Lepas bersalin, rambut dah sering gugur. Bila sikat, rambut melekat disikat ibarat mengidap penyakit kanser. Bila lurut rambut.. pon sama.... sedih!!!
Kepala dah hampir botak.. bila try Produk Shaklee, Alhamdulillah.. rambut dah tak gugur.. bestnya...
jom kenali punca rambut gugur.
Punca Rambut Gugur
1. Penurunan mendadak Estrogen selepas bersalin
Sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan rambut mudah gugur.
2. Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian
Pengambilan makanan berproses menyebabkan badan sukar menerima nutrient yang mencukupi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protiendan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.
3. Stress
Stress memerlukan banyak B-complex, ia juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.
4. Bahan kimia dalam produk rambut
Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam-macam iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk-produk ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.
Untuk memastikan rambut yang sihat, pemakanan yang seimbang adalah perlu. Makanan untuk rambut yang sihat adalah makanan yang kaya dengan protein, Vitamin B Complex, Zink danVitamin C. Dan jika mengamalkan supplemen, pengambilan vitamin-vitamin di atas dan multivitamin akan membantu menghasilkan rambut yang sihat. Namun, pengambilan vitamin haruslah konsisten selama sekurang kurangnya 90 hari kerana sel dalam tubuh hidup antara 90 hingga 120 hari. Maka perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan baik semua vitamin yang kita ambil.
Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi. Secara umumnya, hormon endrogen yang terhasil akibat berada di dalam keadaan tertekan boleh menjadi faktor utama kepada masalah ini.
Pemakanan yang seimbang memainkan peranan yang sangat penting. Rambut sempurna boleh dimiliki dengan pengambilan makanan berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi yang lain. Di bawah adalah cadangan supplement Shaklee untuk merawat rambut gugur dengan berkesan:
ESP - Soy Protein Isolate Powder
Protein merupakan komponen penting rambut. 90% struktur rambut dikomposisikan oleh protein yang juga sebenarnya adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam syampu, perapi syampu dan dalam rawatan rambut. Protein juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan. ESP merupakan sumber protein non-GMO yang sangat baik untuk kita. Ia mempercepatkan pembaharuan sel sekaligus memperbaiki masalah rambut seperti masalah rambut beruban dan rambut gugur.
Zinc Complex
Kekurangan zinc menyebabkan shaf rambut menjadi lemah, menyebabkan kerosakan rambut dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan. Zink bermanfaat untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut, sekali gus mengurangkan peluang rambut cepat gugur. Zinc berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsang generasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita. Pemgambilan Zinc yang cukup amat penting untuk membantu pertumbuhan rambut dengan lebih cepat dan menguatkan rambut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan