Tab menu 2

Pages

Sabtu, 29 November 2014

#KelasOnline - Asma vs Omega Guard by Master Atiey

Kelas Online
Asthma vs Omega Guard
by Master Atiey
9.00 hingga 10 malam







APA SEBENARNYA ASMA/LELAH NI?

- Sukar untuk bernafas
- Saluran pernafasan yang kronik dimana saluran menjadi sensitif
- Saluran pernafasan mengecut  dan membengkak






Asthma merupakan penyakit saluran pernafasan yang kronik, dimana saluran pernafasan tersebut menjadi sensitif kepda alergen (faktor persekitaran, makanan etc). ini menjadikan saluran pernafasan tersebut mengecut, bengkak dan mengeluarkan mukus apabila terdedah kepada alergen-alergen tersebut. Ini menjadikan penghidap asthma susah untuk bernafas apabila mendapat serangan asthma.



Mengikut sumber-sumber:-
10-20% kanak-kanak diserang asthma, diaorang akan sembuh bila diaorang semakin besar.
Dan ada juga yang kena asthma dari kecik sampai besar dan akan berterusan, jadi hendakla menjaga pemakanan untuk elakkan asthma.


APA PUNCA  ASTHMA/ LELAH?




  • Alahan dihidu seperti kutu habuk ( house dust mlte), debunga, spora kulapuk ( mould spores), epithelials 
  • binatang peliharaan
  • Udara sejuk melampau
  • bulu binatang
  • Merokok dan asap rokok, asap bakaran sampah
  • Selsema atau jangkitan sistem pernafasan
  • Tekanan Emosi
  • Senaman 
  • Salah satu penyakit keturunan



APA YANG MENYEBABKAN SALURAN PERNAFASAN ITU TERSEKAT?



Bila otot mengejang, saluran udara akan jadi sempit sekaligus menghalang pernafasan. Dan udara dalam paru-paru akan berkurangan. Jadi sebab pesakit boleh pengsan. 


Selain itu..... Kahak-kahak atau lendir yang terkumpul pun salah satu penyebab saluran tersekat. Otot yang mengelilingi saluran itu akan menguncup/menyempit dan menyebabkan saluran jadi sempit. Dari situ dada jadi sesak!



**Kalau budak-budak bila diaorang bernafas bunyi lain macam tu cepat-cepat check ye.



CARA-CARA RAWATAN UNTUK KANAK-KANAK ASTHMA....


Jika  serangan ini berlaku semasa anak tidur, dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh mendudukkan anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cepat.


Bertenang, keresahan hanya akan membuatkan anak anda lebih takut, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.



TANDA-TANDA AMARAN AWAL ASTHMA ADALAH SEPERTI;-



Batuk yang kerap, terutamanya pada waktu malamkehilangan nafas anda dengan mudah atau sesak nafasBerasa sangat letih atau lemah apabila berjalanBerdehit atau batu selepas senamanRasa letih, mudah marah, cepat marah, atau muramPenurunan atau perubahan fungsi dalam paru-paru mengikut ukuran yang diukur pada meter aliran.Tanda-tanda selsema atau alahan (bersin, hidung berair, batuk, kesesakkan hidung, sakit tekak dan sakit kepalaMasalah tidur


APA PRODUK SHAKLEE UNTUK ASTHMA/LELAH?


UNTUK KANAK-KANAK

~Omega Guard
~Meal Shakes

UNTUK DEWASA

~Omega Guard
~Vitamin C
~B complex


IANYA BERFUNGSI


1) OMEGA GUARD


Mengurangkan keradangan di salur nafas
Meningkatkan sistem imun tubuh
Membantu menyihatkan paru-paru
Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis,SLE (lupus erythemarosus)

2) B COMPLEX


Membantu pengeluaran antibodi
Membantu membersihkan ruang pernafasan
Bertindak sebagai anti-stress
Memelihara sistem saraf
Membantu pembentukkan protein dalam badan


3) VITAMIN C


Mengawal  pengeluaran histamin ( anti histamin )
Membantu  menguatkan sistem imun
Mempercepatkan penyembuhan tisu badan



4) ALFALFA


Kaya dengan klorofil yang membantu mengurangkan sakit resdung, eczema, allargy dan selsema




APAKAH MATLAMAT MERAWAT ASTHMA?

