Laksa HomeMade.... tadi... cod Esp, Lecithin & Alfalfa dekat TF baru Teluk Intan. Ya Allah...perot ni mereka nak makan apa... last last fikirkan laksa..memusing le mencari Bunga Kantan & Daun Kesum. Dua bahan ni sangat lah penting..kalau idak tak jadi le laksanya....ehehe...
Bahan bahan untuk laksa
* Ikan Kembung 1 kilo
* Daun Kesum
* Bunga Kantan
* 7 Biji Bawang Besar
* 30 Biji Cabai Kering (Potong Dan Rebus)
* Sedikit Belacan
* 12 Asam Keping
*Ajinamoto
* Laksa 2 paket
* Timun, Salad, Bawang, Daun Pudina, Cabai Burung, Limau Kasturi
Siang Ikan Temenung, basuh, rendam dengan air garam+asam limau, biarkan sekejap.
Selepas itu...rebus ikan dengan 2 asam keling bagi hilangkan hanyir ikan.
Asingkan isi dengan tulang.
Air ikan ketepikan..nanti nak guna
Blender isi ikan dengan air... masuk dalam periuk
Blender tulang ikan.. tapis..ambil airnye...buat ulang dln 2 kali....
Lupa nak ambil gambo cabai kering yang siap direbus dan diblender dengan belacan. Dah blender masuk dalam periuk...
Blender bawang 7 biji + air...masuk kan dlm periuk
Bunga kantan potong 2...masuk kan dalam periuk
Daun kesum.. leraikan dr batang...masukkan dalam periuk
Ni le bahan yg dimasukkan dalam periuk. Campak kan juga 7 biji asam keping. Sesudu kecil ajinamoto. Gaulkan dan tengkek atas dapur
Ok.... dah nak siap... letak kan garam secukup rasa...
Mee laksa yg dah siap direbus. Tuskan air nye.. mee laksa jenis basah.. tenggek air.. dah mendidih letak laksa. Dlm tak sampai 1 minit dah boleh angkat. Tuskan airπ
Ni bahan yg nak ditabur.. Cabai burung, timun, daun salad. Daun pudina, limau kasturi. OPS sori...mama lupa potong bawang... dah nak makan baru ingat bawah tak potongπ. So...cepat2 potong... takde bawang tak sedap wehπ
Dah jom makan.... sedap nye... puas le hirup kuah berulang kali
Ok....last...utk resepi Kuah Laksa Ikan Tongkol meh klik disini Kuah Laksa Ikan Tongkol
Tiada ulasan:
Catat Ulasan