Kelas Online
Fungsi Vitamin C Untuk Kesihatan
by Master Ija
16 Disember 2014
9.00 malam
● Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
● Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)
● Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.
● Memguatkan dinding salur darah.
● Menolong pembentukan tisu gentian.
● Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.
● Mengurangkan kedut pada kulit
●Membaiki parut pada kulit.
● Mencegah penurunan payudara dan buttock
● Menjadikan kulit lebih cerah
● Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
● Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.
● Membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.
● Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.
Yg ni manfaat Vitamin C keseluruhan.. untuk kecantikan, kulit dan kesihatan.... apa yg Fza nak huraikan disini..... fungsi Vitamin C utk kesihatan kita
Soalan : Siapa Yang Memerlukan VITAMIN C
Jawapan : Semua Orang Memerlukan VITAMIN C
Siapa yang Perlukan Vitamin C
Cuba semak senarai ni samada anda memerlukan Vitamin C:
- Perokok
- Orang yang mudah stress (stress akan memusnahkan vitamin D dalam badan)
- Orang yang makan pil perancang (pil perancang juga akan serap Vitamin C dan akibatnya vitamin C cepat musnah dalam badan)
- Orang yang nak kulit cantik dan cerah atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit
- Semua orang yang inginkan kesihatan yang baik, sebab -Vitamin C menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan. -Sebab tu dalam set family wellness ada termasuk vitamin C antara vitamin yang perlu diambil untuk semua orang kerana vitamin C bersifat larut air.
Soalan : Mengapa kita memilihi Vitamin C sebagai Vitamin Kesihatan kita?
Jawapan : Sebabnya.........
● Ini kerana Vitamin C adalah Vitamin larut air, bermakna bahawa badan kita tidak menyimpannya. Badan kita hanya boleh menyimpan vitamin larut lemak sahaja kerana sifat sek tubuh kita mempunyai sebatian lemak
● Vitamin C adalah antioksidan, bersama-sama dengan Vitamin E. Beta karotena dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Tugas antioksidan ialah menghalang radikal bebas. Pembinaan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbangkan kepada proses penuaan dan pembangunan. Keadaan kesihatan seperti kanser, penyakit jantung dan artritis.
● Pertumbuhan dan pembaikan tisu disemua bahagian badan kita. Ia membantu badan membuat kolagen, protein penting yg digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligamen dan saluran darah.
● Vitamin C diperlukan untuk penyembuhan luka dan untuk membaik pulih dan mengekalkan tulang dan gigi.
Soalan : Kenapa Vitamin C diperlukan dalam tubuh badan kita?
Jawapan : Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut ;-
●Antioksida hebat yang terkandung di dalam vitamin C akan bertindak dengan serta merta, seawal hari pertama pengambilan vitamin c ini aktif membuang toxin yang kotor dalam badan manusia.
●Membetulkan kitaran darah
●Memulihkan luka-luka ringan
●Menempatkan kebaikan kandungan vitamin c pada seluruh system badan manusia.
●Membantu dalam pertumbuhan tisu-tisu baru
●Mengekalkan kesihatan gusi
●Menyokong sistem imun
●Membantu penyerapan zink
●Membentuk penjanaan collagen
●Sel-sel baru yang di perlukan dalam kecantikan
●Kesihatan kuku, rambut dan kulit
●Kesan dari pengambilan vitamin c ini memberikan bekalanvitamin c agar tidak mudah sakit, selsema atau demam-demam ringan.
Soalan : Siapa tahu gejala kekurangan Vitamin C???
Jawapan :
-mudah sakit & lembat sembuh
-jerawat susah hilang
-kulit kering lesu
-kerap demam selsema-gatal2
Gejala Kekurangan Vitamin C?
-Kehilangan Nafsu Makan
-kram otot
-kulit menjadi kering @ kasar, kulit bersisik, serta lebam dengan mudah
-hidung berdarah
-Rambut bercabang dan kering
-Gusi berdarah
-Kekurangan darah merah (Anemia)
-Infeksi
Soalan : Infeksi tu cmne master ija?
Jawapan : Infeksi keadaan persekitaran yg tak sihat
Soalan : Kalau makan 2 biji sehari boleh x
Jawapan : Kalau vitamin c yg ija bc.. kita digalakkan makan 2 biji utk kesan lebih cepat
Yg chewable 5 biji dalam sehari jarakkan masanya
Kanak2 umur 8thn keatas xpe amik 2 bj yg chew
Kalau anak2 tak sihat demam, selsema digalakkan.. kalau sebaliknya kita cuba elakkan
Dose yg tinggi x sesuai utk budak2..
Soalan : Manfaat Vitamin C yg lain untuk kesihatan...
Jawapan : Manfaat Vitamin C untuk Kesihatan Tubuh badan kita
Mengatasi FLu
-Vitamin C dapat mepercepatkan penyembuhan dari selsema@ Flu
Sistem kekebalan tubuh (Antibiotik)
- Vitamin C juga memiliki peranan penting dalam menjaga daya tubuh dari serangan virus, bakteria dan radikal Bebas
Antioksidan
-Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh juga dari kulit yang rosak akibat radikal bebas
Penyakit mata
- Salah satu penyakit mata umum terjadu adalah katarak. Yang konsisten pada pengambilan vitamin C seharian dapat mencegah penyakit Katarak.
Kesihatan Kulit
- Dalam merawat kecantikkan, vitamin C memiliki peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit terlihat terbit segar. Vitamin C merangsang pembentukkan kolagen kulit dan menjaganya daripada rosak.
Kanser
- beberapa penentuan menunjukkan bahawa beberapa wanita yang mangudap bayak Vitamin C dan memakan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran (bukan suplemen) memiliki risiki lebih rendah terkena kanser payudara.
Soalan : Sekiranya Vitamin C rendah dalam tubuh badan kita boleh mengakibatkan?
Jawapan ;
-tekanan darah tinggi
-penyakit pundi hempedu
-strok
-sesetengah kanser
-aterosklerosis
-plak lemak memyumbat dalam salur darah yang boleh membawa kepada serangan jantung dan strok
-berkurangan tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah
-Salur darah bocor keotot tangan dan kaki, sendi-sendi dan kerosakan kuku
Tahukah anda???
1 biji vịt c shaklee bersamaan dengan berapa biji buah oren?
7.5 biji
Buah atau sumber yg kaya dengan VITAMIN C
Dari segi makanan semulajadi, Vitamin C boleh diperolehi dari sumber-sumber semulajadi yg berikut
Buah-buahan
-limau, oren, lemon, jambu batu, nanas, kiwi, strawberry, cherry, tembikai
Sayur-sayuran
-kobis, bunga kobis, parsley, asparagus, tomato, bayam
Bunga
-Roses
7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplement atau pun dalam bahasa mudahnya makanan tambahan:-
-Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
-Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
-Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
-Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
-Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
-Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandngan MSG.
-Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan