Tab menu 2

Pages

Sabtu, 20 Disember 2014

#KelasOnline - Offline Selling Skill By Master Azila

Kelas Online
Offline Selling Skill
by Master Azila
20 Disember 2014
9.00 malam Hingga 10.00 malam



Tajuk malam ni OFFLINE SELLING SKILL, lebih kurang macam nak market product kita.


Soalan:
Apa yang anda faham dengan Offline Selling?

Jawapan: 
~ Offline Selling....jual secara live
~ Face to face
~ Direct selling la
~ Offline jual secara face to face..


Selain kita jual secara offline,tips dibawah juga di kira Offline :

1) Berikan Jaminan Wang 

2) Minta dan Gunakan Testimonial Pelanggan

3) Maksimakan Penggunaan Kad Perniagaan Anda

4) Blog

5) Lancarkan Event

6) Berikan Hadiah 

7) Kongsikan Info

8)  Emel

9)  Tulis dan Kongsikan Profil atau Kisah Anda

10) Sokong Badan Kebajikan

11)  SMS Pelanggan Anda

12)  Iklan Banner atau Bunting

13)  Katalog


Nota : Offline kene kerja keras..n yg penting confidence ilmu & senyuman manis


1)      Berikan Jaminan Wang Dikembalikan
Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka. 

2)    Minta dan Gunakan Testimonial Pelanggan
Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Adalah lebih baik sekiranya anda dapatkan testimoni bergambar, selalunya untuk produk-produk kecantikan di mana akan terdapat perbezaan antara sebelum dan selepas menggunakan produk tersebut. 

3)    Maksimakan Penggunaan Kad Perniagaan Anda
Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Aminah binti Abu, pengurus, Syarikat Aminah Bersaudara…?” Tetapi adakah anda tahu apakah perniagaan Aminah binti Abu? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda. 

4)    Blog
Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma! 

5)   Lancarkan event
Cara ini ialah yang paling mudah untuk anda menjana database pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa hadapan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, Facebook atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang event anda. 

6)   Berikan Hadiah 
Ini adalah cara yang juga mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda boleh berikan shakers atau hadiah lain sekiranya mereka setia. Ini juga adalah cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka. 

7)    Kongsikan Info
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, hanya maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman social anda seperti Facebook, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya sharekan tentang maklumat produk. So keep on sharing.. Jangan risau jika ada orang lain meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama. 

8)    Emel
Mengirimkan emel kepada bakal pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda. 

9)    Tulis dan Kongsikan Profil atau Kisah Anda
Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih Berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang Berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana. 

10)   Sokong Badan Kebajikan
Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta  sediakan tabung derma untuk pelanggan anda turut serta membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah. 

11)   SMS Pelanggan Anda
Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan SMS 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat hari jadi serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti www.ETSI.com.my  dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar SMS dengan lebih efektif. 

12)   Iklan Banner atau Bunting
Tahukah anda cara paling cepat untuk menguasai wilayah perniagaan anda adalah melalui pengiklanan banner. Pasang sekurang-kurangnya 30 unit banner disekitar kawasan yang strategik di kawasan daerah atau bandar berhampiran. Anda pasti akan di huru harakan oleh panggilan dari pelanggan nanti. Masalah iklan banner adalah kosnya yang agak mahal disamping kos lesen untuk gantung banner dari pihak berkuasa majlis. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menempah banner di tempat yang betul, kos lebih murah pada kualiti terbaik.


Skrip ayat yang power adalah ayat yang mampu membuatkan prospek tak senang duduk

#Ayat Power Promosi Produk
Anda anda sedang tercari-cari formula ayat power yang boleh membantu anda membuat jualan di Facebook.

#Ayat Power Promosi Produk
Anda dah cuba pelbagai skrip tapi masih belum menjadi? Sebenarnya anda tidak perlu risau langsung.

Pemasaran adalah melibatkan eksperimen atau bahasa mudahnya try and adjust. Tidak bermakna anda cuba sekali je terus menjadi dan meletop.

#Ayat Power Promosi Produk
Orang yang sudah berjaya selalu akan menceritakan kisah kejayaannya dan menutup kegagalan mereka yang lampau. Bagi saya patutnya kisah kegagalan itulah yang patut diceritakan agar orang lain tidak mengulanginya.


#Ayat Power Promosi Produk
Walaubagaimanapun apa jua panduan yang anda baca tindakan pertama yang anda perlu lakukan adalah test test test. Jangan letak harapan terlalu tinggi pada pertama kali test. Beri masa pada diri anda.

