu mengembalikan semula jumlah air yang hilang ketika cirit-birit terjadi kerana menjadi kebiasaan apabila seseorang mengalami masalah cirit-birit, jumlah air dalam badan akan mulai berkurangan apatah lagi bagi cirti-birit yang mengambil masa yang lebih lama dari keadaan cirit-birit biasa. 

Anda aktif bersukan? 

Ketahui maklumat lanjut MINUMAN TENAGA UNTUK ANDA YANG AKTIF BERSUKAN..

NUTRIFERON

Kandungan Nutriferon: 

Nutriferon merupakan salah-satu produk Shaklee yang dikaji hampir 40 tahun lamanya. Antara kandungan bahan dalam Nutriferon adalah terdiri daripada Biji Labu, Safflower, Honeysuckle Jepun, dan Biji Plantago Asiatica. 

Mari kita lihat apakah keistimewaan dan manfaat Nutriferon ini dalam membantu masalah cirit-birit..

(1) Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari- Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia yang mampu untuk mempertingkatkan dan meransang keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh.

(2) Melawan kanser dan tumor

(3) Melindungi dari influenza-Terbukti mampu menghalang dan mengimbangi respon terhadap keadaan persekitaran seperti alergi, virus, jangkitan bakteria dan sebagainya.

(4) Meringankan stress dan kelesuan- Ia juga mampu meningkatkan stamina tubuh badan akibat keletihan, kelesuan dan sebagainya.

(5) Melambatkan penuaan- Nutriferon ini bertindak sebagai agen penghalang kepada radikal bebas, jangkitan virus dan kuman. Oleh yang demikian, apabila sel-sel sentiasa sihat, maka tubuh juga menjadi lebih sihat dan melambatkan penuaan.

(6) Mengurangkan infeksi kepada pesakit hepatitis B dan C- Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan bagi pesakit Hepatitis B dan C seperti gejala kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain. 

(7) Mempertingkatkan masalah Haid dan Menopous


Pada kebiasaannya apabila cirit-birit menyerang tubuh manusia, antara puncanyaadalah disebabkan oleh faktor jangkitan bakteria seperti yang telah saya sebutkan di atas. 

Oleh yang demikian, berdasarkan keistimewaan dan manfaat keseluruhan Nutriferon yang saya huraikan di atas, anda dapat menilai tentang fungsi Nutriferon juga mampu menghalang dan melawan jangkitan bakteria ketika masalah cirit-birit ini berlaku.



Ahad, 20 Julai 2014

Atasi Cirit Birit Dengan Shaklee




Cirit-birit atau nama glamernya, cherry-berry boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Saya sendiri pun pernah terkena. Cirit-birit terjadi apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui saluran penghadaman yang selalunya diakibatkan oleh jangkitan virus.

Cirit-birit biasanya tidak merbahaya dan dirawat dengan meminum banyak air dan berehat. Namun, cirit-birit yang serius biasanya berlarutan beberapa jam sehingga ke beberapa hari serta perlu ditangani dengan segera.

Tips Menghadapi Cirit-birit

1) Elakkan Makanan Pejal Tetapi Minum Banyak Air

Pastikan minum air kosong dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi atau kekeringan badan. Minum satu gelas air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.

2) Beri Perhatian Pada Tanda-tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan

Cirit-birit sepatutnya mulai reda 24 jam selepas anda mengambil cecair. Contohnya, apabila anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pejal.

3) Ambil Makanan Lembut

Makanan pertama yang diambil haruslah lembut dan mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Boleh juga roti putih bakar (rawatan kuno Hippocrates)

4) Elakkan Sayur Mentah & Buah-buahan

Tunggu sehingga usus anda dapat berfungsi dengan normal. Mulakan dengan mengambil 1/4 daripada jumlah biasa. Sekiranya tidak berlaku cirit-birit, anda boleh menambah jumlah pengambilan tersebut.

5) Jangan Paksa Diri

Tambah pengambilan sedikit demi sedikit sehingga anda berasa selesa atau sehingga anda pulih sepenuhnya. Sekiranya berlaku kembali cirit-birit, ulang ke tahap sebelumnya.

 Rawat Cirit Birit Dengan Shaklee

Bagi yang mengalami cirit-birit, sangat disarankan untuk mengambil kombo Nutriferon, Performance Drink dan Peppermint Ginger Plus.

¤ Nutriferon akan bertindak membantu meningkatkan imun badan anda melawan kuman.

