Tab menu 2

Pages

Khamis, 6 April 2017

Set Kecantikan Shaklee Yang Pasti Kulit Jadi Flawless


Fungsi setiap vitamin yang dicadangkan dalam Set Kecantikan Shaklee:


B-Complex

Bersifat anti stress dan membantu melindungi kulit dari pancaran matahari. Salah satu punca kulit kusam adalah terlalu banyak terdedah pada matahari. Lebih B-Complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana B-Complex berfungsi sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak. B-Complex juga membantu melancarkan perjalanan darah untuk kesan kulit lebih muda dan glowing/berseri.


Vitamin E Complex

1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit muka dan seluruh tubuh dari dalam. Vitamin E juga dapat menghilangkan parut dan jeragat dari dalam struktur kulit, bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Sustained Release Vita C Plus

Vitamin C dapat membantu proses pembaikan tisu (bekas² jerawat & parut) dan mencerahkan kulit. Ia juga merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit secara semulajadi, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit. Vitamin C amat terkenal dan sebati sebagai regim kecantikan sejak dahulu lagi. Pengambilan Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menghalang pembentukan pigmentasi yang merupakan penyebab utama kepada jeragat pada kulit.


Energizing Soy Protein (ESP)

Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut. ESP mengandungi asid amino yang penting untuk membina kuku, otot, rambut, kulit dan lain-lain. Ia merangsang pembentukan semual sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan kulit yang cerah dan kepejalan otot, mengurangkan pigmentasi dan mengurangkan kesan parut. Pengambilan ESP yang kerap adalah kunci kepada awet muda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...