Tab menu 2

Pages

Memaparkan catatan dengan label Kolestrol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kolestrol. Papar semua catatan

Jumaat, 21 November 2014

#KelasOnline - Omega And The Geng For 'Kesihatan Jantung'

Kelas Online
Omega & The Geng For 'Kesihatan Jantung'
by Master Baiti
9.00 hingga 10.00 malam



Apa penyebab penyakit jantung @ strok?

Kerana kandungan kolestrol dalam badan/ darah yang tinggi

Untuk jantung : Kolestrol dalam badan / darah pada arteri tersumbat dan menyebabkan terlalu sedikit bekalan oksigen dan darah sampai ke jantung.

Untuk strok : Kolestrol mengumpulkan plak pada otak yang menyebabkan otak tidak mendapaat darah dan oksigen yang mencukupi.



Point dia memang saluran darah tersumbat

Kenapa penyakit jantung dan penyakit strok ada kaitan?
Kerana punya penyakit ni sama
- kolestrol yang meyempitkan saluran darah

Kenapa penyakit jantung dan Strok amat ditakuti?
Kerana TIADA TANDA-TANDA awal serangan bagi penyakit jantung dan Strok. Jadi BAHAYAKAN!!!!!!!

Apakah penyelesaian kepada penyakit merbahaya ni?
1) Bersenam @ bersukan dengan kerap
2) Memakan makanan tambahan yang mampu menyerap atau mengurangkan kadar kolestrol dalam darah / badan

***Sudah tentu produk SHAKLEE menjadi pilihan.


PERBEZAAN ANTARA LEMAK DAN KOLESTROL

Apa itu lemak?
- Lemak merupakan sebatian organik yang terdiri daripda karbon, hidrogen dan oksigen dan ia merupakan sumber asas tenaga dalam sesuatu makanan. Lemak juga boleh terbahagi kepada lemak baik atau lemak jahat. Lemak baik ialah lemak tidak tepu manakala lemak jahat ini pula ialah lemak tepu.

- Lemak tepu ini merupakan diet utama yang menyebabkan low density lipoproteins (LDL) kolestrol yang tinggi dan harus dihadkan kepada 10 peratus kalori harian kita. Lemak tepu ini juga meningkatkan high density lipoproteins (HDL) kolestrol seperti lemak lain lakukan, menurut the harvaard SChool of PUBLIC HEALTH , lemak tepu termasukdaging, mentega, keju, minyak kelaoa sawit, dan minyak kelapa. Menurut Maiyo klinik, lemak tepu ini boleh menyumbat saluran arteri dan meningkatkan risiko serangan jantung.


Apa itu kolestrol?
Kolestrol ialah sebatian berlilin ( waxy) yang secara semulajadinya dihasilkan dalam badan manusia untuk membantu membina dan melindungi membrane sel. Kolestrol bertindak sebagai perintid kepda hormone seperti estrogen dan testosteron. Oleh kerana kolestrol dihasilkan oleh badan, maka kita tidak perlu memakan makanan yang mengandungi kolestrol ilah keju, telur, mentega dan daging merah.

Terdapat dua jenis tahap kolestrol dalam darah, HDL ( High density Lipoprotein) kolestrol merupakan kolestrol jenis yang sihat yang mana akan menyingkirkan kolestrol yang tidak sihat daripada jantung. Menurut the American Heart Association, LDL ( low density lipoprotein) kolestrol menyebabkan lemak berkumpul pada arteri dan boleh membawa kepada sakit jantung. Menurut the Mayo Klinik, Makanan yang mengandungi lemak tepu akan meningkatkan kolestrol paling tinggi.


Jadi, adakah kedua-duanya sama?
Menurut Maiyo klinik, kolestrol bukan satu bentuk lemak tetapi ia merupakan satu sebatian yang dijumpai dalam makanan yang tinggi dengan lemak tepu. Jadi, diet yang berlemak dan berkolestrol banyak dijumpai dalam makanan yang sama dan makanan yang berlemak boleh meningkatkan kolesterol dalam darah.




Isnin, 13 Oktober 2014

Rawat Kolestrol Dengan PHYTOCOL Shaklee


Apa itu kolesterol

Kolesterol ialah satu bahan yang lekit, seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah anda dan disetiap sel dalam badan anda. la penting untuk kesihatan anda kerana ianya diperlukan oleh badan anda untuk membuat tisu dan hormon yang tertentu. Bagaimanapun, sekiranya paras kolesterol dalam darah anda terlalu tinggi kemungkinan anda menghadapi risiko dan penyakitJantung.

Adakah kolesterol mempunyai bermacam-macam jenis?

Ya, ada beberapa Jenis kolesterol tetapi yang p'aling biasa

dikenali ialah:

1. Low-density lipoprotein atau kolesterol LDL (Lipoprotein berketumpatan rendah atau kolesterol LKR)

Kolesterol LDL yang berlebihan akan !menambahkan kolesterol dalam arteri anda dan kemungkinan menyebabkan penyakit jantung. Lebih tinggi paras LDL, lebih tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Itulah sebabnya kolesterol LDL sering kali dipanggil "kolesterol Jahat".