¤ Performence Drink akan bertindak membantu untuk mengekalkan kadar cecair yang optimum dalam badan sekaligus menggantikan cecair yang hilang. Selain daripada membantu tubuh kekal hydrated, ia turut menjadi pembekal tenaga segera.

¤ Peppermint Ginger Plus pula membantu dalam menyingkirkan angin dalam badan. Ini kerana, apabila perut kita kosong, angin mudah masuk dan menyebabkan rasa sakit atau kurang selesa.

Bagi bayi yang baru lahir dan sedang menyusu, sekiranya terkena cirit-birit, ibu boleh mengambil semua supplement di atas untuk bantu menyalurkan zat kepada bayi tersebut.




Ahad, 13 Julai 2014

Rawat Denggi Dengan Shaklee Sebelum Maut


Demam denggi adalah sejenis penyakit yang berpunca dari gigitan nyamuk dan statistik jelas menunjukkan bahawa demam denggi adalah salah satu dari masalah kritikal dalam dunia kesihatan moden bukan sahaja di Malaysia tetapi masalah kesihatan global. Terdapat beberapa jenis demam denggi tetapi denggi berdarah adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut. Punca utama penyakit ini adalah apabila nyamuk Aedes betina hinggap dan menggigit tubuh manusia sekaligus menyebarkan virus Denggi atau bahasa saintifiknya (genus Flavivirus). 



Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
1-Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2-Bintik merah pada kulit
3-Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4-Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5-Hilang selera makan
6-Muntah-muntah
7-Sakit perut
8-Rasa pahit pada lidah
9-Lemah dan tidak bermaya


Sebenarnya kan,banyak jugak petua-petua untuk meredakan demam denggi ni...Diantaranya ialah minum sup ketam nipah(batu),minum air 100+,minum air pegaga dan macam-macam lagi yang boleh redakan demam denggi ni. Ramai yang tidak menyedari Habbatussauda' juga boleh meredakan demam denggi.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah. Minum air paling penting dalam hidupan harian kita. Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

¤ Supplemen Shaklee yang membantu untuk meredakan demam denggi


☆☆ NUTRIFERON+PERFORMANCE DRINK+VITA C+ 500MG ☆☆




#NUTRIFERON

Nutriferon adalah terhasil dari 4 estrak tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi  interferon tubuh. Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuannya adalah diiktiraf sebagai penemuan yang terhebat dalam bidang immunologi. Dalam bidang perubatan, suntikan nutriferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dll. Nutriferon juga sangat berkesan untuk melindungi diri kita dari jangkitan influenza dan pelbagai penyakit yang lain.

KEBAIKAN NUTRIFERON
~Mengukuhkan sistem imuniti dalam masa 3 hari
~Melawan kanser & tumor
~Melindungi dari Influenza
~Meringankan Stres & kelesuan
~Melambatkan Penuaan
~Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
~Mempertingkatkan Menopaus
~Mempertingkatkan PMS

#PERFORMANCE DRINK

~ Performance Drink adalah satu-satunya minuman Isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar).

~ Bagi saya,minuman Performance Drink ni diperlukan bagi setiap keluarga. Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

#VITA-C+ 500MG

~ Untuk satu tablet Vitamin C ini, ia mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya(500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam palsma darah kita selama 24 jam. Selain itu ia juga mengandungi 120mg bioflavonoid yang mana 25% dari dari bioflavanoid diekstrak dari kulit buah oren yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Khasiatnya, ia mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Bagaimana ia bertindak?
1) Membentuk Kolagen
Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi,     rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu mempertingkatkan kedut dan     menghalang otot dari menjadi lembik.

2) Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

4) Memerangi Kanser
Ia bersifat sebagai antioksida yang mampu mempertingkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.

5) Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vit-c setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Untuk makuman, pigmen adalah penyebab utama kehadiran jeragat pada kulit muka kita ya...

6) Memperbaiki Insomnia
Dengan menganbil Vit-c secara konsisten, ia boleh membantu menyelesaikan masalah insomnia, stress serta masalah-masalah berkaitan mental seperti murung dan resah.

7) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.
Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilai darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.

Nota:-
☆☆Nutriferon untuk meningkatkan daya tahan badan, 
Performance untuk membantu menghidratkan badan dan 
Vita C+ untuk kuatkan antibodi dlm badan.

Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi membunuh!




Jumaat, 11 Julai 2014

Atasi Gout Dengan Shaklee

Atasi Gout Dengan Shaklee

Apa itu Gout?


Gout adalah sejenis penyakit akibat daripada asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal daripada purin (sejenis protein). Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan itu tidak dibuang dengan berjaya dan ianya terkumpul di dalam sendi.  


Gout berlaku apabila terjadinya keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Biasanya gout terjadi di sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki.



Sejarah Penyakit Gout


Gout mula dikenal pasti lebih 2000 tahun dahulu dan dikatakan penyakit tertua. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.


Biasanya pesakit gout adalah kaum lelaki dalam lingkungan usia 30-60 tahun. Majoriti kaum wanita yang menghidap penyakit gout adalah yang telah putus haid.



Punca Gout


Ada beberapa punca kenapa Gout berlaku:

- Cara pemakanan,

- Genetik,

- dan masalah buah pinggang.


Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.


Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.


Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purin dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purin ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.



Cara Mengatasi Gout


1.    Amalkan diet rendah purin. Kurangkan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purin. 


Contoh: organ dalaman (paru, hati), ikan bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)


2.    Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid uric


3.    Minum banyak air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.


4.    Kawal berat badan kita - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan

menyingkirkan asid urik.


5.    Bersenam


¤ Supplemen Shaklee yang dicadangkan


1.    Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki


2.    DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)


3.    OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit


4.    Alfalfa - menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.


5.    Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


Vivix

Cadangan Set Gout Asas


~ Gout dan Vitamin C


Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gout.


Vitamin C adalah  uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.


Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.



Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi.


Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja.


Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.



Ahad, 6 Julai 2014

Cadangan Set Combo Puasa



Kita ada menyediakan Cadangan Set Combo Utk Bulan Puasa ni bagi membantu anda utk menjalani puasa dengan lebih bertenaga.. melakukan solat 5 waktu dengan cergas tanpa rasa mengigil atau lembik.. kurang rasa lapar seperti biasa... 

#Performance Drink
~ membantu mencegah dehidrasi
~ membantu tubuh kita menjaga bendalir agar tidak kekeringan
~ baik untuk ibu mengandung, menyusu, cirit birit, kanak2 demam

#Meal Shakes
~ untuk anak2 yg kurang selera makan, anak2 yg kerap selesema/demam (1 tahun keatas)
~ untuk anak2 sembelit, ekzema, asma
~ untuk pelajar yg selalu letih/kurang perhatian dalam kelas
~ individu yg kurang berat badan

#Esp
~ untuk tenaga (menahan lapar)
~ mencegah penyakit jantung/kulit bermasalah
~ pesakit kencing manis, anemia, berat badan berlebihan, kolestrol
~ bagus untuk ibu mengandung, menyusu, berpantang, 
~ Nota: Esp tidak digalakan diamabil bersama vitalea


Maksima kan Ramadhan bersama kebaikan Shaklee



Sabtu, 5 Julai 2014

Sejukkan Badan Dengan Performance Drink




Sejukkan Badan Di Waktu Musim Panas Dengan Performance Drink Shaklee

Musim2 panas ni, kita dinasihatkan untuk mengambil air masak dengan banyak yer.. Kalau kita kekurangan air, kita mungkin akan kelesuan & dehidrated. Kita juga senang nak demam or selsema.. Especially anak2 yang bersekolah, yang berkerja di tapak yang terdedah dengan cuaca yang panas & terik.. yang dok dalam opis pon bila nak keluar lunch pon berchinta...

Jangan risau, di waktu2 / musim2 begini PERFORMANCE DRINK SHAKLEE amat bagus untuk diambil selalu..

Kenapa PERFORMANCE DRINK SHAKLEE???

Sebab PERFORMANCE DRINK Shaklee ni, kaya dengan elektrolit dan mineral. Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. Baik untuk sistem neuromotor (tindakbalas saraf dan otot) 
> meningkatkan daya ketahanan badan
>membekalkan tenaga dan ketahanan fizikal
>mencegah penyahidratan
>mengekalkan paras gula

Kenapa PERFORMANCE DRINK SHAKLEE lain daripada minuman tenaga yang lain?

☛ ♡Kandungan gula yang terdapat dalamPERFORMANCE DRINK kurang berbanding minuman lain
☛ ♡Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah
☛♡ Membantu mengurangkan penyah-hidratan (kurang air, kehausan) kerana PERFORMANCE DRINKdilengkapi dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh
☛♡ Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
☛♡ Performance Drink dapat membantu memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot
☛♡ Mempunyai lebih 67 % otot glikogen (sumber tenaga)

Minuman yang lazat ini boleh diminum pada bila2 masa dan di mana jua. Sangat sesuai untuk atlet, mereka yang kurang minum air, mereka yang berpuasa, mereka yang mengalami cirit birit, keletihan, tiada selera makan, rendah paras gula, kepeningan, tidur lewat malam dan semua lah!!!


Cadangan Set Ramadhan



Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang Mulia lagi Baroqah ini marilah kita sama-sama meningkatkan penjagaan kesihatan kita, kerana sesungguhnya muslim yang sihat/kuat adalah lebih baik dari muslim yang sakit/lemah.

Kenapa Set Ramadhan Shaklee?

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi pilihan para atlet sukan diperingkat sehingga ke perinkat olympians, bayangakan apa yang ia mampu berikan kepada sedara sedari sepanjang menjalani ibadah puasa.

Shaklee memberikan apa yang tubuh perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu sesaorang bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Pilihan olympians dan atlit menunjukkan ian
ya bebas dadah dan yang seangkatan dengannya. Produk Shaklee juga tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Tahap Tenaga Tubuh pada waktu Berbuka.

Pada waktu berbuka tahan tenaga kita berada diparas yang rendah kerana seharian tidak mendapat makanan dan minuman. Sekiranya tiba waktu berbuka kita terus makan makanan yang agak komplek dan berat maka tenaga yang sedikit itu akan terpaksa bekerja lagi untuk memproses makanan tersebut sedangkan tenaga dari makanan hanya akan terhasil 3-4 jam kemudian.

Begitu juga apabila berbuka dengan air sejuk..tenaga yang rendah akan dikerah lagi kerana yang masuk sejuk dan yang keluar ( air kencing) adalah panas.

Akhirnya selepas makan tenaga menjadi amat rendah selama 3-4 jam sementara menunggu tenaga baru dari makanan dikeluarkan, iaitu lebih kurang selepas selesai solatTarawih.

Oleh itu mulakan berbuka puasa sedara sedari dengan Set Ramadhan Shaklee untuk membekalkan tenaga segera yang boleh digunakan untuk bersolat Terawih dan semua khasiat lengkap makanan untuk kesihatan keseluruhan dan penyembuhan penyakit.

Set Ramadhan shaklee

Terdiri dari:

1. Protin ESP yang merupakan bahan diperlukan untuk menjaga kecantikkan dan integriti sel-sel dalam tubuh sesaorang. Sel adalah ibarat batubata pada sebuah dinding. Kekuatan sesebuah dinding itu terletak pada kualiti setiap unit batu bata tersebut. Begitu dengan tubuh kita, mestilah bermula dengan sel-sel, unit terkecil dalam tubuh kita – berkhasiat memberi rasa kenyang, mengelakkan sakit perut disebabkan gastrik, keracunan makanan dan angin yang kerap terjadi sepanjang berpuasa.

2. Meal shake merupakan makanan lengkap yang dapat menampung segala keperluan sel-sel tubuh bermula dari sel-sel hujung rambut sehingga hujung kaki.

3. Performance® Maximum

Penghilang Dahaga untuk Si Juara

Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti Secara Klinikal terhadap pencapaian cemerlang atlet-atlet mengandungi unsur-unsur berikut:

• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi

• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk

kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan

keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Bayangkan apa Performance® Maximum mampu membantu kepada sedara sedari yang menjalani ibadah puasa.



Siapa golongan yang perlu mengambil Set Ramadhan Shaklee

1. Orang yang sedang menjalankan ibadah berpuasa.

2. Wanita mengandung dan yang sedang menyusukan.

3. Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.

4. Sedara-sedari yang memerlukan lebih tenaga.

5. Sedara-sedari yang kurang minum air.

6. Yang melakukan aktiviti lebih tenaga ie Ahli Sukan dan Ahli Bina Badan.

7. Sesiapa sahaja yang perihatin terhadap kesihatan dengan mementingkan

makanan lengkap yang rendah kalori supaya dapat melakukan amal ibadah

ie solat berjemaah.


Ahad, 8 Jun 2014

Performance Minuman Hebat Untuk Seisi Keluarga



Hebatnya performance Drink... harganya pon murah dari air isotonik yg lain... benar2 bg tenaga...

MESTI BACA!!!

Performance Drink Shaklee minuman tenaga (isotonik).

