Tab menu 2

Pages

Jumaat, 5 Disember 2014

#KelasOnline - Vitamin Kecantikan By Master Azah

Kelas Online
VITAMIN KECANTIKAN
By MASTER AZAH
04 DISEMBER 2014
9.00 - 10.00 malam



KEPERLUAN VITAMIN C KEPADA KULIT



Mencerahkan kulit
Membantu kulit jadi lembut, elakkan kedutan dan sebagainya
Tumit kaki menjadi cantik
Menghalang penuaan


- Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiaso ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


- Penghasilan kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang meghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan

- Penyembuhan luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk mengantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan cepat. Luka yang lambat sembuh adalah kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.


- Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindak balas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine Dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma ( masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut 

- Memperbaiki tekstur kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baikdan vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukkan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan  tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.



☞Vitamin C sangat lah diperlukan untuk kulit. Telan sebiji pun dah cukup sebab sebiji Vitamin C bersamaan 7 1/2 biji buah limau. ataupun korang sanggup nak telan 7 biji buah limau setiap hari?





KEPERLUAN VITAMIN E KEPADA KULIT




Membantu mengurangkan parut

Meningkatkan ketahanan sel kulit
Membantu kulit lebih gebu
Mengatasi masalah jerawat dan kulit kering
Memperbaiki struktur asas kulit
Anti penuaan




Selenium dalam Vitamin E untuk apa?

Ini kerana Vitamin E tanpa selenium adalah tidak sempurna, selenium membantu penyerapan Vitamin E dengan cepat dan berkesan.




KEPENTINGAN GRAPE  SEED DALAM VITAMIN E?





BAGAIMANA NAK BUAT MASKER MUKA DENGAN VITAMIN C DAN VITAMIN E



TESTIMONI VIT C DAN VIT E








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...