Tab menu 2

Pages

Rabu, 10 Disember 2014

#KelasOnline - Mudahnya Menjemput Rezeki By Master Azura Yusof

Kelas Online
Mudahnya Menjemput Rezeki
by Master Azura
9 Disember 2014
9.00 hingga 10 malam


Teknik Menjemput Rezeki ini sebenarnya adalah dari mencari rezeki. Jika perhatikan di buku tersebut ada lambang semut. Lambang semut adalah lambang kerjasama 1 sama lain. Semut ni kuat mencari rezeki.... walaupun kecil tetapi mereka ni teramat lah rajin! Sebagai contoh buat suruhan ALLAH dan tinggalkan larangan ALLAH . Salah satu cara bagi memudahkan Menjemput Rezeki ialah mengutamakan Solat Di awal waktu.


Tips solat awal waktu yang boleh diamalkan ialah:-

  • 5 minit sebelum masuk waktu solat, bersedia dengan wudhu
  • Niat untuk solat awal waktu


Sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah mengurniakan 5 keistimewaan.

  • Akan di angkatkan dari kesempitan hidup
  • Dihindari daripada azab kubur
  • Mendapat buku amalan dari tangan kanan
  • Akan meniti titian sirat sepantas kilat
  • Akan masuk syurga tanpa hisab


Perintahkanlah keluarga bersolat dan bersabarlah  dalam mengerjakan solat. 
Kami tidak meminta rezeki kepada kamu. 
Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertakwa.
(thaha20;1320)



Zikir Harian: 

**Sentiasa basahi bibir dengan zikir dan di hati

  • Ya Wahhab (maha pemberi)
  • Ya Fattah (maha membuka)
  • Ya Razzaq (maha pemberi)
  • Ya Latiff (maha pelembut)
  • Istigfar 1000kali
  • Selawat Nabi 100kali







Pesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, 
"Tuan, bagaimana keadaan ku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai."

Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,
 " Teruskan lah zikir walaupun hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada  berkata-kata yang kotot dan sia-sia.





BERSEDEKAH


  • Bersedekah mengundang rahmat Allah SWT dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
  • Bersedekahlah walaupun sedikit tapi Istiqamah dan pertingkatkan dari masa ke semasa. Antaranya manfaat bersedekah menutup70 pintu bala. Bukan sahaja dapat menolong orang lain malah diri sendiri. Allah lipat Gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah,"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik. Nescaya akan dilipat gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak." (Qs. Al Hadid: 18)
  • Beri, Beri, Beri
Tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Boleh  mulakan dengan keluarga. Bagi duit kepada Ibubapa, adik-beradik, kawan. Walaupun sedikit tapi ISTIQAMAH. Sebab rezeki yang kita ada.... bukan rezeki kita.... sebagai milik Allah, jadi anytime Allah boleh ambil balik. Jadi jangan kedekut. Sedekah, Sedekah sebanyak yang mungkin.


Banyak amalan-amalan rohani yang mudah kita boleh lakukan antara solat Dhuha, tahajub cinta.

Boleh jugak amalkan dengan cara Tabung subuh

Tabung subuh ni kita sediakan tabung khas dirumah untuk menderma kepada mereka yang memerlukan. Setiap hari cukupkan 30-40 hari.  Baru ambil dan berikan kepada mereka. Dermalah walaupun sedikit.

Bisness shaklee bukan mengajar bisness sahaja tapi mendidik hati lebih kenal dengan pencipta kita. Macam cerita Master Mia sungguh terharu, selalu pesan THE MORE YOU GIVE ...... THE MORE YOU GET BACK.. ..." kejarlah akhirat.... nescaya dunia akan mengejarmu."




BERSYUKUR





Sentiasa bersyukur dan munasabah diri sendiri. Bersyukur masih diberikan peluang untuk melihat dunia ini, dapat melihat, dapat bercakap, mendengar dengan baik. Bersyukur akan sentiasa membawa kita kepada kemudahan. " kamu bersyukur  AKU nikmat bertambah banyak."(surah Ibrahim)


Rasullullah SAW bersabda:

"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang melimpahkan NYA kepada kamu." 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan muslim)



Bersyukur dengan apa yang kita miliki SEKARANG, Insha Allah akan bertambah nikmatnya dan pintu-pintu rezeki.


Sesiapa membaca surah Al Waqiah setiap malam sebelum tidur, dia tidak akan di timpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. 
(Hadis Riwayat Ibnu Ady)


Kesimpulan untuk menjemput rezeki sangat mudah jika kena caranya malah dari sumber tak di sangka-sangka.

Alhamdulilah... Sekian!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...