Tahukah anda bahawa Shaklee juga mempunyai minuman isotonik yang dikenali sebagai Shaklee Performance Drink (Pure Hydration Drink). Performance Drink ini memang popular di kalangan ahli sukan. Mereka sering mengamalkannya sebagai salah satu vitamin untuk bersukan.

Betulkah Performance Drink ini minuman isotonik? Ramai yang tidak mempercayai bahawa Shaklee juga mampu menghasilkan minuman isotonik. Tapi pelu diingatkan bahawa minuman isotonik Shaklee ini berbeza dengan minuman isotonik lain yang terdapat di pasaran. Apakah perbezaannya?

Ciri-ciri utama Performance Drink ini adalah:

Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes)

Performance Drink ini sesuai diambil ketika :

☆cuaca panas melampau (badan dehydrated)
☆badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
☆beriadah atau bersukan
☆melakukan kerja berat seperti buruh binaan dan nelayan

Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:

☞Mereka yang aktif bersukan .
☞Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
☞Mereka yang menghidap gout.
☞Ibu yang menyusukan anak.
☞Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
☞Mereka yang kurang minum air.
☞Mereka yang kerap sakit kepala.
☞Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
☞Kanak-kanak yang demam.
☞Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)



Ahad, 25 Mei 2014

Set Ramadhan Shaklee

Set Ramadhan Shaklee

Set Ramadhan Shaklee

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi pilihan para atlet sukan diperingkat sehingga ke perinkat olympians, bayangakan apa yang ia mampu berikan kepada sedara sedari sepanjang menjalani ibadah puasa.

Shaklee memberikan apa yang tubuh perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu sesaorang bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee

Pilihan olympians dan atlit menunjukkan ianya bebas dadah dan yang seangkatan dengannya. Produk Shaklee juga tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Tahap Tenaga Tubuh pada waktu Berbuka.

Pada waktu berbuka tahan tenaga kita berada diparas yang rendah kerana seharian tidak mendapat makanan dan minuman. Sekiranya tiba waktu berbuka kita terus makan makanan yang agak komplek dan berat maka tenaga yang sedikit itu akan terpaksa bekerja lagi untuk memproses makanan tersebut sedangkan tenaga dari makanan hanya akan terhasil 3-4 jam kemudian.

Begitu juga apabila berbuka dengan air sejuk..tenaga yang rendah akan dikerah lagi kerana yang masuk sejuk dan yang keluar ( air kencing) adalah panas.

Akhirnya selepas makan tenaga menjadi amat rendah selama 3-4 jam sementara menunggu tenaga baru dari makanan dikeluarkan, iaitu lebih kurang selepas selesai solatTarawih.

Olih itu mulakan berbuka puasa sedara sedari dengan Set Ramadhan Shaklee untuk membekalkan tenaga segera yang bolih digunakan untuk bersolat Tarawih dan semua khasiat lengkap makanan untuk kesihatan keseluruhan dan penyembuhan penyakit.

Set Ramadhan shaklee
Terdiri dari:

1. ESP Shaklee 
yang merupakan bahan diperlukan untuk menjaga kecantikkan dan integriti sel-sel dalam tubuh sesaorang. Sel adalah ibarat batubata pada sebuah dinding. Kekuatan sesebuah dinding itu terletak pada kualiti setiap unit batu bata tersebut. Begitu dengan tubuh kita, mestilah bermula dengan sel-sel, unit terkecil dalam tubuh kita – berkhasiat memberi rasa kenyang, mengelakkan sakit perut disebabkan gastrik, keracunan makanan dan angin yang kerap terjadi sepanjang berpuasa.

2. Meal Shake Shaklee 
merupakan makanan lengkap yang dapat menampung segala keperluan sel-sel tubuh bermula dari sel-sel hujung rambut sehingga hujung kaki.

3. Performance Drink Shaklee
Penghilang Dahaga untuk Si Juara

Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti Secara Klinikal terhadap pencapaian cemerlang atlet-atlet mengandungi unsur-unsur berikut:

• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi

• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk

kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan

keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Bayangkan apa Performance Drink Shaklee mampu membantu kepada sedara sedari yang menjalani ibadah puasa.



Siapa golongan yang perlu mengambil Set Ramadhan Shaklee.

1. Orang yang sedang menjalankan ibadah berpuasa.

2. Wanita mengandung dan yang sedang menyusukan.

3. Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.

4. Sedara-sedari yang memerlukan lebih tenaga.

5. Sedara-sedari yang kurang minum air.

6. Yang melakukan aktiviti lebih tenaga ie Ahli Sukan dan Ahli Bina Badan.

7. Sesiapa sahaja yang perihatin terhadap kesihatan dengan mementingkan

makanan lengkap yang rendah kalori supaya dapat melakukan amal ibadah

ie solat berjemaah.




Sabtu, 24 Mei 2014

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Khasiat Performance Drink Shaklee Penghilang Dahaga untuk Si Juara Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet.
Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

 • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi

• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)

• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
Kelebihan Performance Drink

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina
3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu

#Siapa yang perlukan Performance Drink ? Mereka yang aktif bersukan
#Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
#Mereka yang menghidap gout.
#Ibu yang menyusukan anak.
#Mereka yang kurang minum air.
#Mereka yang kerap sakit kepala.
#Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
#Kanak-kanak yang demam.
#Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat.

Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee Bebas gas atau tidak berkarbonat.Kurang kandungan gula (less sugar).Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!




KEBAIKAN PERFOMANCE DRINK SHAKLEE

Kebaikan Performance Drink Shaklee, bebas karbonat & kurang gula Kita sering dimomokkan dengan minuman isotonik (sport drinks) yang berkarbonat (bergas) dan mengandungi gula berlebihan. Anda sudah penat dengan minuman isotonik tidak sihat yang berlebihan gula & berkarbonat? Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonuik, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)! Mengapa saya beria-ria benar berkempen kepada anda untuk membeli Performance Drink Shaklee? Jawapannya mudah. Bagi saya minuman Performance Drink Shaklee ini diperlukan oleh setiap ahli keluarga anda yang tersayang. Sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda yang riang dan aktif!

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:
Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother
Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
Para pesakit yang menghidap gout.
Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
Anak-anak yang demam.
Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee? Bebas gas atau tidak berkarbonat.Kurang kandungan gula (less sugar).Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!

Kesimpulannya, Performance Drink adalah salah satu produk kegemaran suami saya yang aktif bermain badminton dan juga anak-anak saya yang dalam proses membesar, memanjat, berlari-lari, melompat dan juga untuk khas untuk breastfeeding mother seperti saya sendiri. Pengalaman saya sendiri yang menyebabkan saya ingin sangat berkongsi dengan anda agar merasai sendiri perbezaannya. Apalah kiranya anda memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan ahli keluarga anda yang aktif untuk terus kekal aktif tanpa anda meragui khasiat yang diberikan kepada mereka berbanding minuman isotonik yang lain di pasaran? Renung-renungkanlah



Ahad, 11 Mei 2014

Merawat Penyakit Gout dengan Shaklee

Gout ni adalah satu penyakit sendi yg disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ni melalui air kencing tapi bila bahan kumuh ni berlebihan dan tak dapat dibuang, ia akan berkumpul di dalam sendi. Sebab tu la gout terjadi.

Cadangan set gout:-

□PERFORMANCE DRINK

Performance Drink bagus untuk memeliharan kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik tu. Kalau tak cukup bendalir dalam badan, macam mana kita nak buang air kecil kan? Sebab tu la nanti lagi teruk asid urik tu berkumpul kat sendi.

□ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

AJHT ni mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangka masa seawal 5 hari - 25% lebih pantas dari jenama lain. Antara lain, bagus kalau pesakit gout ambil AJHT ni sebab mampu meningkatkan cushioning pada sendi. Glukosamin yg diekstrak daripada jagung membantu memelihara rawan, memelihara tisu penghubung yg sihat sebab Zink, Kuprum, Manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen dan lain2 komponen tisu penghubung yg memberi kekuatan dan struktur kepada sendi. Sebab tu la AJHT ni memang sesuai sangat untuk mereka yg ada masalah sendi. 

》》》Kalau nak kesan lagi best, boleh ambil Alfalfa dengan Omega Guard sekali. 

□Sebab alfalfa bagus untuk detoks semulajadi yg menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Kena minum air yg banyak untuk lancarkan detoks. Sebab apa bagus detoks? Sebab kita nak nyahkan asid urik yg berlebihan tu tadi. So bila proses detoks berlangsung dengan baik maka takkan ada lagi asid urik yg terkumpul pada sendi. 

□Omega Guard pulak bagus untuk mengelakkan keradangan sendi. Sakit gout tu kan sakit kat sendi. Kalau ambil Omega guard boleh licinkan sendi. 

♡♡Kena jangan makan minum, ambil ubat doktor dan suplemen dengan konsisten, Insya Allah,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...