2. High-density lipoprotein atau kolesterol HDL (Lipoprotein berketumpatan tinggi atau kolesterol LKT)

Kolesterol HDLJuga dipanggil sebagai "kolesterol baik" kerana ia dipercayai menghapuskan kolesterol yang berlebihan daripada darah. Paras HDL yang tinggi seolah-olah melindungi daripada penyakit Jantung dan mengurangkan risiko penyakitJantung.

3. Trigliserida

Trigliserida ialah satu lagi jenis lemak di dalam aliran darah. Seseorang yang mempunyai paras trigliserida dalam darah yang tinggi berkemungkinan juga     mempunyai aras LDL yang tinggi atau paras HDL yang sangat rendah.

Apakah kolesterol tinggi ?

Definasi kolesterol tinggi boleh berubah bergantung kepada faktor-faktor risiko yang lain. Doktor anda adalah orang yang paling arif untuk menentukan apa yang dikira tinggi untukanda.

Penyataan Konsensus Malaysia mengenai Pengurusan , Hiperlipidemia (The Malaysian Consensus Statement on Manasement of Hyperlipidaemia) telah diwujudkan untuk membentuk satu garis panduan bagi mengesan dan merawat kolesterol tinggi dalam darah dikalangan orang dewasa. Mereka juga telah mendefinasikan paras kolesterol yang diingini.

Mengapa kolesterol tinggi satu risiko kesihatan ?

Kolesterol tinggi adalah satu risiko kesihatan yang serius kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung koronari: Berdasarkan Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association) peningkatan paras kolesterol LDL adalah satu faktor risiko utama untuk penyakit Jantung.


Produk baru Shaklee  2014 Phytocol

Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan.

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah.

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato  setiap hari.

Keistimewaan Phytocol Shaklee

Dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktiffitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrolmengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap harikandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIHtiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan
Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita.

Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolestrol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi



Ahad, 6 Julai 2014

Khasiat Garlic Untuk Darah Tinggi, Kencing Manis, Jantung, Kolestrol





Khasiat Garlic..
Pesakit Darah Tinggi, kencing manis, strok, nak kurangkan kolestrol, nak cegah kanser sila baca!!

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

1) Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
2) Menormalkan keseimbangan lipoprotein
3) Menurunkan tekanan darah
4) Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
5) Berfungsi sebagai anti-oksidan
6) Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
7) Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
8) Bantu rawat asthma

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

1.   Pengekalan 100% Allicin aktif

2.   Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic

3.   Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu  Rosemary dan 

      Spearmint.

4.   Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic

     dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang 

     digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

5.   Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 

      2 ulas bawang putih segar.


Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

1.  Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana 

     mengandungi ekstrak spearmint.

2.  Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan   

     sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, 

     kulat, kuman, virus dan yis candida

3.  Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit 

     alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4.  Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung 

     perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5.  Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic 

     sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang 

     merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara 

     penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6.  Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam 

     tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung 

     dalam tubuh tanpa kita sedari.

7.  Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, 

     mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang

     strok dan penyakit koronari.

8.  Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan 

     pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana 

     mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh 

     dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan 

    pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan 

     brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan 

      meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:

      - Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)

      - Perut memulas (stomach upset)

      - Cirit-birit (Diarrhea)

      - Bronkitis

      - Luka-luka (infected wounds)

      - Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, 

        sistem air kencing

     

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula  dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.



Sabtu, 24 Mei 2014

KAWAL KOLESTROL DAN TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN SHAKLEE

Kawal Kolesterol Dan Tekanan Darah Tinggi Dengan-SHAKLEE
Masalah jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia dan juga didunia. Biasanya sakit jantung yang berpunca dari kadar kolesterol yang tinggi dan tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang tanda. Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Ada dua jenis kolesterol.

1)Kolesterol LDL(kolesterol jahat).
2)Kolesterol HDL(kolesterol baik).

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis. Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL. Harus diingat, jantung kita ni telah bekerja keras dan berfungsi mengepam darah dari kita masih dalam kandungan ibu kita lagi.Oleh itu sayangilah jantung anda untuk kehidupan yang terus baik sepanjang hari,

Set Vitamin yang dicadangkan dalam shaklee ini mempunyai kebaikan antaranya adalah:

1.Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan stok.
2.Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang baik.
3.Membantu tekanan darah yang normal.
Set Vitamin ini terdiri drp:
1. OmegaGuard pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal.merendahkan kolesterol dan menghindar pembekuan darah di dalam badan.
2. Garlic membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolesterol.menggalakkan kesihatan kardiovaskular.menurunkan kolesterol LDL ,trigliserida dan kelikatan darah.meningkatkan HDL,menghalang stok dan penyakit koronari.
3.Vitamin E complex Melindungi jantung,melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pegasidan lipid.meningkatkan kolesterol HDL.mengurangkan tekanan darah tinggi.sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dlm lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung.
4. Lecithin pemecahan lemak dan kolesterol, bertindak sbg pembersih salur darah.membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis.menggalakkan peredaran darah. 5. CoQHealth Plus Menyokong penghasilan tenaga bagi jantungMenggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDLMeningkatkan peredaran darahMembantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...