Lama-lama kelamaan anda akan temui sentuhan anda sendiri dan waktu itulah jualan bisnes anda akan MALATOP!
Ini adalah nasihat ikhlas dari saya:

1. Dapatkan panduan
2. Test test test
3, Adjust adjust adjust
4. Temui sentuhan emas sendiri
5. Bisnes anda pasti MELETOP!

In shaa Allah. Jangan lupa mohon pada Allah swt pulak.

Ayat power sahaja tanpa izin Allah swt tak akan memberikan hasil.

Doa dulu, “Ya Allah, saya nak guna ayat power untuk promosi produk saya. Permudahkanlah ya Allah. Tolong jualkan produk saya dengan penggunaan ayat power ini. Amin”.
Lepas tu buatlah promosi in shaa Allah.
Cubalah!

Biasanya kita semua ada masalah ayat x berapa power
Each person ada different talent n ayat ajaib masing2..jadi anda wajib test test n test


Dalam bisnes, strategi nak menggunakan viral marketing ini perlu ada;

1 – Produk yang kuat daya penariknya

Produk yang hebat akan mudah menarik pelanggan mencuba atau membelinya. Tanpa produk yang hebat, sangat susah untuk memuaskan hati pelanggan. Jadi kita sudah pun mempunyai produk hebat,kuat nama segah usianya.

2 – Pastikan pelanggan berpuashati dengan servis anda

Anda wajib ada knowledge dalam setiap produk. Senang untuk berbicara terus dengan bakal pelanggan. Jika pelanggan tadi berpuas hati, anda tidak perlu bersusah-payah meminta pelanggan menghebahkan mengenai produk dan perniagaan anda. Mereka akan membuat semua itu tanpa anda meminta, apatah lagi disogok.

3 – Sistem penghantaran yang terpuji.

Sistem penghantaran adalah sesuatu yang penting dalam perniagaan. Anda kekurangan pada bahagian ini, maka dikhuatiri akan pincanglah strategi ini nanti.

Maksudnye,anda perlu pastikan servis penghantaran dan penerimaan anda tip top.jangan delay. Takut kalau kumpul order customer lari ke orang lain. Distributor ramai diluar sana. Hehe..


Hari ini pelanggan membuat pesanan, semalam sudah sampai. Erk? Boleh gitu? Hehehe.


4 – Kecekapan mengurus pelanggan (customer service)

Yang terakhir adalah cara anda mengurus pelanggan-pelanggan anda. Pelanggan yang dilayan dengan baik akan menjadi orang yang sangat suka bercakap mengenai anda. Selalulah tanya khabar, sekadar cipta hubungan mesra..supaya dia sentiasa ingat anda..ingat shaklee,ingat anda..

Perkhidmatan pelanggan luar biasa

Perbuatan seperti mengangkat telefon sebelum deringan yang ketiga, serta melayan pelanggan dengan penuh sopan dan mesra, adalah cara yang terbaik bagi membuatkan mereka selesa dengan kita.


Dalam emel pula, kita seharusnya biasakan diri untuk melayan kerenah pelanggan dengan menggunakan bahasa yang baik. Sebagai contoh, pastikan kita membalas emel pelanggan dalam masa yang singkat. Elakkan daripada membiarkan mereka terus menunggu. Apabila mereka menunggu, maka bahagian sokongan (support) bisnes kita akan dipandang rendah.



  • item produk kita tak perlu cakap lagi,memang bagus
  • jaga servis anda sentiasa
  • penghantaran 
  • cekap


Conclusion,customer akan loyal dengan kita..amalkan tips ni semua..



Last :
Anda perlu setkan siapa golongan customer yang anda mahu sesuai dengan ilmu yang anda ada..

Cara bercakap tidak perlu serious sekadar bersembang untuk wujud keserasian ..tetapi fokus mesti ada..after a while selepas 5 minit mcm tu ,baru anda boleh start enjin vitamin anda..tp tetap secara bersahaja..

Sekian kelas malam ni!!!





Fungsi SELENIUM dalam VITAMIN E Shaklee

Apa itu SELENIUM?? Jom kita huraikan...

Selenium, iaitu salah satu mineral yang ada dalam kandungan Vitamin E Complex Shaklee.

Selenium merupakan salah satu mineral yang tergolong pada unsur surih tetapi mineral ini terdapat dimana-mana di seluruh jaringan tubuh seperti tulang, otot, dan darah.





Selenium merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang sifatnya sangat tidak stabil, memiliki satu electron atau lebih yang tidak berpasangan, menimbulkan penyakit jantung, rematik, katarak, kanser dan lain-lain. Radikal bebas secara terus menerus terbentuk melalui proses dari dalam tubuh seperti peristiwa metabolisme sel normal, peradangan, kekurangan gizi dan juga dari luar tubuh seperti pencemaran , sinar matahari, asap rokok, dan sebagainya.

Selenium merupakan mineral yang berfungsi sebagai antioksidan dalam tubuh. Selenium tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh, tetapi diperoleh dari makanan sehari-hari, yang terdapat dalam ikan, padi-padian, daging, dan sayur yaitu brokoli.

Jadi, fungsi selenium sangat penting bagi tubuh, antara lain:

  • Melawan radikal bebas, tubuh secara alami memiliki kemampuan untuk melawan radikal bebas yang merosak sel dan menimbulkan berbagai penyakit. Di dalam tubuh selenium bekerja sama dengan vitamin E sehingga berfungsi sebagai antioksidan.
  • Meningkatkan kekebalan tubuh, kerana selenium bekerja memperbaiki system imuniti (kekebalan tubuh ) dan fungsi kelenjar tiroid. Dari hasil penelitian selenium dapat mencegah kanser seperti kanser paru-paru, prostat, colorectal termasuk kanker kulit akibat paparan sinar matahari. Jadi selenium bermanfaat sekali untuk meningkatkan fungsi kekebalan tubuh.
  • Mempertahankan elastisiti (keanjalan) kulit bersama vitamin E, karena itu bila kadar selenium berkurang maka tubuh akan mengalami penuaan dini yaitu sel yang rosak sebelum waktunya.
  • Kita di cadangkan mengambil 55 mikrogram selenium setiap hari. Selenium adalah nutrien penting yang menawarkan fungsi antioksidan, yang membantu meningkatkan sistem imun. Dijumpai di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan menyerap dan ia tidak berkurangan apabila diproses. Ini adalah mineral penting dalam tubuh manusia kerana ia membantu kedua-dua sistem imun dan operasi tiroid kelenjar. Macamana nak cukupkan sumber selenium dalam diet harian??


Anda boleh pilih makanan yang kaya dengan Selenium seperti Brokoli, Tiram, Buah Tembikai, Bawang putih, dan bayam.


Kena masaklah dulu kan?? Kalau masak dengan suhu panas yang tinggi atau "over-cook", agak-agak ada lagi tak selenium yang tertinggal dalam sayur-sayur tu untuk kita makan. Kalau ada, berapa percent???

Pilih cara yang paling mudah iaitu dengan mengambil Vitamin E Complex with Selenium & Grape Seed Extract Shaklee yang mengandungi 10mg SELENIUM SEMULAJADI


Vitamin E Shaklee dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d- alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E( alpha, beta, delta, gamma)





Kalau nak tahu juga, gabungan selenium dan Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutama pada pergerakan sperma.






Rabu, 17 Disember 2014

#Kelas Online - Vitamin C Untuk Kesihatan By Master Ija

Kelas Online
Fungsi Vitamin C Untuk Kesihatan
by Master Ija
16 Disember 2014
9.00 malam




MANFAAT VITAMIN C KESELURUHAN UNTUK KECANTIKKAN DAN KESIHATAN

● Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
● Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)
● Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.
● Memguatkan dinding salur darah.
● Menolong pembentukan tisu gentian.
● Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.
● Mengurangkan kedut pada kulit
●Membaiki parut pada kulit.
● Mencegah penurunan payudara dan buttock
● Menjadikan kulit lebih cerah
● Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
● Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.
● Membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.
● Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.


Yg ni manfaat Vitamin C keseluruhan.. untuk kecantikan, kulit dan kesihatan.... apa yg Fza nak huraikan disini..... fungsi Vitamin C utk kesihatan kita


Soalan : Siapa Yang Memerlukan VITAMIN C
Jawapan : Semua Orang Memerlukan VITAMIN C

Siapa yang Perlukan Vitamin C 
Cuba semak senarai ni samada anda memerlukan Vitamin C:
  • Perokok 
  • Orang yang mudah stress (stress akan memusnahkan vitamin D dalam badan) 
  • Orang yang makan pil perancang (pil perancang juga akan serap Vitamin C dan akibatnya vitamin C cepat musnah dalam badan) 
  • Orang yang nak kulit cantik dan cerah atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit 
  • Semua orang yang inginkan kesihatan yang baik, sebab -Vitamin C menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan. -Sebab tu dalam set family wellness ada termasuk vitamin C antara vitamin yang perlu diambil untuk semua orang kerana vitamin C bersifat larut air.

