Herbal Blend Shaklee adalah krim yang boleh digunakan bagi siapa yang menghadapi masalah kulit.Seringkali kulit yang bermasalah menyebabkan kita berada dalam keadaan tidak selesa dan sering hendak garu untuk menghilangkan kegatalan tersebut.Akibatnya kulit akan melecet dan luka yang pasti pedih apabila terkena air.
Kelebihan Herbal Blend Shaklee Untuk Kulit
Bahagian yang disapu akan berasa dingin menjadikan Herbal Blend ini sesuai digunakan oleh bayi,kanak-kanak mahupun orang dewasa.Di ekstrak dari bahan semulajadi seperti sage,horse chestnut yarrow dan Rosemary.Kesannya adalah optimum kerana krim tersebut mudah meresap ke dalam kulit kita.Bebas daripada parabenAnda juga boleh menggunakannya sebagai losyen harian kerana herbal blend shaklee ini tidak melekit.
Kegunaan Herbal Blend Shaklee
Ruam
Terdapat beberapa jenis ruam yang sering terjadi kepada bayi anda.Contohnya adalah ruam panas disebabkan kepanasan yang menyebabkan bintik-bintik merah timbul pada kulit mereka.Manakala ruam susu pula terjadi sekiranya kita tidak mengelap susu yang tertumpah pada kulit.Kulit bayi terutama di bahagian punggung adalah begitu sensitif sekali.kulit akan menjadi merah dan sakit apabila terkena air disebabkan kesan melecet pada kulit mereka.Ini disebabkan lampin yang dipakai tidak ditukar dengan kerap menyebabkan ruam lampin berlaku.
Tumit kaki pecah atau merekah
Tumit kaki yang pecah atau merekah pasti membuatkan anda berasa segan ketika berada di luar.Apatah lagi ia akan jelas kelihatan ketika anda sujud di dalam solat.Pasti mereka memikirkan kita tidak begitu menitikberatkan soal kebersihan.Sebenarnya terdapat beberapa punca yang menyebabkan tumit kaki kita merekah seperti kulit kering di bahagian kaki.Sapuan herbal blend dapat memberikan kelembapan dan seterusnya menjadikan kulit kita lembut semula.
Kulit kering
Aktiviti di luar,kesan pencemaran,mandi menggunakan air panas dengan kerap,penggunaan kosmetik yang tidak dibersihkan adalah punca kulit kita menjadi kering.Ini menyebabkan kadar air yang berada pada lapisan kulit telah berkurangan.Bagi menjaga kelembapan kulit,anda perlulah minum air dengan secukupnya dan menggunakan krim pelembap bagi mengelakkan kulit menjadi bertambah kering.
Ekzema
Ekzema sering terjadi kepada bayi yang rupanya seperti ruam biasa.Lebih membimbangkan kerana kita hanya menggunakan ubat sapu yang memberikan kesan sementara.Lama kelamaan kulit bayi akan menjadi kering dan berdarah apabila di garu kerana gatal-gatal di bahagian tersebut.Anda juga boleh berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui penyakit kulit yang anda hadapi.Herbal Blend Shaklee bukan sekadar ubat sapu biasa,kerana ia bertindak mengurangkan eczema pada bayi anda.
Gigitan nyamuk
Bengkak merah disebabkan gigitan nyamuk boleh terjadi kepada mereka yang mempunyai alahan kulit.Kita akan berasa gatal dan sering menggaru menyebabkan ia menjadi bengkak.Redakan bengkak tersebut dengan menyapu krim ini.
Gatal-gatal
Selain dari gigitan nyamuk,ada juga yang menghadapi masalah gatal-gatal di bahagian badan terutama sekali ketika panas dan berpeluh.Sekiranya ia berlarutan berhari-hari,anda perlu berjumpa dengan doktor kulit bagi mengenalpasti masalah sebenar kulit anda.Sementara itu boleh diredakan kegatalan kulit dengan menyapu herbal blend yang berasa nyaman sekali.
Cara Menggunakan Herbal Blend Shaklee
Setiap botol mengandungi kuantiti 4oz atau 113gram menjadikan ia krim yang patut di miliki oleh semua orang.Produk ini adalah untuk kegunaan luaran sahaja,jadi ibu dan bapa perlu meletakkan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh bayi anda.Sebelum menggunakannya,anda perlu membersihkan tempat yang hendak disapu krim dengan berhati-hati agar tidak luka.sapu dengan perlahan-lahan dan biarkan krim ini tanpa perlu di basuh semula bahagian tersebut.
Jadi,buatlah tempahan segera Herbal Blend Shaklee ini untuk diletakkan di rumah anda atau di bawa kemana sahaja bagi memberikan keselesaaan pada kulit.
Jom lihat testimonial di bawah , keberkesanan Herbal Blend terhadap RUAM, RUAM LAMPIN & LUKA
Testimonial
Ruam Panas |
Ruam Susu |
Ruam Lampin / Pampers |
Luka |
Luka |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan