Tab menu 2

Pages

Ahad, 20 Julai 2014

Cadangan Set Kesuburan Shaklee



Cadangan Set Kesuburan Bajet Shaklee untuk Suami dan Isteri

ZINC COMPLEX

~ Fungsi Zinc Complex untuk lelaki ialah

1) Mematangkan organ pembiakan lelaki. Kekurangan zink menyebabkan organ tersebut lambat matang

2) Mengelakkan mati pucuk. 

3) Menghasilkan sperma yang banyak

4) Meningkatkan fungsi pembiakan lelaki

5) Awet muda kerana membantu pembentukan kolagen .

6) Mengurangkan keguguran rambut yang boleh membawa kepada botak.

7) Mengaktifkan 200 jenis enzim Bagus untuk pesakit kencing manis kerana merangsang badan menghasilkan insulin

8) Cepatkan pemulihan luka luar dan dalam

9) Menguatkan ingatan. Susah lupa dan memori yang kuat

Itulah dia set kesuburan shaklee lelaki versi bajet

Banyak lagi khasiat zinc. Bukan untuk orang lelaki je, orang perempuan pun perlukan zinc. Zinc bagus untuk luka pembedahan semasa bersalin.

Zinc kurangkan masalah rambut gugur dan memori yang kuat. Zinc juga diperlukan untuk pembinaan tulang.

Sebab tu zinc complex ada dalam set bersalin shaklee premium dan asas.

GLA COMPLEX 

~ Khasiat GLA Complex pada Isteri pula

1) Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.

2) Membantu mengembalikan kesuburan wanita

3) Melegakan Sindrom sebelum period aka PMS

4) Membantu dalam menangani menopause

5) Membantu pembentukan kuku dan rambut yang sihat

6) Memainkan peranan mengurankan penyakit ekzema atau radang kulit

7) Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri

8) Membantu kuatkan daya tahan lawan penyakit

9) Awet muda dan lambatkan penuaan. Sebab ada vitamin E dalam ni yang bantu hasilkan kolagen

Tips Dan Amalan Dapat Cahaya Mata

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Cuba cari tanda tanda waktu subur isteri. Peluang untuk hamil lebih tinggi jika hubungan suami isteri dilakukan semasa subur.

2. Periksa tahap kesihatan kita suami isteri. Jumpa doktor.

3. Jaga berat badan dan dapatkan berat badan yang ideal. Terlalu gemuk akan membuatkan lemak berkumpul di organ peranakan dan kurangkan kesuburan.

Terlalu kurus bermakna badan anda kurang zat dan sel pembiakan yang dihasilkan juga kurang berkualiti. Contoh zat yang penting untuk mendapat zuriat ialah vitamin E, zink dan lain lain.

4. Tingkatkan kekerapan hubungan intim suami isteri. Terutama semasa menghampiri waktu subur. Cuba buat bacaan tentang hubungan suami isteri menurut sunnah Nabi SAW 

5. Amalkan cara hidup sihat. Suami isteri hendaklah mengamalkan diet yang seimbang. Jaga pemakanan dan berat badan ideal.

6. Berhenti merokok dan jauhi minuman keras. Bukankah arak itu haram untuk umat islam. Arak dan rokok memberikan kesan buruk pada kesuburan dan anak didalam kandungan.

7. Amalkan makanan tambahan untuk membekalkan keperluan zat yang mencukupi. Makanan harian kita tidak dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan badan.

8. Kawal tahap tekanan pada paras sihat dengan melakukan aktiviti sihat. Contohnya lakukan senaman dan hobi yang bermanfaat.Luangkan masa bersama keluarga.

Insyaallah, dengan membahagiakan orang disekeliling kita, diri kita sendiri akan bahagia sama. What you give, you get back more





Cinch Shake Mix Shaklee Boleh Langsing dan Kuruskan Badan


Langsing dan Ramping Dengan Cinch Shake Mix Shaklee

Cinch Shake Mix ? Apa tu ? Produk apa ? Eh.. eh.. Cinch Shake Mix ni glamer tau ! hehee.. Haa ni laa Cinch Shake Mix dari Shaklee ! Ada 3 perisa iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. 

Apa Itu Cinch Shake Mix ?Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. 

Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.  

Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. 

Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

1) Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
2) Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
3) Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
4) Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
5) Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajianNilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
6) Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
7) Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan Soya bukan GMO 

Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee

[✔] Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak

[✔] Membakar lemak yang tidak diingini

[✔] Mengurangkan inci yang tidak diingini

[✔] Makanan segera untuk mereka yang aktif

[✔] Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang

[✔] Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan

[✔] Diperkaya dengan leucin untuk memelihara otot

[✔] Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan





Pentingnya Vita C Plus Shaklee Dalam Kesihatan



Kebaikan dan Keistimewaan Vitamin C 500 mg Shaklee (Sustained Release Vita-C Plus 500 mg Shaklee)

Sustained Release Vita-C Plus 500 mg

Sumber Vitamin C Semulajadi yang disalurkan jam demi jam...

Tubuh kita sering kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti harian. Vita-C Plus Shaklee dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan. Vita-C Plus 500 mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin c yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gui yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Selain itu , Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin .

Antaranya:
~ membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

~ Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak.
Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

~ Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah.
Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

~ Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

~ Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka.
Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

~ Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller,dos yang dicadangkan ialah 500 mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.