- Mengelakkan kemasukan ke hospital dan keperluan mengambil gas di kecemasan
- Mengurangkan dan mengelakkan ketidakhadiran ke sekolah
- Mengelakkan tidur yang terganggu
- Memberi peluang budak-budak asma mengambil bahagian sepenuhnya dalam activiti harian termasuk bermain, bersenam dan bersukan.


Doa merawat asma & lelah

Alhamdulillah. .. harap info ini dapat membantu anda dan orang kesayangan anda.





Khamis, 27 November 2014

#ShakleeEffect - Herbal Blend Mampu Sembuhkan Ruam, Ruam Lampin, Ekzema dan Luka Dengan Segera!



Herbal Blend Shaklee adalah krim yang boleh digunakan bagi siapa yang menghadapi masalah kulit.Seringkali kulit yang bermasalah menyebabkan kita berada dalam keadaan tidak selesa dan sering hendak garu untuk menghilangkan kegatalan tersebut.Akibatnya kulit akan melecet dan luka yang pasti pedih apabila terkena air.




Kelebihan Herbal Blend Shaklee Untuk Kulit
Bahagian yang disapu akan berasa dingin menjadikan Herbal Blend ini sesuai digunakan oleh bayi,kanak-kanak mahupun orang dewasa.Di ekstrak dari bahan semulajadi seperti sage,horse chestnut yarrow dan Rosemary.Kesannya adalah optimum kerana krim tersebut mudah meresap ke dalam kulit kita.Bebas daripada parabenAnda juga boleh menggunakannya sebagai losyen harian kerana herbal blend shaklee ini tidak melekit.

Kegunaan Herbal Blend Shaklee

Ruam

Terdapat beberapa jenis ruam yang sering terjadi kepada bayi anda.Contohnya adalah ruam panas disebabkan kepanasan yang menyebabkan bintik-bintik merah timbul pada kulit mereka.Manakala ruam susu pula terjadi sekiranya kita tidak mengelap susu yang tertumpah pada kulit.Kulit bayi terutama di bahagian punggung adalah begitu sensitif sekali.kulit akan menjadi merah dan sakit apabila terkena air disebabkan kesan melecet pada kulit mereka.Ini disebabkan lampin yang dipakai tidak ditukar dengan kerap menyebabkan ruam lampin berlaku.

Tumit kaki pecah atau merekah

Tumit kaki yang pecah atau merekah pasti membuatkan anda berasa segan ketika berada di luar.Apatah lagi ia akan jelas kelihatan ketika anda sujud di dalam solat.Pasti mereka memikirkan kita tidak begitu menitikberatkan soal kebersihan.Sebenarnya terdapat beberapa punca yang menyebabkan tumit kaki kita merekah seperti kulit kering di bahagian kaki.Sapuan herbal blend dapat memberikan kelembapan dan seterusnya menjadikan kulit kita lembut semula.

Kulit kering

Aktiviti di luar,kesan pencemaran,mandi menggunakan air panas dengan kerap,penggunaan kosmetik yang tidak dibersihkan adalah punca kulit kita menjadi kering.Ini menyebabkan kadar air yang berada pada lapisan kulit telah berkurangan.Bagi menjaga kelembapan kulit,anda perlulah minum air dengan secukupnya dan menggunakan krim pelembap bagi mengelakkan kulit menjadi bertambah kering.

Ekzema

Ekzema sering terjadi kepada bayi yang rupanya seperti ruam biasa.Lebih membimbangkan kerana kita hanya menggunakan ubat sapu yang memberikan kesan sementara.Lama kelamaan kulit bayi akan menjadi kering dan berdarah apabila di garu kerana gatal-gatal di bahagian tersebut.Anda juga boleh berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui penyakit kulit yang anda hadapi.Herbal Blend Shaklee bukan sekadar ubat sapu biasa,kerana ia bertindak mengurangkan eczema pada bayi anda.

