Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan

Selasa, 11 November 2014

Petua Turunkan Suhu Panas Dalam Badan


Ni petua dari suami.
Selain berikan Adam Goh Vitamin Kesihatan si Manja, Suami Fza amalkan Telor Rebus bagi turunkan suhu panas dalam badan Adam Goh.
Family dia amalkan... sekarang amalkan ke Adam Goh. Petua ni boleh membantu turunkan suhu panas dengan segera.

Setiap kali Adam Goh demam, suami fza akan rebus telor. Telor tu, bila direbus awasi sikit, golek-golek dengan penyepit supaya kedudukan telor kuning berada ditengah telor putih. Selepas tu.. biar telor sejuk sekejap... jangan panas-panas pula tuam dibadan anak anda, nanti lain jadinya...

Selepas tu, dikopek kulit telor dan tuam ke seluruh badan Adam Goh. Golek-golek le telor tu dimerata badan... habis golek, buka telor tu dan lihat hasilnya... kalau kuning nya cantik bermakna suhu badan anak anda tidak turun... kalau kuning telor tu seakan kulit durian bermakna suhu panas tu dah turun ke dalam telor.

Ni hasil dari golek-golek diserata badan Adam Goh.


Lepas tu, pastikan telor tu dibuang, jangan dimakan... nanti tak pasal suhu panas tu masuk ke badan kita pula...

Selamat mencuba...
boleh buat berapa biji yang anda mahu...




Sabtu, 18 Oktober 2014

#ShakleeEffect - Pentingnya Shaklee Ketika Anak Demam, Muntah, Cirit-Birit

#ShakleeEffect

Assalamualaikum W.B.T...
Adam Goh Dah Kembali Aktif Dengan Dunia Dia

Hari ini Fza nak citer apa yang Fza rasa seminggu yang lepas. Sedih sangat-sangat bila Adam Goh Cirit-birit, Muntah yang memancut-mancut, serta suhu badan yang tinggi.

Bermula dari sini ye.. Bagi yang ada anak kecil, jom Fza kongsikan cerita ni, kita manfaat sama-sama ye.

Pagi Rabu 8 Oktober 2014, sewaktu subuh, nak hantar Adam Goh ke rumah pengasuh, Adam Goh Cirit. Ingatkan cirit biasa je. So Fza tetap hantar Adam Goh ke rumah pengasuh, sampai di rumah pengasuh, Adam Goh start muntah. Bersihkan Adam Goh, Fza tetap tinggalkan Adam Goh dengan pengasuh dia, ingatkan tak serius. Tapi Fza ada pesan pengasuh, kalau ada apa-apa segera call Fza. Sepanjang kerja Fza try call pengasuh tapi tak dapat. SEDIH.. Fikir macam-macam dah. Naluri ibu kot. 4 petang, dapat panggilan dari Akak Kedai Makan suruh Fza balik segera. Suhu Adam Goh tinggi, muntah berterusan kalau diberi susu, cirit birit sahaja. Ya Allah.. Pengasuh tak boleh nak call Fza, wayar telefon rumah dia putus.. patutlah Fza call tak berjawab... alahai... Fza speed laju.. sebab fkirkan Adam Goh..

Sampai rumah pengasuh, suhu Adam Goh 38.9 c.
Panasnya.. muka ketara kemerahan. Segera Fza bawa Adam Goh ke klinik. Tak perlu tunggu lama, terus turn Adam Goh. Doktor hanya cakap Adam Goh demam. Pihak klinik hanya bagi Adam ubat demam dan air garam. Itu aje.. kalau berterusan doktor pesan segera bawa Adam Goh ke Hospital.

Sampai rumah, bagi Adam minum ubat demam n air garam. Adam Goh tetap macam tu. Asyik muntah memancut-mancut. Dah le muntah, asyik cirit sahaja. Tukar pampers cirit balik... tukar cirit..tukar cirit... alahai.... Esoknya Fza terpaksa ambil cuti. Nak jaga Adam Goh. Tak sampai hati nak hantar Adam Goh pada pengasuh dia dalam keadaan Adam Goh macam ni. Cukup 24 jam.. adam dah ketara susut...

Adam Goh yang lemah dan letih

Fza habis iktiar.. ubat fza tak pernah miss bagi Adam Goh. Air garam pon macam tu. Fza takut air dalam badan Adam Goh kering. Fza kerap mandikan Adam Goh agar suhu Adam Goh turun. Alhamdulillah... Demam dan muntah dah hilang... tapi yang Fza sedih.. Adam tak henti dengan ciritnya... sedihnya...  Apa yang perlu Fza lakukan bagi nak hentikan Adam Goh dari cirit birit yang berterusan???? Takut Adam Goh tak mampu nak lalui semua tu. Dia kan masih kecil lagi... 

Susut Badan Sangat Ketara


Baru terfikirkan PERFORMANCE DRINK SHAKLEE... Nasib baik ada performance drink shaklee.. Fza bancuh untuk Adam Goh... paksa Adam Goh minum walau Adam Goh tak nak minum. Takut air dalam badan dia kering...sebab dia tak nak makan. Hanya nak susu... Fza campurkan MEAL SHAKES SHAKLEE dalam susu Adam Goh.. biar Adam Goh bertenaga... ruginya tak sparekan NUTRIFERON SHAKLEE kat rumah. Alahai.. bila dah macam ni.. baru tahu...semua tu penting... untuk sapa??? Untuk anak kita.. apa lah kalu difikirkan pasal duit sangat kan... 

Adam Goh tetap juga cirit birit... sampai hari ke-4... Fza terpaksa bawa Adam Goh ke hospital... sebab fikirkan dah lama sangat ciritnya... di Unit Kecemasan Hospital Teluk Intan, doktor katakan Adam Goh ok.. dalam tempoh penyembuhan.. doktor kata.. Walau Adam cirit birit sahaja tapi air dalam badan Adam Goh ok. Adam Goh tak kekurangan air... nasib baik Fza berikan Adam Goh Perfomance Drink... so Adam Goh tak dehidrated... Alhamdulillah. Fza pulang dengan wajah yang ceria. Sebab Fza ingatkan malam tu akan tidur kat wad dengan Adam Goh... :)

Lama kan Adam Goh cirit birit. Berterusan sehingga 7 hari. Kini Adam Goh dah sihat. Selera makan pon bertambah. Pantang nampak mama dan papanya makan pasti dia tumpang sekali. 

Bila dah sihat, nilah rutin harian dia, ada hati nak lepas palang dapur



Fza kongsikan disini INFO CIRIT BIRIT & MUNTAH SERTA FUNGSI SHAKLEE DALAM TANGANI CIRIT BIRIT & MUNTAH. Kalau Anda sayangkan anak anda, bacalah hingga habis ye :)

CIRIT-BIRIT

Cirit-birit dicirikan oleh peningkatan kekerapan membuang air besar yang lembut dan berair daripada biasa. Ia biasanya merupakan satu simptom jangkitan gastrousus yang boleh disebabkan oleh pelbagai bakteria (Shigella, Escherichia colli), virus-virus (Rotavirus) dan parasit. Ia juga boleh berpunca daripada pelbagai penyakit seperti penyakit-penyakit usus, penyakit-penyakit fungsi usus dan gangguan endokrin. Tidak tolerans terhadap makanan atau tindak balas terhadap sesetengah ubatan juga mungkin boleh mengakibatkan cirit-birit.


Dehidrasi
Cirit-birit yang teruk boleh mengakibatkan kehilangan cecair (dehidrasi), dan mungkin boleh mengancam nyawa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak kecil. Simptom-simptom dehidrasi termasuk kering mulut, mata tenggelam, kulit kering berkedut, air mata yang sedikit atau tidak keluar semasa menangis, urin yang berwarna gelap dan pekat, dan rasa mengantuk atau kelesuan yang tidak normal. Jika anak anda mengalami dehidrasi atau hampir mengalaminya, berikan dia cecair yang mengandungi garam oral rehidrasi dengan secepat mungkin. Ia boleh dibeli daripada doktor atau farmasi. Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia masih mengalami dehidrasi.


Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia mengalami keadaan seperti berikut:

1. Mulut kering.
2. Mata cengkung (gelap je bawah mata).
3. Kulit kering dan berkedut.
4. Sedikit atau tiada air mata apabila menangis.
5. Tidak ada kencing selama 4-6 jam.
6. Kurang daripada 3 kali sehari je kencing.
7. Ubun bayi kelihatan lekok.
8. Tidak aktif atau tidak bermaya.


Apa yang Perlu Dilakukan

1. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak.
2. Terus memberi anak anda diet yang seperti biasa atau tingkatkan penyusuan susu badan.
3. Dapatkan nasihat doktor anda tentang pemakanan atau pemberian supplemen.


PERINGATAN: JANGAN BERI UBATAN UNTUK MEMBERHENTIKAN CIRIT-BIRIT.


MUNTAH

Apabila anak anda muntah, isi kandungan perutnya akan dipaksa naik ke esofagus dan keluar daripada mulutnya. Sesetengah daripada punca-puncanya termasuk, jangkitan virus di perut (gastroenteritis), iritasi perut, keracunan makanan dan jangkitan saluran kencing. Di dalam sesetengah kes, muntah boleh menjadi satu simptom untuk keadaan yang serius, seperti penyumbatan saluran penghadaman, gangguan di dalam mekanisme keseimbangan dalam telinga, konkusi (kecederaan kepala) dan jangkitan di dalm otak (meningitis).

Oleh kerana anak anda mungkin akan kehilangan jumlah cecair yang banyak apabila muntah, terutama sekali jika dia telah muntah serta diiringi dengan cirit-birit, maka dia mungkin berisiko tinggi untuk mengalami dehidrasi. Dehidrasi yang tidak dirawat boleh mengancam nyawa.

Bawa anak anda berjumpa doktor jika dia:

1. Muntah berulang kali.
2. Memuntahkan cecair berwarna hijau-kuning (hempedu).
3. Mempunyai demam atau sakit kepala.
4. Memuntahkan darah (warna merah cerah, perang dan hitam).
5. Rasa mengantuk dan pening-pening lalat.
6. Enggan makan.
7. Menunjukkan tanda-tanda dehidrasi.

Apa yang Perlu dilakukan

1. Biarkan anak anda muntah. Jangan menahan muntah.
2. Pusingkan kepala anak anda dengan mukanya menghadap besen/tuala bagi mengelakkannya daripada tersedut muntah
3. Tenangkan hati anak anda semasa dia sedang muntah.
4. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak selepas muntah untuk mengelakkan dehidrasi. (in case kalau muntah cam anak saya hari tu, make sure jangan bagi minum air banyak2 sekaligus, sebab biasanya dia akan muntah balik lepas tu keluar balik semua air yang diminum. Better bagi sikit2 or bagi air ORS. Kami bagi minum air zam2 juga.)
5. Beri anak anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan lebih kerap, seperti 4-5 waktu makan dengan sajian yang lebih kecil berbandaing 2-3 waktu makan besar di dalam sehari.
6. Pastikan anak anda tidak makan makanan pejal sehingga dia berhenti daripada muntah.
7. Jangan berlengah mendapatkan bantuan perubatan jika simptom-simptomnya berlanjutan.

Bagaimana atau fungsi Shaklee dalam tangani muntah dan cirit birit.

PERFORMANCE DRINK


Setelah mengetahui manfaat Nutriferon untuk masalah cirit-birit, mari kita selidik pulak mengenai manfaat dan fungsi Performance Drink. Performance Drink pertama kali dihasilkan pada tahun 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus human-powered flight programme) sehingga telah mencatatkan rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini. ia juga dirumus eksklusif sebagai minuman pilihan para atlet sukan.

Antara keistimewaan & manfaat Performance Drink Shaklee: 

 (1) Meningkatkan daya ketahanan badan- Memberikan tenaga kepada otot dan se dengan cepat, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

(2) Menggantikan air yang hilang dengan cepat sewaktu melakukan aktiviti lasak.

(3) Mmbekal tenaga dan daya ketahanan fizikal- Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. 

(4) Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride.

(5) Produk ini dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dengan tugasan harian.

(6) Mencegah penyahhidratan- Membantu mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan sentiasa kelihatan muda. 

(7) Mengekalkan paras gula- Ianya terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang sangat penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.


Berdasarkan manfaat yang dinyatakan di atas, jelas dan nyata bahawa Performance Drink mampu mengembalikan semula jumlah air yang hilang ketika cirit-birit terjadi kerana menjadi kebiasaan apabila seseorang mengalami masalah cirit-birit, jumlah air dalam badan akan mulai berkurangan apatah lagi bagi cirti-birit yang mengambil masa yang lebih lama dari keadaan cirit-birit biasa. 

Anda aktif bersukan? 

Ketahui maklumat lanjut MINUMAN TENAGA UNTUK ANDA YANG AKTIF BERSUKAN..

NUTRIFERON

Kandungan Nutriferon: 

Nutriferon merupakan salah-satu produk Shaklee yang dikaji hampir 40 tahun lamanya. Antara kandungan bahan dalam Nutriferon adalah terdiri daripada Biji Labu, Safflower, Honeysuckle Jepun, dan Biji Plantago Asiatica. 

Mari kita lihat apakah keistimewaan dan manfaat Nutriferon ini dalam membantu masalah cirit-birit..

(1) Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari- Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia yang mampu untuk mempertingkatkan dan meransang keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh.

(2) Melawan kanser dan tumor

(3) Melindungi dari influenza-Terbukti mampu menghalang dan mengimbangi respon terhadap keadaan persekitaran seperti alergi, virus, jangkitan bakteria dan sebagainya.

(4) Meringankan stress dan kelesuan- Ia juga mampu meningkatkan stamina tubuh badan akibat keletihan, kelesuan dan sebagainya.

(5) Melambatkan penuaan- Nutriferon ini bertindak sebagai agen penghalang kepada radikal bebas, jangkitan virus dan kuman. Oleh yang demikian, apabila sel-sel sentiasa sihat, maka tubuh juga menjadi lebih sihat dan melambatkan penuaan.

(6) Mengurangkan infeksi kepada pesakit hepatitis B dan C- Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan bagi pesakit Hepatitis B dan C seperti gejala kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain. 

(7) Mempertingkatkan masalah Haid dan Menopous


Pada kebiasaannya apabila cirit-birit menyerang tubuh manusia, antara puncanyaadalah disebabkan oleh faktor jangkitan bakteria seperti yang telah saya sebutkan di atas. 

Oleh yang demikian, berdasarkan keistimewaan dan manfaat keseluruhan Nutriferon yang saya huraikan di atas, anda dapat menilai tentang fungsi Nutriferon juga mampu menghalang dan melawan jangkitan bakteria ketika masalah cirit-birit ini berlaku.



Meal Shakes - Kepentingan Nutrien Di Dalam Meal Shakes Shaklee


Antara Vitamin & Mineral yang terkandung di dalam MEAL SHAKES adalah :

VITAMIN A

Fungsi Vitamin A
Boleh ditukarkan menjadi retinal & retinoic asid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A
Penting untuk tumbesaran tulang & gigi bagi kanak-kanak
Membantu memelihara kulit yg sihat & membantu mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman & saluran kencing dari di jangkiti kuman.
Menolong badan kita mengatur sistem imun bagi mencegah & melawan penyakit.

Kesan Kekurangan Vitamin A
Lemah daya penglihatan pada waktu malam @ rabun malam
Kekeringan pada bahagian mata
Lemah daya tahan badan & ini akan terdedah kepada penyakit
Kulit menjadi kering & gatal, hilang selera makan.
Tulang & gigi menjadi lemah


VITAMIN B1 @ THIAMINE

Fungsi Vitamin B1
Pencerakinan & penggunaan karbohidrat, lemak & protein
Memelihara sistem saraf & otot yg sihat serta fungsi jantung yang normal
Membentuk ATP- iaitu bahan api untuk badan bekerja. 
Vitamin B1 akan bekerja seiringan dengan Vitamin B2 & B3.

