Kelas Online
Offline Selling Skill
by Master Azila
20 Disember 2014
9.00 malam Hingga 10.00 malam
Tajuk malam ni OFFLINE SELLING SKILL, lebih kurang macam nak market product kita.
Soalan:
Apa yang anda faham dengan Offline Selling?
Jawapan:
~ Offline Selling....jual secara live
~ Face to face
~ Direct selling la
~ Offline jual secara face to face..
Selain kita jual secara offline,tips dibawah juga di kira Offline :
1) Berikan Jaminan Wang
2) Minta dan Gunakan Testimonial Pelanggan
3) Maksimakan Penggunaan Kad Perniagaan Anda
4) Blog
5) Lancarkan Event
6) Berikan Hadiah
7) Kongsikan Info
8) Emel
9) Tulis dan Kongsikan Profil atau Kisah Anda
10) Sokong Badan Kebajikan
11) SMS Pelanggan Anda
12) Iklan Banner atau Bunting
13) Katalog
Nota : Offline kene kerja keras..n yg penting confidence ilmu & senyuman manis
1) Berikan Jaminan Wang Dikembalikan
Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
2) Minta dan Gunakan Testimonial Pelanggan
Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Adalah lebih baik sekiranya anda dapatkan testimoni bergambar, selalunya untuk produk-produk kecantikan di mana akan terdapat perbezaan antara sebelum dan selepas menggunakan produk tersebut.
3) Maksimakan Penggunaan Kad Perniagaan Anda
Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Aminah binti Abu, pengurus, Syarikat Aminah Bersaudara…?” Tetapi adakah anda tahu apakah perniagaan Aminah binti Abu? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.
4) Blog
Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma!
5) Lancarkan event
Cara ini ialah yang paling mudah untuk anda menjana database pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa hadapan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, Facebook atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang event anda.
6) Berikan Hadiah
Ini adalah cara yang juga mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda boleh berikan shakers atau hadiah lain sekiranya mereka setia. Ini juga adalah cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.
7) Kongsikan Info
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, hanya maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman social anda seperti Facebook, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya sharekan tentang maklumat produk. So keep on sharing.. Jangan risau jika ada orang lain meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
8) Emel
Mengirimkan emel kepada bakal pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.
9) Tulis dan Kongsikan Profil atau Kisah Anda
Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih Berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang Berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.
10) Sokong Badan Kebajikan
Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda turut serta membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.
11) SMS Pelanggan Anda
Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan SMS 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat hari jadi serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti www.ETSI.com.my dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar SMS dengan lebih efektif.
12) Iklan Banner atau Bunting
Tahukah anda cara paling cepat untuk menguasai wilayah perniagaan anda adalah melalui pengiklanan banner. Pasang sekurang-kurangnya 30 unit banner disekitar kawasan yang strategik di kawasan daerah atau bandar berhampiran. Anda pasti akan di huru harakan oleh panggilan dari pelanggan nanti. Masalah iklan banner adalah kosnya yang agak mahal disamping kos lesen untuk gantung banner dari pihak berkuasa majlis. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menempah banner di tempat yang betul, kos lebih murah pada kualiti terbaik.
Skrip ayat yang power adalah ayat yang mampu membuatkan prospek tak senang duduk
#Ayat Power Promosi Produk
Anda anda sedang tercari-cari formula ayat power yang boleh membantu anda membuat jualan di Facebook.
#Ayat Power Promosi Produk
Anda dah cuba pelbagai skrip tapi masih belum menjadi? Sebenarnya anda tidak perlu risau langsung.
Pemasaran adalah melibatkan eksperimen atau bahasa mudahnya try and adjust. Tidak bermakna anda cuba sekali je terus menjadi dan meletop.
#Ayat Power Promosi Produk
Orang yang sudah berjaya selalu akan menceritakan kisah kejayaannya dan menutup kegagalan mereka yang lampau. Bagi saya patutnya kisah kegagalan itulah yang patut diceritakan agar orang lain tidak mengulanginya.
