Tab menu 2

Pages

Jumaat, 1 Mei 2015

Promosi Terbaik Shaklee Untuk Bulan Mei 2015

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



-->> PROMOSI BULAN MEI 2015 <<--

.

#OMEGA GUARD & PHYTOCOL

*BELI 6 PERCUMA 1

*BELI 2 JIMAT 5%

.

#VITA-LEA FOR CHILDREN

*BELI 3 PERCUMA 1

.

SELAIN ITU.... PROMOSI DARI MEI HINGGA OKTOBER 2015

*1 SET HEALTHY PRENATAL

*1 SET HEALTHY POSTNATAL

*1 SET HEALTHY FITNESS

*1 SET YOUNG LIVING

.

DAN LAGI...LAGI...LAGI...... .

.

-->>>SETIAP YG DAFTAR MEMBERSHIP LAYAK DAPAT FREE 1 VITA-LEA ATAU VITA-LEA FOR CHILDREN

.

*JOM NIKMATI PROMOSI KAW2 BULAN MEI.... IBU2 YANG HAMIL, BERPANTANG & NAK KURUS SERTA NAMPAK MUDA DARI USIA JOM DAPATKAN SET PROMOSI SEKARANG!! MEMANG JIMAT BELI 1 SET DARI 1PC



Isnin, 20 April 2015

Bulan Rejab, Bulan Pengampunan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Esok (Isnin - 20 April 2015) adalah 1 Rejab 1436, kan. Sedikit perkongsian dari nota lama. 
Jom beramal untuk bekalan akhirat:).
------------------------------------------

Bulan Rejab = bulan pengampunan.

Antara amalan² yang dianjurkan;

◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua. 

- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 23, 24 & 25hb Mei.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan". 

••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah. 

••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله).

◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita di mana dengan 2 ni'mat itulah amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala di sisi Allah yang Maha Mulia.

Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-. Semoga kita sempat bersua dengannya, amin.




Ahad, 19 April 2015

Khas Untuk Orang Yang Cepat Give Up Dalam Bisnes

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



* KHAS UTK ORG YG CEPAT GIVE UP DALAM BISNES

* Bisness mengajar kita erti SABAR, ramai yg nak untung cepat sampai lupa semua rezeki dr Allah... 

* baru usaha tak smpai sebulan dh give up... mcm mn nk berjaya kalau sikap kita mcm ni...?

* Mcm mn Allah nak bg rezeki yg banyak kalau ujian kecil mcm ni pn tak sanggup nak tempuh... rezeki semua org tak sma.. ada yg cepat... ada yg lmbt...hanya Allah yg tau... kita hya usaha & terus berusaha..& tawakal..

* ramai yg tak yakin dgn jnji Allah, Allah tak kejam... ingat tu jgn cepat sngat putus asa...

* Jangan gusar atau gentar jika anda melihat beberapa org yang left dari group anda.mungkin hp mereka tak dapat menampung betapa hebatnya aura dlm grup kite ni....tekadkan semangat agar kite sama2 berjaya selangkah ke hadapan bersama2.....

* Ingatlah teman...kita dibawah bumbung yang sama....berlainan daerah....namun kita masih di landasan yang sama untuk berjuang demi masa depan dan pendapatan yang lumayan

P/s: kita snggup pegi keja setiap hari & sabar tunggu gaji sebuln sekali.. bertahun2 keja untk kayakan boss... kena marah ngn boss sanggup sabar... tapi kenapa tak snggp bersabar dlm bisness untk kayakan diri



Sabtu, 18 April 2015

Petua Berjaya Berniaga Atas Talian

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


PETUA BERJAYA BERNIAGA ATAS TALIAN
Amalan Pembuka REZEKI

Anda rasa down tiada sale? Dah cuba SEMUA cara promosi tapi tak jalan?

Bukan salah awak, atau salah orang tak nak beli dari awak. Ianya sangat bergantung pada amalan-amalan kita.


Kenapa kita lihat, ada orang, letak ayat entah apa-apa, sale meletup2 tiap2 hari.


Kita penat mengarang, sale SATU pun susah nak sangkut.


Cuba fikir, siapa yang gerakkan hati-hati manusia untuk membeli? ALLAH. Tiada lain selain dariNya.


Jadi, apakah amalan-amalan pembuka pintu rezeki? Ni saya kongsikan.


kadangkala, kita perlu amalkan yang ini:


1: SedeKah setiap hari
2: Solat sunat dhuha jangan tinggal
3: Solat taubat sebelum tidur
4: Solat hajat
5: Baca surah Al-Waqiah setiap hari
6: Solat sunnah 2 rakaat sebelum subuh
7: Istighfar 100 kali sehari
8: Selawat 1000 kali sehari jika mampu

Ada banyak lagi, tapi amalkan yang 8 ni dulu. Tak mampu 8, amalkan 3-4 dulu. Yang penting anda kena MULA. Tak mula, anda takkan nampak hasilnya.

Usaha seperti biasa, tetapi tambah dengan rapatkan hubungan kita dengan Allah. Kerana DIA lah yang akan membuatkan sale anda meletup atau tidak.


Boleh?


Cubalah....


Saya doakan anda semua BERJAYA, Insya Allah.


Tips from group Aura Rezeki...❤❤❤❤❤




Kreatif Dalam Bersedekah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kreatif dlm bersedekah: 

1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan sama mngkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..

2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.


3.Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.


4. Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.


5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb). 


6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).


7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.


8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.


9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.


10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.


11. Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal...


12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. 





Selamat bersedekah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...