Gigitan nyamuk

Bengkak merah disebabkan gigitan nyamuk boleh terjadi kepada mereka yang mempunyai alahan kulit.Kita akan berasa gatal dan sering menggaru menyebabkan ia menjadi bengkak.Redakan bengkak tersebut dengan menyapu krim ini.

Gatal-gatal

Selain dari gigitan nyamuk,ada juga yang menghadapi masalah gatal-gatal di bahagian badan terutama sekali ketika panas dan berpeluh.Sekiranya ia berlarutan berhari-hari,anda perlu berjumpa dengan doktor kulit bagi mengenalpasti masalah sebenar kulit anda.Sementara itu boleh diredakan kegatalan kulit dengan menyapu herbal blend yang berasa nyaman sekali.

Cara Menggunakan Herbal Blend Shaklee

Setiap botol mengandungi kuantiti 4oz atau 113gram menjadikan ia krim yang patut di miliki oleh semua orang.Produk ini adalah untuk kegunaan luaran sahaja,jadi ibu dan bapa perlu meletakkan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh bayi anda.Sebelum menggunakannya,anda perlu membersihkan tempat yang hendak disapu krim dengan berhati-hati agar tidak luka.sapu dengan perlahan-lahan dan biarkan krim ini tanpa perlu di basuh semula bahagian tersebut.

Jadi,buatlah tempahan segera Herbal Blend Shaklee ini untuk diletakkan di rumah anda atau di bawa kemana sahaja bagi memberikan keselesaaan pada kulit.


Jom lihat testimonial di bawah , keberkesanan Herbal Blend terhadap RUAM, RUAM LAMPIN & LUKA

Testimonial

Ruam Panas

Ruam Susu

Ruam Lampin / Pampers

Luka

Luka


Isnin, 24 November 2014

#ShakleeEffect - Kenali Penyakit EKZEMA Dan Penyembuhannya Dengan Produk Shaklee



“Comelnya baby ni…eh tapi kenapa ada merah-merah kat pipi dia?” soal saya kepada jiran yang baru sahaja pulang mengambil anaknya dari rumah pengasuh.

“Oh ni kena ekzema, tu yang merah-merah tu”, jawab jiran saya.

Ekzema, hmm.. penyakit kulit pada bayi. Nak kena google ni untuk cari maklumat. Mana tahu boleh bantu dia. Selepas google dan browsing, saya terjumpa artikel kesihatan mengenai penyakit ekzema ini. Mari baca untuk tambah ilmu kesihatan. Penting ye lebih-lebih jika anda ada anak kecil.



Penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.

Bagi ekzema pada tahap ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.

Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti deman alergi dan asma.

Faktor Berlakunya Penyakit Ekzema

Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.

Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

“Trend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, di mana peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan,” menurut Dr. Steven Chow, perunding kanan dermatologi merangkap presiden Persekutuan Majlis Pengamal-pengamal Perubatan Swasta Malaysia atau Federation of Private Medical Practitioners Association of Malaysia (FPMPAM)

“Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa,” tambahnya.

Menurut Dr. Chow lagi, kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Kemungkinan ia juga berlaku di Malaysia.

“Dengan mengenal pasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan.

Perunding dermatologi Dr. Mardziah Alias pula berkata, penggunaan sabun dan bahan cuci kasar merupakan penyebab biasa ekzemakerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.

“Dengan menggunakan pelembap, mereka boleh menghalang kulit daripada menjadi kering sementara ia meningkatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit terhadap faktor-faktor penyebab ekzema.

“Yang terbaik adalah krim yang mempunyai dwi-fungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen antikeradangan untuk melegakan kulit.

Apakah petua untuk menjaga kulit ini?

Hadkan penggunaan

Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan

Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya

Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi

Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.

Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.

Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Losen

Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.

Menggaru

Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Berpeluh

Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

Tekanan

Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas

Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.


Jom rawat EKZEMA dengan Produk Shaklee:-

RAWATAN DALAMAN




#Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba. Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.

#Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.

#Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.

#Nutriferon - Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka, Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah.


****************************************


RAWATAN LUARAN


#Herbal Blend - Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
Nota - tidak sesuai bagi eczema berair.

#Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema. 
Nota - tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.