#Ayat Power Promosi Produk
Walaubagaimanapun apa jua panduan yang anda baca tindakan pertama yang anda perlu lakukan adalah test test test. Jangan letak harapan terlalu tinggi pada pertama kali test. Beri masa pada diri anda.
Lama-lama kelamaan anda akan temui sentuhan anda sendiri dan waktu itulah jualan bisnes anda akan MALATOP!
Ini adalah nasihat ikhlas dari saya:
1. Dapatkan panduan
2. Test test test
3, Adjust adjust adjust
4. Temui sentuhan emas sendiri
5. Bisnes anda pasti MELETOP!
In shaa Allah. Jangan lupa mohon pada Allah swt pulak.
Ayat power sahaja tanpa izin Allah swt tak akan memberikan hasil.
Doa dulu, “Ya Allah, saya nak guna ayat power untuk promosi produk saya. Permudahkanlah ya Allah. Tolong jualkan produk saya dengan penggunaan ayat power ini. Amin”.
Lepas tu buatlah promosi in shaa Allah.
Cubalah!
Biasanya kita semua ada masalah ayat x berapa power
Each person ada different talent n ayat ajaib masing2..jadi anda wajib test test n test
Dalam bisnes, strategi nak menggunakan viral marketing ini perlu ada;
1 – Produk yang kuat daya penariknya
Produk yang hebat akan mudah menarik pelanggan mencuba atau membelinya. Tanpa produk yang hebat, sangat susah untuk memuaskan hati pelanggan. Jadi kita sudah pun mempunyai produk hebat,kuat nama segah usianya.
2 – Pastikan pelanggan berpuashati dengan servis anda
Anda wajib ada knowledge dalam setiap produk. Senang untuk berbicara terus dengan bakal pelanggan. Jika pelanggan tadi berpuas hati, anda tidak perlu bersusah-payah meminta pelanggan menghebahkan mengenai produk dan perniagaan anda. Mereka akan membuat semua itu tanpa anda meminta, apatah lagi disogok.
3 – Sistem penghantaran yang terpuji.
Sistem penghantaran adalah sesuatu yang penting dalam perniagaan. Anda kekurangan pada bahagian ini, maka dikhuatiri akan pincanglah strategi ini nanti.
Maksudnye,anda perlu pastikan servis penghantaran dan penerimaan anda tip top.jangan delay. Takut kalau kumpul order customer lari ke orang lain. Distributor ramai diluar sana. Hehe..
Hari ini pelanggan membuat pesanan, semalam sudah sampai. Erk? Boleh gitu? Hehehe.
4 – Kecekapan mengurus pelanggan (customer service)
Yang terakhir adalah cara anda mengurus pelanggan-pelanggan anda. Pelanggan yang dilayan dengan baik akan menjadi orang yang sangat suka bercakap mengenai anda. Selalulah tanya khabar, sekadar cipta hubungan mesra..supaya dia sentiasa ingat anda..ingat shaklee,ingat anda..
Perkhidmatan pelanggan luar biasa
Perbuatan seperti mengangkat telefon sebelum deringan yang ketiga, serta melayan pelanggan dengan penuh sopan dan mesra, adalah cara yang terbaik bagi membuatkan mereka selesa dengan kita.
Dalam emel pula, kita seharusnya biasakan diri untuk melayan kerenah pelanggan dengan menggunakan bahasa yang baik. Sebagai contoh, pastikan kita membalas emel pelanggan dalam masa yang singkat. Elakkan daripada membiarkan mereka terus menunggu. Apabila mereka menunggu, maka bahagian sokongan (support) bisnes kita akan dipandang rendah.
- item produk kita tak perlu cakap lagi,memang bagus
- jaga servis anda sentiasa
- penghantaran
- cekap
Conclusion,customer akan loyal dengan kita..amalkan tips ni semua..
Last :
Anda perlu setkan siapa golongan customer yang anda mahu sesuai dengan ilmu yang anda ada..
Cara bercakap tidak perlu serious sekadar bersembang untuk wujud keserasian ..tetapi fokus mesti ada..after a while selepas 5 minit mcm tu ,baru anda boleh start enjin vitamin anda..tp tetap secara bersahaja..
Sekian kelas malam ni!!!