Kesan Kekurangan Vitamin B1
Keletihan, lemah badan & kurang selera makanKegelisahan & gangguan tidur'Beriberi' sejenis penyakit "Metabolic Disorder" dengan gejala seperti cirit birit, bengkak buku lali & kaki, kebas tangan & kaki, kesakitan & kegagalan jantung
Sakit pada bahagian Abdomen
Sembelit
Gangguan mental & emosi


VITAMIN B3 @ NIASIN

Fungsi Vitamin B3
Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh
Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga.
Membantu mengekalkan sistem perkumuhan & saraf yang sihat
Pada dos yang tinggi ia mampu mengurangkan kolestrol (untuk dos yang besar perlu dapatkan nasihat dari pakar kesihatan)

Kesan kekurangan Vitamin B3
Pada kes yang teruk, boleh menyebabkan penyakit Pelagra ( sejenis penyakit kult yang menyebabkan kulit pecah-pecah, cirit & sakit mulut)  


VITAMIN B6 @ PIRIDOKSIN

Fungsi Vitamin B6 
Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme & penyerapan protein & juga metabolisme karbohidrat.
Membantu membina sel darah merah & meningkatkan fungsi sistem saraf & otak

Kesan Kekurangan Vitamin B6
Anemia
Gatal-gatal pada kulit & kulit bersisik
Sawan


VITAMIN B12 @ SIANOKOBALAMIN

Fungsi Vitamin B12
Membina bahan ginetik & membantu pembentukan sel darah merah.

Kesan Kekurangan Vitamin B12
Anemia (kekurangan darah) yg membahayakan serta kerosakan saraf


VITAMIN C

Fungsi Vitamin C
Antioksidan yg diperlukan oleh tubuh , termasuklah pertumbuhan & penggantian tisu, fungsi kilang adrenal & untuk gusi yg sihat.
Pengeluaran hormon antistress & interferon, sejenis protein sistem imuniti.
Untuk metabolisme folik asid, tairosin & phenylalanine.
Mengurangkan gejala penyakit asthmaMencegah daripada kesan merbahaya pencemaran, menolong mencegah kanser,memelihara jangkitan penyakit & meningkatkan imuniti
Meningkatkan penyerapan zat besi
Agen pembentukkan kolagen
Mengurangkan paras kolestrol tidak baik (LDL)

Kesan Kekurangan Vitamin C
Lemah badanSakit2 & sengal badan
Bengkak gusi Hidung berdarahScurvy (pendarahan pada badan, lebam-lebam & gusi berdarah, gigi mudah tercabut, pendarahan dalam otot & sendi)
Anemia


VITAMIN D


Fungsi Vitamin D
Diperlukan untuk penyerapan kalsium & fosforus.
Untuk tumbesaran tulang & gigi yang normal pada kanak-kanak.
Mencegah otot menjadi lemah & terlibat dalam mengatur denyutan jantung
Penting dalam pencegahan kanser
Tingkatkan imuniti
Perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah normal.

Kesan Kekurangan Vitamin D
Ricket pada kanak-kanak ( cacat tulang terutama tulang belakang, kaki & tengkorak, tulang mudah patah, bengkak sendi & lemah otot)Osteomalacia pada orang dewasa (tulang menjadi lembut yang menyebabkan sakit pada bahagian kaki, pinggang, leher & tulang dada, mudah patah, kejang otot pada tangan & kaki)


VITAMIN E

Fungsi Vitamin E
Antioksidan yg penting dalam pencegahan kanser & penyakit kardiovaskular
Baiki peredaran darah, memperbaiki tisu
Pelihara pembekuan darah secara normal & penyembuhan  serta memudarkan parut
Baik untuk lelaki tingkatkan pengeluaran air mani
Mencantikkan kulit  

Kesan Kekurangan Vitamin E
Mudah radang & Odema (pengumpulan air dalam tisu) pada bayi
Penuaan kulit sebelum usia
Rambut gugur
Anemia 


VITAMIN B9 (FOLIC ASID)

Fungsi Vitamin B9
Untuk pertumbuhan & perkembangan sel
Bantu pertambahan sel darah merah
Bagi ibu hamil baik untuk mengelakkan kecacatan bayi
Meningkatkan kesihatan otak

Kesan Kekurangan Vitamin B9
Anemia
Mudah letih
Masalah Kurang berat badan
Hilang selera makan


PROTEIN

Fungsi Protein
Sebagai Enzim, mempercepatkan reaksi biologis
Sebagai alat pengangkut & penyimpan 
Menjaga kekuatan & daya tahan tulang & kulit
Sebagai pertahanan tubuh & Imunisasi pertahanan tubuh
Mempercepatkan pembaikkan luka

Kesan Kekurangan Protein
Gangguan pertumbuhan terutama kanak-kanak
Tekanan darah rendah
Anemia
KeletihanTerencat akal
Ketahanan badan yg rendah

Banyakkan Nutrien yg terkandung dalam MEAL SHAKES Shaklee ni...sebab tu lah MEAL SHAKES sangat sesuai untuk dicadangkan kepada kanak-kanak yang sedang membesar ni...bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun boleh juga amalkan..





