Tab menu 2

Pages

Ahad, 20 Julai 2014

Atasi Cirit Birit Dengan Shaklee




Cirit-birit atau nama glamernya, cherry-berry boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Saya sendiri pun pernah terkena. Cirit-birit terjadi apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui saluran penghadaman yang selalunya diakibatkan oleh jangkitan virus.

Cirit-birit biasanya tidak merbahaya dan dirawat dengan meminum banyak air dan berehat. Namun, cirit-birit yang serius biasanya berlarutan beberapa jam sehingga ke beberapa hari serta perlu ditangani dengan segera.

Tips Menghadapi Cirit-birit

1) Elakkan Makanan Pejal Tetapi Minum Banyak Air

Pastikan minum air kosong dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi atau kekeringan badan. Minum satu gelas air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.

2) Beri Perhatian Pada Tanda-tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan

Cirit-birit sepatutnya mulai reda 24 jam selepas anda mengambil cecair. Contohnya, apabila anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pejal.

3) Ambil Makanan Lembut

Makanan pertama yang diambil haruslah lembut dan mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Boleh juga roti putih bakar (rawatan kuno Hippocrates)

4) Elakkan Sayur Mentah & Buah-buahan

Tunggu sehingga usus anda dapat berfungsi dengan normal. Mulakan dengan mengambil 1/4 daripada jumlah biasa. Sekiranya tidak berlaku cirit-birit, anda boleh menambah jumlah pengambilan tersebut.

5) Jangan Paksa Diri

Tambah pengambilan sedikit demi sedikit sehingga anda berasa selesa atau sehingga anda pulih sepenuhnya. Sekiranya berlaku kembali cirit-birit, ulang ke tahap sebelumnya.

 Rawat Cirit Birit Dengan Shaklee

Bagi yang mengalami cirit-birit, sangat disarankan untuk mengambil kombo Nutriferon, Performance Drink dan Peppermint Ginger Plus.

¤ Nutriferon akan bertindak membantu meningkatkan imun badan anda melawan kuman.

¤ Performence Drink akan bertindak membantu untuk mengekalkan kadar cecair yang optimum dalam badan sekaligus menggantikan cecair yang hilang. Selain daripada membantu tubuh kekal hydrated, ia turut menjadi pembekal tenaga segera.

¤ Peppermint Ginger Plus pula membantu dalam menyingkirkan angin dalam badan. Ini kerana, apabila perut kita kosong, angin mudah masuk dan menyebabkan rasa sakit atau kurang selesa.

Bagi bayi yang baru lahir dan sedang menyusu, sekiranya terkena cirit-birit, ibu boleh mengambil semua supplement di atas untuk bantu menyalurkan zat kepada bayi tersebut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...