#Vitamin E - Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut.


Testimoni Ekzema 




Kredit ; Kesihatan Info



Cadangan Set Bersalin Shaklee (Premium)



Fungsi B Complex Shaklee adalah Anti Stress pada ibu berpantang.
●Si ibu lebih tenang
Membantu tubuh ibu hasilkan sel darah merah baru selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan anak.
Seluruh tubuh lebih bertenaga dan cergas
Membantu kekalkan kelembapan kulit

2) Vitamin C
Peranan Vitamin C dalam set ini
Membantu meningkatkan daya tahan melawan penyakit
Membantu penyembuhan luka jahitan
Bagus untuk kulit yang cantik. Terlibat dalam pembentukan kolagen bawah kulit.
Anti oksidan yang bagus penghalang kanser

3) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
Fungsi Vitalea dalam set Shaklee
Melengkapkan keperluan vitamin harian tubuh dengan 23 jenis mineral dan vitamin
Membekalkan zat besi untuk pembentukan sel darah merah yang berkualiti supaya badan lebih bertenaga.
Mengelakkan berlakunya anemia

4) Zink
Apa kelebihan Zink untuk ibu berpantang?
Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin dari luar dan dalam
Tidak perlu makan pati ikan haruan yang hanyir untuk khasiat yang sama.
Membantu menguatkan memori. Selepas bersalin ramai dari ibu cepat lupa
Mengurangkan keguguran rambut
Membantu pengaktifan enzim dalam badan

5) Shaklee ESP (Energizing Soy Protein)
Kelebihan ESP Shaklee
Membekalkan 20 jenis asid amino untuk pembinaan sel baru dan menyembuhkan luka
Rasa kenyang lebih lama dan badan rasa bertenaga
Membantu mengembalikan kesihatan kulit
Membanyakkan susu ibu
Boleh dibuat masker semulajadi yang berkesan. Boleh digunakan untuk Kuruskan Badan, Menyusukan Anak, Ibu Mengandung, Mengembalikan Kesuburan, Gastrik

Ostematrix dan gigi
6) Membekalkan Kalsium, Magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
Komponen utama susu ibu selepas protein.
Mencegah sembelit dan stress pada ibu.
Membantu mencegah sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan kerana menyusu badan.

7) Shaklee Lecithin
Membantu elakkan bengkak susu. Menguraikan lemak dan kolestrol dalam badan
Baik untuk kesihatan saraf
Meningkatkan memori dan ingatan

8) Alfalfa Shaklee
Peranan Alfafa Complex ialah
Merangsang pengeluaran susu
Berfungsi sebagai DETOX untuk menyingkirkan lemak yang pecahkan oleh Shaklee Lecithin.





Ahad, 23 November 2014

Rawat RABUN MATA Dengan CAROTOMAX



MATA adalah organ deria dan anugerah Allah yang besar ertinya kepada manusia. Pasti kita semua tidak mahu dilahirkan tanpa penglihatan kerana apalah ertinya kehidupan jika tidak dapat menikmati segala keindahan alam dan paling penting tanpa MATA kita pastinya sukar untuk melakukan aktiviti kehidupan. Namun jika telah ditakdirkan buta, kita perlu pasrah dan REDHO kepada ujian yang telah ditentukan pada kita. 



Antara tugas mata selain proses penglihatan adalah keupayaan membezakan warna dan keupayaan merangsang tindak balas pantas atau spontan lain iaitu tindak balas okulomotor iaitu keupayaan sistem penglihatan merangsang pergerakan otot-otot lain untuk bertindak balas, umpamanya untuk mengelak atau memegang sesuatu.



Ketajaman penglihatan
Dalam ujian ketajaman penglihatan, dua aspek utama proses
penglihatan iaitu rekognisi (pengecaman objek) dan resolusi (kebolehan melihat secara terperinci objek yang diukur).

Dalam bahasa biasa, ketajaman penglihatan adalah istilah untuk menerangkan jarak antara dua objek terpisah tapi masih dapat dilihat sebagai dua objek berbeza.

