Tab menu 2

Pages

Sabtu, 11 Oktober 2014

Rahsia Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya


☞ Rahsia Pertama: BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN

Prinsip yang dipegang semasa saya jadi PRS (pembimbing rakan sebaya) semasa di sekolah menengah dulu. Bantu diri, untuk bantu orang lain. Sebagai SID (Shaklee Independent Distributor), tugas kita bukan menjual produk semata-mata, tapi berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain. Untuk berkongsi, kita mesti terlebih dulu memilikinya. Milikilah rasa cinta terhadap kesihatan dan keunggulan Shaklee, rasa nak berkongsi akan datang tanpa perlu dipaksa.

Dalam Shaklee, kita bukan saja berhubungan dengan pelanggan (pengguna Shaklee) tapi juga ahli-ahli dalam jaringan kita. Untuk bantu anak cucu di bawah kita, diri kita sendiri mestilah terlebih dulu bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang perlu (seperti yang disarankan oleh mak Shaklee kita). Kalau kita sendiri tak pernah melakukannya, bagaimana mungkin kita boleh berkongsi kebaikannya dengan orang lain bukan.

☞ Rahsia Kedua : BERUSAHA UNTUK IKHLAS

Ikhlas itu tersembunyi… Namun seboleh-boleh kita berusaha untuk ikhlaskan diri bila berkongsi tentang kebaikan Shaklee. Berusaha menggali ilmu dan menyebarkannya, bukan sekadar copy+paste sedangkan diri sendiri pun tidak pernah baca apa yang dikongsi. Dalam group Euphoria, Jutawan dan iReach sendiri, memang banyak perkara yang perlu dibuat dengan semangat berusaha untuk menjadi ikhlas. Banyak sangat. Yang penting, ia adalah berkenaan dengan memperbaiki diri sendiri, rohani dan jasmani.

☞ Rahsia Ketiga : SABAR

Saya tak tahu kalau ada bisnes yang boleh memberi keuntungan dalam masa sehari dua, dan berterusan. Dalam Shaklee, ia adalah satu proses membina. Nak bina sesuatu dari tiada apa-apa, bukan mudah. Banyak benda kena buat, dan prosesnya bukan sekejap. Lebih-lebih lagi kalau target akhirnya sangat besar. Lihat saja bangunan pencakar langit di Malaysia. Proses pembinaannya tidak mengambil masa seminggu… malah bertahun. Kalau belum berhasil, harus usaha lagi dan perbaiki, bukan terus berhenti atau menyalahkan orang lain.

☞ Rahsia Keempat : BISNES DENGAN ALLAH

Ramai orang pandang bisnes sebagai punca duit. Duit punca kekayaan. Kekayaan punca terjerumusnya Qarun, serta tercampaknya Firaun dan Haman ke dalam api neraka. Bila kita ada persepsi macam itu, kita akan jadi takut nak bercita-cita tinggi, apa lagi nak jadi kaya. Takut jadi orang kaya dan berjaya sebab takut tak dapat masuk syurga. Semoga Allah jauhkan dari semua itu. Kerana itu pentingnya kita menjadikan Allah sebagai ‘rakan bisnes’ kita. Setiap keuntungan kita, ada bahagian milik Dia. Setiap usaha kita, ada bahagian milik Dia. Jadi, jangan usaha kuat-kuat, bila untung celebrate untuk diri sendiri saja… Usaha seiring dengan cita-cita yang tinggi, doa dan tawakal. Bila dapat untung, bayar Dia dengan zakat, sedekah dan pelbagai cara kebaikan.

☞ Rahsia Kelima : JANGAN PUTUS ASA

Bisnes mana-mana pun, malah dalam apa yang kita buat, tiada jaminan akan berjaya terus. Malah, tersurat dalam al-Quran “inna ma’al usri yusro” sesungguhnya bersama kesukaran akan ada kesenangan. Untuk mendapatkan kemudahan, kesenangan, kejayaan, harus tempuhi tempoh kesukaran terlebih dulu… Tempoh berusaha, bukan sesuatu yang seronok. Namun percayalah, setiap malam akan ada siangnya, setiap mula pasti ada akhirnya. Setiap usaha pasti ada habuannya. Syaratnya, jangan putus asa.

Kredit To : LynaNoh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...