Tab menu 2

Pages

Ahad, 20 Julai 2014

Manfaat Collagen Powder

COLLAGEN POWDER SHAKLEE

1. APA ITU KOLAGEN / COLLAGEN?

Kolagen atau collagen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen dan 80% tulang adalah kolagen. Kornia mata kita pun sebenarnya adalah kolagen

2. APA FUNGSI KOLAGEN / COLLAGEN?

Kolagen bertindak melindungi organ kita seperti hati, perut, jantung, paru-paru, saluran dara, sel otak dan organ dalaman lain. Kalau untuk organ luaran, kolagen membantu dalam kecantikan dan kesihatan. Kulit jadi licin dan berseri, tiada jerawat atau jeragat, jadi awet muda, jadi ejen anti penuaan dan paling best, boleh bantu mencegah penyakit.

Best nya!

3. APA ITU SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP) ?

Mesti la kita nak tahu, ape yang best sangat pasal Shaklee Collagen Powder ni.

Shaklee Collagen Powder ni memang semulajadi dan sumber kolagen yang hebat. Sebab? Sebab Shaklee Collagen Powder mengandungi 4,000mg proprietari Red Snapper Scale (RSS) kolagen iaitu kolagen yang sangat berkualiti tinggi, tulen, lasak dan elastik yang diestrak daripasa sisik ikan Snapper. Ikan Snapper ni kalau orang Malaysia panggil ikan merah.

Lepas tuh, selain kolagen ikan tadi ade beberapa bahan utama lain yang dimasukkan kedalam Shaklee Collagen Powder ni. Ade estrak biji  benih camellia Japonica, ade estrak Pfaffia, estrak kerang kerangan, lactobacillius acidophilus, vitamin C dan vitamin B. Semua bahan-bahan ni digabungkan untuk meningkatkan kadar keberkesanan RSS yg kita dok citer tadi tu.

4. APA BEZANYA SHAKLEE COLLAGEN POWDER DENGAN COLLAGEN LAIN?

Shaklee Collagen Powder ni dibuat daripada kolagen bermolekul sangat ringan lebih kurang 1,00 Dalton aje. Lepas tuh asid amino nye sangat tinggi pulak. Dalam 3000. Kalau jisim molekul biasa, lebih dari 300,000 Dalton pastu asid aminonya 20-50 aje.. Waaaa, bezagila tuh! Sebab tu la Shaklee Collagen Powder ni berkesan!

Bila Shaklee Collagen Powder ni jugak mempunyai jisim molekul yg sangat rendah maka mudahlah diserap badan dan usus kita. Bila senang serap dapatlah bantu tingkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis kulit kita ni dengan berkesan. Ha, faham tak?

Lepas tuh, Shaklee Collagen Powder ni mempunyai sel kepaduan yang sangat tinggi dan mempunyai kapasiti untuk mengekalkan kelembapan kulit kita. 1 gram asid hialuronik boleh menahan air sebanyak 6 liter. Hebat kan?

Ramuan Shaklee Collagen Powder ni tiada pengawet atau bahan tiruan ye. Semua 100% semulajadi. Pewarna pun tkde, gula pun tkde atau bahan terlarang lain semua takde.

Senang pulak tu nak bawak pegi mana-mana pun. 1 sachet tu boleh letak dalam poket seluar, handbag, purseatau letak dalam kereta atau kereta sorong anak.

Dan last sekali, sangat mudah larut.tayah la dok beriya sangat nak kacau-kacau

5. APA KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER?

Banyak manfaatnya Shaklee Collagen Powder ni. Ni adalah antaranya:

~ Mengembalikan keanjalan kulit
~ Meningkatan kelembapan kulit
~ Mengelakkan kulit kering
~ Mencerah dan mengurangkan pigmentasi dan jeragat di wajah
~ Menegangkan payudara dan punggung
~ Anti-penuaan
~ Mengurangkan kedutan
~ Mengecilkan lubang pori-pori di wajah
~ Mengurangkan 'eye bag'
~ Meningkatan kecergasan tubuh badan
~ Memberikan kesuburan rambut

Banyaknya!