Faktor-faktor yang mempengaruhi ketajaman penglihatan adalah:
* Faktor optikal
* Penyakit mata
* Masa pendedahan imej (iluminasi, ke cerahan stimulus, masa dedahan)
* Faktor fizikal seperti saiz objek dan jarak 
* Kerabunan

Ujian ketajaman penglihatan amat penting untuk dijadikan indeks rujukan maklumat tentang kualiti sistem penglihatan seseorang individu.

Oleh itu, segala faktor yang boleh mempengaruhi ketajaman penglihatan perlu dikenal pasti, diawasi dan diatasi.

Kabur penglihatan
Kabur penglihatan merupakan salah satu simptom yang paling kerapdilaporkan oleh kebanyakan pesakit yang mengalami masalah gangguan fungsi penglihatan.

Kabur biasanya berlaku apabila imej dari objek yang dilihat tidak difokuskan dengan tepat pada retina. Selalunya kerabunan berkait rapat dengan masalah kecacatan refraksi (refractive error). Kecacatan refraksi berlaku apabila imej yang terbentuk pada sistem optikal mata tidak dapat difokuskan pada retina atau kualiti imej yang terbentuk tidak memuaskan.

Rabun dan masalahnya
Kerabunan adalah satu keadaan fisiologi di mana sistem pembiasan mata tidak dapat fokus kepada sesuatu objek dengan tepat pada retina. Ia adalah satukecacatan fisiologi dan bukan disebabkan oleh penyakit.  Dalam istilah perubatan ia dipanggil ralat refraksi. Selalunya kecacatan ini hanya boleh dibetulkan dengan menggunakan alat bantuan penglihatan seperti cermin mata atau kanta lekap. Sehingga kini, tiada lagi kaedah klinikal yang betul-betul selamat dan berkesan untuk pembetulan ralat penglihatan selain cermin mata atau kanta lekap.

Teknologi terbaru untuk pembetulan kerabunan adalah dengan rawatan LASIK. Selalunya kaedah LASIK berkesan untuk masalah rabun jauh yang agak tinggi (4.00 ke atas) untuk pesakit yang melebihi umur 20 tahun tapi tidak pada kanak-kanak sekolah.

Terdapat beberapa jenis kecacatan refraksi yang biasa terjadi

Punca kerabunan
* Rabun jauh
* Rabun dekat
* Rabun astigmatism
* Rabun orang tua


Tanda-tanda dan simptom kerabunan
1) Kabur penglihatan sama ada jauh atau dekat
2) Suka mengecilkan mata waktu melihat objek jauh
3) Silau pada tahap cahaya yang biasa
4) Kesukaran penglihatan ketika memandu
5) Cepat mengantuk
6) Mata berair
7) Mata merah dan perit
8) Pening 

Tanda-tanda dan simptom di atas kadangkala boleh berlaku serentak dan akan menurunkan produktiviti dan prestasi kerja. Selain itu ia boleh menyebabkan seseorang yang mengalami mana-mana masalah di atas terasa cepat bosan semasa bekerja, hilang tumpuan dan malas.

Kesan kerabunan ini ketara pada pelajar sekolah dan boleh menjejaskan prestasi pembelajaran. Penurunan prestasi pembelajaran boleh menyebabkan masalah lain timbul seperti disiplin di sekolah. Sebagai ibu bapa, adalah dinasihatkan agar mereka mengambil tahu masalah kesihatan mata dan penglihatan anak-anak.

Apa saja yang mengganggu fungsi normal struktur mata akan menjadi punca masalah kabur penglihatan. Sebarang kekaburan perlu dicari puncanya dan dirawat secepat mungkin.

Rawat mata dengan CAROTOMAX

Antara Manfaat Utama Carotomax Shaklee:

Mempertingkatkan Penglihatan - Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti  rabun malam, rabun dekat, mata kering, kelesuan mata, katarak, dan gegelung hitam di mata.

Meredakan Penyakit Kulit - Pengambilan yang berterusan akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit.

Melawan Kanser dan Oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukkuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru : batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema.