MANFAAT YANG LAIN ADALAH :

1) Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

2) Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

3) Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

4) Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

5) Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Apakah KEISTIMEWAAN & PERBEZAANVitamin C SHAKLEE dengan Vitamin C lain yang ada di pasaran?

¤ Vitamin C pertama yangSEMULAJADI dan bertindak secara ‘Sustained Release’ atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita.
Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan

Ingin saya ingatkn , kesan pengambilan vitamin juga bukanlah sekelip mata. Haruslah sabar dan konsisten dalam pengambilan, barulah kesan optimum dapat dirasai.

Jika ditanya saya, sudah semestinya, Vitamin C Plus Sustained Release Shaklee yang menjadi pilihan saya ... 100% semulajadi , berkesan dan selamat diambil :)




Penyusuan Bajet Shaklee



Cadangan Penyusuan Bajet Shaklee: 
ESP dan Alfalfa

Cadangan Set Penyusuan shaklee tidak perlu diperkenalkan lagi. Memang hot dan paling laris di fb. Alhamdulillah Cadangan Set Penyusuan shaklee telah banyak membantu ibu2 dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Anda di luar sana, jika mempunyai kekangan kewangan, boleh la mencuba Cadangan Set Penyusuan Bajet Shaklee ini.

Set ini mengandungi Soy Isolate Powder 850g (esp) dan Alfalfa Complex. Esp mampu bertahan sehingga 2.5 bulan manakala alfalfa complex sehingga 1 bulan makan. Memang sangat menjimatkan. Berbaloi2 tau. Set ini bukan sahaja membantu dalam penyusuan susu ibu malah lebih dari itu. Jom kita tengok,apakah kelebihan setiap vitamin ini. 

Kelebihan ESP:

~ Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
~ Parut di muka jadi pudar
~ Tenaga berpanjangan pagi ke malam
~ Kurang letih Memberi rasa kenyang yang agak lama, sesuai bagi ibu yang nak menghilang berat badan
~ Sistem perlindungan badan semakin bagus (menguatkan imun sistem)
~ Mengawal paras kolestrol
~ Menyokong kesihatan jantung dan prostat
~ Penyerapan vitamin lain lebih baik dengan ESP
~ Mengurangkan alergik

Kelebihan Alfalfa:

~ Sistem penghadaman lebih baik
~ Mengawal kolestrol dalam darah
~ Membuang toksik dalam badan
~ Mengurangkan masalah gastrik
~Membantu merawat keputihan
~ Mengelakkan bau badan (tak payah beli deodorant)
~ Mengurangkan asthma
~ Memberi kesan 'Kacip Fatimah'
~ Meningkatkan kesuburan
~ Juga, hubungan suami isteri menjadi lebih HOT!





Atasi Cirit Birit Dengan Shaklee




Cirit-birit atau nama glamernya, cherry-berry boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Saya sendiri pun pernah terkena. Cirit-birit terjadi apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui saluran penghadaman yang selalunya diakibatkan oleh jangkitan virus.

Cirit-birit biasanya tidak merbahaya dan dirawat dengan meminum banyak air dan berehat. Namun, cirit-birit yang serius biasanya berlarutan beberapa jam sehingga ke beberapa hari serta perlu ditangani dengan segera.

Tips Menghadapi Cirit-birit

1) Elakkan Makanan Pejal Tetapi Minum Banyak Air

Pastikan minum air kosong dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi atau kekeringan badan. Minum satu gelas air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.

2) Beri Perhatian Pada Tanda-tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan

Cirit-birit sepatutnya mulai reda 24 jam selepas anda mengambil cecair. Contohnya, apabila anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pejal.

3) Ambil Makanan Lembut

Makanan pertama yang diambil haruslah lembut dan mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Boleh juga roti putih bakar (rawatan kuno Hippocrates)

4) Elakkan Sayur Mentah & Buah-buahan

Tunggu sehingga usus anda dapat berfungsi dengan normal. Mulakan dengan mengambil 1/4 daripada jumlah biasa. Sekiranya tidak berlaku cirit-birit, anda boleh menambah jumlah pengambilan tersebut.

5) Jangan Paksa Diri

Tambah pengambilan sedikit demi sedikit sehingga anda berasa selesa atau sehingga anda pulih sepenuhnya. Sekiranya berlaku kembali cirit-birit, ulang ke tahap sebelumnya.

 Rawat Cirit Birit Dengan Shaklee

Bagi yang mengalami cirit-birit, sangat disarankan untuk mengambil kombo Nutriferon, Performance Drink dan Peppermint Ginger Plus.

¤ Nutriferon akan bertindak membantu meningkatkan imun badan anda melawan kuman.

¤ Performence Drink akan bertindak membantu untuk mengekalkan kadar cecair yang optimum dalam badan sekaligus menggantikan cecair yang hilang. Selain daripada membantu tubuh kekal hydrated, ia turut menjadi pembekal tenaga segera.

¤ Peppermint Ginger Plus pula membantu dalam menyingkirkan angin dalam badan. Ini kerana, apabila perut kita kosong, angin mudah masuk dan menyebabkan rasa sakit atau kurang selesa.

Bagi bayi yang baru lahir dan sedang menyusu, sekiranya terkena cirit-birit, ibu boleh mengambil semua supplement di atas untuk bantu menyalurkan zat kepada bayi tersebut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...