Tab menu 2

Pages

Ahad, 13 Julai 2014

Advanced Joint Health Tablet Untuk Kesihatan Sendi Berpanjangan



Advanced Joint Health Tablet Shaklee utk Kesihatan Sendi yang berpanjangan... 

Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Manfaat Shaklee Advanced Joint Health Tablet ini ialah dalam 3 cara iaitu:

* Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

* Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.

* Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.


Majalah iSihat September 2012



Zinc Complex Atau Pati Haruan


Ikan Haruan dan Zinc Complex Untuk Ibu Berpantang / Pembedahan

Ikan haruan sangat sinonim dikalangan ibu dalam pantang. Jom kenali ikan haruan dan khasiatnya. Saya ingin kongsikan perbezaan dan persamaan ikan haruan dan Zinc Complex Shaklee. 

IKAN HARUAN

Sememangnya untuk menyembuhkan luka selepas bersalin atau pembedahan. Sebenarnya, ikan haruan dan belut mempunyai khasiat zinc yang tinggi!

Ia dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Saringat Baie dari USM and Prof. Abdul Manan Mat Jais dari UPM tentang khasiat dan kebaikan ikan haruan.

Berdasarkan kajian tersebut, ikan haruan mengandungi:

sumber protein yang baik iaitu sebanyak 60-70%lemak yang rendah iaitu 20% daripada beratnyasejumlah besar vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaanasid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baruasid amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrikglisin (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molekul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan

ZINC COMPLEX SHAKLEE

Zinc Complex (120 Kapsul)

Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

Zinc Complex Shaklee ni boleh dijadikan sebagai pengganti pati ikan haruan. Khasiatnya lebih kurang sama terutama dari aspek penyembuhan. Tapi bagi saya, ia lebih mudah, simple dan senang ditelan. Sebab itulah juga Zinc Complex merupakan salah satu item di dalam set bersalin Shaklee. 3 hari selepas bersalin, luka dah kering. Kalau tak luka bersalin mengambil masa lebih seminggu untuk kering.





Jumaat, 11 Julai 2014

Atasi Gout Dengan Shaklee

Atasi Gout Dengan Shaklee

Apa itu Gout?


Gout adalah sejenis penyakit akibat daripada asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal daripada purin (sejenis protein). Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan itu tidak dibuang dengan berjaya dan ianya terkumpul di dalam sendi.  


Gout berlaku apabila terjadinya keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Biasanya gout terjadi di sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki.



Sejarah Penyakit Gout


Gout mula dikenal pasti lebih 2000 tahun dahulu dan dikatakan penyakit tertua. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.


Biasanya pesakit gout adalah kaum lelaki dalam lingkungan usia 30-60 tahun. Majoriti kaum wanita yang menghidap penyakit gout adalah yang telah putus haid.



Punca Gout


Ada beberapa punca kenapa Gout berlaku:

- Cara pemakanan,

- Genetik,

- dan masalah buah pinggang.


Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.


Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.


Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purin dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purin ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.



Cara Mengatasi Gout


1.    Amalkan diet rendah purin. Kurangkan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purin. 


Contoh: organ dalaman (paru, hati), ikan bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)


2.    Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid uric


3.    Minum banyak air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.


4.    Kawal berat badan kita - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan

menyingkirkan asid urik.


5.    Bersenam


¤ Supplemen Shaklee yang dicadangkan


1.    Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki


2.    DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)


3.    OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit


4.    Alfalfa - menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.


5.    Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


Vivix

Cadangan Set Gout Asas


~ Gout dan Vitamin C


Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gout.


Vitamin C adalah  uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.


Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.



Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi.


Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja.


Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.



Men's Vital Health - Cadangan Kesihatan Lelaki


Cadangan Set Kesihatan Lelaki Terdiri daripada :-


#Omega Guard 

~ Membantu mengurangkan risiko sakit jantung

~ Mengurangkan keradangan

~ Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.


#Vita E Complex

~ Antipenuaan

~ Memperbaiki parut

~ Melindungi jantung

~ Memperbaiki arthritis

~ Antioksidan yang kuat

~ Menghalang keguguran

~ Kelestarian seksual dan tenaga

~ Meningkatkan reproduktif dan kesuburan


#Zinc Complex

Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.


Kebaikan Shaklee Men's Vital Health :

*Memelihara kesihatan prostat
*Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
*Memelihara jantung yang sihat
*Membantu mengekalkan tekanan darah normal
*Mengawal tahap kolestrol yang sihat
Majalah iSihat Jun 2013



Khamis, 10 Julai 2014

Jus Tembikai Laici Esp - Macam-macam Khasiat


JUS TEMBIKAI LAICI ESP

Hari ini saya ingin berkongsi minuman jus tembikai laici Esp. Dalam cuaca panas begini memang sesuai mengambil minuman jus buah-buahan dan sebaiknya di sediakan sendiri kerana kita boleh mengawal kandungan gula. Kandungan vitamin C dan beta-karotena dalam tembikai mampu mencegah penyakit jantung. Tembikai juga mempunyai sumber lycopene yang membantu dalam mengurangkan risiko kanser prostat, payudara, endometrium, paru-paru dan kanser kolon.

Saya bukannya pakar pemakanan tetapi suka berkongsi kebaikan dari makanan yang di ambil terutamanya untuk  manafaat kesihatan bersama.

Baiklah, jus tembikai laici Esp ini sangat mudah di sediakan dan benar-benar puas di nikmati dan menghilangkan dahaga. Resepi ni pon saya google tetapi saya tidak memasukkan gula kerana bagi selera saya sirap laici dan rasa manis asli dari tembikai sudah cukup membuatkan minuman ini manis dan sedap.

Jom baca khasiat Esp... 1001 manfaat... 

1. RAHSIA AWET MUDA / ANTI-PENUAAN 
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

2. MEMPERTINGKATKAN HORMON WANITA 
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. RAHSIA KULIT CANTIK & ANJAL 
Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

4. MEMULIH FUNGSI PROSTAT LELAKI 
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser daripada merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

5. MEMBERI TENAGA SEGERA 
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan memberi tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, ibu hamil, ibu berpantang, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

6. MENGURANGKAN PIGMENTASI 
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesaikan masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

7. MENINGKATKAN KEUPAYAAN MEMORI 
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.


JUS TEMBIKAI LAICI ESP

Bahan A
---------
~ 1/2 biji buah tembikai - ambil isinya

~ 4 sudu makan gula 

~ 50ml air sejuk

~ isi laici

~ ESP Shaklee

Bahan B
--------

sirap laici dalam tin 

1/2 sudu teh sirap ros 

Blender Bahan A... lepas blender Bahan A, campur Bahan B..

Ok siap.. hidangkan.. jom berbuka... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...