Soalan : Mengapa kita memilihi Vitamin C sebagai Vitamin Kesihatan kita?
Jawapan : Sebabnya.........

● Ini kerana Vitamin C adalah Vitamin larut air, bermakna bahawa badan kita tidak menyimpannya. Badan kita hanya boleh menyimpan vitamin larut lemak sahaja kerana sifat sek tubuh kita mempunyai sebatian lemak
● Vitamin C adalah antioksidan, bersama-sama dengan Vitamin E. Beta karotena dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Tugas antioksidan ialah menghalang radikal bebas. Pembinaan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbangkan kepada proses penuaan dan pembangunan.  Keadaan kesihatan seperti kanser, penyakit jantung dan artritis.
● Pertumbuhan dan pembaikan tisu disemua bahagian badan kita. Ia membantu badan membuat kolagen, protein penting yg digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligamen dan saluran darah.
● Vitamin C diperlukan untuk penyembuhan luka dan untuk membaik pulih dan mengekalkan tulang dan gigi.


Soalan : Kenapa Vitamin C diperlukan dalam tubuh badan kita?
Jawapan : Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut ;-

●Antioksida hebat yang terkandung di dalam vitamin C akan bertindak dengan serta merta, seawal hari pertama pengambilan vitamin c ini aktif membuang toxin yang kotor dalam badan manusia.
●Membetulkan kitaran darah
●Memulihkan luka-luka ringan
●Menempatkan kebaikan kandungan vitamin c pada seluruh system badan manusia.
●Membantu dalam pertumbuhan tisu-tisu baru
●Mengekalkan kesihatan gusi
●Menyokong sistem imun
●Membantu penyerapan zink
●Membentuk penjanaan collagen
●Sel-sel baru yang di perlukan dalam kecantikan
●Kesihatan kuku, rambut dan kulit
●Kesan dari pengambilan vitamin c ini memberikan bekalanvitamin c agar tidak mudah sakit, selsema atau demam-demam ringan.


Soalan : Siapa tahu gejala kekurangan Vitamin C???



Jawapan :
-mudah sakit & lembat sembuh
-jerawat susah hilang
-kulit kering lesu
-kerap demam selsema-gatal2


Gejala Kekurangan Vitamin C?
-Kehilangan Nafsu Makan
-kram otot
-kulit menjadi kering @ kasar, kulit bersisik, serta lebam dengan mudah
-hidung berdarah
-Rambut bercabang dan kering
-Gusi berdarah
-Kekurangan darah merah (Anemia)
-Infeksi


Soalan : Infeksi tu cmne master ija?
Jawapan : Infeksi keadaan persekitaran yg tak sihat

Soalan : Kalau makan 2 biji sehari boleh x
Jawapan : Kalau vitamin c yg ija bc.. kita digalakkan makan 2 biji utk kesan lebih cepat
Yg chewable 5 biji dalam sehari jarakkan masanya
Kanak2 umur 8thn keatas xpe amik 2 bj yg chew
Kalau anak2 tak sihat demam, selsema digalakkan.. kalau sebaliknya kita cuba elakkan
Dose yg tinggi x sesuai utk budak2..


Soalan : Manfaat Vitamin C yg lain untuk kesihatan...
Jawapan : Manfaat Vitamin C untuk Kesihatan Tubuh badan kita


Mengatasi FLu
-Vitamin C dapat mepercepatkan penyembuhan dari selsema@ Flu

Sistem kekebalan tubuh (Antibiotik)
- Vitamin C juga memiliki peranan penting dalam menjaga daya tubuh dari serangan virus, bakteria dan radikal Bebas

Antioksidan
-Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh juga dari kulit yang rosak akibat radikal bebas

Penyakit mata
- Salah satu penyakit mata umum terjadu adalah katarak. Yang konsisten pada pengambilan vitamin C seharian dapat mencegah penyakit Katarak.

Kesihatan Kulit
- Dalam merawat kecantikkan, vitamin C memiliki peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit terlihat terbit segar. Vitamin C merangsang pembentukkan kolagen kulit dan menjaganya daripada rosak.