 Mengapa CarotoMax?? Mengapa Carotomax dari Shaklee berbeza dengan supplement lain?
✔ CarotoMax mengandungi 6 variasi karotena, yang diekstrak daripadai rangkaian sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit, dan lain-lain.
✔ CarotoMax membekalkan lebih dari 13 mg (21, 500 IU) karotenoid berfaedah ini. Berbanding dengan pengambilan purata karotenoid lutein, likopena, dan beta korena yang hanya mengandungi 8 mg.

Mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa.



PERINGATAN!!
~ Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.(Namun Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk pre-kursor, yang mana akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja).

~ Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.



Sabtu, 22 November 2014

#ShakleeEffect - Cinch Shake Mix Kembalikan Bentuk Badan Yang Ideal


Cinch Shake Mix adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan sepanjang proses menurunkan berat badan, dengan Cinch Shake Mix anda akan rasa lebih berpuas hati dan kenyang!


Ia didatangkan dalam 3 perisa yang menyelerakan iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh variety kan cara minum dengan mencampurkan buah-buahan segar, yogurt dan sebagainya. 


Disini Fza nak share kelebihan & kebaikan Cinch Shake Mix

♢Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya
♢ Mengurangkan selera makan bagi anda yang tak boleh control nafsu makan
♢Memberi tenaga berpanjangan jadi anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian
♢Meningkatan metabolisme badan
♢Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus
♢Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit
♢Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan
♢Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
♢Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusine.
♢Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
♢Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
♢Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
♢Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
♢Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
♢Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
♢Soya bukan GMO

Hari ni, Fza teringin mencuba Cinch Shake Mix, sebab terasa pinggul-pinggul ni dah mula naik, almaklumlah, hujung tahun terlampau banyak jemputan perpisahan kelas. Selera menjadi-jadi apabila melihat pelbagai hidangan didepan mata...


Nanti 1 minggu kita lihat perubahannya ye... berkesan atau tak Cinch Shake Mix. Kalau diikutkan cerita berkesan kerana Cust Fza yang konsisten Cinch Shake Mix selama 1 bulan setengah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 9 kg.

Testimoni Cinch Shake Mix




Omega Guard Dan Rakan-rakan Untuk Set "SENDI" By Master Wani

Seronok berBISNES SHAKLEE, walau duduk hujung tanjung, tapi tak ketinggalan menimba ilmu. Janji INTERNET ada... ehehe...

19 November 2014, sempat juga join kelas Online yang bertajuk OMEGA GUARD & RAKAN-RAKAN UNTUK SET SENDI di bawah kelolaan MASTER WANI. Padat dan mampat. So Fza sharekan disini ye. Bukan apa, SENDI ni sangat penting untuk pergerakan kita, bayangkan lah kalau SENDI kita sakit??? apa akan jadi.... so, sebelum berlaku, baik kita jaga sebaiknya.


Fungsi Omega Guard Untuk SENDI
~bersifat anti-radang
~minyak ikan (EPA + DHA) bermanfaat mengurangkan kebas & keradangan pada SENDI
~membantu merawat rheumatoid arthritis


Set SENDI

~Omega Guard
~OsteMatrix
~AJHT - Advanced Joint Health Tablet


Jenis-jenis SENDI
~SENDI lesung (bahu, pinggul)
~SENDI engsel (lutut, siku)
~tulang belakang
~SENDI jari kaki & tangan


Tanda-tanda SENDI tidak sihat
~mudah kejang dan tegang pada SENDI
~rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
~bengkak pada SENDI
~rasa sakit pada SENDI terutamanya bila bergerak
~bunyi berkeriuk pada SENDI


Punca sakit SENDI
~kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau SENDI itu sendiri


Antara punca kerosakan
~kemalangan - boleh mencederakan otot dan SENDI meningkatkan risiko kesakitan SENDI
~kecederaan - disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
~faktor usia - kepadatan otot berkurang dan kusyen SENDI berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan SENDI sakit
~berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada SENDI dan menyakitkan


Apa Itu OSTEOPOROSIS?

~tulang menjadi rapuh di bahagian (tulang belakang, pinggul, pinggang)


Simptom??
~berlakunya retak pada tulang dengan mudah


Akibat OSTEOPOROSIS?
~kekurangan protein, kolagen & kalsium
  (akibat kekurangan kalsium, protein & kolagen badan boleh jadi bengkok)


Apa itu OSTEOARTHRITIS?
~kecacatan pada bahagian SENDI
~terjadi apabila tulang rawan membentuk permukaan SENDI menjadi luas
~keradangan berlaku akibat tidak cukup khasiat


Apa itu RHEUMATOID ARTHRITIS?
~penyakit kronik pada SENDI & melibatkan organ-organ lain
~1/3% daripada seluruh dunia mengalami penyakit ini
~bermula dr peringkat umur 30-50 tahun


Tanda-tanda awal
~pembengkakkan tisu penyambung


Tips PENJAGAAN KESIHATAN SENDI
~lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan SENDI dan otot menjadi lemah
~kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
~makan makanan yang baik untuk SENDI seperti :
  *Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
  *Kalsium dan Mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
  *Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit SENDI
  *Vitamin D - meningkatkan penyerapan kalsium
  *Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam SENDI

***semua vitamin ini ada dalam set SENDI Shaklee
      #Advanced Joint Health Tablet
      #Omega Guard
      #Ostematrix


Healing Crisis?
Akan melalui proses penyembuhan dalam 4 peringkat:
- inflamasi dan pembekuan darah (72 jam)
- pembentukan tulang lembut (2 hari ke 2 minggu)
- union (sembuh sepenuhnya) (3-6 bulan)
#Kesimpulannya amalkan set SENDI Shaklee untuk penyembuhan yang mudah & terbaik.
  InshaAllah...dengan Izinnya.
  Wallahhua'lam.......


Set SENDI Shaklee

AJHT - Advanced Joint Health Tablet

-> mengeluarkan tulang rawan yang sihat melalui 3 peringkat:
*menyokong keselesaan SENDI
*memelihara tisu penyambung yang sihat
*meningkatkan kesan kusyen pada SENDI

OmegaGuard

-> mengurangkan inflamasi
*melambatkan degradasi tulang rawan
*mengurangkan keradangan SENDI
*bertindak sebagai pelincir
*meningkatkan kesihatan SENDI

OsteMatrix 

-> mengekalkan sel tulang yang sihat
*kalsium penting untuktulang, otot, ligamen
*magnesium dapat mengimilasikan Kalsium ke dalam tulang & mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembu & SENDI-SENDI
*membantu mengurangkan gejala OSTEOARTHRITIS



Penjagaan Diri Dan Kesihatan Ketika Kehamilan



Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah:


1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal - 


Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. 

Walaupun jika anda tidak mempunyai pilihan dari segi siapa yang anda mahu untuk mengendalikan anda (seperti di klinik-klinik dan hospital kerajaan), anda masih boleh membina persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang sering anda jumpa dalam tempoh masa anda membuat pemeriksaan kehamilan. 

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenaipilihan rawatan antenatal anda.



2. Makan dengan baik - 


Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh krim atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera terhadap makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan makanan lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan hidangan makanan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari. 

Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek di antara waktu makan.



3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan - 


Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Jangkitan salmonella boleh berlaku disebabkan memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau yang separa masak. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil.)

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).



4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan -

Asid Folic  - B Complex

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).



5. Bersenam selalu - 


Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan sepertiberjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat. 



6. Mula lakukan senaman lantai pelvik


Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.



7. Hadkan pengambilan alkohol - 


Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.

Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.



8. Kurangkan pengambilan kafein - 


Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyakkafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.



9. Berhenti merokok - 


Wanita yang merokok meningkatkan risikokeguguran, bersalin pramatang, kelahiran matidan kematian kot.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik. (Baca nasihat lanjut mengenai bagaimana untuk berhenti merokok semasa kehamilan.)



10. Lebihkan berehat - 


Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.


☞  Ibu-ibu yang hamil, boleh juga mengambil Cadangan Set Kehamilan Shaklee untuk Kesihatan Ibu Dan juga Bayi dalam kandungan.




☞  Selepas bersalin, masih mencari Set Berpantang?? Kami juga ada menyediakan Cadangan Set Berpantang Shaklee, tak kira untuk yang bersalin normal atau pembedahan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...