Tapi ada bukti ianya berkesan.

Ujian klinikal ke atas Shaklee Collagen Powder membuktikan 71% pengguna mempunyai tesktur kulit yang lebih gebu selepas mengggunakannya selama 8 minggu berturut-turut

¤ 69% peningkatan terhadap kelembapan kulit
¤ 75% peningkatan terhadap kelicinan kulit
¤ 90% peningkatan terhadap keserian wajah dan kulit
¤ 80% pengurangan kedutan diwajah

See, i told you!

6. SIAPA YANG KENE AMBIL SHAKLEE COLLAGEN POWDER?

Semua manusia dan haiwan boleh ambil! Hehehe..Lawak je.

Anda mesti ambil kalau dah tergolong dalam golongan ini:

~ Ada kedutan dekat wajah
~ Ade jeragat dan bintik hitam
~ Ade 'eye bag'
~ Ade pori-pori besar
~ Kulit lesu dan mudah kering
~ Kelihatan tua dari umur sebenar (Oh no!!!)
~ Sakit belakang dan sakit sendi
~ Ada pigmentasi dan kulit tona tak sekata
~ Gusi tak sihat
~ Garis halus di leher
~ Payudara kendur dan punggung pun tak perky (heheehe)
~ Kuku senang pecah
~ Ada lingkaran hitam bawah mata
~ Rambut kering lepas tu ada bercabang pulak dihujungnya

Kalau tkde semua ni, nak amik pun boleh. bagus utk kesihatan secara keseluruhan


Testimoni Collagen Powder

Rabu, 16 Julai 2014

Penyakit tiroid dengan Shaklee

PENYAKIT TIROID 




Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.

Jika mengikut dari bacaan dari beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar Utusan, wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Punca penyakit Tiroid – Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga)


Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:-

     1)   Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
     2)   Hipotiroidisme


Hipertiroidisme / Tirotoksikosis

Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
- Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan

- Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri

- Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodindi dalam makanan


¤ Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
Bengkak di leher        
Cirit birit        
Degupan jantung bertambah, 
sentiasa berdebar-debar        
Gementar dan gelisah, terketar-ketar        
Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang       Kesuburan turun      
Penumpuan kurang      
Mata menjadi besar (bulging)      
Angin yang tidak menentu      
Kejang otot      
Oesteoporosis (kereputan tulang)      
Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
Kulit lembap      
Suhu badan naik, tak tahan panas      
Rambut tidak kuat      
Sukar bernafas      
Sukar tidur      
Tekanan darah naik      
Turun berat badan walaupun selera naik      
Lemah

¤ Hipotiroidisme
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.


¤ Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme-
bengkak kaki        
ingatan terganggu        
lembap        
malas        
kuat tidur        
badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung

Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?

Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.


SIAPA yang BERISIKO?

Antara yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :
Perempuan 
Genetik 
Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
Usia lebih 60 tahun
Perokok

Apakah supplement Shaklee yang menjadi pilihan utk pesakit tiroid ini???

¤ bagi yg jenis HYPER
VIVIX 
ESP

¤ bagi yg jenis HYPO
VITALEA
VIT E COMPLEX
OMEGA GUARD
B COMPLEX

Bagi anda yg mempunyai hyper tiroid


•   Boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder

•  Tidak boleh ambil vitalea with iron formula

•  Tidak boleh ambil alfalfa complex


Bagi anda yg mempunyai hypo tiroid


•  Boleh ambil Vitalea with iron formula

•  Boleh ambil alfalfa complex

•  Tidak boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder





Ahad, 13 Julai 2014

Cyst Ovari Boleh Dirawat Dengan GLA Complex Shaklee



Apa itu Ovarian Cyst , Kesan , Dan Rawatan untuk Penyakit Ini?

Apa itu Ovarian Cyst ?


Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/airyang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.


Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.


Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.



Perbezaan ovari normal dengan ovari yang mempunyai cyst




Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ?


Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.


Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.



Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ?


Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:


Muntah dan Loya Sakit Perut Sakit semasa hubungan seks Sukar atau kerap kencing Rasa perut penuh dan tidak selesa Rasa berat pada ari-ari


Adakah Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan?


Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.


Bagaimana untuk Merawat Cyst ?


Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.


Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Selain dari itu, anda boleh merawat cyst dengan GLA COMPLEX



Testimoni Cyst Kecut Dengan Gla Complex


~GLA Complex supplemen untuk masalah OVARIAN CYST

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.


Antara kelebihan GLA adalah :
~membantu mengawal hormon dan kitaran haid
~membantu meningkat kesuburan bagi mereka yang sukar mendapatkan anak.
~melegakan PMS
~menguatkan kuku dan rambut
~menjadikan kulit lebih berserimembantu menangani ekzema
~mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
~menguatkan imuniti tubuh
~melambatkan proses penuaan
~mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
~mengawal kencing manis dan darah tinggi
~mengawal kolesteroluntuk fungsi saraf



Rawat Denggi Dengan Shaklee Sebelum Maut


Demam denggi adalah sejenis penyakit yang berpunca dari gigitan nyamuk dan statistik jelas menunjukkan bahawa demam denggi adalah salah satu dari masalah kritikal dalam dunia kesihatan moden bukan sahaja di Malaysia tetapi masalah kesihatan global. Terdapat beberapa jenis demam denggi tetapi denggi berdarah adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut. Punca utama penyakit ini adalah apabila nyamuk Aedes betina hinggap dan menggigit tubuh manusia sekaligus menyebarkan virus Denggi atau bahasa saintifiknya (genus Flavivirus). 



Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
1-Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2-Bintik merah pada kulit
3-Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4-Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5-Hilang selera makan
6-Muntah-muntah
7-Sakit perut
8-Rasa pahit pada lidah
9-Lemah dan tidak bermaya


Sebenarnya kan,banyak jugak petua-petua untuk meredakan demam denggi ni...Diantaranya ialah minum sup ketam nipah(batu),minum air 100+,minum air pegaga dan macam-macam lagi yang boleh redakan demam denggi ni. Ramai yang tidak menyedari Habbatussauda' juga boleh meredakan demam denggi.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah. Minum air paling penting dalam hidupan harian kita. Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

¤ Supplemen Shaklee yang membantu untuk meredakan demam denggi


☆☆ NUTRIFERON+PERFORMANCE DRINK+VITA C+ 500MG ☆☆




#NUTRIFERON

Nutriferon adalah terhasil dari 4 estrak tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi  interferon tubuh. Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuannya adalah diiktiraf sebagai penemuan yang terhebat dalam bidang immunologi. Dalam bidang perubatan, suntikan nutriferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dll. Nutriferon juga sangat berkesan untuk melindungi diri kita dari jangkitan influenza dan pelbagai penyakit yang lain.

KEBAIKAN NUTRIFERON
~Mengukuhkan sistem imuniti dalam masa 3 hari
~Melawan kanser & tumor
~Melindungi dari Influenza
~Meringankan Stres & kelesuan
~Melambatkan Penuaan
~Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
~Mempertingkatkan Menopaus
~Mempertingkatkan PMS

#PERFORMANCE DRINK

~ Performance Drink adalah satu-satunya minuman Isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar).

~ Bagi saya,minuman Performance Drink ni diperlukan bagi setiap keluarga. Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

#VITA-C+ 500MG

~ Untuk satu tablet Vitamin C ini, ia mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya(500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam palsma darah kita selama 24 jam. Selain itu ia juga mengandungi 120mg bioflavonoid yang mana 25% dari dari bioflavanoid diekstrak dari kulit buah oren yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Khasiatnya, ia mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Bagaimana ia bertindak?
1) Membentuk Kolagen
Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi,     rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu mempertingkatkan kedut dan     menghalang otot dari menjadi lembik.

2) Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

4) Memerangi Kanser
Ia bersifat sebagai antioksida yang mampu mempertingkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.

5) Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vit-c setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Untuk makuman, pigmen adalah penyebab utama kehadiran jeragat pada kulit muka kita ya...