Kanser
- beberapa penentuan menunjukkan bahawa beberapa wanita yang mangudap bayak Vitamin C dan memakan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran (bukan suplemen) memiliki risiki lebih rendah terkena kanser payudara.


Soalan : Sekiranya Vitamin C rendah dalam tubuh badan kita boleh mengakibatkan?
Jawapan ;
-tekanan darah tinggi
-penyakit pundi hempedu
-strok
-sesetengah kanser
-aterosklerosis
-plak lemak memyumbat dalam salur darah yang boleh membawa kepada serangan jantung dan strok
-berkurangan tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah
-Salur darah bocor keotot tangan dan kaki, sendi-sendi dan kerosakan kuku



Tahukah anda???

1 biji vịt c shaklee bersamaan dengan berapa biji buah oren?
7.5 biji
Buah atau sumber yg kaya dengan VITAMIN C
Dari segi makanan semulajadi, Vitamin C boleh diperolehi dari sumber-sumber semulajadi yg berikut






Buah-buahan


-limau, oren, lemon, jambu batu, nanas, kiwi, strawberry, cherry, tembikai


Sayur-sayuran
-kobis, bunga kobis, parsley, asparagus, tomato, bayam

Bunga
-Roses


7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplement atau pun dalam bahasa mudahnya makanan tambahan:-

-Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

-Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

-Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

-Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

-Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

-Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandngan MSG.

-Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.




Sabtu, 13 Disember 2014

Masker Muka Dengan Vitamin C+ 500mg


Cara-cara untuk membuat masker ialah:
~Patahkan sustained Release Vitamin kepada 3 bahagian
~Ambil 1 bahagian dan simpan 2 bahagian tadi untuk kegunaan pada hari lain
~Hancurkan 1 bahagian tadi didalam piring
~Tambahkan sesudu air dan biarkan ia kembang selama 3-5 minit
~Sapukan seluruh muka yang sudah di cuci dan dikeringkan
~Biarkan masker tersebut kering 20-30 minit
~Bilaskan dengan dengan air bersih


Antara kelebihan melakukan masker dengan Vita C shaklee ialah:

♡Merangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit
♡Menegangkan kulit muka
♡Mengecutkan jerawat
♡Mencerahkan muka
♡Menyegarkan muka





#KelasOnline- Fungsi Vitamin E Untuk Kesihatan By Master Ida Rashid

Kelas Online
Fungsi Vitamin E Untuk Kesihatan
By Master Ida
13 Disember 2014
9.00 Malam





Vitamin E ni kebanyakan orang cuma tahu untuk CANTIK je kan

Padahal vit e ni byk fungsi untuk badan kita

Siapa tahu selain kecantikan vit e berfungsi untuk apa dalam badan kita?
-Utk kesihatan lelaki
-Utk jantung jugak
-Utk lelaki-prostat
-Utk penyembuhan selepas pembedahan
-Utk otak sistem imun
-Utk general health.
-Utk kesuburan lelaki

Dr Hamid Arshat pun menggalakan kita mengambil Vit E selepas bersalin, untuk cepatkan proses penyembuhan luka bersalin mahupun pembedahan lain.

Vitamin E bukan sahaja membantu menghilangkan parut, malah banyak lagi kebaikan lain, seperti:

1. Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
2. Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu,
3. Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
4. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
5. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari.
6. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat,
7. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
8. Merendahkan kadar kolesterol.
9. Membantu mencegah kanser.
10. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
11. Vitamin E juga dikenali sebagai 'vitamin cinta' kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.
    

Tahukah Anda??
Vitamin E bukan sahaja untuk cantik tapi boleh cegah kanser serta menghilangkan parut.
untuk cantik minum 3Liter air..sebab ada yang ambil vitamin E ni dia kan rasa dahaga.



Dalam vita E ada seleniumkan....benda tu boleh mencegah kanser kulit n kanser pundi kencing
Selenium ni bagus utk sistem peranakan lelaki jugak. Utk kesuburan sperma
Vitamin E ni banyak kelebihan untuk lelaki serta memekatkan air mani.
Selain itu dapat mengurangkan tabiat merokok...

Vitamin E Complex with Selenium & Grape Seed Extract Shaklee yang mengandungi 10mg SELENIUM SEMULAJADI




Buah apa atau SAYUR apa ada vitamin E ??
~ Badam, bayam, gandum
Bayam boleh tambah kan darah (HB)
~ Safflower!



Vitamin C juga sesuai untuk 
- Alergik
- Resdung
    -boleh ambil Alfalfa & Vitamin C





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...