Sabtu, 5 Julai 2014

Sejukkan Badan Dengan Performance Drink




Sejukkan Badan Di Waktu Musim Panas Dengan Performance Drink Shaklee

Musim2 panas ni, kita dinasihatkan untuk mengambil air masak dengan banyak yer.. Kalau kita kekurangan air, kita mungkin akan kelesuan & dehidrated. Kita juga senang nak demam or selsema.. Especially anak2 yang bersekolah, yang berkerja di tapak yang terdedah dengan cuaca yang panas & terik.. yang dok dalam opis pon bila nak keluar lunch pon berchinta...

Jangan risau, di waktu2 / musim2 begini PERFORMANCE DRINK SHAKLEE amat bagus untuk diambil selalu..

Kenapa PERFORMANCE DRINK SHAKLEE???

Sebab PERFORMANCE DRINK Shaklee ni, kaya dengan elektrolit dan mineral. Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. Baik untuk sistem neuromotor (tindakbalas saraf dan otot) 
> meningkatkan daya ketahanan badan
>membekalkan tenaga dan ketahanan fizikal
>mencegah penyahidratan
>mengekalkan paras gula

Kenapa PERFORMANCE DRINK SHAKLEE lain daripada minuman tenaga yang lain?

☛ ♡Kandungan gula yang terdapat dalamPERFORMANCE DRINK kurang berbanding minuman lain
☛ ♡Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah
☛♡ Membantu mengurangkan penyah-hidratan (kurang air, kehausan) kerana PERFORMANCE DRINKdilengkapi dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh
☛♡ Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
☛♡ Performance Drink dapat membantu memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot
☛♡ Mempunyai lebih 67 % otot glikogen (sumber tenaga)

Minuman yang lazat ini boleh diminum pada bila2 masa dan di mana jua. Sangat sesuai untuk atlet, mereka yang kurang minum air, mereka yang berpuasa, mereka yang mengalami cirit birit, keletihan, tiada selera makan, rendah paras gula, kepeningan, tidur lewat malam dan semua lah!!!


Sabtu, 24 Mei 2014

KEBAIKAN PERFOMANCE DRINK SHAKLEE

Kebaikan Performance Drink Shaklee, bebas karbonat & kurang gula Kita sering dimomokkan dengan minuman isotonik (sport drinks) yang berkarbonat (bergas) dan mengandungi gula berlebihan. Anda sudah penat dengan minuman isotonik tidak sihat yang berlebihan gula & berkarbonat? Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonuik, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)! Mengapa saya beria-ria benar berkempen kepada anda untuk membeli Performance Drink Shaklee? Jawapannya mudah. Bagi saya minuman Performance Drink Shaklee ini diperlukan oleh setiap ahli keluarga anda yang tersayang. Sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda yang riang dan aktif!

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:
Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother
Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
Para pesakit yang menghidap gout.
Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
Anak-anak yang demam.
Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee? Bebas gas atau tidak berkarbonat.Kurang kandungan gula (less sugar).Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!

Kesimpulannya, Performance Drink adalah salah satu produk kegemaran suami saya yang aktif bermain badminton dan juga anak-anak saya yang dalam proses membesar, memanjat, berlari-lari, melompat dan juga untuk khas untuk breastfeeding mother seperti saya sendiri. Pengalaman saya sendiri yang menyebabkan saya ingin sangat berkongsi dengan anda agar merasai sendiri perbezaannya. Apalah kiranya anda memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan ahli keluarga anda yang aktif untuk terus kekal aktif tanpa anda meragui khasiat yang diberikan kepada mereka berbanding minuman isotonik yang lain di pasaran? Renung-renungkanlah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...