6) Memperbaiki Insomnia
Dengan menganbil Vit-c secara konsisten, ia boleh membantu menyelesaikan masalah insomnia, stress serta masalah-masalah berkaitan mental seperti murung dan resah.

7) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.
Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilai darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.

Nota:-
☆☆Nutriferon untuk meningkatkan daya tahan badan, 
Performance untuk membantu menghidratkan badan dan 
Vita C+ untuk kuatkan antibodi dlm badan.

Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi membunuh!




Rawat Kencing Manis atau Diabetes Dengan Produk Shaklee


Rawat Kencing Manis atau Diabetes dengan Produk Shaklee

Kencing manis atau diabetes melitus ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah melebihi paras normal. Insulin pula adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan untuk mengekalkan paras normal gula. Akibat dari hormon insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan maka gula tidak dapat memasuki dalam sel-sel badan dan seterusnya mengakibatkan paras gula darah yang tinggi.

¤ Faktor Risiko Kencing Manis

Setiap orang boleh mendapat kencing manis tetapi sesetengah orang lebih mudah mendapat kencing manis. Faktor-faktor risiko kencing manis adalah :
~ Kegemukan atau obesiti
~ Kurang aktiviti kecergasan fizikal atau senaman
~ Sejarah keluarga yang menghidap kencing manis
~ Umur melebihi 35 tahun
~ Pemakanan
~ Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan
~ Pengambilan serat yang tidak mencukupi
~ Kurang zat makanan di peringkat awal umur
~ Kelahiran tidak cukup berat

¤ Tanda-tanda Kencing Manis



~ Kerap dahaga
~ Kerap kencing
~ Susut berat badan walaupun berselera makan
~ Terasa letih dan lesu
~ Luka atau cedera yang lambat sembuh
~ Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan

¤ Jenis-jenis Kencing Manis

#Jenis I - bergantung sepenuh kepada insulin 

- Kebanyakkanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja.
- Hanya boleh di kawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
- Terjadi kerana kekurangan insulin.
- Ianya mempunyai kaitan dengan keturunan atau ahli keluarga yang telah mengidapnya.

#Jenis II - tidak bergantung dengan insulin
- Selalu berlaku di kalangan orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas.
- Individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
- Boleh di kawal dengan kawalan pemakanan dan senaman dan juga bantuan ubat-ubatan.


¤ Kesan penyakit kencing manis

Penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :
- Kegagalan buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan / Katarak
- Koma (hilang kesedaran)
- Angin ahmar (strok)¡
- Sakit saraf atau “mati pucuk”
- ‘gangrene’ atau anggota tubuh mati/membusuk

¤ Penyakit kencing manis tidak boleh di sembuh tetapi ianya boleh dikawal.

¤ Untuk mengawalnya, kadar gula dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar normal. Selain itu kita hendaklah memberikan perhatian terhadap perkara-perkara berikut :
- Pengambilan ubat atas nasihat doktor.
- Pemakanan sihat.
- Penjagaan berat badan.
- Selalu bersenam.
- Elakkan jangkitan.




¤ Adalah lebih baik sekiranya penyakit kencing manis di cegah dari terjadi. Kaedah Pencegahan yang terbaik adalah :
1. Mempunyai berat badan unggul.
2. Makan pelbagai jenis makanan.
3. Makan mengikut umur dan aktiviti fizikal.
4. Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin.
5. Makan dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit.
6. Selalu melakukan senaman.

¤ Shaklee menawarkan Sugar Control set untuk mengawal kencing manis anda. 

Kebaikan :
*Mengekalkan paras gula suhat dalam darah.
*Melegakan rasa kebas dan semut-semutan.
*Membantu menyembuhkan luka.

Set Sugar Control Shaklee terdiri daripada :

GLA COMPLEX 
menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi. 

B COMPLEX 
menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan. 

ZINC COMPLEX
membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

¤ jika anda mempunyai budget yang lebih, anda digalakkan mengambil :

VIVIX 
merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...