Tab menu 2

Pages

Ahad, 13 Julai 2014

Zinc Complex Atau Pati Haruan


Ikan Haruan dan Zinc Complex Untuk Ibu Berpantang / Pembedahan

Ikan haruan sangat sinonim dikalangan ibu dalam pantang. Jom kenali ikan haruan dan khasiatnya. Saya ingin kongsikan perbezaan dan persamaan ikan haruan dan Zinc Complex Shaklee. 

IKAN HARUAN

Sememangnya untuk menyembuhkan luka selepas bersalin atau pembedahan. Sebenarnya, ikan haruan dan belut mempunyai khasiat zinc yang tinggi!

Ia dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Saringat Baie dari USM and Prof. Abdul Manan Mat Jais dari UPM tentang khasiat dan kebaikan ikan haruan.

Berdasarkan kajian tersebut, ikan haruan mengandungi:

sumber protein yang baik iaitu sebanyak 60-70%lemak yang rendah iaitu 20% daripada beratnyasejumlah besar vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaanasid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baruasid amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrikglisin (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molekul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan

ZINC COMPLEX SHAKLEE

Zinc Complex (120 Kapsul)

Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

Zinc Complex Shaklee ni boleh dijadikan sebagai pengganti pati ikan haruan. Khasiatnya lebih kurang sama terutama dari aspek penyembuhan. Tapi bagi saya, ia lebih mudah, simple dan senang ditelan. Sebab itulah juga Zinc Complex merupakan salah satu item di dalam set bersalin Shaklee. 3 hari selepas bersalin, luka dah kering. Kalau tak luka bersalin mengambil masa lebih seminggu untuk kering.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...